Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 27, 2009

Orang Kelantan Mudah Di Pujok?

Reactions: 
Oleh Zaid Ibrahim

Keputusan pilihanraya Manik Urai menunjokan bahawa tidak semua pengundi membuat pilihan berdasarkan isu yang penting dan mustahak.

Semasa berkempen disana saya memberi tumpuan pada hal royalti minyak. Saya ingat inilah isu yang sepatut nya diketahui rakyat Kelantan. Tapi malang nya keputusan tidak sebagitu. Inilah yang mengecewakan. Pada saya isu Kerajaan Pusat menafikan hak royalti minyak kapada Kelantan sepatutnya menjadi isu yang menyatukan hati orang Kelantan.

Sepatutnya BN dihukum olih rakyat Kelantan kerana tidak memberitahu mereka perkara yang benar. BN patut dihukum kerana BN berdiam diri dan sengaja tidak mahu rakyat Kelantan mendapat hak mereka sebanyak RM 1 billion. Agak nya BN sanggup berbuat demikian kerana mereka tahu memadailah kapada orang Manik Urai kalau jambatan 7 juta ringgit dijanjikan atau wang 1000 Ringgit diberi kapada pengundi pengundi terpilih.

Tetapi semua nya tidak terlewat. Rakyat Kelantan mesti bersuara dalam hal ini. Tidak memadai Dato Nik Aziz dan Dato Husam yang bercakap soal ini. Rakyat Kelantan mesti bangun dan menuntut hak mereka. Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat. Kita sepatut nya bersedia berarak dan menunjokkan perassan kita secara aman sahinggalah BN bayar wang itu.

Ini akan membolehkan Kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri itu. Dato Mustapha Mohammad sebagai ketua UMNO Kelantan sepatutnya menyokong pembayaran wang tunai ini, dan lebih mementingkan kepentingan negeri dari parti politik nya. Bila kah agak nya Dato Pa sanggup bertindak untok kepentingan rakyat Kelantan.

Baca seterusnya di Orang Kelantan Mudah Di Pujok?

Bubar DUN Perak: Akhir...

Reactions: 
Sepanjang hampir 5 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan oleh Rejim barisan Nasiyonal dengan cara yang amat-amat tidak bermaruah, berbagai-bagai spekulasi telah bermain didalam dunia politik Malaysia khususnya Perak.

Berita DUN Perak bakal dibubarkan bukan sekali dua bertiup malahan boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali pasti akan kedengaran desas-desus kononnya DUN Perak akan dibubarkan oleh Rejim Barisan Nasiyonal.

Macam-macam cerita datang dan pergi. UMNgOk bergolak, UMNgOk bergolek, UMNgOk dan macam-macam lagi. tapi semuanya lepas begitu je... sampai hari ni, masih kekal macam yang kita lihat sekarang.

Terakhir sekali dari apa yang aku dapat dan aku tak mahu ulas dah lepas ni... DUN Perak tidak akan sekali-kali dibubarkan walau apapun yang berlaku. TIDAK SEKALI-KALI..!

Aku tak nak ulas panjang-panjang... cuma apa yang aku dapat, mengatakan bahawa UMNgOk tidak akan sekali-kali mengusulkan untuk membubarkan DUN sebab mereka tahu, membubarkan DUN adalah satu cara yang paling baik untuk membungkus UMNgOk didalam kubur.

UMNgOk tau mereka bakal kalah besar sekiranya diadakan Pilihanraya baik kecil mahupun besar lebih-lebih lagi di Perak.

Setelah beberapa perbincangan diadakan, ramai pimpinan-pimpinan UMNgOk telah bersetuju dengan hanya 1 jalan sahaja untuk menyelesaikan krisis di Perak.

Serahkan kuasa kembali kepada Pakatan Rakyat secara rundingan. tiada pembubaran DUN Perak... Pakatan Rakyat akan menjadi Kerajaan negeri seperti sediakala manakala UMNgOk pula akan terus menjadi Pembangkang di Perak.

Sekiranya selepas penyerahan kuasa nanti DS Nizar mengadap Baginda Sultan untuk memohon pembubaran DUN, ianya tidak akan diperkenankan... anda tahu mengapa dan bagaimanakan..?

Hanya itu sahaja 1-1nya cara untuk menyelamatkan semua kerusi BN di Perak. 1 pengorbanan yang besar tetapi juga 1-1nya cara untuk menarik kembali pengundi supaya mengundi UMNgOk menjelang PRU-13.

Dengan menyerahkan kembali Kerajaan Perak kepada Pakatan Rakyat, semua 28 kerusi UMNgOk akan selamat. tiada yang akan kehilangan kuasa dan tiada yang akan dipinggirkan oleh UMNgOk. bontot masing-masing akan terus berada di kerusi DUN masing-masing sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU-13 nanti.

