Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 02, 2009

Angkara KUDETA,Politikus Perak Caca Marba..

Reactions: 
Pelbagai senario menarik melanda Perak dari awal tahun 2008 sehinggalah penghujung Ogos. Perkembangan politik negeri tersebut mencuri tumpuan rakyat Malaysia malah turut mencatatkan beberapa rekod dunia yang julung-julung kalinya berlaku di Malaysia.

Semuanya bermula sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu apabila Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 dari 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

Pada 17 Mac 2008 memperlihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Selepas itu, seluruh negara dikejutkan oleh isu lompat melompat yang berlaku di antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN, episod bermula apabila ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar dari Umno dan masuk Parti Keadilan Rakyat maka bermulalah drama lompat melompat parti di Perak.
Melalui senario politik Perak ini, beberapa rekod dunia yang telah dicatatkan:

- Terdapat dua Menteri Besar: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Zambry Abdul Kadir.

- Dua barisan Exco: Exco yang sah dibawah pimpinan Nizar dan exco haram pimpinan Zambry.

- Dua speaker: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar manakala Speaker Barisan Nasional, R Ganesan.

- Speaker di halang masuk Dewan: Speaker Sivakumar tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dan tolak usul perlantikan. Beliau dikurung dalam bilik selama sejam dan dihalang masuk dewan bagi menghentikan sidang yang dipengerusikan oleh Ganesan.

- Speaker dinafikan kuasa: Sidang DUN Perak 7 Mei tidak sah malah mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker Sivakumar malah pelbagai arahan dan perintah daripada Setiausaha DUN, Abdullah Antung Sabri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang tidak mempunyai autoriti.

- Speaker diseret dari kerusinya: Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh beberapa anggota polis, gara-gara sidang DUN "disambung" oleh "Speaker Baru" lantikan BN.

- Berpuluh-puluh polis mencemarkan DUN: Kira-kira 50 anggota polis memasuki Dewan dan mengelilingi tempat duduk dan dengan bantuan bentara menarik keluar Speaker Sivakumar.

- Pistol dibawa masuk DUN: Terdapat dakwaan bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam DUN Perak pada 7 Mei.
- Sidang DUN bawah pokok: Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Nizar sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.

- Hari ini sekali lagi Kerajaan Negeri Perak Pimpinan BN menghalang semua Adun Pakatan Rakyat untuk bersidang di dalam Dewan Undangan Negeri (SUK) yang sekali lagi memperlihatkan sayap kerajaan BN,Polis menangkap dan menakut nakutkan Adun dan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.

-Sidang DUN tatap diadakan yang dibuat di sebuah Hotel dalam Bandaraya Ipoh,Bandar penuh senario Politik.

Pengliporlari-Kalau boleh hafal dan ingatlah Perkara dan Peristiwa di atas,Mungkin menjadi soalan dalam temuduga Kakitangan Awam Perak atau Temuduga kenaikan pangkat...Tak naik pangkat mungkin naik Bangsat!!Ingat fakta diatas jika ingin pergi Temuduga pdRM...RM...RM...

Dari : Anjung Info

KUDETA Di Selangor: Perancangan 16 Sept. Berulang..?

Reactions: 
Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu. Agak mustahil untuk Barisan Nasional merampas lapan kerusi, sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PR buat setakat ini.

Namun, seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan lebih masa. Singkatnya, kemungkinan untuk BN menggulingkan kerajaan PR Selangor pada September tahun ini, hampir mencecah sifar.

Exco Kontroversi: Hasan Mohd Ali

Exco paling kontroversial, Hasan Mohd Ali (gambar kiri), juga Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, tersenarai dalam golongan "berisiko tinggi". Namun, ketika ditanya kemungkinan Hasan Ali untuk melompat parti, Exco Senior, Teresa Kok menafikannya secara terus-terang, "Lain cerita kalau beliau dapat membawa lapan orang melompat bersama-sama. Kalau tidak, untuk apa beliau lompat? Lompat untuk jadi pembangkang?"

Selepas tsunami politik 8 Mac, Hasan Ali pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar, diberi laluan oleh Khir Toyo (bekas MB) sebagai langkah untuk memastikan UMNO terus berkuasa di negeri, menurut seorang pemimpin PAS. Hasan Ali walau bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan PAS pusat, untuk bersama dengan PR.

Justeru itu, gerak-geri Hasan Ali kebelakangan ini dibaca sebagai desakan untuk menuntut lebih sumber daripada kerajaan PR. Malah, sumber maklumat yang rapat dengan PAS tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Hasan Ali untuk mencetus pertikaian seperti penjualan arak hanyalah "ugutan" semata-mata.

