Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 27, 2009

Billboard Anti ISA Di Setiap Negeri Bawah PR...!!!

Reactions: 
Sebelum balik ke KL selepas selesai urusan kempen PRK N11, aku, Zorro-unmasked, Duke dan juga Gan bergegas ke Bangunan Komtar Pulau Pinang untuk satu sidang akhbar oleh KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng. ianya adalah sidang akhbar pertama dari KM Pulau Pinang bersama dengan ADUN baru N11 Ustaz Salleh Man.
Seperti yang dijanjikan sebelumnya, Lim telah mengumumkan dalam Sidang Akhbar tersebut bahawa satu mesyuarat penting telah dipanggil pagi tadi (Rabu) dan dalam mesyuarat tersebut, para EXCO Pulau Pinang telah bersetuju untuk melantik ADUN N11, Ustaz Salleh Man untuk memegang portfolio Ketua MAIPP.

Ustaz Salleh Man dijangka akan mengangkat sumpah sebagai ADUN N11 secara rasmi pada pembukaan Sidang DUN Pulau Pinang yang akan datang.
Dalam kesempatan itu juga, Barisan Rakyat Blogger (BRB) yang pada hari itu diketuai oleh Zorro-Unmasked juga sempat menyampaikan harapan dan satu cadangan kepada Ketua Menteri.

Harapan kami ialah terus memberikan komitmen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menguburkan pemerintah yang zalim iaitu UMNO/BN tidak kira berapa harga dan bagaimana pengorbanan yang diperlukan.

Kami akan terus memberikan sumbangan selagi kami mampu asalkan ianya adalah usaha untuk menguburkan UMNO/BN, tidak kira dimana, bila dan bagaimana.

Sebelum RPK meninggalkan negara ini (atas dasar keselamatan), BRB pernah membincangkan beberapa perkara berhubung dengan perjuangan menentang akta zalim ISA dan salah 1 darinya ialah dengan mengadakan sebanyak yang boleh perhimpunan anti ISA dan juga beberapa "candlelight vigil" bagi mendesak Kerajaan yang zalim ini supaya menghapuskan akta zalim ISA.

Pada 1 ketika, pihak polis mengira dari 1 hingga 15 sebelum kami diserang dan ditangkap ketika mengadakan siri-siri desakan hapuskan ISA. ketika itu 1Malaysia masih belum begitu faham akan apa yang diperjuangkan.

Lama kelamaan, semakin ramai rakyat 1Malaysia mulai faham dan menyertai apa sahaja perhimpunan atau "candlelight vigil" atas nama hapuskan ISA sehingga ke 1 tahap, pihak polis tidak lagi mengira 1 hingga 15 atau 1 hingga 3, sebaliknya pihak polis mula mengira 1 hingga 2 sahaja dan kita terus ditangkap tanpa sebarang amaran..!

Ini menunjukkan keberkesanan kempen anti ISA yang diperjuangkan. semakin ramai yang bersama kami dan pada mas ini, tidak sukar lagi untuk mencari mereka-mereka yang memaki baju yang tertulis "No To ISA" atau "Hapuskan ISA" dalam mana-mana siri ceramah Pakatan Rakyat atau dimana-mana sahaja.

Rakyat sudah semakin sedar.

Pihak Kerajaan yang zalim sudah semakin tertekan dan kita perlu memberikan lebih lagi tekanan sehinggalah akta zalim tersebut dihapuskan terus dari muka bumi 1Malaysia..!

Kita tidak mahu "kajian" atau "penambah baikkan" atau apa-apa sahaja yang pada dasarnya ialah mengekalkan akta zalim ISA. kita mahu akta itu terus dilenyapkan, bukan dikaji atau dikemaskini atau apa-apa sahaja yang bodoh-bodoh seperti itu.

Jadi, RPK telah mencadangkan supaya dibuat desakan yang lebih ekstrem lagi. tiada lagi "candlelight vigil' atau yang seumpamanya. semua itu hanya akan memberikan peluang kepada Kerajaan yang zalim mengadakan alasan untuk terus mempertahankan akta zalim ISA.

Kali ini cadangannya ialah menaikkan "Billboard" disetiap negeri dibawah Pakatan Rakyat. ini bukan billboard yang menayangkan wajah gadis-gadis cantik berbikini dan bercawat "G String" kemerah-merahan, tetapi ini ialah Billboard" Anti ISA..!

