Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 30, 2009

Himpunan Anti ISA: Sekatan Jalanraya Bermula

Reactions: 
Ada kawan yang awal-awal dah bertolak dari Pantai Timur malam ni untuk menyertai Himpunan Anti ISA sabtu ni. pegi awal senang kata kawan.

Tapi baru kawan tu sampai di Tanah Merah, Kelantan... dah mula sekatan jalanraya rupanya...

Nasihat dari kawan kita untuk yang akan datang dari jauh... buang semua sticker-sticker yang berkaitan dengan parti di kenderaan anda.

Kalau ada kumpulan yang berkonvoi, elakkan dari berkonvoi bersama mereka... ikut dari jauh je...

Sekian untuk hari ni... kita tunggu laporan seterusnya dari kawan kita yang dalam perjalanan... semoga selamat sampai.

Juru-Ukur Khas Tentukan Lokasi Pelantar Minyak

Reactions: 
Kemelut kedudukan sebenar pelantar carigali minyak dan gas dijangka diketahui umum apabila rombongan kerajaan negeri dan anggota-anggota parlimen Malaysia melawat lokasi berkenaan awal Ogos ini.

Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut pasukan juruukur khas, Adun, media dan nelayan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa berkata, lawatan kerja ke kawasan pelantar minyak itu diharap dapat menentukan kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

"Ini memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed sebelum ini mendakwa pelantar terbabit terletak di kawasan tuntutan bertindih di bawah perjanjian antarabangsa membabitkan Malaysia, Thailand dan Vietnam.

"Jadi kita akan buktikan pelantar dimaksudkan masih dalam kawasan perairan Kelantan walau pun mungkin bertindih dengan Thailand," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai sebelum ini tidak mahu PAS mempolitikkan isu royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih.

Husam berkata, kalau lokasi pelantar bertindih di antara Kelantan dan Thailand bermakna negeri ini berhak ke atas royalti minyak dan gas sebanyak lima peratus setahun seperti ditetapkan Petronas.

"Adalah tidak berbangkit Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum sebagaimana negeri-negeri lain termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu.

"Jadi lawatan tersebut akan membuktikan apa yang didakwa oleh Dato' Mustapa itu tidak benar dan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti di bawah semangat federalisme," ujarnya.

Beliau juga berkata, Petronas tidak memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam seperti diarah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya di Manek Urai baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan ucapan banyak terima kepada sokongan banyak pihak untuk membolehkan Kelantan menuntut royalti terbabit.

Antaranya, mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjelaskan Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian dimeterai antara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 juga menyatakan perjanjian-perjanjian sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini menandatangani perjanjian dengan semua kerajaan negeri yang mempunyai sumber petroleum untuk memberi hak mendapat royalti lima peratus setahun sama ada di daratan atau lautan.

Pemimpin Umno juga mendakwa Kelantan tidak berhak terhadap minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri ini.

Sedangkan amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak biar pun pelantar berada lebih 200 kilometer dari pantai negeri terbabit.

Kelantan menuntut Petronas membayar sebanyak RM1 bilion memandangkan carigali minyak dan gas di kawasan PM301 bermula sejak 2004.

Jabatan Perangkaan Malaysia juga menjelaskan nilai pengeluaran kasar industri petroleum pada 2004 di perairan Kelantan, Terengganu dan Sabah berjumlah RM47 bilion.

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA

Reactions: 
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa.

Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari.

Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau.

Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya.

Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.

Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...

Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.

Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview.

Harussani: Ulama yang Melacurkan Diri untuk UMNO

Reactions: 
Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.

Kalau kita baca tulisan2 ulama2 muhaqiqin yang terdahulu, tiada perkara yang baik yang diungkap mereka bagi menerangkan kedudukan ulama2 yang menjual maruah dan agama mereka demi kepentingan pribadi mereka. Ulama seperti Harussani ini adalah antara ulama2 yang dikeji oleh ulama2 muhaqqiqin yang terdahulu.

Harussani ini TIDAK LAYAK MEMBUAT FATWA kerana beliau tiada ilmu untuk membuat fatwa. Beliau tidak pernah belajar dan menyambung pelajaran beliau untuk melayakkan diri beliau membuat fatwa.

Siapa Harussani Berbanding Tok Guru Nik Aziz

Juak2 UMNO mencuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi dari Tok Guru NIk Aziz.

Padahal Harussani ni, pegi Universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar.

Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain

Jadi, berhentilah menaikkan taraf Harussani. Harussani adalah pembohong dan penipu.

Harussani, Ulama Menyokong Dosa Besar

Sewaktu pembunuhan kejam orang2 Islam yang tidak berdosa di Memali tahun 1985, Harussani adalah penyokong kuat kepada tindakan membunuh orang yang tidak berdosa itu.

Di naqal dari blog Ustaz Ahmad Awang:

"* Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ(Harussani) merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut."

Dosa membunuh orang Islam yang tidak berdosa adalah lebih besar dari berzina. Membunuh orang dosanya tidak diampun Allah SWT dan mereka yang melakukannya kekal dalam neraka buat selamanya.

Harussani adalah penyokong kepada kezaliman dan kefasikan UMNO dan Barisan Nasional. HArussani menyokong pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya yang tidak berdosa.

Orang macam Harussani ini tidak layak dikira sebagai ulama kerana beliau adalah seorang yang fasiq.

Marah Nizar Pegang Lilin. Najib Pula Bagaimana? Apa Komen Pak Mufti

Baru2 ini, Harussani menaikkan isu Nizar pegang lilin. Saya cabar Harussani untuk memberi komen di atas gambar Najib ini:

Harussani Sekular Nasionalis, bukan Islamis

Akidah Harussani adalah Nasionalisma Melayu yang Sekular, dan bukannya Islam. Beliau bukan pejuang Islam. Beliau adalah UMNO dan beliau berjuang untuk UMNO dan sekularisma.

Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. Saya tidak yakin Harussani ni kenal Allah SWT atau tidak.

Tapi yang saya tahu, beliau telah melacurkan diri dan ilmu beliau untuk UMNO dan menyokong semua kezaliman UMNO.

Inilah dia contoh terbaik ulama As Suqq dan ulama ayam daging.

Tulang Besi

PM Najib Dapat "Cahaya" Di Tanah Suci...

Reactions: 
Tak sampai 2 minggu pun lepas PM Najib balik dari tanah suci mekah...
Beliau telah mendapat satu "cahaya"...

Seterusnya, sepulangnya PM Najib dari Tanah Suci Mekah...
  • Magnum Corporation, anak syarikat Multi-Purpose Holdings Berhad, minggu lepas telah pun mendapat kelulusan kerajaan untuk memulakan perjudian 4D baru.
  • Kelulusan ini berikutan kebenaran awal kerajaan yang memberikan keluluusan kepada ketiga-tiga syarikat perjudian itu -Berjaya Sports Toto, Magnum dan Tanjung plc - untuk mengadakan 10 cabutan istimewa setahun.
Baca seterusnya di The Malaysian Insider.

Khir Toyo Pening, Khalid Jangan Lena..!

Reactions: 
1 - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

2 - Menurutnya, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.

Komen aku... - pening... kenyataan Khir Toyo dekat atas sekali "terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu" dan kenyataan dibawah pulak "sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang".

Masa zaman pemerintahan Khir Toyo dulu, pernah ke Khir Toyo buat siasatan berapa ribu pusat sedemikian beroperasi secara haram..?

Pernah ke kerajaan dulu keluarkan statistik berapa jumlah yang berlesen (halal) dan yang tak berlesen..? adakah Khir Toyo yakin masa zaman dia jadi MB dulu tak de walau 1 pun pusat hiburan yang tak beroperasi secara haram di Selangor..?

Kenyataan yang Khir Toyo keluarkan adalah kenyataan paling BANGANG dan terang-terang akan memakan diri. walau bagaimanapun, MB Khalid mesti ambik tindakan diatas kenyataan ni..!

Jangan cakap "tiada pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Selangor sekarang..1". itu mustahil bagi aku... kerajaan Selangor sekarang kena ambik tindakan. siasat-siasat tak main..! terus buat operasi. bersihkan mana-mana yang kotor. jangan sampai rakyat pandang kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional sama je..!

Samy Vellu: Kera Dihutan Disusukan, Samy Tercekik Sebelum Makan...

Reactions: 
Itu kenyataan Samy Vellu beberapa hari lalu... dengan jelas, yakin, bersemangat dan juga tegas Samy Vellu juga mengatakan bahawa MIC mempunyai cukup wang untuk menyelesaikan masalah Kampung Buah Pala.

Masa tu aku teringat dekat gambar dekat bawah ni...
Masa tu Samy Memang betul-betul nampak macam hero... Sivaji The Boss, Mahatma Ghandi (sure Zambry Halam tercabar..!)... kira betul-betul nampak macam hero pembela kaum India la masa tu...