Bagaimanapun, Teresa Kok tetap menolak kemungkinan rakan sekerjanya untuk melompat parti, berasaskan kenyataan bahawa PAS tidak mungkin menarik diri dari kerajaan negeri PR, kecuali Hasan Ali melompat secara individu. Maka, pemimpin DAP ini melihat desas-desus rampasan kuasa, lompat parti cuma "perang psikologi" untuk menjejaskan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kerajaan PR Selangor.

Rapat dengan Ezam : Amirudin Shaari

Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.

Tetapi, Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim ketika ditanya, hanya meramalkan maksimanya empat orang yang berkemungkinan lompat parti, tanpa menamakan siapa mereka.
ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari (gambar kanan) dan ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafei, adalah antara yang tersenarai dalam "golongan berisiko". Amirudin Shaari tidak terkejut dengan khabar angin bahawa dirinya bakal melompat parti, menyedari dirinya dilihat sedemikian kerana pernah rapat dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd.Ezam Mohd.Nor.

Namun demikian, Amirudin Shaari secara tegas menafikan bahawa dirinya akan melompat parti. Amirudin Shaari pernah menjadi AJK ketika Ezam menerajui AMK, dan Mat Suhaimi Shafei pula adalah ahli ketika Ezam menjawat Ketua Bahagian Shah Alam. Ezam meninggalkan PKR sebelum PRU ke-12, dan menyertai semula UMNO selepas PRU ke-12.

Badrul Hisham Abdullah yang "gagal dihubungi" disenaraikan sebagai "golongan berisiko tinggi". Kerajaan PR Selangor dan PKR telah menuntut beliau untuk memberi perjelasan dalam minggu ini.

"Kerana kami menerima aduan, dan kami terpaksa menguruskannya. Kami perlukan beliau untuk memberi perjelasan, bukan mempersoalkan sama ada beliau akan melompat parti," jelas Amirudin Shaari.

Dakwaan rasuah sebelum lompat?

Pengalaman kedua-dua orang ADUN PKR di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu menghilangkan diri sebelum muncul di depan kamera dalam sidang media bersama Najib, masih segar dalam ingatan. Lompatan kedua-dua orang ini, ditambah pula ADUN DAP Hee Yit Foong yang berakhir dengan kejatuhan Perak ke tangan BN, telah dijadikan sebagai pengajaran untuk PR.

Teresa Kok berkata, kemungkinan UMNO menjatuhkan kerajaan PR melalui lompat parti tidak tinggi. Justeru itu, UMNO kini cenderung untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu dituduh rasuah terlebih dahulu, berakhir dengan kedua-dua orang mengambil pendirian pro-UMNO, dan tuduhan awal itu "lenyap" setelah mereka menyebelahi BN. Maka, apa yang berlaku ke atas Exco Selangor, Ronnie Liew mengundang pertikaian.

Ronnie Liew yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan menafikan kemungkinan lompat parti, malah dengan tegas menyatakan, "Siapa yang menyebut 'lompat parti' kepada saya, saya akan laporkan!"

*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, artikel ini ditulis dalam bahasa Cina, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Sumber - Malaysia-Today.net

Kota Siputeh: Bukti SPR Adalah Budak Suruhan UMNO

Reactions: 
Kita semua maklum tindakan SPR yang tidak mahu mengadakan Pilihanraya kecil di Perak yang telah membantu UMNO menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Dalam kes itu, SPR jelas telah menjadi salah satu biro UMNO dan melakukan segalanya mengikut kehendak UMNO dan Barisan Nasional.

Kita juga maklum betapa SPR akan memilih tarikh PRU yang menguntungkan UMNO dan merugikan Pakatan Rakyat. Misalnya, mengapa di kawasan yang kuat Pakatan Rakyat, PR Kecil tidak boleh diadakan pada hari Sabtu atau Ahad.Lagipun, pada hujung minggu, sekolah-sekolah tidak dipakai kerana murid-murid bercuti. Adalah logik sekiranya pilihanraya kecil diadakan pada hujung minggu ataupun pada hari cuti. Tapi, SPR sengaja memilih hari bekerja kerana ia lebh menguntungkan UMNO.

Dalam kes Kota Siputeh ini, kita lihat sendiri betapa SPR telah berani menyanggah undang-undang tubuh negeri Kedah sendiri dan memijak-mijak perlembagaan negeri Kedah seperti perlembagaan negeri Kedah itu tiada erti dan makna.

