Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 28, 2009

UMNO/BN - Dulu, Kini & Selamanya...

Reactions: 
Apabila UMNO/BN kalah dalam 7 PRK yang telah diadakan selepas berakhirnya PRU-12, banyak sudah muka-muka dan nama-nama yang telah disebut sebagai "faktor" kekalahan UMNO/BN. antara yang tersenarai ialah - Pak Lah, Che Det, Ezam, KJ, Najib dan tidak lupa juga kepada semua calon-calon yang mewakili UMNO/BN (ini hanya sebahagian kecil nama sahaja).

Seperti biasa mengikut tradisi UMNO/BN, akan ada mana-mana nama yang akan dijadikan kambing hitam atau penyebab kekalahan UMNO/BN dalam mana-mana PRK yang UMNO/BN berjaya menjuarai kekalahannya.

Parti agung ini tidak pernah mahu atau cuba untuk mencari faktor sebenar kekalahan mereka sebab pada mereka UMNO/BN adalah 1 nama yang dianggap sebagai "maksum". parti yang menggunakan nama ini mungkin pada fikiran ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya adalah parti yang diturunkan oleh Allah untuk membela "bangsa melayu" padahal mereka lupa Allah tidak pernah mengutuskan mana-mana nama untuk membela mana-mana "bangsa'.

Bersandarkan kepada sejarah pemerintahan UMNO/BN yang telah menguasai tampuk Kerajaan Pusat selama lebih 50 tahun, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN gagal untuk mengerti bahawa mereka pada ketika ini telah mula kehilangan sokongan.

Setiap kali tamat mana-mana PRU atau PRK, mereka-mereka ini sibuk dengan "undi melayu'. penting sangat 'undi melayu" pada parti ini padahal pada waktu ini mereka jugalah yang sibuk melaungkan slogan "1Malaysia"...

Pada dasarnya "1Malaysia" itu merujuk kepada semua kaum dibawah 1 bumbung iaitu negara Malaysia dan semua kaum itu sudah tentulah semua bangsa yang ada di Malaysia. pada slogannya mereka bercakap tentang penyatuan seluruh kaum dan bangsa di Malaysia tapi pada kertas undi sokongan nampaknya mereka menitik beratkan pada hanya 1 bangsa sahaja iaitu "bangsa melayu" yang semakin hari semakin lemah.

Sebab itulah UMNO/BN mulai lemah. UMNO/BN mulai lembik, UMNO/BN mulai tidak bermaya kerana hanya mengharapkan pada sokongan kaum atau bangsa yang semakin hari semakin lemah iaitu "bangsa atau kaum melayu' sahaja.

Pokok yang lemah mengharapkan pada baja yang lemah, maka makin hancurlah pokok yang lemah itu sebab ianya dibajai oleh zat-zat yang lemah.

Pada aku kejayaan UMNO/BN mempertahankan kekalahan mereka dalam PRU dan siri-siri PRK akhir-akhir ini bukanlah disebabkan oleh mana-mana individu atau nama-nama yang pernah disenaraikan. kalahnya UMNO/BN ialah kerana rakyat menolak parti ini.

Apabila rakyat menolak, maka kalahlah parti itu. ini yang UMNO/BN tidak faham. perkara sebegini mudah pun UMNO/BN tak faham. masih juga mereka mencari sebab-sebab lain. susah untuk mereka mengakui bahawa rakyat telah menolak mereka. bila kalah akan keluarlah kenyataan - sokongan melayu tidak berubah.

Apa ada pada sokongan melayu? kalau UMNO/BN tak perlukan undian dari bangsa-bangsa lain, lucutkan slogan "1Malaysia" dari perjuangan UMNO/BN. kenapa tak naikkan sahaja slogan "1Melayu" kalau hanya sokongan melayu yang UMNO/BN perlukan..?

Pakatan Rakyat semakin hari semakin bertambah sokongan kepada mereka kerana semakin hari mereka semakin bijak berpolitik. mereka kerap bersama-sama dengan rakyat. mereka mendalami pemikiran rakyat, mereka merasai apa yang rakyat rasa. mereka menikmati juadah yang UMNO/BN sediakan setiap hari bersama-sama dengan rakyat marhaen.

Pemimpin UMNO/BN pula hanya pandai bercakap, mengeluarkan kenyataan tanpa ada seorang pun antara mereka yang merasai atau menikmati apa yang kami rakyat marhaen nikmati selama ini. sebab itulah boleh dikatakan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO/BN akan menjadi bahan ketawa rakyat marhaen seperti kami ini.

