Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 01, 2009

Himpunan Anti ISA: Jumlah Tangkapan

Reactions: 
Jumlah tangkapan sepanjang demo Anti ISA di seluruh lokasi di Kuala Lumpur hari ni ialah seramai 438 orang.

Kesemua mereka ditahan diberbagai-bagai lokasi ada yang ditahan sebelum demo dan ada juga yang ditahan semasa sedang berdemo.

Live@Mansuh ISA (24)

Reactions: 
Sebentar tadi 3 anggota Polis menyerbu masuk ke Ibupejabat Agung PAS. kemungkinan perbincangan atau penangkapan terhadap pimpinan, tetapi mereka keluar dari bangunan tersebut setengah jam kemudian.

Semua gambar sekitar perhimpunan GMI pada hari ini akan di Upload kemudian - TPU/Pengliporlari.

Live@Mansuh ISA (23)

Reactions: 
Jln. TAR - Para peserta perhimpunan GMI sekarang sedang berkumpul secara perlahan-lahan untuk bersurai. Sogo sekali lagi dikepong FRU yang bersiap sedia untuk serangan kali ke 3.

Live@Mansuh ISA (22)

Reactions: 
PERHATIAN..!!!

Kepada sesiapa yang kehilangan sebelah kasut (Kanan) jenama Guan Qin saiz 41.

Google warna biru muda, Kaca cermin mata hitam.

sila hubungi Topeng Perak yang kini berada di Sogo.

Live@Mansuh ISA (21)

Reactions: 
Ibu pejabat Agung PAS - Semua pempinan tertinggi Parti sedang berkumpul di sini bersama ribuan penyokong yang turut serta.

Live@Mansuh ISA (20)

Reactions: 
Sogo - FRU/Polis mula berpecah kepada 2 kumpulan. 1 gerombolan dikerahkan ke Dataran Merdeka untuk menambah anggota sedia menunggu di sana dan 1 kumpulan lagi masih mengawal di hadapan Sogo dan sekitarnya.

Kelihatan juga sebuah trak water canon FRU kekeringan air.

Seorang peserta GMI disepak terajang oleh Polis anti rusuhan@suruhan di Sogo LRT.

Live@Mansuh ISA (19)

Reactions: 
Jalan Tuanku Abd Rahman sekarang ditutup dan dikepong untuk semua laluan. Perarakan GMI terpaksa mengubah laluan ke jalan pintas Masjid India.

Sogo - Salehuddin Ayub sekarang berada di Komplek Pertama bersebelahan Sogo.

Live@Mansuh ISA (18)

Reactions: 
Masjid Negara - Keadaan tegang, FRU/Polis melepaskan berdas bom asap dan air asid menggunakan Water Canon untuk menghalang perarakan menuju ke Dataran Merdeka.Masjid Negara sekarang menjadi Balai Polis..!

Live@Mansuh ISA (17)

Reactions: 
Pro ISA sedang membuat sidang media di Pasar Seni, tetapi ahli Pewaris tidak menghadirinya..

Sogo - Ds anwar dan Lim Kit Siang akan menuju ke Dataran Merdeka.

Masjid Jamek - Gas pemedih mata dilepaskan FRU disini.

Live@Mansuh ISA (16)

Reactions: 
Masjid Negara - Dr.Hatta Ramli sedang mengetuai perarakan peserta dari sini ke Masjid Negara.

Sogo - Ds Anwar kini berada di Sogo bersama-sama penyokong.

Jln. TAR - Polis memberi laluan kepada 5 kumpulan 'Anti ISA' untuk berkumpul di Sogo - Terima Kasih PDRM..!

Pro ISA dah cabut... Dikhabarkan mereka ingin ke istana Negara dengan menaiki kereta.

Live@Mansuh ISA (15)

Reactions: 
Polis dan FRU mula bertindak dengan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan lebih 2000 orang yang berkumpul di jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Live@Mansuh ISA (14)

Reactions: 
Masjid Negara- polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

Masjid Jamek -
Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

Masjid Negara -
Kira-kira 1,000 orang berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Live@Mansuh ISA (13)

Reactions: 
Setakat jam 1.38 pm seramai 230 orang ditahan disekitar lokasi tumpuan di ibukota.

Sogo - DS Anwar Ibrahim dalam perjalanan ke sini.

Masjid Negara - Kira-kira 1000 jemaah bersembahyang dan mula berkumpul di perkarangan masjid.

Padang Merbok - Penyokong Pro ISA bertempiaran melarikan diri setelah diserang dengan bom asap oleh FRU lewat tengahari tadi. Waktu ini Padang Merbok dikhabarkan lengang.

