Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 02, 2009

Berbohong Sudah Menjadi Budaya PAS Sekarang?

Reactions: 
Satu artikel yang cukup baik dari saudara Husin. Artikel ni saya cedok dari ruangan komen "Penarik Beca@Bakar Haq dalam artikel beliau bertajuk "Hasan Ali Mesti Buktikan Teng Berbohong".

Sekarang ini, orang yang bercakap benar itulah yang dipandang hina dalam PAS kerana tidak wala' pada ulama. Tetapi, bila ada orang membohong, kita tak dengar ulama menegur atau mengkritik tindakan tersebut.

Itu yang sampai KEtua Dewan Ulama PAS sendiri kena "booo" dengan penyokong sendiri di Kemaman sebelum bulan Puasa lepas.

OLEH KERANA UMNO NI PENIPU, BILA ADA PIMPINAN PAS YANG CUBA RAPAT DENGAN UMNO, MERKA PUN JADI PENIPU
(BERMULA)

#
hussin said...
Tuesday, September 29, 2009 2:44:00 PM MYT


berbohong sudah boleh diterima dalam pas, sejak peristiwa "pertemuan dalam gelap" oleh beberapa orang pemimpin pas dgn umno. pembohongan boleh dibuktikan oleh rentetan berikut:

1. beberapa kerat pemipin pas bertemu dgn paklah
2. apabila pertemuan 'diketahui' umum, pas menafikannya
3. bagi menguatkan bahawa tidak pernah berlaku pertemuan dgn umno, ketua penerangan pas, mahfuz omar, membuat penafian formal dalam harakah.
4. paklah mendedahkan, sudah 3 kali bertemu.
5. mahfuz terkejut beruk, membuat permohonan maaf secara formal dalam harakah.

tak boleh establish BOHONG lagi?

6. pemimpin yang terlibat dlm pertemuan segera membuat pendedahan bahawa pertemuan dipersetujui oleh majlis syura.
7. mursyidul am tak pun tahu.
8. ajk pas pusat pun tak tahu.
sejak bila perkara yang melibatkan parti tidak dibincang terlebih dahulu oleh ajk pas pusat tetapi terus dibincang oleh majlis syura? kena ke caranya? tak kena?

tak BOHONG ke ni? bak kata pepatah, sekali berbohong akan terus berbohong untuk mempertahankan pembohongan pertama.

9. mereka yang terlibat dalam pertemuan turun padang manjaja pasal wala', pulak dahhhhhh...

dalam dok celaru terbit pula kerajaan perpaduan, kononya cadangan, belum dibincang lagi dgn kawan2 dlam pr. ni mungkin strategi untuk alih tumpuan dari isu pertemuan dalam gelap, mungkin juga penerusan kepada pertemuan dalam gelap. sebab dalam dok celaru, perbincangan masih lagi diteruskan.

jeng, jeng, jeng, muktamar menjelang tiba.

strategi "mempertahankan" 'kepimpinan ulama' mula dicanang. presiden dan timbalan presiden mesti ulama. seminar jubli perak 'kepimpinan ulama' diaturkan dengan slogan 'memperkukuhkan kepimpinan ulama'. sehingga muktamar pemuda dipenuhi dengan gambar2 "memperkukuhkan kepimpinan ulama' dipercayai digunakan semasa jubli perak kepimpinan ulama. kepimpinan ulama ni lahir pada tahun 1982. jubli perak (25 tahun) di adakan pada tahun 2009, selepas 'kepimpinan ulama' berusia 27 tahun. pelik tetapi benar. untuk apa? cara lain nak 'tipu' perwakilan' hanyalah dengan memperkudakan 'kepimpinan ulama tercabar'!

tahun 2005, semasa nasharuddin bertanding timbalan presiden, dia 'mewakili' golongan profesyenal. 4 tahun kemudian, 2009, dia mempertahankan jawatan timbalan presiden atas tiket ulama. orang lama seperti ustaz azizan dan harun taib semua bersetuju memberi laluan kepda beliau. beliau merupakan salah seorang pemimpin yang bertemu dalam gelap dengan umno. makna kata, golongan "ulama" berdiri teguh di belakang pertemuan dalam gelap.

semu ini adalah rentetan dari pertemuan dalam gelap, sehingga majoriti, jika tidak semua ahli serta perwakilan tak nampak akan 'pembohongan' yang dilakukan. 'pembohongan' bukan lagi isu, ia sudah dapat diterima. astahgfirullah!

justeru, pas kini berhadapan dengan bermacam2 onak dan duri. bermula dari 'pertemuan dalam gelap'. tg nik aziz menjadi mangsa media serta kepimpinan umno, manakala mereka yang 'keumnoan' mendapat pembelaan dari mereka. kata nik amar, ulama bukan pengecut, tetapi mereka berhati2, benarkah?

pembohongan oh pembohongan. ulama oh ulama. semoga semua ini adalah cara Allah mendedahkan siapakah yang benar2 pejuang agamanya, insya' Allah!

