Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 11, 2009

MeLAYU Islam Yang Bodoh Nak Berubah...

Reactions: 
Kalau Islam jer rasanya tak ler bodoh.. tapi ini

MELAYU (ISLAM) YANG BODOH NAK BERUBAH..! BODOH NYA BANGSA KU SENDIRI.

Memang betul ler bodoh.. sapa suruh terima syarat semasa pi melutut kat british nak minta kemerdekaan.? nak sangat merdeka, setuju jer dengan syarat supaya orang cina dan india dikekalkan sebagai rakyat malaysia.. sapa yang bodoh tu.. melayu ler kan.. kan.. kan... Islam tapi tak macam Islam.. melayu Islam..

Bacalah sejarah dan cuba fikirkan mengapa hanya parti UMNO yang dibiarkan bebas oleh Inggeris dan parti-parti lain yang mendapat sokongan besar diharamkan dan pemimpin mereka dipenjara (ISA) oleh Inggeris.

Mengapa Tunku Abdul Rahman tergesa-gesa merundingkan kemerdekaan Malaysia dengan Inggeris pada masa yang sama Ibrahim Hj. Yaakub (pemimpin yang disenangi oleh kebanyakkan orang melayu) berada dalam penjara.

Pejuang Islam ramai yang dibunuh dan diburu oleh pihak Inggeris.. seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut yang diseksa mayatnya selepas dibunuh.. Hj. Abdul Rahman Limbong, peguam yang dibuang negeri ke Mekah. Dato Bahaman.. semuanya diburu, dipenjara dan dibunuh.. lenyap seketika semangat melayu...

Semangat kemerdekaan tercetus semula sebaik Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin, dan Hj. Abas Taha (kesemuanya lulusan Al-Azhar).. mencetuskan pembaharuan dalam Islam dan melahirkan tokoh seperti Ibrahim Yaakub yang mendapat didikan di Maktab Perguruan Sultan Idris.

Semuanya berjalan lancar hinggalah kedatangan Jepun dan kembalinya Inggeris selepas Jepun menyerah kalah.. pihak Inggeris menyedari betapa kuatnya pengaruh Islam yang tercetus dalam pejuang kemerdekaan.. semua pemimpin yang berlatar belakang Islam ditangkap, dipenjara, dan parti mereka diharamkan.. dan diganti dengan UMNO.. hinggalah hari ini..

UMNO sebenarnya adalah waris penjajah untuk menjaga kepentingan mereka di sini.

Sumbangan - lah68 ripen

TGNA: Masalahnya Bukan DAP, Tapi Orang Islam Sendiri..!

Reactions: 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hukuman sebat yang dijatuhkan kepada model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, perlu dilaksanakan walaupun negara berhadapan kecaman dunia luar. :

Nik Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak perlu tunduk kepada dunia luar sebaliknya perlu patuh kepada ajaran Islam.

“Dunia luar ini dunia Yahudi. Kita mesti tunduk kepada agama bukan kepada dunia luar. Buat apa kita duk sibuk dengan dunia luar. Mereka ini kalau kita tak minum arak pun mereka kata kita tak pandai nak berkawan.

“Bagi mereka yang pandai berkawan ini minum arak, dadah. Kalau boleh bawa perempuan berseronok itu baru dunia luar seronok tapi hati perut kita sebagai hamba Allah takkan kita nak takut kepada dunia luar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Beliau berkata, kita perlu beritahu dunia luar cara yang betul dan bukan dengan cara mengikut kehendak mereka.

“Sebab itu dua tiga hari baru ini saya buat kenyataan keluar dalam Sinar Harian bermakna kita perlu cuba bebaskan diri daripada menjadi pak turut Eropah.

“Cuba ajar diri jadi pak turut Nabi Muhamad SAW. Kalau kita tanya dunia luar bukan mereka setuju, pedulikan mereka. Hak dia (barat) nak kata, biar dia kata. Tapi kewajipan orang Islam ni kena jawab.

“Kita tak boleh sekat mulut orang tapi kita jawab. Mana boleh kita nak ikut orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman yang dibuat negara luar dan media asing ekoran hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai.

Beliau berkata, hukuman sebat di dalam Islam bukan empat atau lima sebatan sebaliknya hukumannya 80 rotan.

“Dan rotan dalam Islam ni rotan bukan untuk suruh sakit tapi untuk malu. Hudud ni Kelantan dah buat. Kami berbincang dengan ramai tokoh termasuk Ketua Hakim sekarang.

“Kami dah buat dah draf dan lulus kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat (dulu) kata kalau buat juga benda ini akan diambil tindakan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tetapi sekiranya pembangkang (Pakatan Rakyat) menguasai tampuk pemerintahan ia akan dilaksanakan.

“Bila kita yang sekarang ini dipanggil pembangkang menguasai Kuala Lumpur pandai la kita buat. Dia (Kerajaan Pusat) nak kata apa dah.

“Usaha akan terus dilakukan sehingga kiamat. Kalau DAP tak nak terima kita akan tanya di mana tidak kena dan sekiranya dia boleh beritahu di mana saya akan terima,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang menjadi masalah sekarang bukan DAP tetapi orang Islam sendiri.

Sumber dari SINAR HARIAN 11/09/2009

Tahniah..! Mirzan Mahathir Berjaya Kuasai Syarikat Arak..!

Reactions: 
Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

San Miguel Corp has been selling its food and beverage assets since 2007 to expand into the mining, infrastructure and property industries.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.

He once controlled Konsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

Source - The Malaysian Insider

Ronnie Liu Siar Senarai Belanjawan 3 Kawasan Bawah Seliaan

Reactions: 
  • ADUN Pandamaran, Ronnie Liu, akan menyiarkan senarai perbelanjaan peruntukan negeri bagi tiga kawasan seliaannya, sebelum menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak lama lagi.
  • Selain DUN Pandamaran, Liu yang juga exco kerajaan Selangor, turut menyelia pembelanjaan peruntukan negeri tahunan RM500,000 bagi DUN Sungai Pelek dan DUN Sungai Panjang.
  • "Saya mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak ada apa yang hendak saya sembunyikan," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam.
  • Menurutnya, dokumen-dokumen berkenaan boleh dimuat-turun dari blognya.
  • "Dengan laporan terperinci itu, rakyat dan akhbar boleh melihat sendiri bagaimana peruntukan negeri disalurkan semula kepada kepada rakyat," katanya.
  • Salinan senarai tersebut yang diedarkan kepada media, menunjukkan peruntukan RM500,000 telah habis digunakan untuk Pandamaran.
TPU - ADUN UMNO/BN bila lagi..? dari pihak Pakatan Rakyat, dah macam-macam dah dibentangkan kepengetahuan umum termasuk harta-harta peribadi ADUN-ADUN Selangor...

UMNO/BN..? lebih 50 tahun tak pernah pun buat macam ni... apahal..? kekayaan lebih dari kemampuan ke..?

UMNO Parti Islam...

Reactions: 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini.

Sumber - KLpos.com

TPU - Antara bukti-bukti yang membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti Islam dan mengamalkan ajaran Islam...
U - United
M - Munafik
N - National
O - Organisation