UMNO/BN tidak pernah faham. mereka cuma faham apa yang mereka mahu beri kepada rakyat tetapi mereka tidak pernah cuba untuk mengambil tahu apa yang rakyat mahu mereka lakukan.

Ini yang selama ini dipraktikkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. mereka menemui rakyat, mereka berada bersama rakyat, mereka mendengar apa yang rakyat mahukan dan mereka sedaya upaya cuba untuk merealisasikannya walaupun berhadapan dengan berbagai dugaan dan cabaran.

Jika Pakatan Rakyat terus konsisten dengan cara yang mereka praktikkan sekarang, tidak mustahil hampir 6 juta pengundi-pengundi yang belum berdaftar akan tertarik untuk mendaftar sebagai pengundi yang sah seterusnya memilih Pakatan Rakyat dalam mana-mana PRU atau PRK yang bakal diadakan.

Para pengundi muda ini bukan bersama-sama Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan UMNO/BN, sebaliknya mereka akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat kerana keyakinan mereka terhadap apa yang mampu Pakatan Rakyat lakukan demi kehidupan mereka dimasa hadapan.

Golongan muda sekarang tidak akan sekali-kali tertarik dengan 'tawaran" dari mana-mana pihak sebaliknya golongan muda ini lebih tertarik kepada mana-mana pihak yang mampu merealisasikan apa yang mereka mahu.

Mereka ada cita-cita mereka sendiri dan mereka sudah cukup bijak untuk mengaturnya mengikut kemahuan mereka. mereka juga sayangkan Negara Malaysia dan agama mereka, mereka lebih tahu apa yang mereka perlukan kerana mereka lebih terdedah kepada dunia luar.

Mereka ada segala akses ke dunia luar, dunia mereka bukan dunia dengan 1 bangsa sahaja tetapi dunia mereka adalah dunia "Anak Bangsa Malaysia'... semua bangsa dan agama dibawah 1 bumbung dan bumbung itu ialah Negara ini. mereka lebih berminat pada "Ketuanan Rakyat" daripada "Ketuanan Melayu" kerana disekeliling mereka, rakan-rakan mereka terdiri dari semua bangsa.

Mereka tidak lagi mementingkan diri mereka sendiri sebaliknya, mereka akan melakukan apa sahaja untuk membantu semua yang ada disekeliling mereka jika ada antaranya berada dalam kepayahan. mereka bukan hanya melayu, mereka bukan juga cina malah mereka juga bukan india sebaliknya mereka ialah "Anak Bangsa Malaysia".

Mereka inilah yang menolak UMNO/BN yang hanya memerlukan "Melayu". inilah sebab muktamad kenapa UMNO/BN kalah dalam setiap PRK selepas PRU12... tapi UMNO/BN tidak sesekali akan sedar. dulu, kini dan selamanya...
  • Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu... tipu terus menipu, kita tipu melayu... bersama kita bersama menjunjung hasrat semua... berjasa pada kroni, anak isteri dan bini...
  • Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak... bersatu bersedia, khianat cogan katanya...
  • UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia...

Selamat Tinggal KPM, Selamat Bersara - RPK

Reactions: 
Artikel asal oleh RPK. source - Malaysia-Today.net

Ketua Polis Negara sepatutnya tamat tempoh perkhidmatannya (bersara) pada September 2007. walau bagaimanapun, Kerajaan pimpinan Dollah Badawi telah melanjutkan tempoh persaraan KPM selama 2 tahun lagi. tempoh tersebut akan berakhir pada September 2009. kami mendapat maklumat bahawa kontrak persaraan KPM akan dilanjutkan lagi oleh Pimpinan Kerajaan sekarang.

Ini bermakna, taukeh-taukeh besar, along-along (mungkin juga para kongsi gelap) akan terus menguasai PDRM, mereka akan terus berkuasa untuk menentukan mana-mana pegawai yang akan dipindahkan, mendapat kenaikan pangkat, dijatuhkan atau dihumban kedalam penjara.

Ya..! mereka juga berkuasa untuk menghumbankan mana-mana pegawai polis yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka dan hari ini, kami paparkan beberapa dokumen sebagai bukti atas apa yang berlaku.