Kalau dalam kes Perak, bukti bertulis adalah dalam bentuk surat yang tidak bertarikh, tapi dalam kes Kedah ianya adalah dalam bentuk UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN BERDAULAT NEGERI KEDAH yang juga telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Kedah. Ertinya, tindakan SPR juga satu bentuk penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Pengundi Hantu dan Pengundi Pos

Oleh kerana sikap ke”umno” an SPR terserlah, maka terpaksalah Pakatan Rakyat mengambil tindakan yang pro aktif dan drastik dalam menghadapi penipuan serta pencabulan demokrasi yang bakal dilakukan UMNO dengan bantuan SPR
Pakatan mesti membersihkan Senarai Daftar Pemilih dari semua nama-nama pengundi yang disyaki dan tidak wujud. Semua ini akan digunakan oleh UMNO sebagai pengundi hantu dalam pilihanraya umum yang akan dating.

Zahid Hamidi bercadang untuk menubuhkan kem wataniah di setiap kawasan Parlimen. Itu juga akan menjadi sumber pengundi pos kelak yang akan memenangkan UMNO secara haram. Perkara ini perlu diperhatikan.

Juga, SPR akan membantu kerja2 UMNO di dalam menghilangkan nama pengundi Pakatan serta mengubah nama pengundi UMNO ke kawasan2 yang UMNO kalah tipis.

Perkara ini perlu Pakatan perhatikan.

Terakhir sekali, Pakatan Rakyat mesti memulakan usaha mendaftar pengundi baru secepat mungkin. UMNO sudah agresif perkara ini dan menggunakan peluang ini mendaftar pengundi-pengundi hantu mereka.

MESTI BERTINDAK DARI SEKARANG.

Kalau tidak kita akan hilang SEMUA KERUSI dan SEMUA NEGERI.
PAS Kelantan pada tahun 2004 telah membuang 25k nama dari senarai Daftar Pemilih Kelantan dan hanya Berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan dengan 1000+ undi.
Najib Tun Razak sudah berikrar untuk menawan semula Selangor dan saya yakin penipuan pilihanraya akan maksima di Selangor.

Tulang Besi

Pendedahan: Dalang-Dalang Disebalik Demo Kepala Lembu...

Reactions: 
Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya terus mempersoal tindakan UMNO yang ekstrem itu.

UMNO bukan sahaja didakwa cuba menjatuhkan Kerajan Pakatan Rakyat di Selangor melalui isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini, malah parti itu cuba mencipta pergelutan dengan penganut agama Hindu di Selangor melalui aksi ekstrem pihak terbabit.

Apa yang berlaku sudah tentu menuntut kepemimpinan UMNO membetulkan kesangsian rakyat terhadap aksi ekstrem pihak terbabit.

Di sebalik klip youtube yang merakamkan insiden tersebut, sebenarnya ada jawapan yang paling sahih untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik aksi ektrem itu.

Analisis emperikel bersama dua EXCO Pemuda PAS Selangor Nadzham Hj. Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS) semalam umumnya menunjukkan bahawa UMNO lah dalang sebenar insiden 28 Ogos lalu.

Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja UMNO Cawangan Seksyen 23, Hj. Azmir Md. Zain, di sini.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas ADUN Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam); yang mewakili UMNO dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

“Kalau dah ada Ketua Penaja UMNO (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya,” katanya.

“Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).”

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang samseng yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.

Dia (Hj. Azmir Md. Zain) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat bantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato’ Nawawi (abang kandung Azmir) di belakangnya… antara gangsternya (adalah) Achai, juga Pemuda UMNO Shah Alam.”

Nadzham yang pernah dikenali sebagai ‘otai’ Pemuda UMNO Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS turut mendedahkan bahawa Gangster bernama Achai juga merupakan orang penting kepada pemimpin pemuda UMNO tempatan, Dato’ Nawawi Md. Zain.

“Achai ini bukan (saja) kawan dia (Azmir), tapi adik pada Zack (iaitu) Setiausaha Kerja kepada Dato’ Hj. Nawawi Md Zain. Dia (Achai) orang penting pemuda UMNO.”

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda UMNO Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Selayang, Sohaimi Shahadan.

Sumber dalamam UMNO ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian UMNO Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu UMNO/BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap hipokrasi serta sambil lewa.

Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, sejak Kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.
Bersandarkan klip youtube yang lain : “Bantahan Dari Penduduk Seksyen 23Terhadap Kuil Yang Akan Dibangunkan Di Seksyen 23 Shah Alam“, Nadzham dan Khairul turut mendedahkan dua pemimpin UMNO luar yang datang beraksi ekstrem di Seksyen 23, di sini 16 Ogos lalu.
Kedua-dua pemimpin Pemuda PAS tersebut juga turut mempersoal tindak-tanduk Polis ‘berdiam diri’, sewaktu demontrasi terbabit berlangsung.