(Nota Editor: Terima Kasih Atas Lontaran Idea yang Cukup Baik Ini, Saudara Husin.

N-31 Bagan Pinang: Pertarungan Sebenar...

Reactions: 
Sebelum ni kita dah lalui beberapa siri Pilihanraya Kecil bermula dengan PRK Permatang Pauh, diikuti dengan PRK Kuala Terengganu, PRK Bukit Gantang, PRK Bukit Selambau, PRK Batang Ai, PRK Penanti, PRK Manek Urai, PRK Permatang Pasir dan akhirnya sampai masa untuk PRK seterusnya kali ini di Kubu Kuat UMNO/BN iaitu Bagan Pinang.

Pertama sekali aku mintak maaf banyak-banyak pada para pembaca setia website Perisik Rakyat® sebab dah lama sangat aku tak post apa-apa artikel dari aku sendiri sebaliknya hanya membiarkan website ini tersadai usang.

Aku belum give-up lagi untuk berblogging cuma memberi masa untuk blogger-blogger baru menonjolkan diri. dunia blogger milik semua orang. siapa mampu, dialu-alukan untuk meneruskan perjuangan dalam dunia cyber. ini sahaja yang mampu kita buat untuk apa yang kita rasa benar setelah kita melihat dan merasai sendiri kehebatan KERAjaan yang sedia ada.

Balik pada cerita PRK... pada aku, PRK kali ini adalah 1-1nya platform untuk Pakatan Rakyat mengukur sokongan daripada rakyat terhadap apa yang sedang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. ini kubu kuat UMNO/BN, Pakatan Rakyat baru sahaja mahu melangkah untuk meraih sokongan rakyat sebelah Selatan dan inilah platform yang pertama.

Apa isu yang mahu dimainkan, apa tawaran yang mahu diberikan, apa yang rakyat tempatan mahu, apa yang mampu Pakatan Rakyat beri perlu diperhatikan sedalam-dalamnya. perlu ada perancangan dan juga gerak kerja yang jelas.

Buat masa ni aku masih tak dapat nak cakap apa-apa lagi. kekuatan Pakatan Rakyat aku tak tahu setakat mana di Bagan Pinang, kekuatan UMNO/BN memang berlainan disini tetapi itu bukan jaminan bahawa UMNO/BN akan menang di Bagan Pinang dan Pakatan Rakyat pula jangan terlalu yakin akan menang walaupun akan berhadapan dengan calon yang bermasalah yang ditonjolkan oleh UMNO/BN.

Jadi... kita tunggu dan lihat... mulai esok sedikit-demi sedikit kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. bantuan dari semua amat-amat diperlukan. apa sahaja maklumat harap dapat disampaikan kepada para blogger yang bertugas supaya dapat disampaikan kepada semua.

Tak payah susah-susah geng... tinggalkan sahaja apa-apa maklumat yang korang ada dekat mana-mana ruangan komen blog-blog yang korang baca, dan kami para blogger akan tentukan bahawa maklumat tersebut akan disebarkan seluas-luasnya melalui dunia tanpa batasan ini.

Doakan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

*Terima kasih kepada para pembaca yang telah bermurah hati menyalurkan sumbangan untuk kempen PRK Bagan Pinang.

Allah Maha Besar...

Reactions: 
Petang ni aku gerak ke Bagan Pinang dengan geng-geng Barisan Rakyat Blogger...

Sebahagian dari kami dah pun sampai di Bagan Pinang.

Lepas ni... All out... kita akan bekerja kuat dan berusaha keras untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. buat masa ni aku tak dapat apa-apa figure tentang suasana dekat sana... aku tak berani nak cakap sapa kuat dekat sana...

Yang aku tau dan aku yakin sangat-sangat cuma 1 je...

Allah Maha Besar..!

Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT

Reactions: 
Nota Editor: Saya akan berhenti menulis pasal isu SELCAT dan aktiviti Fraksi UMNO dan Geng Terengganu dalam PAS sepanjang kempen Bagan Pinang bermula dari hari penamaan calon.

Kronologi ini saya kumpul dari pelbagai sumber, rasmi dan tidak rasmi, tetapi kesemuanya adalah sumber berotoriti dan mempunyai maklumat terus dalam isu ini. Saya mengalu-alukan sekiranya ada cadangan penambahan dan perlengkapan.


Setelah SELCAT mula memanggil para DO dan ADO kerana menyiasat bagaimana peruntukan-peruntukan wakil rakyat boleh dihabiskan dalam masa yang begitu singkat sehingga memaksa kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan tambahan kepada majoriti DUN2 dalam Selangor.
(Rujuk "Pegawai Kerajaan Dibuli SELCAT? Saksikan Sendiri di Youtube")

Sebelum Hari Raya AidilFitri tahun ini, MB Selangor serta beberapa exco telah mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES). Di dalam mesyuarat tersebut, MB telah di “hijack” oleh para DO. Mereka mengadu kononnya mereka telah dilayan dengan cara yang tidak menyenangkan sekali di dalam sessi prosiding SELCAT.

Dato’ Hasan, pada masa itu menghadiri mesyuarat MTES, dengan terus menyokong rintihan para DO dan ADO berkenaan. Dan Dato Hasan membuat sokongan tersebut dengan impromptu tanpa merujuk kepada wakil PAS di dalam SELCAT, yakni YB Saari Sungip.

MB pula setelah mendengar komplen dari para DO, telah berjanji akan mengadakan pertemuan dengan SELCAT serta para DO dan ADO bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh para DO.

Jawapan Kepada Media Hasan Ali TIDAK MERUJUK KEPADA SELCAT dan Wakil PAS Dalam SELCAT

Tiba-tiba pada 24 September, Dato Hasan, dalam menjawab soalan wartawan, telah menyelar SELCAT dan meminta SELCAT mengubah cara dan kaedah perjalanan kerana menurut beliau melayan para DO seperti budak-budak. Beliau juga mencadangkan supaya keanggotaan SELCAT diubah dan dimasukkan sekali nama-nama yg terkenal dari kalangan bekas-bekas hakim dan mereka yang dikenali dan dihormati dalam bidang undang-undang.

Beliau juga meminta supaya SELCAT mengadakan satu buku panduan bagi memastikan perjalanan SELCAT ini tidak tercemar.

Antara kata beliau yang dilaporkan oleh Bernama adalah:
Barang diingat, kenyataan media Hasan Ali ini dibuat SEBELUM perjumpaan antara SELCAT dan para DO diadakan. Juga, Hasan Ali tidak sedikit pun MERUJUK KEPADA SELCAT dan WAKIL PAS dalam SELCAT bagi mendapat gambaran yang seimbang serta berasas semasa membuat kenyataan ini. Beliau percaya bulat-bulat pada dakwaan pegawai-pegawai kerajaan.

Sedangkan cara Teng menyoal pegawai2 ini serupa dengan cara Teng menyoal Datin Khairiyyah. Takda pun kita dengar Datin Khairiyyah merengek2 macam budak kecik.

Mesyuarat Khas Perhubungan Negeri Selangor Membincangkan Isu SELCAT

Kenyataan Hasan Ali itu telah mengundang kemarahan banyak pihak termasuk beberapa pimpinan PAS Selangor seperti Khalid Samad dan Saari Sungip. Untuk menenangkan keadaan Dato Hasan telah memanggil mesyuarat khas Perhubungan PAS Selangor.

Di dalam mesyuarat tersebut, Dato Hasan telah mengatakan bahawa isu SELCAT ini telah pun dibincangkan dalam mesyuarat exco dan exco telah bersetuju untuk membaiki kaedah dan perjalanan SELCAT. Beliau juga berkata kenyataan yang beliau buat itu adalah atas platform beliau sebagai exco dan bukannya sebagai PJ PAS Selangor.

Mesyuarat khas perhubungan Negeri Selangor itu juga TIDAK MENJEMPUT YB Saari Sungip, wakil PAS dalam SELCAT untuk member keterangan. Dan Hasan Ali tidak sebut pun pasal MTES dan komitmen MB untuk menemukan para DO bersama SELCAT.

