Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 22, 2009

Jambatan Retak Lagi..! AWAS Para Pengguna..!

Reactions: 
Baca dekat sini... aku malas nak copy & paste... dekat bawah ni peta lokasi... kes dikesan pada Jun 21, 2009... apasal 1Malaysia tak tau..?

Alamak..!

Reactions: 
  • Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu mengancam berarak ke pejabat perdana menteri jika pengerusinya Amran Ahmad dipecat selepas mengadukan dua kes perbelanjaan syarikat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Ahli majlis eksekutif NUJ itu Wan Syamsul Amly Wan Seadey berkata, mereka "tidak teragak-agak untuk bertindak lebih jauh" jika organisasi media itu terus-menerus "cuba menindas suara pekerja" - Berita penuh di[sini].
Alamak..! jaga-jaga..! tak kena gaya nanti, ada yang mati jatuh bangunan lagi ni..!

TBH: Suruhanjaya Di Raja Ditubuhkan...

Reactions: 
Keputusan rasmi mengenai penubuhan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock telah diumumkan oleh Datuk Najib dalam satu sidang media khas di pejabat PM di Putrajaya menyebut:

1) Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

2) satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

3) menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Sumber - PRO REFORM

Kebebasan Ala 1Malaysia...

Reactions: 
Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama. TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin PR mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.

Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi "Adakah PR telah mengeksploitasi isu Beng Huat ?". 88% responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA. Namun arahan "atas" memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.

Penerbit berita 8TV dibidas oleh pihak "atasan" kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.

Selain itu RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan BN, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan MB Selangor itu.

Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.

Akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak 'lebih-lebih' dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM. Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.

Minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi PM. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat PM.

Semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.

Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib. Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam. "Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)" itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.

Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3,NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.

Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.

Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.

Semuanya tentu dibuat atas nama "kebebasan media" yang dicanang oleh PM 1Malaysia Najib.

(TVA)

Minyak & Gas: Kelantan Masih Tunggu & Tubuh Jawatankuasa Khas

Reactions: 
Kerajaan Negeri Kelantan masih menunggu tarikh mengadakan perbincangan isu tuntutan royalti petroleum dan gas dengan Kerajaan Pusat kerana sehingga kini masih belum menerima sebarang keputusan walaupun surat mengenainya sudah dihantar kepada Perdana Menteri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Datuk Seri Najib Razak baru kembali ke tanah air selepas mengerjakan umrah dan surat jawapan mengenai perbincangan perkara itu masih tidak diterima.

“Kita tidak dapat lagi jawapan Kerajaan Pusat untuk adakan perbincangan antara wakil Kerajaan Negeri dengan mereka.

“Perdana Menteri baru pulang mungkin tidak lama lagi... kita tunggulah,” katanya semalam.

Pada Mesyuarat EXCO Mingguan Rabu lalu, Kerajaan Negeri meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Husam dilaporkan berkata, pihaknya yakin tuntutan mengenai perkara itu akan berjaya kerana Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menghantar surat mengadakan perundingan kepada Perdana Menteri.

Katanya, wakil Kerajaan Negeri dan Pusat akan berjumpa Perdana Menteri apabila kembali ke tanah air selepas mengerjakan umrah.

Isu tuntutan royalti minyak Kelantan merupakan antara modal pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Manek Urai baru-baru ini dan mendapat pelbagai reaksi.

Sementara itu, Ahad lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, dilaporkan berkata isu tuntutan royalti minyak Kelantan terhadap Kerajaan Pusat sudah diserahkan kepada pihak lebih berwibawa untuk menyelesaikannya.

Kini isu tuntutan Kerajaan Negeri itu di peringkat rundingan dan kajian dari segi undang-undang dan peraturan mengikut Akta Pembangunan Petroleum (PDA) dan Perjanjian Konsesi oleh Petronas.

Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Jeli itu berkata, pendirian Kerajaan Pusat tidak berubah mengenai isu itu dan Petronas sedang menyediakan draf kajian.

Sumber - jiwo kelate

Sekadar Peringatan...

Reactions: 
Nasihat aku untuk GMI dan juga pihak Pakatan Rakyat - ada baiknya ditunda sahaja rancangan untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran pada tarikh yang lain. walaupun perancangan telah dilakukan sekian lama untuk memastikan semuanya berjalan dalam keadaan yang baik, aman dan tersusun, tetapi siapakah yang dapat menjamin bahawa "tiada pihak yang akan mengambil kesempatan diatas pertembungan 2 kumpulan pro dan kontra ini..?".

