Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 01, 2009

Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19

Reactions: 
Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

[PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23]
Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.

[PETA 2 - Seksyen 22]
Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.

[PETA 3 - Seksyen 19]
Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.

[PETA 4 - Seksyen 23]
Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?

Sumber - Khalid Samad

DUN Kota Seputih: SPR Putus Tiada Kekosongan

Reactions: 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Kedah dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Oleh itu ia kekal milik Barisan Nasional (BN).

Ia diputuskan pada mesyuarat khas selama empat jam yang diadakan sejak 10 pagi tadi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif dari UMNO/BN – digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali Sidang DUN tanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

TPU - dah agak dah... lepas ni PUNAHsihat Undang-Undang & juga Jabatan Peguam negara pun akan buat keputusan yang sama... tiada kekosongan Kerusi DUN Kota Seputih...

Selepas Perlembagaan Perak Dicabul, tiba giliran untuk Mencabul Perlembagaan Negeri Kedah Pula...

1Malaysia - Rakyat DiHULUkan, PenCABULan DiuTAMAKan...

Mail Saberi: Harga Minyak Utama Tidak Naik...

Reactions: 
KUALA LUMPUR : Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok. Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75. Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini.

Semua rakyat senang hati dengan kenaikan ini. Bayangkan,apabila kenaikan harga minyak berlaku,dan kenaikan itu berlaku di musim perayaan (biasa dibaca musim kenaikan harga barangan keperluan) secara mudahnya para peniaga yang oportunis mempunyai alasan untuk menaikkan harga barang. Kawallah dengan akta apa sekalipun, jangan lupa kenaikan minyak yang mendadak pada 2008 telah membebankan semua pihak. Jangan lupa,tambang bas juga akan naik.Tarif elektrik.? Tetapi jangan risau,rakyat semua hidup senang pada hari ini. Kan.?

Kadar pengangguran di Malaysia

KUALA LUMPUR - Pasaran pekerjaan dijangka terus merosot di Malaysia dengan kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus pada tahun lalu.

Faktor itu adalah kesan langsung daripada kelembapan aktiviti ekonomi yang menyebabkan permintaan daripada luar negara terus susut sejak akhir 2008.

Berikutan itu, sektor-sektor yang terdedah kepada perdagangan luar akan melaksanakan inisiatif pengurangan kos termasuk memendekkan masa kerja, melaksanakan skim pemberhentian pekerja secara sukarela dan sementara serta memberhentikan pekerja.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) 2008 mendapati 24 peratus guna tenaga dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan akan mengurangkan bilangan pekerja mereka pada tahun ini.

Maka selepas kenaikan harga minyak ini,rakyat makin senang. Kenaikan harga minyak bukan beban, kasihanilah kerajaan. Sampai bila nak subsidi je kan.?

Harga minyak dunia mahal.?

Houston - Harga minyak untuk bulan Oktober menurun US$ 0,62 ke US$ 71,43 per barel dalam perdagangan New York Mercantile Exchange. Di London, minyak Brent Laut Utara juga turun US$ 0,17 menjadi US$ 71,65 per barel.

Kenaikan harga minyak adalah disebabkan harga minyak dunia mahal. Tetapi ketika paras harga minyak dunia menjadi US$ 40 per barel sekalipun,tiada penurunan berlaku. Tetapi itu tidak membebankan,kerana rakyat semakin senang.kan.?

Anak Posmen Chemor

Masjid di RRI Sungai Buloh Betul2 Sebelah Kuil Hindu. Apa Sebab UMNO Selangor Tak Bising?

Reactions: 
Masjid RRI Sungai Buloh adalah masjid terdekat bagi saya untuk mengerjakan solat Jumaat ataupun apa2 solat berjemaah. Malahan, saya banyak kali juga bersolat tarawih di Masjid RRI Sungai Buloh. Yang menjadikan masjid (bukan surau) ini unik adalah kedudukan masjid ini yang bersebelahan sebuah kuil hindu.

Sesiapa sahaja yang pernah bersolat di Masjid RRI Sungai Buloh akan pasti melihat keunikan masjid ini kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu. Dan, yang lebih menarik lagi adalah masjid ini bebas mengumandangkan azan, iqamat dan kuliah agama melalui corong pembesar suara tanpa apa2 halangan dan masalah, sepanjang yang saya tahu.

Sepanjang yang saya tahu juga masjid ini sudah berkedudukan sebegini semenjak bertahun-tahun yang lampau dan selama itu, Selangor berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional/UMNO.

Soalnya sekarang, mengapa UMNO Selangor tidak menjadikan kedudukan masjid tersebut sebagai isu? Mengapa surau Al-Jannah (bukan masjid) yang akan terletak 120m dari tapak kuil baru itu pula dijadikan isu oleh UMNO Selangor dan beberapa NGO Melayu yang pro UMNO?

Memang Dalang Sebenar Kes Ini Adalah UMNO

Kalau betul-betul ikhlas memperjuangkan kedudukan surau dan masjid, maka diminta perjuangkan dahulu masjid RRI Sungai Buloh yang terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu?

Di sini jelas kepada kita, bahawa isu pemindahan kuil ke Seksyen 23 adalah MAINAN UMNO SEMATA-MATA. Kalau mengikut maklumat yang saya dapat, dalang penghasut nombor satu adalah Pengerusi Persatuan Penduduk di situ bernama Cikgu Zainuddin.

Biasanya, pengerusi2 persatuan penduduk adalah UMNO kerana mereka ini menjadi pengerusi sejak dari zaman UMNO memerintah lagi. Tak hairanlah Cikgu Zainuddin ini menjadi hero dalam menghasut penduduk setempat menentang idea pemindahan kuil ini.

Malah, saya mendapat maklumat Cikgu Zainuddin ini juga sedang merebut kedudukan sebagai Pengerusi Surau Al Jannah Seksyen 23 itu. Itulah juga sebabnya Pengerusi Surau Al-Jannah yang ada sekarang turut dimaki dan dipersalahkan.

Bagi saya, UMNO adalah satu wabak penyakit dan kita tidak harus mempercayai mereka dalam apa-apa perkara. MEreka dilatih untuk berbohong dan menipu. Kita tidak boleh mengikut cakap2 mereka kerana mereka kuat menipu.

Maklumat Tidak Tepat dari Blog http://pewarisummah.blogspot.com/

Kalau benar berlaku tindakan gangster dan kurang ajar dari masyarakat Hindu di Seksyen 19, mana buktinya?

Kenapa tiada report polis atau aduan bertulis dari mana-mana pihak berkenaan isu ini? Ertinya maklumat dari blog ini TIDAK TEPAT dan TIADA ASAS SAMA SEKALI.

Tulang Besi