Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 19, 2009

N-41 Manek Urai: BN Akan Tunai Janji-Janji PRK..!

Reactions: 
Pertama kali dalam sejarah Pilihanraya Kecil dimana Barisan Nasiyonal melalui Timbalan Presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan oleh mereka didalam kempen Pilihanraya Kecil N-41 terutamanya berkenaan dengan pembinaan Jambatan 2 Lorong menggantikan Jambatan 1 Lorong yang menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Manek Urai baru.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan petang tadi oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Eloklah kalau macam tu, tapi harap-harapnya kalau dah mula projek tu, janganlah sekerat-sekerat jalan, kalau dah mula, tolong siapkan macam yang dijanjikan... bab harga pun biarlah menasabah, jangan mahal sangat dan jangan murah sangat.

Kalau mahal sangat, akan jadi isu, maklumlah dibawah negeri Pakatan Rakyat, kalau murah sangat, takut pulak jambatan tak sampai setahun dah runtuh... rakyat Kelantan lebih-lebih lagi rakyat Manek Urai Lama dan Baru tak perlukan 1 lagi projek ala-ala Stadium Terengganu.

Lagi 1 nak peringatkan UMNO/BN, sebelum mula Projek Jambatan 2 Lorong yang bakal menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru, elok siapkan dulu projek yang Menteri Pertahanan rasmikan dulu awal bulan tempohari dan kalau boleh, janganlah diserahkan projek tu pada Dato' Ramzi, nanti jadi macam Jambatan Kandek dan Biak di Dabong.

Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan... cukuplah projek memperbodohkan rakyat 1Malaysia.

6 Juta Pengundi Baru Milik Siapa..?

Reactions: 
Iklim politik 1Malaysia semakin unik hari demi hari, tahun demi tahun. di pihak Pakatan Rakyat, kita sedang menuju kearah kematangan pemikiran manakala di pihak Barisan Nasiyonal pula kelihatan semakin menuju kearah ke"menatang"an pemikiran. semakin loya dan semakin jahat taktik politik di pihak Barisan Nasiyonal.

Wang ringgit bukan masalah dalam mengekalkan kuasa manakala bagi Pakatan Rakyat pula, kadangkala semakin tersepit dek kerana sistem keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan semenjak Pakatan Rakyat berdiri teguh di 1Malaysia selepas PRU-12. lihat saja bagaimana blogger-blogger malahan sesama ahli parti menghentam pimpinan dan juga parti-parti baik PAS, DAP mahupun PKR jika berlaku sesuatu yang tidak dipersetujui.

Ini tidak berlaku di pihak Barisan Nasiyonal, majoriti penyokong-penyokong Barisan Nasiyonal lebih berminat untuk mengangkat setinggi Planet Zuhal parti-parti yang disayangi mereka malah mungkin ada juga yang menyembah pimpinan mereka walau tersohor kerja kotor pimpinan mereka kepengetahuan umum. matlamat menghalalkan cara. itu motto mereka.

Balik kepada apa yang sebenarnya mahu dibincangkan disini, bermula dari perubahan iklim politik 1Malaysia, sehingga kehari ini masih tidak nampak mana-mana parti yang berminat untuk "memiliki" undi 6 juta bakal pemilih baru dalam PRU-13 nanti. baik di pihak PAS, DAP mahupun PKR, masih tidak nampak usaha-usaha untuk mendekati bakal-bakal pengundi baru ini.

6 juta bukan sedikit jumlahnya, apa yag kita lihat dan berlaku hari ini ialah, setiap kali berlaku Pilihanraya Kecil, ke 3-3 parti baik PAS, DAP mahupun PKR memang berminat untuk memiliki undi muka-muka baru, tetapi hanya dalam tempoh kempen Pilihanraya sahaja, habis pilihanraya, tamatlah cerita "Pengundi-Pengundi Baru" yang menjadi harapan untuk menggarap kemenangan Pakatan Rakyat.

