Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 21, 2009

Apa Yang SPRM Cuba Lakukan Di Selangor..?

Reactions: 
Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu sisiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan... tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.

Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.

Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa kemahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya.
Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.

Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.

Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.

Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar kepenjara.

Tak susah untuk menghatra seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.

SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM.
Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.

Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.

(Artikel ini adalah terjemahan oleh Mat Saman Kati dari artikel asal Raja Petra,”There is many a truth in the parody” di Malaysia Today.)

Ceramah UMNO: Metowasi..?

Reactions: 
Email dari geng kita CUPING MERAH...

Poster ni ditampal dekat rumah aku, masa tu aku nak kuar pergi kerja. aku baca ayatnya pas tu aku ketawa sendiri. "Metowasi" tu apa..? tapi aku tak boleh nak gelak jugak masa tu takut-takut perkataan tu betul (Metowasi) tapi mungkin aku tak tau.

Sampai dekat office, aku tanya semua member-member aku tapi sorang pun tak tau apebenda "Metowasi" tu.

Malam ceramah tu bini aku ajak la aku pergi tengok. fullamak... ramai betul... hampir 10 ribu orang datang. tiada minuman, tiada makanan dan tiada nyanyian malam tu... pure ceramah. panas betul telinga aku dengar tapi biasa la... ini politik ma...

*yang datang tak sampai pun 10 orang... aku tak sempat nak gelak, bini aku dah bantai gelak dulu... muakhakhakhakha...!!!

CUPING MERAH

TPU - Mekasih untuk info, lenkali cuba usahakan info beserta dengan gambar untuk menghangatkan lagi kepala UMNgOk... hahaha...!!!

Manek Urai: Undi PAS Jatuh Kerana Jatuhnya Harga Getah

Reactions: 
Benar. Tidak usahlah bersedih dan bergusar. Sewaktu PRU 2008, harga getah adalah 40% dari apa yang ada sekarang dan harga barang lebih rendah berbanding sekarang.

Apabila jatuhnya harga getah maka pendapatan rakyat Manek Urai juga jatuh. Dan apabila naik harga barang, maka kecil lagilah pendapatan rakyat Manek Urai.

Sewaktu 2008, kerajaan Kelantan mendapat laba yang besar dari harga getah yang melambung tinggi di pasaran dunia. Orang kampung yang menoreh merasakan bahawa ini adalah rahmat dari mengundi PAS dan bererti mereka mahu meneruskan lagi pemerintahan Tok Guru.

Bukan sahaja Kelantan yang mendapat laba dari kenaikan harga komoditi, UMNO juga mendapat keuntungan segera. Negeri Sembilan berjaya dipertahankan UMNO/BN dengan nyawa2 ikan hanya kerana harga getah (dan kelapa sawit) yang tinggi sewaktu 2008. Sekiranya harga getah serupa dengan sekarang, saya yakin UMNO/BN cuma mampu mendapat tidak lebih dari 10 kerusi.

Begitu juga dengan negeri Pahang yang begitu gemilang dipertahankan oleh UMNO/BN. Semuanya bukan kerana kehebatan UMNO tapi kerana harga komoditi yang tinggi pada masa itu.

Keputusan Manek Urai juga bererti kerajaan kelantan harus memikirkan jalan baru untuk mengurangkan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat luar bandar akibat dari kejatuhan harga komoditi dan kenaikan harga barangan keperluan. Mungkin perkara inilah yang kerajaan Kelantan terlupa atau tidak sedar.

Tulang Besi

PR Bakal Kalah Di Galas..!

Reactions: 
Sehingga artikel ini dipaparkan, masih tidak pasti lagi keadaan ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45 dari parti PAS yang baru-baru ini dilaporkan uzur akibat penyakit barah bawah perut yang dihadapinya. apa yang pastinya ialah pada saat dan ketika ini, jentera Barisan Nasional sudah bertungkus-lumus bekerja keras di Galas dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihanraya kecil buat kesekian kalinya.

