Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 26, 2009

Artikel 68 : Gangguan Celcom Disebabkan Bla Bla Bla...

Reactions: 
KUALA LUMPUR- Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku hari ini disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.

Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas - Sinar Harian

IlyTrolak : Berani aku katakan bahawa kenyataan oleh Celcom di atas atas bohong semata. Mereka menjelaskan bahawa gangguan hanya melibatkan kepada perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Apa yang berlaku kepada aku dan isteri aku ialah tiada langsung liputan yang diterima. Ini bermakna semua perkhidmatan tidak dapat digunakan. Apakah yang mereka maksudkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Shazalli Ramly?

Nampaknya mereka tidak bersedia dengan perkhidmatan yang sebenar. Iklan bukan main gah, tetapi nak cover untuk rakyat Malaysia sahajapun dah tak mampu.

Hari ini pula aku lagi hangat hati. Lain nampak macam ada. bila buat panggilan putus-putus. Aku terpaksa membuat panggilan berkali-kali. Akhirnya guna telefon rumah, baru jelas.

Aku berani nyatakan bahawa sepanjang aku menggunakan perkhidmatan Hotlink Maxis... Aku tidak pernah mengalami insiden seperti ini. CELCOM OH CELCOM...

Aku berharap pihak STMB atau TELEKOM yang menjadi kepala kepada syarikat selular ini perlu ambil tindakan drastik agar pelanggan tak lari.

Sumber - ::::: Aku Budak Trolak :::::

Benarkah Pegawai2 Kerajaan Dihina dalam Sessi Soaljawab SELCAT?Jawapan kepada Kenyataan Dato' Hasan Ali

Reactions: 
Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:
  • “Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”
Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.

Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.

Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?

Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?

Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?

Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.

Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.

Seterusnya kenyataan itu berkata:
  • “Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”
Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?

Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?

Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?

Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:
  • “Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”
Saya cabar Dato Hasan dan penasihat2 beliau supaya tunjukkan apa kurangnya kelayakan ahli2 SELCAT yang ada sekarang? Adakah mereka tidak ada pengalaman? Adakah Saudara Azmin Ali tidak pernah berkhidmat di bawah bekas Menteri Kewangan Malaysia? Adakah Teng Chang Kim itu bukan berkelulusan undang2?

Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.

Tulang Besi

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

Pegawai2 Kerajaan Selangor Sokong UMNO/BN Pada Pilihanraya 2008

Reactions: 
Ada orang dalam blog dan beberapa orang PAS yang saya kenal begitu galak mempertahankan tindakan Hasan Ali. Dalam blog ini, antaranya adalah Anak Perelih yang mempertahankan tindakan Hasan Ali habis2an. Kepada Anak Perelih, saya nasihatkan, keluarlah dari PAS dan masuk UMNO. Jangan jadi talam dua muka.

Hujah mereka yang paling jitu itu adalah seperti yang dihujahkan oleh Anak Perelih seperti dibawah :

Blogger Anak Perelih said...

salah satu isu yang menyebabkan Khir Toyo bukan lagi MB ialah isu hadiah penyapu... jadi, jangan jadikan selcat sebagai 'penyapu' yang menyebabkan PR hilang kuasa... culprit yang perlu di buru ialah ADUN BN... Pegawai daerah itu perlu diambil sebagai saksi untuk menyiasat dan menghukum ADUN BN... bukan mereka dihukum dengan memalukan mereka menerusi cara soalan soalan diutarakan... cuba baca ni....
Jelas Anak Perelih ni tak kaji keputusan PRU 2008. Mungkin sebab dia asal Perelih, jadi dia tak tau apa yang berlaku di Selangor. Di Perelih, PAS Perelih cuma dapat 2 kerusi dari 15 kerusi dan gagal memerintah. Baik Anak Perelih pegi nasihat PAS Perelih tentang bagaimana nak menang Perelih dulu. Berenti buat kacau kat negeri orang.

Hakikatnya adalah Melayu di Selangor cuma 50%. Dan pegawai2 Kerajaan di Selangor berjumlah 23k orang. Hakikatnya lagi, UMNO menang 19 kerusi DUN di mana kerusi2 tersebut semuanya majoriti Melayu (60% ke atas).

Sekiranya telah berlaku pemberontakan pegawai2 Kerajaan Selangor pada 2008, nescaya UMNO tidak akan mampu memenangi 19 kerusi DUN. Ini kerana bila kita banding dengan Terengganu pada 1999, di mana berlaku pemberontakan pegawai2 kerajaan, UMNO di Terengganu pada 1999 hanya menang 4 kerusi.

Dan dari prosiding2 SELCAT membuktikan pegawai2 kerajaan di Selangor dengan senang hati melepaskan wang rakyat berjumlah berjuta2 ringgit untuk membantu kempen UMNO dan BN sewaktu 2008.

Saya nak tanya Anak Perelih serta kesemua puak2 fraksi UMNO dalam PAS, apa bukti pegawai2 kerajaan di Selangor memberontak dan menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU 2008? Mana buktinya wahai pencacai UMNO dalam PAS sekelian?

Anak Perelih pegi masuk UMNO la. PAS tak perlu orang macam awak dalam PAS. Negeri sendiri pun semput, jangan kacau negeri orang lain.

Hakikatnya, PR menang 36 kerusi dari 56 yang dipertandingkan hasil dari :
  1. Pengundi2 Cina dan India
  2. Pengundi2 Melayu Urban
  3. Pengundi2 Pro PAS dan PKR yang tegar yang sememangnya kadar mereka tinggi berbanding negeri2 lain kerana Reformasi berlaku di Lembah Kelang pada 1997.
UMNO mendapat sokong padu dari pengundi Melayu kampung yang jelas telah berjaya "dibeli" dengan wang rakyat yang dilepaskan oleh para DO2 yang sekarang ini panas punggung sebab nak kena jelaskan kepada rakyat.

Sememangnya lah pegawai2 ni panas punggung sebab mereka telah membantu UMNO dengan sukarela sewaktu Pilihanraya 2008 lepas.

Dan Hasan Ali boleh sokong puak2 pengkhianat ni? Hasan Ali ni betul PAS atau dah jadi barua UMNO?

Kepada pencacai2 UMNO dalam PAS seperti Anak Perelih, berentilah bercakap kalau takda fakta. Kan dah malu sekarang ni? Betul tak.

Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO. Mereka pegawai2 senior dan mustahil UMNO akan menaikkan orang2 yang bukan kuat UMNO untuk memegang jawatan2 kanan dalam Kerajaan Negeri.

MUSTAHIL, MUSTAHIL, MUSTAHIL

Tulang Besi