Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Khas Semperna Aidilfiri 1430 Hijrah.

Reactions: 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah S.A.W.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya Aidil Fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah S.W.T. mewajibkan kita bersiyam (puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll). Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulannya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabdian sepenuhnya kepada kehendak Allah S.W.T.

Terdahulu dari bulan Ramadhan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Muhammad S.A.W. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, dipelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri.

Segala amalan ramadhan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus. Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya. Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.
Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah : 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka selama lebih 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, berbuka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.

Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll.

Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd.

Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.
(Menteri Besar Pekatan Rakyat Perak, Ahli Parlimen Bukit Gantang, ADUN Pasir Panjang)