Mesyuarat itu juga dicemari oleh para YDP yang dangkal pemikiran yang sebuk membawa isu wala’, padahal isu yang sebenarnya adalah SELCAT dan Hasan Ali membuat kenyataan terbuka kepada media. Padahal “Tahaluf Siyasi” ini juga salah satu dari dasar PAS. Bodoh juga setengah-setengah YDP PAS ni. Wakil Pemuda juga bodoh sebab berkata yang PAS seharusnya memperjuangkan hak Melayu-Islam di Selangor. Padahal Islam itu “rahmat ke seluruh alam” mencakupi segenap manusia, binatang2 dan tumbuh2an.

Hasan Ali Berdiam Diri Sepanjang Pertemuan SELCAT Bersama DO dan ADO

Akhirnya, pada 20 September 2009, diadakan pertemuan antara SELCAT dan para DO, seperti yang dijanjikan MB sebelum Hari Raya. Di dalam mesyuarat tersebut, YB Teng telah menerangkan kepada para DO dan ADO, beliau bersikap kasar sedikit kerana para DO dan ADO tidak mahu memberi kerjasama kepada beliau di dalam menjawab soalan-soalan yang beliau berikan. Para DO dan ADO lebih suka bersilat dan mengelak dari menjawab soalan beliau dengan baik.

Sedangkan YB Teng cuma ingin tahu apakah prosedur yang digunakan oleh para DO dan ADO yang membolehkan mereka mengeluarkan wang dengan begitu banyak sekali. Soalan mudah yang sepatutnya dijawab oleh DO dan ADO itu tidak dijawab dengan baik, dan mereka lebih suka bersilat dan mengelak. Sedangkan soalan beliau itu mudah dan “straight to the point”. Sebab itulah beliau kelihatan sedikit agresif kerana mendesak para pegawai2 ini menjawab soalan beliau.

Selain dari itu, Teng juga berkata, beliau juga merasa tersinggung dengan sikap para pegawai-pegawai kerajaan yang menampakkan kebongkakan mereka di dalam menjawab soalan mereka. Sehingga ada pegawai berkata menegluarkan pembayaran beratus-ratus permohonan dalam satu hari itu adalah normal. Jawapan yang berbentuk meremehkan serta merendahkan taraf pemikiran para AJK SELCAT inilah yang membuat YB Teng sedikit marah dan tersinggung menyebabkan beliau terpaksa mendesak para pegawai untuk memberi jawapan yang jitu.

Dalam perjumpaan dengan DO dan ADO itu, MB telah meminta Dato Hasan untuk berkata-kata namun Dato Hasan membisu seribu bahasa sepanjang majlis itu. Ertinya sekiranya Dato Hasan mendapat maklumat yang seimbang dari anggota SELCAT terutamanya dari YB Saari Sungip, nescaya Dato Hasan tidak akan percaya bulat2 cerita kononnya SELCAT melayan para DO dan ADO seperti budak-budak.

Dan akhirnya, keputusan yang diambil adalah SELCAT dikekalkan dan tiada perubahan dari segi prosedur yang akan dibuat oleh SELCAT. Ertinya segala yang diperkatakan oleh Hasan Ali adalah BOHONG semata-mata.

Hasan Ali Sanggup Berbohong

Sedih sekali apabila Hasan Ali sanggup berbohong kepada Perhubungan Negeri dalam isu ni Kononnya sudah ada keputusan exco, kononnya dia berbuat begini kerana membela melayu kerana DAP memperjuangkan Cina, kononnya para pegawai kerajaan dilayan seperti budak kecil.

Semua bohong yang dibawa oleh Hasan Ali yang ditaja oleh pegawai2 kerajaan negeri yang bersubahat dalam korupsi dan salah guna kuasa UMNO dan BN. Perjuangan Melayu apakah yang hendak diperjuangkan oleh Hasan Ali di dalam melindungi pegawai2 kerajaan yang terlibat dalam korupsi?

Tindakan Dato Hasan ini memberi gambaran bahawa PAS dan Islam mengharamkan “beer” tapi menyokong korupsi.

Dan yang lebih besar kesalahan Hasan Ali adalah beliau telah bertindak lebih kuah dari sudu apabila isu ini telah dijamin akan diselesaikan oleh MB sendiri. Sepatutnya kalau ada kenyataan akhbar, harus datang dari MB bukan Hasan Ali.