Tidak nampak secara jelas lagi usaha untuk mendaftarkan nama-nama baru ini dan juga memberikan pemahaman akan pentingnya undi mereka dan bagaimana untuk menjamin bahawa undi mereka-mereka ini akan berada didalam petak berlambangkan komponen Pakatan Rakyat. apa hebatnya menambah jumlah ahli jika ahli-ahli parti yang baru berdaftar tidak mendaftar pula sebagai pemilih..?

15 juta ahli parti hebat sangatkah kalau yang mendaftar sebagai pengundi tidak sampai pun 500.000 orang..?

Parti Hak Asasi Manusia: Apa Perlunya..?

Reactions: 
Sejujurnya aku tak bersetuju dengan penubuhan 1 lagi parti kalau matlamat dan perjuangannya sama dengan apa yang sudah ada dalam 3 parti yang kini bernaung dibawah nama Pakatan Rakyat. kenapa perlu menyemakkan lagi dunia politik 1Malaysia yang semakin menggila hari demi hari..? apa masalahnya jika semua yang ada sekarang menyertai mana-mana parti yang sedia ada didalam Pakatan Rakyat..?

Bertambah 1 lagi parti baru maka bertambah serabutlah dunia politik 1Malaysia hari ni, mewujudkan 1 lagi parti baru dengan sasaran perjuangan yang lebih kurang sama hanya mengundang lebih banyak masalah. banyak yang perlu diselaraskan, banyak perbincangan yang perlu dibuat selepas ini untuk menserasikan perjuangan parti baru dengan apa yang telah ada sekarang.

Tempoh akhir paling kurang 2 tahun sebelum PRU-13 yang ada sekarang bukan masa untuk berbincang-bincang apa yang parti ini mahu, apa yang parti itu mahu, apa yang parti itu boleh dan apa yang parti itu tidak boleh. tempoh yang ada sehingga PRU-13 bagi aku ialah masa untuk berbincang atau menunaikan apa yang belum tertunai kepada kawasan yang masing-masing kuasai.

Rakyat tidak mahu melihat berbagai-bagai parti wujud selepas arus perubahan PRU-12 tetapi rakyat mahu lihat apa yang 3 parti sedia ada dalam Pakatan Rakyat boleh buat setelah rakyat memberi tanggungjawab kepada yang terpilih.

3, 4, 5, 6, 7, 100 hatta 1000 parti politik bercambah di 1Malaysia tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya masing-masing hanya sibuk berbincang apa yang kau mahu, apa yang aku mahu, apa yang kau dapat dan apa yang aku dapat. semua itu hanya membuang masa.

Apa bezanya 1 parti yang tidak bekerja dengan 100 parti yang juga tidak bekerja..? tanggungjawab siapa pula negara ini sekiranya semua parti yang ada baik pemerintah mahupun yang nak memerintah yang sedia ada tidak bekerja tetapi sibuk dengan aku hendak berkuasa..?

Siapa pula yang hendak diperjuangkan oleh 1 lagi parti baru..? Melayu sahajakah..? India sahajakah..? Cina sahajakah? atau lain-lain bangsa selain dari 3 bangsa utama tadi..? jadi apa bezanya Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasiyonal jika begitu..?

Apa lagi yang kurang dalam Pakatan Rakyat sehingga perlunya diwujudkan 1 lagi parti baru yang bakal menjadi komponen Pakatan Rakyat..? tidak cukupkah apa yang ada dalam PAS, DAP dan PKR untuk mewakili perjuangan 'Bangsa Malaysia"?

Ada baiknya pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat adakan 2 perbincangan yang lebih penting menjelang PRU-13.

1 untuk membincangkan tentang bagaimana untuk menjatuhkan Barisan Nasiyonal dengan hanya bermodalkan 3 parti sedia ada dan 1 lagi perbincangan yang lebih penting yang SANGAT-SANGAT PERLU DIADAKAN IALAH TENTANG BAGAIMANA MEREALISASIKAN IMPIAN RAKYAT 1MALAYSIA setelah mendapat kuasa di beberapa negeri.

Tanggungjawab yang telah diberikan oleh pemilih dalam PRU-12 yang dipikul di negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih penting dari mewujudkan 1 lagi parti baru yang halatujunya sama dengan 3 parti utama Pakatan Rakyat yang telah sedia ada....

