Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 07, 2009

N-31 Bagan Pinang: Lagi Samseng UMNO Buat Gila Babi..!

Reactions: 
*Kecederaan pada mata mangsa yang kesan dari pembelasahan beramai-ramai oleh Pemuda UMNO.
Petang tadi, telah berlaku satu Insiden pergaduhan yang melibatkan petugas PAS dan juga Petugas UMNO di Taman Dato' Hj. Abdul Samad, berhampiran dengan taman permainan.

Mangsa Mohd Sahid, dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang setelah dikepung oleh hampir 100 orang pemuda UMNO ketika kejadian berlaku di Taman berkenaan.

Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri telah dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dengan mengepungnya beramai-ramai dan para Pemuda UMNO berkenaan telah bertindak memukul beliau beramai-ramai sehingga mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.

Beliau juga telah dibawa ke Hospital Port Dickson bagi menerima rawatan.

Selepas itu, bertempat di Markaz Induk PAS, YB Salahuddin Ayub telah mengadakan satu sidang akhbar bagi menyatakan kekesalan Beliau berhubung apa yang berlaku.Mangsa juga telah membuat laporan Polis berhubung kejadian ini.
Sedikit kesan kecederaan dan calar pada bahagian belakang telinga akibat dibelasah beramai-ramai oleh Pemuda UMNO.
Kejadian pada awalnya berlaku susulan dari kejadian pada tengahari tersebut dimana para Pemuda UMNO telah merampas motorsikal milik adik kepada pemuda PAS (Mohd Sahid) tersebut. setelah diberitahu oleh adiknya kejadian tersebut, Mohd Sahid telah bergegas ke tempat kejadian dan cuba mengambil kembali motorsikal milik adiknya yang telah disimpan didalam salah satu markas UMNO disitu.

Ketika beliau cuba membawa motorsikal adiknya dari tempat tersebut, Pemuda UMNO yang berada di situ yang berjumlah hampir 100 orang telah bertindak mengepung beliau seterusnya memukul beliau beramai-ramai sebelum beliau sempat melarikan diri.

Agaknya virus selsema babi masih belum hilang lagi di Bagan Pinang dan aku dapat rasakan virus-virus tersebut masih berada didalam tubuh badan Pemuda-Pemuda UMNO berkenaan. virus-virus inilah yang telah mengakibatkan Pemuda UMNO mudah hilang kawalan diri...

Elok UMNO buat sesuatu sebelum virus tersebut menular ke Wanita UMNO dan juga Puteri UMNO... aku risau kalau orang perempuan berbaju merah dan pink masuk hantu... bahaya sangat-sangat...

N-31 Bagan Pinang: An Envelope Containing Cash -+RM300..?

Reactions: 
I received a call from Port Dickson to confirm that the people who attend the recent function where PM Najib had announce the renaming of Port Dickson as the Army Town had received an envelope containing cash worth RM300.

How fortunate are these people to be receiving such largesse from our generous PM, and if only I knew, I wouldn't mind lining up among the mass to receive the cash that is more than sufficient to pay off my petrol expenses.

Rasah lagi.

N-31 Bagan Pinang: Keindahan Pemandangan Pantai Port Dickson

Reactions: 
Saje nak buat kacau... nikmatilah keindahan pemandangan dari persisiran pantai Port Dickson... pandang belah kiri...
Adui... indah sungguh pemandangan projek terbengkalai dekat sebelah kiri...

Pandang belah kanan la pulak...
Laaa... sama jugaaak... projek terbengkalai jugaaak laaa... malas la tengok... tengok yang jauh la pulak...
Aaa... sakit mata, sakit mata... pun projek terbengkalai jugaaak..!

Teropong jauh lagi la...
Sama la jugaaakkk...!!!

Ni ke yang kita nak tunjuk dekat pelancong tempatan dan jugak asing yang datang berkelah dekat pantai Port Dickson..?

Mampuih...

N-31 Bagan Pinang: Terbengkalai Lagi...

Reactions: 
Malas dah nak tapi apa-apa... tengok gambar je la... yang ni pun di Bagan Pinang jugak...
Kawasan perumahan yang terbengkalai ni jugak dikatakan menjadi port untuk para penagih dadah melepaskan gian, budak-budak sekolah ponteng dan pada bulan puasa pulak lagila meriah... port terbaik untuk ponteng puasa...

Bagus betul KERAjaan UMNO/BN sebab sediakan tempat-tempat macam ni...

N-31 Bagan Pinang: Kemusnahan Sistem Akibat Dari Rasuah

Reactions: 
Papan tanda ni kita boleh jumpa dimerata-rata tempat dalam kawasan Port Dickson. boleh dikatakan dekat setiap simpang-simpang atau pusat tumpuan ada diletakkan papan tanda peringatan macam ni... pada aku benda ni memang sangat-sangat baik kepada semua.

Dadah ni memang satu benda yang bahaya. anak-anak muda boleh rosak otak kalau dah jadi mat dadah, yang dah berkeluarga boleh bercerai-berai akibat penangan menatang haram jadah ni dan ada juga sampai tahap membunuh ahli keluarga semata-mata sebab tak dapat duit untuk beli dadah.

Nampak macam KERAjaan sedia ada memberikan komitmen yang penuh dalam menangani gejala dadah ni...