Jalannya sudah ada tetapi persoalannya ialah - sanggupkan mereka-mereka yang berkepentingan melakukannya..?

Kan Aku Dah Cakap..!

Reactions: 
Lagi sekali untuk kesekian kalinya...

Kan aku dah cakap..!

Perhimpunan Anti ISA: Tolong War-Warkan Pada Semua..!

Reactions: 
Ingatan untuk para sahabat-sahabat semua menjelang perhimpunan resakse Anti ISA di Kuala Lumpur nanti...

Aku mintak para pimpinan bekerjasama untuk menjayakan 'rancangan paling best" untuk hari bersejarah tu nanti...

Untuk geng-geng yang akan bersama-sama menjayakan Perhimpuan Resakse Anti ISA 1hb. Ogos, 2009 nanti, jangan lupa bawak menatang dekat bawah ni...
Kalau bertembung dengan Pak Brahim Al-Froggy, kita pakat-pakat lepas menatang ni depan dia...

Bawak banyak-banyak tau..! kita longgok depan Pak Brahim Al-Froggy..!

Kita nak tengok macam mana dia nak bela nasib 'sahabat-sahabat" dia ni... jangan takut..! bawak katak, longgok atas jalan adalah tidak menyalahi undang-undang negara Malaysia...

Katak tak bahaya... Pak Brahim Al-Froggy pun tak bahaya... jangan takut..!

Harap dapat beri kerjasama... war-warkan pada semua yang bakal hadir..!

Kedudukan Pelantar Minyak Perairan "Offshore" Kelantan

Reactions: 
  • Bulan Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 13.07 Timur 103 02.24.
  • Cakrawala / Jenis fix platform / Kontraktor carigali Hess / Kedudukan Utara 07 10.00 Timur 103 05.50.
  • Puteri Cakrawala / Jenis Fuel Storage Offshore (FSO) / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 09.10 Timur 103 06.50.
  • Suriya Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 06.38 Timur 103 11.11.
  • Bumi Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 08.57 Timur 103 14.55.
  • Bunga Orkid A / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.20 Timur 103 48.36.
  • FSO Orkid / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.93 Timur 102 52.54.
  • Roger W. Mowell / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 13.30 Timur 103 49.08.
  • Harvey H. Ward / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 03.56 Timur 104 07.20.
  • Bunga Raya Alpha / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 58.60 Timur 104 10.70.
  • FSO PM3 – CAA / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 56.10 Timur 104 09.30.

Muhyiddin Yang Gagal... Kena Masuk Sekolah Balik..!

Reactions: 
Kan aku dah cakap sebelum ni dekat artikel Muhyiddin Cari Formula Tawan 1Malaysia TPM kita ni bodoh... korang tak percaya... kalau TPM ni cerdik, takkan la boleh datang idea buduh dia nak buat Manek Urai Baru & Manek Urai lama tu pusat "Agropolitan"..!

Kawasan tu kan kawasan kritikal kalau musim tengkujuh..! kalau banjir, setakat rumah 1 tingkat tu selambe je menyelam... nak "Agropolitian" kejadahnya..?

TPM Buduh..!

Barisan Nasiyonal Kukuh..?

Reactions: 
  • Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat kerana berterusan menimbulkan suasana tidak menentu dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya.
  • Dr Chua berkata, "Ong seharusnya lebih memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.
Aik..? "mengukuhkan parti"..?

Aik..? jadi betul la "khabar angin" yang mengatakan komponen Barisan Nasiyonal tak kukuh..?

Kah kah kah kah kah...!!! 1Malaysia dah kantoikan Barisan Nasiyonal..!

Puaka Bujang Senang

Reactions: 
Tetiba lak rasa nak publish lagu ni... hehehe... "Puaka Bujang Senang"... keh keh keh keh keh...!!!

Ketenangan air halus manja
Tersebut satu kisah puaka
Asal manusia
Menjadi buaya
Beraja di lubuk ngeri

Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah puaka

Suara ngeri
Datang dari lembah sunyi
Maut menanti
Dari sudut tanpa kesan
Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

Tahniah Kepada Yang Memilih No "3"..!

Reactions: 
Kah kah kah kah kah...!!! kan aku dah cakap dekat - Pilih 1, 2 Atau 3 SAHAJA..!.

Tahniah pada semua yang pilih no "3" sebagai jawapan... korang telah berjaya "menyembelih ayam-ayam daging yang didatangkan khas dari kilang UMNgOk..!"

Tahniah..!

*Hadiah berupa "telor UMNgOk" boleh dituntut daripada sedare KJ... mekasih..!