Bayangkan setiap kali anda memasuki negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, anda disambut oleh sebuah Billboard besar yang memaparkan perkataan seperti dibawah ini...
Klik sini untuk imej besar...

Mesti hebat kan..? apa kata Pimpinan Kerajaan Zalim sekiranya cadangan ini diterima oleh setiap negeri dibawah Pakatan Rakyat..?

Zorro-Unmasked telah menyampaikan cadangan ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada Sidang Akhbar tersebut yang dihadiri oleh semua wartawan media perdana. sebaik zorro-unmasked melontarkan cadangan ini, semua kamera dan video kamera terus sahaja tertumpu pada kami berempat.

Itu baru sahaja respon pada cadangan, belum lagi apabila ianya direalisasikan. impaknya pasti akan bertambah besar. Kerajaan zalim pasti akan bertambah pening. ini yang kita mahukan.

Ketika mendengar cadangan ini, kami lihat Dato' Mansor (ADUN Penanti) memberikan respon yang amat baik, beberapa pimpinan yang ada juga nampaknya memberikan respon yang juga amat baik dan yang menariknya ialah apabila P. Ramasamy terus sahaja menjenguk zorro-unmasked dari celah-celah belasan wartawan yang mula memberikan perhatian pada kami dan kami dapat lihat air muka P.Ramasamy yang sedikit terkejut (mungkin tersentak dan tidak percaya apabila idea ini dilontarkan).

Lim Guan Eng juga ketika mendengar idea ini pantas sahaja berkata "give it to me the design and we'll go for it..!"

Kami percaya ini adalah cara yang terbaik untuk menyuarakan bantahan kita terhadap akta zalim ISA. kita akan menaikkan "Billboard-Billboard" Anti ISA bermula dari Pulau Pinang, seterusnya Kelantan (Insya-Allah) diikuti dengan lain-lain negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Pada masa ini, zorro-unmasked telah mengemailkan design-design yang difikirkan menarik untuk dibuat sebagai billboard tersebut dan kita akan terus mengemaskini setiap perkembangan dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Semuanya terletak pada pimpinan Kerajaan Negeri-Negeri dibawah Pakatan Rakyat. kita akan terus mendesak Kerajaan pusat yang zalim supaya memanssuhkan terus ISA dari 1Malaysia sehingga ianya berjaya..!

Dibawah ini dipaparkan 2 lagi design yang juga telah dihantar kepada Lim Guan Eng untuk diperhalusi.
Klik sini untuk imej besar...
Klik sini untuk imej besar...

Gambar Hari Pengundian N11: Perishtiharan Kemenangan - Markas Induk

Reactions: 
Ini photo paling best... semua reporter yang ada, dok kerumun laptop aku... sebab apa..? sebab website http://perisik-rakyat.com/ ada result paling cepat sekali... jadi, semua keputusan terkini hari tu datang dari website ni... next time, kita akan guna lagi sistem ni...

Gambar Hari Pengundian N11: All Rounder

Reactions: 

Gambar Hari Pengundian N11: Puteri 1Malaysia

Reactions: 
Ni aku tayang-tayang muka budak-budak puteri ni bukan apa... kalau korang ada jumpa budak-budak ni, elok la jugak kalau korang cuba-cuba himpit... kalau nak buat pasangan pun tak salah, didik la dulu elok-elok... kalau nampak tak betul, nasihat bagi betul... sambil menyelam sambil minum air...

Dapat tambah jemaah, dari Puteri, pergi ke Muslimah... sedap mata memandang, sejuk perut ibu mengandung... bulan Ramadhan ni elok la buat amal lebih sikit...

Agenda Perpaduan Melayu Hanyalah Mitos & Cerita Khalayan Seperti Cerita Wayang Kulit

Reactions: 
Benar sama sekali. Kita lihat yang mejadi "champion" kepada inisiatif memadukan orang Melayu sekarang ini adalah UMNO. Tapi, UMNO yang mahu menjuarai perpaduan ini sudah pecah barah banyak kali dalam sejarah mereka bermula dengan penubuhan PAS pada 1952. Selepas tu kita lihat Dato Onn menubuhkan Parti Negara sedangkan Dato' Onn adalah pengasas UMNO dan banyak contoh lain.