*Kebanyakan nama-nama dan maklumat yang terdapat dalam dokumen dibawah terpaksa dipadamkan dari pengetahuan umum untuk melindungi pemberi maklumat.

Sekadar Kenangan...

Reactions: 
Sekadar kenangan... gambar ni diambik semasa PRK P44 tahun lepas... tarikhnya ialah 26hb. Ogos, 2008...
Yang ni pulak diambil semasa kami baru pulang dari PRK N11 tarikh yang sama, cuma setahun berbeza...

ADUN BN Nak Lompat..? Bubar DUN Terengganu..!

Reactions: 
Aku tak nak ulas panjang-panjang... sekarang banyak sangat dok sok sek sok sek "kununnya" ada ADUN BN dari Terengganu nak lompat masuk PKR, ini akan memberikan kuasa majoriti kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kuasa Kerajaan Negeri Terengganu...

Kalau benar ini berlaku... AKU BANTAH...!!!

Kalau ada ADUN Terengganu lompat masuk PKR, Pakatan Rakyat bentuk Kerajaan Negeri tanpa melalui Pilihanraya, aku akan tentang, aku akan lawan..!

Bubarkan DUN Terengganu kalau ada yang lompat, serahkan kuasa kepada rakyat..! biar rakyat tentukan siapa yang layak memimpin, biar rakyat buat pilihan samada mereka mahu BN atau PR.

Jangan main gila..!

Izat... Jangan Mengaku..!

Reactions: 
Pssst... Ijat... jangan mengaku Jat... kalau dari awal kau dah start dengan "tak de" kau kene konsistent sampai mampus jawapan kau tetap "takde". ini baru real penipu..!

Nasib baik la dia ni tak dipilih sebagai ADUN Permatang Pasir hari tu... kalau tak, mampuih penduduk Permatang Pasir dok kene tipu je...

Tapi ake respek kat Ijat pasal berani..!

Berani menipu 1Malaysia, salah 1 ciri bakal pemimpin UMNO..!

Sumpah Blogger UMNO/BN Tak Pernah Mencarut..!

Reactions: 
Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, aku bawakan kepada korang buat tatapan tajuk-tajuk "murni" dari blogger UMNO/BN yang sungguh bersopan-santun... sikit pun tak de maki-maki atau mencarut.

Selama ni ramai pengkokmen-pengkomen yang komen dok tuduh blogger pro PR kaki carut, kaki maki... jadi hari ni dan untuk yang seterusnya, aku akan paparkan setiap hari tajuk-tajuk posting dari blogger pro UMNO/BN yang dikatakan "berkreadibiliti" dan bersopan-santun sesuai dengan namanya "melayu"...

Aku tunggu komen-komen dari para pro UMNO/BN... dekat bawah ni tajuk-tajuk artikel dari pencacai korang (untuk bulan Ogos...)... selamat beristighfar... agaknya banyak mana la "koleksi buku dosa" malaikat belah kiri blogger ni simpan ya..?

*"KKK" ialah Kaum Konek Kecik kata House PK... Astaghfirullahal'azim...

Ketuanan MeLAYU & Ketuanan Anak Bangsa Malaysia.

Reactions: 
Arab, Abai Sungai, Angko Indian, Achenes, Bookan, Bateq, Bisaya', Bintulu, Bajan, Burawan, Boyan, Beketan, Bidayah, Banjarese, Baba, Bugis, Belinese, Benggali, Bonggi, Che Hoong, Cantonese, Chitties, Cocos Islander, Dumpas, Dusun, Eurasian, Foo Chow, Gana, Gujerati, Heng Hua, Hokkien, Hokchia, Hakka, Hainannese, Ida'an, Iban, Iranun, Jahai, Jah Hut, Javanese, Jaffnese, Kantonese, Kintaq, Kuijau, Kalabuan, Kadazan, Kelabit, Kajang, Kejaman, Kanarese, Kimaragang, Kayan, Kalabakan, Kensiu, Kedayan, Kagayan, Kristang, Kwongsai, Kenyah, Lanoh, Lisum, Lakiput, Longkiput, Lobu, Lun Bawang, Lotud, Lundayah, Lahanan, Mendriq, Melanau, Mangkaak, Mah Meri, Malayali, Murut, Melayu, Makiang, Minangkabau, Minokok, Nepali, Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Hulu, Okolod, Orang Seletar, Papar, Paitan, Punjabi, Paluan, Pathans, Punan, Penan, Rungus, Rumanan, Sa'aban, Semoq Beri, Sama, Sino Natire, Sinhalese, Sinabu, Sindhi, Sekepan, Sungai, Suluk, Sihan, Semelai, Serudung, Semai, Sembakung, Tatana, Timugon, Temuan, Tombonuo, Tagal, Tamil, Tinagas, Teochow, Telegu, Tengara, Tidung, Tobilung, Temiar, Ukit, Ubian...