Live@Mansuh ISA (12)

Reactions: 
Sogo - DS Nizar Jamaluddin arrived and arrested.

Live@Mansuh ISA (11)

Reactions: 
Masjid Jamek - 22 orang ditahan manakala 14 anggota Unit Amal ditangkap berhampiran stesen KTMB.

Masjid Negara - Hampir kesemua pintu masuk dikawal oleh pihak Polis yang menjalankan pemeriksaan beg, baju merah - hitam berlogo GMI ditahan. Diluar perkarangan Masjid, orang ramai mula membanjiri kawasan disamping 4 orang awam ditangkap. (sewaktu azan waktu zohor berkumandang).

Live@Mansuh ISA (10)

Reactions: 
Angka tangkapan meningkat ke 56 orang.

Live@Mansuh ISA (9)

Reactions: 
Polis berpakaian seragam dan preman (SB) sedang mengganas dengan bertindak menangkap orang ramai di dalam sebuah kedai kopi juga di sekitar Sogo.

Live@Mansuh ISA (8)

Reactions: 
Pusat beli belah Sogo telah menutup operasinya serta merta serta mengunci pintu masuk ke kompleks tersebut.

Orang ramai sekarang termasuk para Blogger diusir dari kiosk Secret Recipe yang juga telah menghentikan operasinya buat sementara waktu.

Tangkapan terkini seramai 34 orang ditahan Polis di sekitar Komplek Pernas Sogo.

Live@Mansuh ISA (7)

Reactions: 
Sogo - Police chasing all into Soga shopping complex. Do periodic arrest, Start closing road leading towards Sogo.

Crowd estimate to be arround 3k in Sogo area.

One truckload of ladies arrested juz pass by... Heard from Cops they are from east coast.

Live@Mansuh ISA (6)

Reactions: 
Rakan rakan Blogger telah mengambil tempat masing-masing untuk melapor info terkini dari lokasi.

Antaranya ialah Naruto Sensei, Tok Ggawo, Ummi Anni, Pinkturtle, Shamb,Yeol, TPU, Zorro-Unmasked, Duke The Whisperer dan ramai lagi yang sedang mencari liputan terbaik untuk anda...

Live@Mansuh ISA (5)

Reactions: 
Sogo - Polis telah mula menahan dan memeriksa orang ramai yang disyaki ingin menyertai perhimpunan.

Setakat ini , 5 orang yang memakai baju berlambang Parti Politik telah ditahan. Orang ramai telah mula berkumpul di sekitar lokasi tersebut.

Live@Mansuh ISA (4)

Reactions: 
Sekitar lokasi perhimpunan...Polis dan FRU sedang bergerak mencari mangsa..

Live@Mansuh ISA (3)

Reactions: 
Tangkapan secara rambang bermula.di Central Market,mereka yang berbaju hitam dan merah ditangkap tanpa soal siasat.

Pemeriksaan juga dilakukan dengan ketat. Beg diselongkar,sesiapa yang membawa baju hitam dan merah didalam beg juga ditangkap.

Anti ISA: 20 Ditahan

Reactions: 
Penangkapan telah bermula. seawal jam 9.45 pagi lagi, kira-kira 20 orang telah ditahan di perkarangan Masjid Negara. Manakala 200 orang telah dihalau pergi dari situ.

Wartawan kami di lapangan turut melaporkan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan telah dikerah ke Dataran Merdeka.

Manakala sekumpulan kecil peserta Himpunan Mansuhkan ISA berada di sekitar Masjid Jamek.

Hari ini, 1 Ogos 2009, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pakatan Rakyat perhimpunan aman Himpunan Mansuhkan ISA di ibu negara.

Mereka akan berarak dari Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan Deklarasi Mansuhkan ISA ke bawah Duli Tuanku Agong.

Manakala kumpulan Pro-ISA dijangka berhimpun di dua lokasi iaitu Padang Merbok dan Pasar Seni, sebelum berarak ke Istana Negara.

Sumber TVAntara

Live@Mansuh ISA (2)

Reactions: 
Beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.

Menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur, antara jalan yang ditutup sejak 8 pagi termasuk laluan di kedua-dua hala Lebuhraya Seremban-Sungai Besi, Jalan Kelapa Gading, Jalan Mahameru, Dataran Merdeka, Jalan Travers dan jalan-jalan berhampiran Istana Negara.

"Ada berlaku kesesakan tetapi tidak kritikal. Mungkin kerana hari ini ramai yang tidak bekerja," katanya.

Polis telah ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal lalu lintas, lapor Bernama.

Live@Mansuh ISA (1)

Reactions: 
Sebelum kami bawakan lintas langsung dari lokasi perhimpunan di KL,kita ikuti pesanan penting ini...