Tapi aku teringat kes saham MAIKA Holdings...

Saham MAIKA Holding kebanyakannya dipegang oleh ahli-ahli MIC... bertitik tolak dari kegagalan Samy menangani isu saham MAIKA Holdings lah ramai ahli-ahli MIC berpatah arang dan mula menyokong Pakatan Rakyat... macam-macam alasan Samy Vellu bagi masa tu, sampai hari ni kes tu tak setel-setel lagi... duit tak de la... itu la... ini la...

Dan hari ni -
Ada sape-sape tau Samy Vellu kemana hari ni..? tolong sape-sape tunggu dekat pintu keluar sempadan... kang tak pasal-pasal ada yang hilang lagi kang..!

Siapakah Di Belakang Blog t4tbh?

Reactions: 
Sejak akhir-akhir ini hampir semua media yang dikira pro Umno membuat promosi besar-besaran terhadap laman blog yang diwujudkan khas selepas kematian Teoh Beng Hock.

Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah di belakang blog ini yang nampaknya secara tersusun cuba menjatuhkan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.

Usaha juga nampaknya dibuat dengan keras untuk menyebarkan kebencian di kalangan penyokong PAS dan PKR di Selangor terhadap Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Sedangkan di luar pula Umno secara yang bersungguh-sungguh (terhegeh-hegeh, tulis wartawan Utusan) mahu menarik PAS bersama mereka.

Menurut satu blog, penulis di belakang blog ini adalah bekas wartawan NST. Selain dalam t4tbh, akhbar Malay Mail adalah akhbar utama yang melaporkan tulisan yang hampir sama dengan laporan dalam t4tbh ini.

Hari ini pula andaian timbul kononnya penulis ini ada kaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini ekoran dari tersiarnya dalam blog itu kenyataan bahawa maklumat yang disiarkan dalam blog ini (t4tbh) adalah dari komputer peribadi Teoh Beng Hock.

"Hanya mereka yang akses kepada komputer ini sahaja yang boleh mengetahui kandungannya...dan mereka adalah para pegawai SPRM yang menyiasat Teoh," tulis satu blog.

Sumber - SIASAH

DNA Lelaki Misteri Dibadan TBH..?

Reactions: 
Aduih... bila sebut misteri ni yang aku tak tahan ni... teringat pulak sampel DNA lelaki misteri dalam kes Norita dulu...

Laaaaaaaaast sekali... sampel kemana, lelaki misteri kemana, pembunuh kemana... ini filem ulang tayang ke..?

Kes Ditutup..!
Siapa 2 orang yang enggan bagi sampel DNA tu..? kalau ikut sejarah pemberitaan, kalau kena tang batang hidung Pakatan Rakyat, laju je keluar nama, ni nama tak sebut pun... apahal..?

Lagi sekali...

Kes Ditutup..!

Tiada Tajuk

Reactions: 
Huh... tengah malam/subuh buta baru aku dapat carik kedai yang ada wifi... jadi dapatlah aku online hari ni... bukak email, baca komen-komen dari website ni... ada 1 yang menarik...

Komen dari artikel aku sebelum ni - Blogger Pro UMNgOk Pun Gaduh..! Lanyak Jangan Tak Lanyak..!.
Komen aku sebagai membalas tuduhan anonymous (ni dah tentu bangsa tak de telorrr sebab pakai nama anonymous...) ialah seperti berikut...
Anon 12:22 AM... kau kenal orang dalam gambar dekat atas tu..?

Sebelah kanan (kemeja gelap) tu kalau kau nak kenal ialah ParpuKari dan sebelah kiri (t.shirt merah) tu kalau kau nak kenal ialah GOMO. gambar ni aku ambik sendiri dengan kamera aku dengan iziz ParpuKari dan jugak GOMO masa kami jumpa dalam program B.U.M 2009 (16hb.Mei, 2009).

*gambar aku edit bagi blur.

Aku bukan bangsa tak de telorrr macam kau dan jugak macam pencacai-pencacai yang seangkatan dengan kau (pakai nama anon tapi sembang mengalahkan petir).

Kami tak main pukul curi, baling batu sembunyi tangan. sekarang aku dekat Kelantan, kau cerita dekat sini ParpuKari ada dekat mana sekarang..? kalau nak buat tuduhan, biar betul fakta, jangan jadi macam Khir Toyo, nanti orang tau kau BODOH..!

Paham..?