Tapi...
Kawasan perumahan terbengkalai dah bertukar kepada kawasan tumpuan mat-mat dadah untuk melepaskan gian masing-masing. masa aku meronda kawasan-kawsan macam ni dengan penduduk setempat, kami jugak jumpa hampir 20 orang budak-budak berpakaian sekolah yang jadikan tempat ni sebagai lokasi untuk ponteng sekolah.

Masing-masing dengan rokok ditangan, baju sekolah dipakai ala-ala samseng dan ada jugak yang dok berlatih aksi rempit...
Gambar suasana sekitar kawasan perumahan terbengkalai... tiada tindakan susulan dari KERAjaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini.
Tengok dekat sebelah kanan... dekat seberang sana dinaikkan pulak projek perumahan mewah... perumahan kos rendah macam ni dibiarkan terbengkalai tanpa apa-apa tindakan pemulihan. sebelah sana pulak untuk golongan atasan... tapi aku yakin yang seberang sana akan siap sepenuhnya, tak macam kos rendah ni... ala sape nak peduli rakyat bawahan yang kurang berkemampuan kan..? bukannya masyuuuk..!
Boleh ke diatasi masalah penagihan dadah kalau tempat-tempat lepak untuk mat-mat gian masih "disediakan" oleh KERAjaan..?

Sebenarnya masalah perumahan terbengkalai atau projek-projek terbengkalai ni tak patut ada kalau tak ada kegiatan rasuah. dadah pun akan mudah dikawal kalau tak ada kegiatan rasuah. tapi, macam mana nak halang kegiatan rasuah yang membawa kepada percambahan masalah-masalah nasional & sosial kalau yang dipilih untuk bekerja sendiri mengamalkan rasuah..?

Bila berlaku rasuah, indeks jenayah meningkat... masalah akan datang bertambun-tambun... nak selesai..? mustahil... sebabnya, bila dah terbiasa dengan rasuah, semua salah laku akan ditangani dengan cara rasuah.

Ahli keluarga kena tangkap sebab dadah, untuk tutup malu, rasuah orang-orang berkenaan untuk tutup kes... projek tak ikut perancangan, supaya tak kena tindakan, rasuah orang-orang berkenaan supaya tutup kes dan macam-macam lagi...

Korang fikir la sendiri samada nak gadai semua yang korang ada ditangan perasuah atau pertaruhkan masa depan korang ditangan orang yang tidak pernah disabitkan dengan rasuah...

Korang dah besar panjang dan jugak bijak...

N-31 Bagan Pinang: Santai - Seloka Kasih Bagan Pinang

Reactions: 
Rilex kepala otak jap geng... layaaannn...

N-31 Bagan Pinang: Lagi Projek Terbengkalai Oleh UMNO/BN

Reactions: 
Slogan memang best... background lagiii best... "Pencapaian"...
Projek ni dinamakan sebagai Projek "Waterworld"... dinaikkan masa zaman Isa Samad memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan...
Sekarang dah jadi "Waterworld" atau lebih tepat lagi sebagai "Syurga" tempat pembiakan nyamuk dan juga lalat... rakyat dapat apa..? dulu dah datang wabak JE... tak mustahil kalau tak lama lagi Port Dickson akan jadi pusat pembiakan penyakit Denggi dan jugak Malaria...

Potensi untuk kearah itu memang sangat2sangat tinggi memandangkan KERAjaan Negeri yang sedia ada begitu komitment dalam menghasilkan pusat-pusat pembiakan dan juga penternakan ejen-ejen penyakit berjangkit.

Apa tindakan susulan KERAjaan Negeri lepas projek-projek ni terbengkalai..? agaknya yang duduk dekat kerusi empuk tu cakap - "tak ado kono mongono ngan den... pi mampuih la ekau sumo..."...

N-31 Bagan Pinang: Video Pengenalan Biodata Calon Pakatan Rakyat

Reactions: 

N-31 Bagan Pinang: Menifesto Calon Pakatan Rakyat

Reactions: 
1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama.
  • Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan.
  • Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan.
  • Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.
4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang.

Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi.

Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

N-31 Bagan Pinang: RM1000 Untuk Gambar Bukti Azeez Ditumbuk..!

Reactions: 
TPU - Sape-sape yang mukanya ada iras-iras Azeez diminta untuk menghubungi aku dengan kadar segera untuk satu sessi lakonan semula insiden Azeez ditumbuk... aku nak snap banyak-banyak... dapat la jugak duit..! kita bagi 2... amacam..? cepat..! cepat..!

Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.

Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang semalam telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar Datuk Azeez di tumbuk.

Dzohir berkata, tujuan Pembela membuat tawaran membeli gambar berkaiatan insiden tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian di atas dakwaan Datuk Azeez bahawa dia di tumbuk oleh penyokong parti Pakatan Rakyat ketika hadir di hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang.

"Pembela harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekaligus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah jika insiden yang mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik yang disiar sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini tidak ada pihaknya yang merakamkan gambar tersebut yang di kira cukup penting sebagai modal politik ketika berkempen oleh Umno/Bn di Dun Bagan Pinang bagi memburukkan Pas khususnya.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian +6019-498 0230 pada bila-bila masa.

Di petik dari sebuah media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Abdul Azeez mendakwa, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.

Sumber - Harakahdaily.net