Aku yakin apa yang dirancangkan oleh GMI akan berjalan dengan lancar melihat pada apa yang pernah dirancangkan dan dianjurkan sebelum ini, perhimpunan BERSIH contohnya, berjalan dengan amat baik, lancar dan aman, tetapi aku tak yakin pihak PEWARIS dan NGO yang terlibat dengan PEWARIS dapat mengendalikan rancangan mereka dengan baik...

Lebih-lebih lagi semuanya dibuat dalam masa yang amat singkat... macam ada udang disebalik batu... kenapa PEWARIS dan NGO terbabit memilih tarikh dan waktu yang sama dengan GMI..? dalam setahun, tak adakah satu hari yang lain untuk mereka menunjukkan sokongan mereka pada akta zalim ISA..?

Kenapa memilih untuk "BERTEMBUNG..?".

Ada baiknya kita mengalah dahulu daripada kita menjadi "kambing hitam" jika berlaku sesuatu yag tidak baik... mengalah bukan bermakna kalah...

Berapa Banyak "Korban" Perlu Sebelum Kita "Sedar"..?

Reactions: 
Setelah 2 tahun menjadi penulis kolum ini, ini adalah kali pertama saya menulis dengan hati yang penuh kesedihan dan kesusahan.

Pada 16/07, saya telah menerima sms mengenai kes kematian Beng Hock di pejabat MACC, saya tidak dapat mempercayainya dan telah medapatkan kesahihan berita tersebut melalui telefon... Pada petang 15/07, Beng Hock telah dibawa ke pejabat MACC untuk siasatan peruntukan ADUN Seri Kembangan, saya terfikir, ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk mengetahui "rahsiah" bagaimana mereka menjalani sesuatu siasatan dengan menemui Beng Hock selepas beliau dibebaskan.

Namum tidak sampai 24 jam, saya tidak berpeluang lagi untuk menemui Beng Hock.

Saya, begitu juga dengan orang ramai, tidak dapat menerima berita kematian Beng Hock dan timbul pelbagai pertanyaan mengenai bagaimana, mengapa, kenapa kematian Beng Hock.

Sebelum ini, Saya sering bertemu Beng Hock di aktiviti tempatan kerana beliau berkhidmat di Seri Kembangan (Penolong ADUN Seri Kembangan, Eun Yang), maka dengan adanya peluang itu, hubungan kita menjadi semakin rapat, mungkin faktor sebaya juga mendorong kepada itu. Beng Hock adalah remaja yang penuh dengan semangat, kenapa dia harus membunuh diri sedangkan dia telah bercadang untuk bertunang dengan teman wanitanya dan siasatan juga tidak tuju kepadanya.

Terdapat pelbagai soalan yang timbul dari kes ini dan saya tidak mahu berhurai panjang lagi kerana saya menggap media telah memberikan laporan yang lengkap mengenainya. Kes kematian ini adalah berlaku di Bangunan MACC dan masa beliau disiasat oleh MACC, maka bukan caranya untuk MACC menolak tanggungjawab tersebut dengan menjawab mereka "Tak Tahu".

MACC yang sering melaungkan kata pembaharuan, apakah usaha yang telah dilakukan mereka untuk mencapai matlamat ini?Alasan yang diberikannya dalam kes Beng Hock sudah cukup menunjukkan "usaha" mereka.

Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?... Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.

Mereka yang tidak peka terhadap isu semasa inilah yang menyebabkan kes ini sering berulang di Malaysia, dan beberapa biji gula (hadiah) sudah memadai untuk mereka memaafkan/lupa kejadian ini.

Saya tidak dapat menghadiri upacara peringatan Beng Hock kerana berada diluar negara, saya cuma boleh menyeru supaya rakyat tidak sia-siakan pengorbanan seorang anak remaja ini. Pengorbanan ini sudah cukup dan kita tidak mahu satu lagi kes beng Hock daripada berlaku. Kepada Rakyat Malaysia, pekalah terhadap isu di sekitar anda, ubah penyakit mudah lupa itu, masyarakat kita perlukan satu pembaharuan.

Penulis SinChew Daily
Ling Guo Wen
http://opinions.sinchew-i.com/node/10796

Nazri Tahu Teoh Terjun..?

Reactions: 
Masa aku dok belek-belek beberapa berita yang berkaitan dengan siasatan kes kematian secara misteri Teoh, aku terbaca 1 kenyataan dari sorang menteri dalam laporan portal malaysiakini -
Alamak..! siasatan belum habis tapi Nazri dah tau dah Teoh terjun..?

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Akan Tumbang..?