Ia bererti perpaduan di kalangan orang Melayu hanyalah mitos. Malahan, selama ini tindakan UMNO menzalimi PAS dan membunuh pimpinan PAS bukan satu tindakan yang mengarah kepada membina perpaduan dan persefahaman sesama Melayu/Islam. Bukankah Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh secara kejam di Memali itu orang Melayu juga?

Hakikatnya, perpecahan di antara PAS dengan UMNO menguntungkan orang Melayu dan menguntungkan Islam. Saya cuma membanddingkan dengan Indonesia yang hidup di bawah orde baru/diktator Suharto selama 32 tahun. Selama itu, Suharto tidak mempunyai pembangkang dan tidak pernah gusar bahawa kerajaan dan kepimpinan beliau akan jatuh.

Apa yang berlaku selama Suharto memerintah adalah perompakan kekayaan Indonesia oleh Suharto, keluarganya dan kroninya selama 32 tahun. Perompakan yang berlaku secara berterusan tanpa henti.

Suharto berani melakukan demikian kerana beliau tiada saingan. Beliau berkuasa penuh sehingga Islam telah dibuang dari administrasi negara Indonesia. Suharto mengedepankan ideologi Pancasila yang meletakkan Islam sebagai anak tiri. Pemerintah Indonesia tidak diizin mengeluarkan wang untuk membina masjid ataupun apa-apa aktiviti keislaman. Malahan nama "Allah" pun tidak diizinkan untuk digunakan dalam masjlis2 atau koresponden rasmi.

Berbeza dengan Malaysia. Walaupun UMNO sekular seperti juga Suharto, tetapi kerana wujud PAS yang mampu menggugat UMNO di kawasan Melayu, maka UMNO tidak berani menghapuskan institusi agama serta amalan keagaaman di dalam pentadbiran negara.

Jika UMNO berani bertindak seperti Suharto, nescaya UMNO akan terhapus di semua kawasan Melayu dan kesemua kerusi Melayu akan pergi kepada PAS. Ertinya, wujud PAS telah melindungi Islam dan institusi Islam di Malaysia. Walaupun PAS tidak pernah memerintah negara, tetapi jasa PAS kepada Islam di Malaysia adalah tidak terhingga.

Dengan kata lain, wjudnya perpecahan antara PAS dengan UMNO adalah satu rahmat kepada Islam dan umat Melayu di Malaysia. UMNO terpaksa berbelanja dengan cukup besar bagi menambat hati rakyat Melayu kerana takut mereka mengundi PAS di waktu pilihanraya. Hasilnya, Melayu di Malaysia tidak semiskin serta sehina miskin di Indonesia. Semiskin-miskin melayu di Malaysia, tiada yang terpaksa makan sampah untuk hidup. Di Indonesia ada.

Berenti lah buat propaganda bodoh, kononnya PAS dengan UMNO mesti bersatu. Kita hanya bersatu dari segi beberapa agenda bersama bukan dari segi tubuh parti dan organisasi.

Berentilah sebar cerita bohong kamu, wahai UMNO

Tulang Besi

Kes Kartika Membuktikan Betapa UMNO Selama Ini Mengabaikan Serta Tidak Menghormati Mahkamah Syariah

Reactions: 
Kenyataan Musa Awang, Timbalan Persatuan Peguam Syariee menunjukkan betapa UMNO ini lidah bercabang. Di Pahang, panel Rayuan Syariah pun UMNO tidak mampu untuk memastikan kewujudannya. Banyak prasarana Mahkamah Syariah tidak pernah diambil kesah oleh UMNO sehinggalah ianya terdedah dengan kes Kartika Sari ini. Jikalau UMNO ambil kesah berkenaan mahkamah syariah, nescaya Kartika tidak perlu dihantar ke Penjara Kajang untuk disebat.

UMNO ini di depan mengaku berjuang Islam, tapi hakikatnya mereka lidah bercabang, telunjuk lurus kelingking berkait. Mahkamah Syariah mereka abaikan selama ini dan tidak kesah langsung kecuali yang perlu sahaja. Ikutilah kenyataan Musa Awang yang dipetik dari Malaysiakini

komentar Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan.

PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa :

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)