Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 06, 2009

1000 Ahli MCA Sekijang Sertai PKR..!

Reactions: 
Dato' Chua Jui Meng sebentar tadi dalam ceramahnya di Parit Sulong mengisytiharkan bahawa 1000 ahli MCA Sekijang telah mengisytiharkan bahawa mereka telah keluar dari Gerombolan dan menyertai perjuangan membela rakyat bersama Pakatan Rakyat diatas paltform PKR.

Chua Jui Meng juga sebentar tadi menjelaskan bahawa jurang pendapatan antara kaum Melayu dan Cina mempunyai jurang yang jauh berbeza akibat dari tindakan pemimpin UMNO/BN yang hanya berminat untuk mengenyangkan perut mereka sendiri dan itu adalah faktor utama kenapa beliau memilih untuk berhijrah dari platform BN kepada Platform Pakatan rakyat.

"Johor adalah kubu kuat UMNO/BN tetapi saya memilih untuk tidak lagi bersama UMNO/BN kerana parti yang menerajui BN iaitu UMNO telah mulai mereput dan tidak ada cara lagi untuk memulihkan UMNO/BN.

Kelemahan yang paling ketara ialah bilamana Malaysia telah kehilangan sebanyak RM268 billion semasa pemerintahan PM baru Najib yang tidak sampai pun setahun..!

Ini ialah rekod baru untuk Malaysia...

Lintas Langsung Majlis Ceramah PKR Di Batu Pahat

Reactions: 
Di Batu Pahat sekarang sedang berlangsung majlis ceramah oleh Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang telah hadir ialah DS Anwar Ibrahim, Dato' Chua Jui Meng dan Hasmi Hashim (Pengerusi Parti KeADILan Parit Sulong).

Hasmi Hashim hadir sebagai pemidato pertama sebentar tadi. beliau dalam ucapannya menyeru supaya orang Melayu Johor bangkit. orang Melayu perlu sedar bahawa Sejarah melayu telah diputar-belit oleh UMNO yang membentuk Kerajaan sejak lebih 50 tahun dulu dengan memfitnah Dato' Onn sebagai pengkhianat bangsa.

Dato' Onn dalam sejarah politiknya telah dibuang ke Singapura sebanyak 3 kali. Hasmi juga berkata, Mat Indra adalah pejuang sebenar Melayu. Mat Indra ialah pejuang Melayu yang telah ditangkap dan dipenjara oleh pihak British kerana perjuangannya tidak selari dengan kehendak British.

Kehadiran..?

Tunggu laporan seterusnya... dengar cerita ada ahli MCA akan isytihar keluar dari Gerombolan dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

"Kau Diam Rodziah..! Aku R***l Kau Nanti..!"

Reactions: 
Bila gempar 1Malaysia insiden dialog bersama pendudk bertukar menjadi majlis maki-hamun bersama penduduk, aku malas nak ambik tau... malas nak komen, malas nak post apa-apa artikel berkaitan sebab bosan dengan sikap Puaka-Puaka UMNO yang masih pekat sifat assobiyah.

Cakap pasal Islam berdegar-degar, mengalahkan Alim-Ulama... masuk dewan tempat majlis dialog cuma berbekalkan dengan semangat "Melayu" dan juga kalimah 'Allahu Akbar", tapi aksi mengalahkan anak anjing baru beranak.

Salak sana, salak sini, Kerajaan bagi ruang untuk berdialog, puaka-puaka UMNO ni pulak datang buat kecoh... sebelum sessi dialog ni, aku dok harap sangat-sangat Puaka-puaka UMNO ni akan datang dengan file setebal tayar traktor yang mengandungi fakta-fakta, hujah-hujah yang boleh dijadikan sokongan dalam hal bantahan ni...

Tau-tau puaka-puaka ni datang bawak kepala tengkorak kosong, mulut dengan suara je... ade pulak makihamun sebagai pemanis... ni lagi bangang dari lembu...

Yang sekor pakai baju putih tu lagi la mangkaq... tak habis-habis dok ulang BANGANG, BANGANG, BANGANG... sebab apa BANGANG tak pulak dibagitau... penat...

Yang baju hitam rambut panjang tu pun lagi satu mangkaq... sepatah haram aku tak paham apa dia cakap... yang aku paham, dia ni suka jerit-jerit, angkat-angkat tangan macam kaki nombor miss semata...

Baju hitam ni kalau tak salah aku ahli UMNO... nama dia Samsul Anuar Ismail. menjalankan perniagaan - E-Class Automobile (bisnes apa aku tak tau...) di Kilometer 12, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya. kalau nak hubungi dia, boleh contact no +6019 312 2530. itu yang aku tau. orang UMNO sendiri yang bagi... kalau dia tipu, kita semua kena tipu... aku malas nak call... tak de urusan.

Mengikut kata salah sorang Ahli Majlis yang ada disitu masa kejadian, mamat Samsul ni ada mengeluarkan ugutan terhadap YB Rodziah masa sessi tersebut... Samsul cakap - "Kau Diam Rodziah..! Aku R***l Kau Nanti..!"

Dia ni gila ke hape..?

Syabas Tok Guru dan Khalid Samad

Reactions: 
YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya.

Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.

Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka.

Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka.

Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka.

Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina.

Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan.

Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka.

Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam.

Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya:

“Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

Sumber - Zaid Ibrahim