“Ketua Polis Daerah Shah Alam (ASP Noor Azam Jamaludin) kata perhimpunan itu tidak ada permit. Kenapa begitu mudah Polis begitu mudah memberi laluan kepada demontrasi tersebut, mengawal trafik, sudah tentu ada (pemimpin) UMNO sendiri di sebalik demontrasi itu.”

“UMNO memainkan peranan terhadap demontrasi kepala lembu ‘berdarah’ tersebut. Sebab itu, beberapa pemimpin UMNO terlibat.

Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini, sehinggalah media arus perdana membuat liputan luar biasa ke atasnya.

Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak/menendang kepala lembu lembu ‘berdarah’ itu.

“Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai orang penganjur menasihati, dia sepatutnya menasihati orang yang datang berdemonstrasi bersama. Sepatutnya dia menasihati supaya kepala lembu ‘berdarah’ itu tidak disertai bersama perarakan itu.”

Ibrahim turut didakwa cuba menjernihkan tanggapan tidak baik khalayak terhadap UMNO Selangor.

Memetik laporan Utusan Malaysia semalam, Ibrahim menegaskan, “Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu.”

Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu ‘berdarah’ itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.

Pun begitu, jika dilihat sendiri rakaman Youtube Malaysia kini, membayangkan Ibrahim masih bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu.

Tegasnya, “Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil,” katanya.

Agendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, “Jangan tuding jari pada pihak lain (UMNO)… saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri.”

Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut.

Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu.

Semalam, Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar pada satu kenyataan akhbar di Pejabat Agong PAS berkata, “Saya lihat bahawa isu ini ada kepentingan politik kepada Umno Barisan Nasional… mengadu domba hubungan antara kaum yang harmoni dalam negara kita untuk mencetuskan suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka… (iaitu) percubaan mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO.”

Ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, “Mereka mengatakan orang-orang Islam dalam Pakatan (Rakyat) menjadi kuda tunggangan; ungkapan-ungkapan yang menunjukkan bahawa mereka meniupkan sentimen perkauaman dan keagamaan.”

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit.

“Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin) sedangkan samseng-samseng itu jelas membelakangkan undang-undang dalam isu ini.”

“Saya tahu bahawa yang bercakap itu (demontrasi kepala lembu berdarah) bukan mewakili penduduk setempat (Seksyen 23). Saya sedih melihat bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka… sesuatu tindakan terdesak oleh pihak UMNO untuk membela, membela dan melindungi mereka (ekstremis).”

“Orang-orang sebegini sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam, mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan. Mereka dikebalkan sehingga mengugut penduduk yang mempersoal tindakan mereka.”

Tanpa menyebut nama-nama mangsa, Khalid juga menjelaskan bahawa beberapa saksi kejadian yang tampil membuat kenyataan sudah diugut serta diarahkan meninggalkan kediaman mereka, di sini.

Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas.

Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada penganut Hindu berhubung insiden tersebut

Wartawan Harakahdaily, Dzulfikar Mashoor yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam menjelaskan bahawa pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini.

Di antara responden harakahdaily 30 Ogos lalu, dua daripadanya menjelaskan bahawa diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali.

Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan Polis, kedua-duanya memberikan alasan takut terus diancam pihak terbabit.

Dalam pada itu, respon Rohaya Samad, suri rumah membuat penjelasan semula berhubung kenyataannya 30 Ogos lalu.

“Bukan maksud akak (kononnya) Hj. Mahyuddin (Pengerusi Persatuan Penduduk) membawa kepala lembu itu. Bukan akak yang kata. Akak bukan pemecah belah masyarakat seperti didakwa…” katanya.

Beliau juga menafikan bahawa beliau menerima sms kononnya penganut Hindu sudah membuat 98 aduan Polis berhubung insiden tersebut.

“Bukan 98 (aduan) yang akak kata. Akak kata 48 (aduan). Akhbar hari ini laporan 52 aduan,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada segala penjelasan tersebut disebabkan ugutan pihak tertentu, beliau mengatakan ‘tidak’.

Salah seorang saksi tuduh yang juga pemimpin tempatan, Cikgu Zainuddin terus dihubungi sehingga kini untuk mendapatkan sisi pandang yang lain, tetapi masih gagal.

Suatu sumber memberitahu bahawa beliau sedang membantu siasatan oleh pihak Polis.

Setakat ini, tidak ada mana-mana individu dilaporkan telah ditangkap di bawah Akta Hasutan dan ISA.

Segala yang berlaku, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba menjadikan pertemuan bersama penduduk Seksyen 23 Sabtu ini sebagai jalan keluar, sedangkan Umno BN terus dibelit pelbagai dakwaan ekstrem, samseng, mengamalkan perkauman sempit demi menjatuhkan kerajaan negeri Selangor kelak.

Sumber - instinctive-stage G3.0