Reactions: 
Pak Bakaq dalam blognya (~penarik beca) menaip begini -
Maka aku teringat apa yang aku baca didalam portal malaysiakini semalam dan antaranya kandungannya ialah -
Dalam kepala otak aku mula terfikir apa yang sedang dirancangkan oleh tangan-tangan diatas..? idea penglibatan kongsi gelap dalam hal ini (kematian Teoh) sejak dari awal lagi telah mula kedengaran dalam kem-kem UMNO/Barisan Nasional. kebanyakan blogger-blogger mereka juga mengaitkan kematian Teoh dengan pergerakan kongsi gelap.

Sedaya upaya mereka cuba menanam didalam minda pembaca kononnya kematian Teoh di pejabat SPRM adalah angkara kongsi gelap. tapi apa yang menghairankan aku ialah, kenapa seorang yang telah diugut oleh kongsi gelap tidak menghubungi orang yang paling rapat dengannya (tunang) memaklumkan sekiranya ada perkara buruk yang bakal berlaku..?

Tertanya lagi aku, bagaimana pihak kongsi gelap dapat menghubungi Teoh ketika dia berada di Pejabat SPRM sedangkan talifon bimbit beliau tidak berada bersama beliau sehingga saat dia ditemui mati dalam keadaan penuh tandatanya..?

Maka disitu aku sebut, teori blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional adalah teori paling bangang yang pernah aku baca.

Kata blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional -
  • Teoh telah diugut oleh pihak kongsi gelap selepas disiasat oleh pihak SPRM kerana telah membocorkan rahsia dalaman yang mengaitkan mereka dalam kes yang sedang disiasat oleh SPRM. pihak kongsi gelap sedia menunggu Teoh diluar pejabat SPRM atau dimana-mana sahaja sekiranya Teoh pulang dan akan mengambil tindakan.
  • Maka dengan itu, Teoh yang ketakutan akibat keceluparannya membocorkan maklumat penting, takut untuk pulang lalu mengambil keputusan untuk terus berada di pejabat SPRM dan mungkin kerana buntu atau takut, beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri di pejabat SPRM.
Agak longgar teori blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional disitu... longgar bagi aku bilamana mereka mengatakan bahawa Teoh telah diugut. timbul persoalan - pada awalnya aku cuma sanggup untuk diam sahaja kerana aku tidak nampak kelonggaran dalam teori itu walaupun ada persoalan.

Tetapi apabila pihak PDRM mengeluarkan kenyataan -
Terus aku lihat berlaku kelonggaran dan teori blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional tidak boleh diguna pakai.

Bagaimana kongsi gelap-kongsi gelap mahu mengugut Teoh..? bagaimana mereka berhubung..? adakah mereka mengugut Teoh melalui telegram atau Fed-Ex atau Poslaju atau atau apa-apa perhubungan courier yang beroperasi 24 jam..?

Mungkin ketika ini (kalau ada) para kongsi gelap yang ada di Malaysia sedang sujud menyembah kehebatan ejen kongsi gelap yang telah mengugut Teoh kerana kehebatannya yang dapat menghubungi Teoh tanpa sebarang saluran.

Blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional pada aku memang juara dalam menunjukkan kebangangan mereka.tapi itu adalah perkara biasa bagi aku kerana mereka bernaung dibawah bangang-bangang yang memegang jawatan setinggi menteri di Malaysia. kalau yang diatas itu namanya bangang, yang dibawah seharusnya kebangangan.

Balik pada cerita asal...

Daripada apa yang Pak Bakaq ulaskan secara "ilmiah" apa yang bakal berlaku, dan dikaitkan pula dengan apa yang aku fikir dan kaitan apa yang dimainkan oleh blogger-blogger bangang UMNO/Barisan Nasional iaitu peranan kongsi gelap dan juga pertembungan yang bakal berlaku dalam perhimpunan anjuran GMI dan juga PEWARIS pada 1hb. Ogos, 2009 nanti...

Mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik sekiranya tidak ada pihak yang mengambil langkah berjaga-jaga. antara ke 2-2 kumpulan yang bakal berhimpun, aku tak menolak kemungkinan akan adanya 1 kumpulan yang akan menyelinap dan akan melakukan provokasi.
Apa maknanya kenyataan diatas itu..? adakah ianya sebagai amaran awal yang ada antara kita terlepas pandang..? kita pernah diserang dengan amat bergaya dalam operasi lalang satu ketika dulu...

Kerajaan APU juga pernah dijatuhkan dengan cara yang sama (perancangan licik untuk mengisytiharkan mageran) dan telah jatuh menyembah bumi di Kelantan juga oleh perancangan dari pihak yang sama.

Maka aku tak menolak kemungkinan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mungkin tumbang tak lama lagi sekiranya kita masih lalai dan tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Caranya..?