Tunaikan "Tanggungjawab" yang telah diamanahkan... Itu lebih manis kan..?

Al-Fatihah: The Ancient Mariner Kembali Ke Rahmatullah...

Reactions: 
Aku baru sahaja melayari blog ~penarik beca setelah tertarik dengan satu post bertajuk Al-Fatihah kepada The Ancient Mariner. sebaik selesai membaca post tersebut, terus aku melayar blog Capt. Yusof Ahmad - The Ancient Mariner.

Seterusnya aku cuba menghubungi blogger Duke The Whisperer tetapi panggilan aku tidak bersambut, aku hubungi pula sifu Unmasked iaitu zorro-unmasked untuk kepastian dan bro zorro-unmasked mengesahkan berita tersebut dan pada waktu ini, jenazah sedang dibawa ke Negeri-9 untuk dikebumikan disana.

Post terakhir beliau bertajuk Al-Fatihah merujuk kepada ibunya yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 14hb. Julai, 2009 dan tak sangka pula akhirnya beliau mengikut langkah ibunya pulang kepangkuan yang Maha Esa tidak sampai seminggu selepas pemergian ibunya...

Begitulah kasih seorang anak dan janji Pencipta kepada kita. tidak kira bila saatnya dan dimana sahaja, ajal itu akan datang.

Aku tidak kenal secara mendalam blogger The Ancient Mariner yang nama betulnya ialah Yusof Ahmad tetapi blog beliau hampir setiap hari aku layari dan tulisan-tulisannya akhir-akhir ini banyak yang selalu aku baca kerana banyak yang berlaku disebalik skandal PKFZ dikupaskan menjelang hari akhirnya.

Hari ini ramai sahabat-sahabat blogger yang mengenali beliau bersedih diatas kehilangan beliau tetapi semangat beliau akan tetap berada didalam jiwa dan roh kami yang mengenali beliau...

Al-Fatihah untuk Kapten Yusof Ahmad... seorang blogger dan juga penegak keadilan

UMNgOk: Back To School..!

Reactions: 
Timbalan presiden UMNgOk, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ni menyeru ahli dan jentera Parti MeLAYU ini untuk kembali ke sekolah. Samada nak masuk sekolah rendah, menengah atau Tabika KEMAS belum dipastikan lagi...

Beliau berkata UMNgOk perlu ke sekolah disebabkan terdapat banyak kelemahan dari pelbagai sudut termasuk berhadapan dengan kempen pilihanraya, justeru beliau berharap dengan adanya Program kembali ke sekolah ini diharapkan dapat menerapkan latihan dan kursus memperkasakan ilmu yang bertempat di Janda Baik, Pahang.

Pengliporlari - Aku cadangkan dari pimpinan tertinggi hingga balaci (ada duit, jalan...) UMNgOk ni daftar la kat PASTI atau kelas fardu ain (Kafa) dapat juga balajar ilmu agama... 1Malaysia dah tau spesis hangpa woi!

NGGGGGOK!! patut kena masuk sekolah balik!

Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola, cikgu suka tidur mari kita main duit... kahkahkah!

Teoh Jatuh: 1Malaysia Dah Tau..!

Reactions: 
Adui... ini rupanya yang disiasat... sebetulnya rakyat 1Malaysia dah tau dah Teoh mati sebab jatuh dari tempat tinggi... yang ni tak payah la nak kecoh-kecoh sebab rakyat 1Malaysia dah tau..!

Yang kita mintak siasat ialah - MACAM MANA TEOH BOLEH JATUH..! NGOOOK..!

Suruhanjaya Siasat Suruhanjaya Siasat Suruhanjaya..!

Reactions: 
Ya... tubuhkan Suruhajaya Di Raja tu memang satu langkah yang tepat, tapi kalau nak lebih telus lagi, tubuhkan lagi 1 Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat kes Teoh... kah kah kah kah kah ... !!!

Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat kes Teoh juga perlu dipantau oleh 1 lagi Suruhanjaya Di Raja supaya nampak lebih telus..!

