Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 06, 2009

N-31 Bagan Pinang: UMNO Membawa "Pembangunan"..?

Reactions: 
Hah..! "Tolak PAS Parti Tanpa Pembangunan"..! jadi rakyat Negeri Sembilan pun pilih UMNO/BN... UMNO/BN pun dengan HEBATnya membawa pembangunan...

Antaranya ialah projek dekat bawah ni...
Mula projek bulan doblas 2006, jangka siap bulan tujuh 2008... masa berlalu... sampai bulan sploh 2009...
Beres..!
Cantik betul bangunan baru ni...
Rekaan terbaru dari arkitek UMNO/BN... DBKL pun kene kencing... mampuih... Khak Ptuih..!

N-31 Bagan Pinang: 1 Lagi Projek Oleh KERAjaan Barisan Nasional..!

Reactions: 
Projek dah sangkut... poket dah penuh, akaun kontraktor dah masyuuuk..!
Tahun 2006 kita mula jalan projek... tahun 2007 agak-agak siap la projek juta-juta kita nih... pembangunan..! pembangunan..!

Tahun 2009...

Siap..!
Sukses..!
Yang ni jangan silap paham... tu tengah buat maintenance je tuh..!

Kah kah kah kah kah ... !!!

Pembangunan Kepala hotak kau la..!

N-31 Bagan Pinang: "Prasarana Untuk Kemudahan Rakyat"..?

Reactions: 
Jom kita jenguk lagi apa yang ditawarkan oleh UMNO/BN buat rakyat Bagan Pinang dalam kempen PRK N-31...
"Prasarana untuk kemudahan rakyat"... cool... memang sedap sangat kalau kita dengar janji-janji macam ni. lebih-lebih lagi bila kita digula-gulakan dengan perkataan "rakyat"... sesuai sangat dengan "slogan" - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...

Tapi tak ramai yang sedar apa yang sebenarnya berlaku di 'sebalik" slogan tersebut... untuk itu, hari ni, aku dibawak berjalan-jalan kesekeliling Port Dickson oleh seorang penduduk tempatan yang dah meluat dengan 'janji-janji" dan jugak "gula-gula" UMNO/BN...
Yang ni dinamakan sebagai Port Dickson World Marina Resort... contoh pembangun yang mengutamakan pembaziran, merugikan dan sia-sia... berjuta-juta wang peruntukan dibazirkan untuk pembinaan yang sia-sia macam ni.

Apa yang berlaku setelah projek ini siap ialah, hasil pembangunan ini gagal dijual dan akhirnya hanya berjaya menjadi lambang gajah putih di Port Dickson. harga hasil pembangunan ni pun dah jatuh menjunam. kalau korang rasa nak pakai Apartment dengan harga yang murah sekitar RM40.000 ke RM50.000 bolehlah berkunjung ke Port Dickson Marina Resort untuk tempahan.

Tapi perlu diingatkan bahawa kemudahan yang disediakan amat terhad. maksud terhad ialah tak ada apa-apa yang disediakan. apartment dah reput... korang paham-paham sendiri je la...

Kita jenguk pulak dekat belakang bangunan pertama ni...
Ni pulak shot dari bahagian belakang... tersadai sepi... kalau dikirakan pada pemandangan memang 1st class. berdepan dengan kuala yang dah dipercantikkan prasarananya... tapi... lengang...
Yang ni pun sama jugak... cerita yang sama... apartment gajah putih... tersergam tapi terkulai...
Lagi 1, jugak dilokasi yang sama...

Lepas ni kalau dibiarkan UMNO/BN memerintah lagi, berapa banyak lagi yang perlu dibazirkan untuk projek-projek pembangunan yang membazir..? berapa banyak lagi peruntukan akan dikeluarkan untuk pembangunan yang sebenarnya tidak perlu yang sebab sebenar ianya dibuat hanyalah semata-mata untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja..?

Berapa banyak lagi tanah-tanah dan persisiran pantai akan dilacurkan kerana sifat tamak sesetengah pihak dalam memenuhkan poket..?

N-31 Bagan Pinang: "Pencapaian Diutamakan" - Ini Buktinya..!

Reactions: 
Janji UMNO/BN masa kempen PRU-12 Mac tahun lepas -

1 - Pusat Tuisyen Emas Percuma - janji tinggal janji...

2 - Masjid Pedas - Janji tinggal janji...

3 - Hospital Rembau - Janji tinggal janji...

4 - Lapangan Terbang - Janji tinggal janji...

Universiti Rembau (UiTM) - Janji tinggal janji...

Kali ini UMNO/BN muncul lagi dengan janji...
"Rakyat DiDaHULUkan, Pencapaian Diutamakan"

Bukti paling nyata pencapaian diutamakan ialah bangunan yang tak siap-siap dekat belakang tu... itulah pencapaian terbaik UMNO/BN di Negeri Sembilan... tanah-tanah adat diambil-alih oleh KERAjaan UMNO/BN dengan janji-janji pembangunan tapi malangnya janji pembangunan tidak tertunai... yang tinggal hanyalah projek-projek terbengkalai...

Pencapaian kepala hotak korang la..!

N-31 Bagan Pinang: 1Malaysia Tersungkur...

Reactions: 

N-31 Bagan Pinang: Sumpah UMNO/BN Tak Pernah Gunakan Budak Sekolah..!

Reactions: 
Gambar kenangan dihari penamaan calon... penyokong UMNO/BN...
Yang rambut cacak-cacak nombor 2 dari kanan tu pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson... namanya Yusri... jadi gambar ini membuktikan bahawa UMNO/BN menggunakan anak-anak sekolah untuk tujuan politik.

Salah seorang daripada rakan sekelas Yusri maklumkan pada kami bahawa Yusri dan rakan-rakannya telah menerima upah berbentuk sejumlah wang, sehelai T.Shirt, minuman mineral dan juga topi Barisan Nasional supaya Yusri dan rakan-rakannya hadir sebagai penyokong UMNO/BN dihari penamaan calon...

Sumpah UMNO/BN tak pernah gunakan budak sekolah..!