Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 05, 2009

Manek Urai: Duit Dan Bantuan Dah Turun...

Reactions: 
sumber : Malaysiakini

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.

Penamaan calon esok

Sementara itu Mustapa meminta majikan baik di sektor kerajaan dan swasta membenarkan kakitangan mereka untuk pulang mengundi memilih wakil rakyat baru DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

"Jangan nafikan hak pengundi dan ini merupakan kesalahan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini yang mendakwa mendapat laporan ada majikan yang tidak akan membenarkan pengundi di Manek Urai untuk pulang menunaikan tanggungjawab itu.

Selain itu Mustapa berkata fasa kedua kempen pilihanraya Manek Urai akan bermula esok yang merupakan hari penamaan calon DUN itu.

Esok Muhyiddin dijangka mengetuai perarakan lebih 10,000 penyokong BN ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

BN menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan harapan kepada Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50, bagi mempertahankan kerusi DUN itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada
PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Dalam pilihanraya umum 2008, Ismail menang kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 1,352 undi, menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli Omar.

Pengliporlari - Woi! hang pi bagi umpan beg dan uniform sekolah kat bebudak tu bukan diorang layak ngundi pun... lagipun tu anok-anok oghey PAS belako, periksa balik kot-kot ada lambang dacing atau logo UMNgOk...!!!

Manek Urai: Ujian Terakhir Untuk UMNgOk/Barisan Nasiyonal

Reactions: 
Esok merupakan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai (N-41), Kuala Krai, Kelantan. kalau apa yang dirancangkan tak berubah, PAS akan menampilkan Fauzi Abdulllah sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat manakala UMNgOk pula akan menampilkan Tuan Aziz sebagai calon mereka mewakili Barisan Nasiyonal.

Itu kalau ikut perancangan awal, tak tau la pulak kalau-kalau ada perubahan disaat-saat akhir di pihak UMNgOk, kalau di pihak PAS rasanya dah tetap dan insya-Alllah tak kan berubah seperti yang dirancangkan.

Macam yang dah kita tahu, sebelum ni kita dah berdepan dengan 6 Pilihanraya Kecil iaitu, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan juga Penanti dimana UMNgOk hanya mampu menang 1 sahaja dari 6 Pilihanraya Kecil yang diadakan (Penanti UMNgOk dikira kalah TKO sebab tak berani bertanding).

Kali ni UMNgOK sekali lagi terpaksa berdepan dengan kuasa rakyat dan kali ni lokasinya ialah di kubu terkuat PAS semenjak 5 penggal yang lalu.

Ada yang mengatakan bahawa ini adalah ujian terakhir buat UMNgOk selepas kekalahan berturut-turut dalam 6 PRK yang diadakan sebelum ini dan ini juga adalah 1 lagi dugaan buat Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan "Suaminya" Rosmah Mansor.

Dengar khabarnya Najib tak akan datang untuk berkempen bagi pihak UMNgOk/Barisan Nasiyonal di Manek Urai dengan alasan "sudah tradisi UMNgOk Presiden tidak turun padang untuk mana-mana kempen Pilihanraya Kecil dan urusan tersebut diserahkan kepada Timbalan sahaja"...

Itu cakap orang UMNgOk yang aku jumpa... aku tak nak komen banyak-banyak sebab aku rasa ada betulnya jugak kenyataan tu dan yang aku paham dalam UMNgOk ni, Presiden tak payah turun, yang penting duit turun... kalau duit tak turun, ahli UMNgOk akan turunkan UMNgOk..! hahaha...!!!

Jadi pada aku, ujian terakhir untuk UMNgOk bukan sekadar menang atau kalah dalam PRK kalli ni, tapi lebih kepada banyak mana duit nak turun dalam PRK ni sebagai habuan ahli-ahli UMNgOk di Kelantan...

Kalau banyak duit yang turun, maka ahli-ahli UMNgOk Kelantan akan mengekalkan sokongan mereka kepada UMNgOk dalam PRU-13 tapi kalau duit tak banyak turun atau tak turun langsung dalam PRK kali ni maka... PRU-13 nanti ahli-ahli UMNgOk tak kan segan silu untuk beralih arah kepada Pakatan Rakyat...