Inikan Malaysia..! tak kan tak paham-paham..? Selagi UMNgOk/Barisan Nasiyonal berkuasa, benda-benda macam ni tak kan selesai... apa jadi dengan siasatan keatas kematian kes Kugan..?

Mana laporannya..? oh... "masih dalam siasatan..."

TuNGOKlangit "KELIRU"...

Reactions: 
Dalam posting aku yang sebelumnya bertajuk Layan Zali & TuNGOKlangit Kejap..., aku berikan 1 soalan yang aku fikir cukup mudah bagi seorang yang "TINGGI" ilmu pengetahuan agamanya melalui komen-komen yang selalu ditinggalkan dalam website ini.

Setiap hari ada sahaja TARBIah-TARBIah yang diberi oleh TuNGOKlangit kepada pembaca-pembaca dan juga pengkomen-pengkomen dalam website ini dan melalui pemerhatian aku, TuNGOKlangit hanya "BERTANGGUNGJAWAB" menTARBIah para pembaca website-website dan blog-blog pro Pakatan Rakyat.

Tak tau pulak aku sebab apa jadi macam tu, mungkin pada ilmu TuNGOKlangit, para pembaca website-website dan blog-blog pro Barisan Nasiyonal sudah amat bagus dan tak perlu diTARBIah malah carutan-carutan mereka didalam laman-laman pro Barisan Nasiyonal tidak perlu diTARBIah atas alasan yang mungkin hanya TuNGOKlangit sahaja yang faham berdasarkan pada ilmunya yang "TINGGI".

Soalan aku pada TuNGOKlangit -
  • Apa hukumnya seorang pemerintah (Perdana Menteri) yang tidak memerintahkan isterinya menutup aurat sedangkan aurat itu wajib bagi seorang Islam..?
Maka dijawab oleh TuNGOKlangit berdasarkan ilmunya yang "TINGGI" -
  • Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman dan tergesa-gesa tu geng syaitan... tapi saudara saya TP bukannya tergesa2 dia mahukan kepastian untuk meneguhkan keimanannya... alhamdullillah.
Itu jawapan dari TuNGOKlangit kepada aku.

"Sabar itu separuh dari iman dan tergesa-gesa itu geng syaitan. dia mahukan kepastiannya untuk meneguhkan keimanannya"... jadi apa yang aku paham ialah TuNGOKlangit cuba menjelaskan bahawa PM tidak tergesa-gesa tetapi mahukan kepastian untuk meneguhkan keimanannya"... begitu agaknya...

Aku permudahkan lagi soalan aku mengikut akal budak "TABIKA KEMAS"... -
  • Berdosa atau tidak kalau tidak menutup aurat..?
Aku ringkaskan jugak jawapan TuNGOKlangit -
  • Sabar itu separuh dari iman...
Maka aku simpulkan bahawa TuNGOKlangit ialah seorang "PESAKIT MENTAL" yang sedang keliru dan beliau mungkin sedang mencari dimanakah "AKAL DAN PEMIKIRANNYA" didalam ruang-ruang cyber yang luas ini.

Maka aku buat kesimpulan lagi bahawa TuNGOKlangit ini ialah seorang yang "ISEM"... mungkin termakan diri akibat ajaran "ISLAM HADHARI" yang dipelajarinya.

Sabar itu memang separuh dari iman, tapi kalau dah Akil Baligh, dah beranak pinak, dah bercucu-cicit tapi masih "mencari kepastian untuk meneguhkan imannya" bagi aku adalah alasan...

Susah sangat ke nak tutup aurat..? tak cukupkah apa yang Allah telah tunjukkan kepada kita akan kekuasaannya setelah berabad-abad agama Islam diturunkan oleh Allah melalui Rasul junjungan kita Muhammad s.a.w. atau perlukah kita bersujud kepada Allah memohon agar dipercepatkan tiupan angin sangkakala baru kita nak sedar akan kekuasaan Allah dan disaat-saat dunia sedang hancur dek tiupan angin sangkakala baru kita nak menunaikan suruhan Allah..?

Begitu ke TuNGOKlangit..?