Apebenda aku melalut dekat atas tu..?

Untuk pengetahuan korang khususnya orang-orang UMNO/BN, list dekat atas tu ialah kaum-kaum yang menghuni negara Malaysia sebelum dan selepas Tanah Melayu Merdeka dan sampai sekarang pun kaum-kaum yang aku listkan dekat atas tu masih lagi menghuni negara Malaysia dan memegang kad pengenalan berwarna biru yang tertulis "warganegara Malaysia".

Semua kaum-kaum yang disenaraikan diatas tu, bersama-sama merasai apa yang kita lalui selama ini malah ada antara mereka mmempunyai pengalaman yang lebih "berharga" dari kita tetapi tidak ramai yang kedepan menuntut hak mereka sepertimana "Bangsa AGONG MeLAYU' bangkit mempertahankan hak mereka (kununnya).

Bila bercakap soal 'hak", kenapa sentiasa sahaja "Bangsa AGONG MeLAYU" sahaja yang dibicarakan..?

Balik pada sejarah Tanah Melayu... siapa yang dapat membuktikan bahawa Tanah Melayu ini ditenui oleh "Bangsa AGONG MeLAYU"..?

Tak salah kalau aku katakan bahawa, Tanah Melayu ini pada asalnya bukanlah hakmilik "Bangsa AGONG MeLAYU", "Bangsa AGONG MeLAYU" pada aku tak ubah seperti "Bangsa AGONG Mat Saleh"...

Dari mana datangnya "Bangsa AGONG MeLAYU"..? aku sendiripun walau dalam kad pengenalan aku tertera "Bangsa Melayu", masih tak dapat nak pastikan kesahihan "bangsa" aku... betul ke aku ni berbangsa Melayu..? ada yang dapat sahkan..? tak kan sebab aku biasa pakai baju melayu, makan kuih bahulu, pakai songkok (tapi tak tinggi), pakai capal maka aku adalah bangsa melayu?

Kalau ada Mat Saleh yang biasa menjalani kehidupan macam "orang melayu", layak ke dia dipanggil "bangsa melayu" walaupun dia bermata biru..?

Kita cuma ada slogan "1Malaysia" tapi kita masih lagi mendiskriminasi bangsa-bangsa lain yang juga "warganegara Malaysia".

Apa-apa pun kita utamakan MeLAYU, lebih-lebih MeLAYU UMNO. bangsa-bangsa lain yang lebih awal berada di Tanah Melayu tapi kehidupannya masih terpinggir mengalahkan anak tiri bapak tiri mak tiri sebelah adik beradik tiri kita pula macam mana?

Pernah ke kita menjenguk mereka-mereka yang kehidupannya lebih daif dari kita yang sebenarnya menumpang..?

Kalau diikut pada sejarah, melayu tak kan bangkit tanpa bantuan bangsa-bangsa lain. melayu bangkit dengan kerjasama semua bangsa-bangsa penghuni Tanah Melayu satu ketika dulu... nasib juga ada penjajah yang datang membawa hamba-hamba abdi dari negara-negara lain.

Sampai 1 ketika bila kita sudah agak maju, kita sudah agak kedepan... melayu mula lupa sumbangan bangsa-bangsa lain sehingga melayu dikenali.

Tanpa india-india import atau para pedagang india, melayu tidak akan kenal apa itu rempah ratus, tanpa cina-cina import atau para pedagang dari Tanah Besar Cina, melayu tidak akan kenal apa itu hasil bumi, apa itu lombong dan apa itu kain tenunan.

Bila melayu dah hebat, melayu mula meminggirkan bangsa-bangsa lain yang 1 masa dulu menjadi tempat untuk melayu bergantung hidup.

Bila cina hebat kerana mereka rajin berusaha dan pandai berniaga, melayu bangun mengamuk kononnya cina mula hendak mengambil alih kuasa perniagaan sedangkan pada hakikatnya melayu sendiri yang tidak pandai hendak menguasai ilmu perniagaan sebaik cina.