Alasan mereka ialah...

Kalau macam ni baik kami sokong Pakatan Rakyat, walaupun duit tak dapat, tapi tanggung jawab tu ada, sokong UMNgOK pulak, dah la tak dapat duit, tanggung jawab lagi la hancur..!

Tau nak mentekedarah rete rakyat je..!

Perisik Rakyat: Masa Untuk Berubah

Reactions: 
Macam yang korang tengok dekat atas website ni, aku dah letakkan chatroll yang besar gedabak untuk korang bersembang atau berforum dalam keadaan yang lebih terbuka dan aku harap para pelayar website ni manfaatkan apa yang ada dalaam website ni sebaik-baiknya.

Mulai hari ni korang tak payah nak bersusah payah nak berforum dalam ruangan komen, on je dekat chatroll tu. aku tengah timbang-timbang untuk buka 1 forum Perisik Rakyat dan akan dibuka kepada para pelayar website ni dalam masa terdekat. harap bersabar.

Mulai hari ni jugak, aku buka website ni untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menghantar sebarang artikel, aduan atau apa-apa bahan bacaan (politik sahaja, bab hiburan tak payah nak hantar, wat semak je) untuk dikongsi oleh semua pelayar website ni.

Semua artikel boleh dihantar melalui email peribadi ke alamat email poji2ya.perisik-rakyat@blogger.com dan semua bahan bacaaan akan ditapis terlebih dahulu sebelum dilepaskan untuk bacaan. yang mana aku rasa sesuai untuk bacaan, aku lepaskan, yang mana aku rasa tak sesuai aku akan delete dengan selambanya.

Untuk lebih menarik lagi, aku juga akan menerima semua artikel baik dari pro Pakatan Rakyat mahupun pro UMNgOk, walau bagai manapun, semua artikel akan melalui penapisan yang agak ketat. aku tak nak artikel sampah dalam website ni.

Artikel pertama sekali yang akan dibakul sampahkan ialah artikel yang menggunakan perkataan-perkataan yang kotor, mencarut, makian yang terlampau dan juga gelaran-gelaran yang melampau terhadap individu-individu tertentu.

Peringatan kepada bakal-bakal penghantar artikel, sila sertakan sekali alamat email korang didalam artikel yang dihantar. sebarang artikel tanpa email penghantar akan diluluskan untuk di bakul sampahkan.

Bagi mereka-mereka yang telah berdaftar dengan blogger.com, sila sertakan id blogger.com anda didalam artikel anda.

Satu perkara lagi yang penting. kalau ada antara korang yang nak menghantar artikel beserta dengan gambar, korang cuma perlu attachkan sekali gambar berkenaan dalam email korang kemudian aku akan edit balik supaya nampak kemas. artikel yang dihantar juga aku harap disusun dengan kemas.

Mungkin awal-awal ni aku sempat lagi nak editkan artikel-artikel supaya senang dibaca tapi kalau dah banyak sangat nanti dan artikel yang korang hantar tu dalam kategori tak de sengkang, tak de titik, tak de perenggan, maka aku dengan senang hatinya akan tong sampahkan artikel macam tu.

Jadi aku harap dah jelas untuk permulaan. yang lain-lain nanti akan diperbaiki dan penambah-baikan akan dilakukan dari masa ke semasa.

Sekarang masa untuk berubah, jadi... Berubahlah..!

Sebarang sumbangan kepada website http://perisik-rakyat.com/ bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank bernombor - 112026869679 (Mohd.Fauzi bin Mohd.Azmi). sumbangan boleh dibuat secara online (Maybank2u). Sila klik ikon diatas untuk membuat sumbangan - terima kasih.

*Sumbangan setakat 26hb.Jun, 2009 - RM87.00 - Terima kasih kepada anda yang menyumbang.*

Ceramah Isra' Mikraj

Reactions: 
Jemput datang beramai-ramai ke Ceramah Isra' Mikraj pada hari Ahad 12hb. Julai, 2009 jam 12:00 tengahari bertempat di Masjid Darul Naim (depan SUK Kota Bharu, Kelantan) oleh Yang Berbahagia Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.