Bila MB suruh bercakap malam tu, tak bercakap pula. Senyap sunyi.

Kita semua sudah maklum Dato Hasan ada sebuah NGO bawah tanah bernama “Promis” yang selalu mengadakan pertemuan di rumah Dato Hasan. PROMIS ini adalah terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan Selangor dan saya yakin mereka inilah yang merancang untuk Dato Hasan melakukan tindakan yang menghina serta menjatuhkan maruah SELCAT dan Pakatan Rakyat.

Pegawai2 Kerajaan Ni Macam Pondan, Datin Khairiyah Lagi “Gentleman”

Hakikatnya memang pegawai2 Kerajaan Selangor ni taraf pondan. Kalau tengok sessi soal jawab dengan DAtin Khairiyyah tempohari, takda pun Datin Khairiyyah ni komplen dilayan macam ni la, macam tu la. Takda pulak dia datang merengek2 macam budak kecik. Steady je Datin Khairiyyah menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh Azmin dan Teng.

Datin Khairiyyah tu lebih “lelaki” dari semua pegawai2 dan DO tempohari. Sikit pun dia tak komplen. Tapi, pegawai2 ni komplen lepas tu buat fitnah kata dilayan macam budak-budak. Mungkin mereka ni memang budak-budak pun, sebab tu mereka merengek macam budak-budak.

Hasan Ali yang pegi sokong pegawai-pegawai ni saya pun tak tahu nak panggil apa?

Pegawai2 Ini Mahu Melindungi UMNO


Hakikatnya, pegawai2 ini mahu melindungi UMNO dan isu dilayan seperti budak2 ini cuma mahu mengalih perhatian umum dari isu yang sebenar, yakni wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO dan Barisan Nasional.

Pegawai pertama yang membuat kenyataan media adalah Bakhtiar Husin, seorang DO yang terkenal ke “UMNO” an nya. Beliau mengamuk2 dan melepaskan kemarahan beliau dengan membuat kenyataan akhbar kepada Harian Sinar sekaligus melanggar “General Orders”.

Hakikat sebenarnya, beliau satu-satu nya DO yang mendedahkan bahawa pengeluaran peruntukan sekaligus pada bulan March 2008 adalah bertujuan untuk mencipta impak politik (yang berpihak kepada BN).

Jadi, untuk menutup malu beliau dan mengalihkan pandangan umum dari “kesilapan” dan “pendedahan” beliau, maka dilakukanlah sandiwara dan rengekan kononnya beliau dilayan sebagai budak kecik. Dan Hasan Ali ikut sama dalam tindakan para pegawai2 ini melindungi UMNO.
Tulang Besi

Undilah UMNO: Supaya Pemimpin2 UMNO Sekeluarga Boleh Ke Disneyland Pakai Rm1.6juta Wang Rakyat - HIDUP MELAYU!!!

Reactions: 
Hakikatnya perjuangan UMNO dan mengundi untuk UMNO adalah satu perkara yang sangat mulia dan terpuji. Kalau tidak diundi pemimpin-pemimpin dan calon UMNO, siapa lagi yang kita boleh harap untuk menghabiskan wang rakyat dan menjahanamkan kekayaan negara.

Oleh sebab itu marilah sama-sama kita mengundi UMNO dan Barisan Nasional kerana kita harus memastikan pemimpin-pemimpin UMNO diberikan sepenuh-penuh peluang untuk menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan pribadi dan family sendiri.

Kenapa la bodoh sangat orang-orang yang sokong Pakatan Rakyat ni. Tak sedarkah yang kita rakyat biasa ni hanya layak bertaraf kerbau.Pemimpin-pemimpin dan anak beranak mereka tu kucing.

Kerbau yang digunakan untuk membajak sawah. Apabila kerbau didapati makan padi, tuan kerbau akan bantai kerbau sampai luka-luka. Kerbau yang bergelumang dengan selut, dengan pacat di bawah terik matahari kerja membanting tulang menarik bajakk. Kucing cuma duduk dalam rumah. Terlindung dari matahar dan hujan.

PEnghabisan sekali, bila padi dituai, kucing atas rumah yang makan nasi dulu. Kerbau macam kita ni tak boleh komplen pun. Nanti kena sebat.

Saksikan sendiri jasa pemimpin UMNO menghabiskan wang rakyat dengan pergi ke Disneyland bersama keluarga mereka pakai wang rakyat RM1.6juta.


Tulang Besi