Hakikatnya melayu cuma pandai mengambil kesempatan manakala cina pula pandai menggunakan kesempatan. beza mengambil kesempatan dengan menggunakan kesempatan tidak sama. mengambil kesempatan ialah mencilok apa yang ada tetapi tidak memanfaatkan ia sebaik-baiknya dan menggunakan kesempatan pula ialah mencilok apa yang ada dan memanfaatkannya sebaik-baiknya.

Melayu kalah dalam hal ini.

Bila melayu kalah, melayu mula menyalahkan bangsa lain... melayu memang hebat dalam ilmu sihir kambing hitam. melayu hebat dalam membuang taik dimerata-rata dan melayu hebat mengambing hitamkan orang lain bila melayu tersepit setelah taik tadi ditemui.

"Itu bukan aku yang punya..!", kata melayu bila terkantoi... tipikal melayu.

Melayu bijak juga menipu... melayu pernah menipu melayu dan melayu-melayu BANGANG, cukup-cukup percaya dengan penipuan melayu.

"Proton Saga" kereta pertama Malaysia... penipuan tahap Maharaja Wunan dengan kuasa 99 petala langit.

20 tahun lepas tu baru melayu sedar rupanya Proton Saga cuma klon kereta jepun... Mitsubishi. buta-buta melayu kena tipu dekat melayu. itupun temelang pecah sebab terkantoi... bila kantoi melayu mula cari kambing hitam...

Gearbox proton masa tu banyak masalah, macam biasa, melayu akan melaung... "itu bukan aku punya..! itu mitsubishi yang punya..!" lalu melayu pun tau... rupanya melayu dah kena tipu dek melayu...

Sampai ke hari ni, melayu masih dok tipu melayu... kaum-kaum lain pun ramai yang kena tipu... ramai yang didiskriminasi. terutamanya kaum-kaum pribumi. kaum pribumi tinggal dikawsan pedalaman. kawasan yang banyak sumber hutan... kayu-kayan, balak.

Bila melayu datang gila, melayu akan halau kaum-kaum pribumi dari prasarana kehidupan mereka, kaum pribumi terpaksa berpindah ke kawasan lain sebab kampung mereka habis ditebang dan bumbung tempat mereka berlindung habis tertanggal diheret lori balak.
Mereka diperlakukan demikian sedangkan merekalah tuan asal Tanah Melayu.

Sebab tu aku cakap bangsa melayu ni macam bangsa Mat Saleh... masuk kampung red indian, kemudian halau red indian, kemudia isytihar "akulah tuan tanah'.

Lepas tu semua keistimewaan hanya diutamakan kepada melayu...

Melayu, melayu, melayu... kaum lain semua makin terpinggir macamlah di Malaysia ni cuma ada melayu je... kaum-kaum lain yang aku senaraikan dekat atas tu macam mana?

Tak kan sebab mereka tak pakai baju melayu, tak pakai songkok, tak pakai capal, tak kenal kuih bahulu maka mereka tiada hak atas bumi Malaysia ni..?

1Malaysia kena tahu, Malaysia dan hak-hak keatas tanah 1Malaysia ni bukan semata-mata hanya untuk melayu sahaja. semua kena kenal apa itu 'Bangsa Malaysia", semua kena ingat bahawa tak kira apa bangsa kita, apa agama kita, kita adalah "Anak Bangsa Malaysia'.

1Malaysia untuk semua, 1Malaysia untuk "Anak Bangsa Malaysia" dan bukan hanya untuk 'MeLAYU'. ingat... kalau mahu berjuang, berjuanglah untuk 'Anak Bangsa Malaysia'... berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Melayu itu apa? melayu itu bukan "Tuan"... melayu itu juga adalah 'Anak Bangsa Malaysia"... Tuan kita dan semua kaum di Malaysia ialah Negara ini. jadi kita sebagai 'Anak Bangsa Malaysia" wajib bersama-sama dengan semua kaum mempertahankan Negara Malaysia.

Kita tak perlukan mana-mana kaum atau bangsa sebagai "Tuan". melayu bukan tuan, cina bukan tuan, india bukan tuan dan semua kaum pun bukan tuan. kita saling memerlukan, kita saling diperlukan. jadi kita bergerak bersama-sama atas nama "Saya Anak Bangsa Malaysia".