Bila aku menaip artikel ini, bukan bermakna aku mendoakan yang tidak baik untuk ADUN sedia ada yang kesihatannya terganggu itu, malah aku juga turut mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan semoga beliau segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya. semoga beliau cepat sembuh dan semoga Allah mengurniakan beliau kesihatan yang baik agar dapat menjalankan amanah yang sedang dipikulnya selaku ADUN Galas.

Apa yang aku cuba bangkitkan ialah bersediakah Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan..? disaat-saat ADUN PAS sedang uzur, siapakah yang bertanggungjawab mengambil alih buat sementara tanggungjawab-tanggungjawab kepada penduduk Galas atau perkara itu telah diserahkan sepenuhnya kepada UMNO/BN lantaran jentera UMNO/BN telah mula "bekerja" di Galas..?

Ini yang selalu melalaikan kita. dikawasan-kawasan yang kita fikirkan "kawasan kita", selalunya kita lalai. jarang sekali kita hendak "kedepan" melainkan disaat-saat akhir. ini juga yang berlaku di Manek Urai. jangan bercerita tentang apa yang dimainkan oleh UMNO/BN. jangan bercerita berapa banyak wang ringgit yang ditabur oleh UMNO/BN, jangan bercerita tentang "gula-gula pilihanraya" dan jangan bercerita tentang apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya mereka.

Semua cerita-cerita diatas bagi aku sekadar alasan untuk menutup kelemahan kita sendiri. bila kalah, "orang lain yang salah", bila menang, "sebab kita hebat". kalau kita hebat, mengapa kita perlu beralasan sedangkan alasan itu hanya untuk mereka-mereka yang "tidak hebat'. untuk menutup "ketidak hebatan" maka perlu ada alasan. begitu kan..?

Pada ketika ini, jentera UMNO/BN sudah mula bekerja, mereka-mereka yang perlukan rumah, sedang diagih-agihkan rumah-rumah PPRT untuk mereka. bagi yang memerlukan bantuan baik wang ringgit atau apa sahaja bantuan, semuanya sedang disediakan oleh jentera UMNO/BNdengan kadar segera.

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, selepas ini tak perlulah dalam kempen-kempen atau ceramah politik kita nak bangkitkan kononnya bantuan-bantuan tersebut hanya datang seketika sahaja, lepas pilihanraya semuanya ghaib. rakyat tempatan tidak peduli itu semuanya. sekejap atau lama bantuan yang datang, yang pastinya mereka menerima semua bantuan tersebut. apa yang Pakatan Rakyat beri..? sekadar ceramah sahaja..? selesaikah masalah rakyat dengan ceramah..? tepuk dada, tanya pimpinan..!

Sekadar peringatan... kalau tiada apa-apa tindakan atau pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mempertahankan DUN Galas, maka bersedialah untuk menghadapi kekalahan sulung di Semenanjung Malaysia sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Galas. Pakatan Rakyat dalam keadaan serba kekurangan manakala lawan kita (UMNO/BN) mempunyai segala kekuatan yang diperlukan baik logistik, materialistik, tenaga kerja malah semua jentera berada dibawah kekuasaan mereka (UMNO/BN).

Cukup kuatkah sokongan kepada PAS di Galas atau bersediakah kita untuk kalah..?

Kebenaran Yang Tidak Boleh Disembunyikan

Reactions: 
Klik di[sini] untuk mendapatkan saiz sebenar
Kali terakhir PETRONAS menyiarkan peta aktiviti ekplorasi dan eksploitasi petroliam didalam Buku Laporan Kewangan Tahunannya ialah pada tahun 2003.

Hari ini, blog ini mendedahkan peta aktiviti eksplorasi dan eksploitasi terkini. PETRONAS tidak boleh menyembunyikan lagi aktiviti eksplorasi dan eksploitasi petroliumnya.
Peta dalam Buku Laporan Kewangan PETRONAS 2003
Klik di[sini] untuk mendapatkan saiz sebenar. Peta Terkini Aktiviti Eksplorasi dan Eksploitasi Petrolium di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Sumber -Kickdefella