Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 10, 2009

N-31 Bagan Pinang: UMNO/Beer eNd Gagal Jawab Persoalan

Reactions: 
Slogan "Anwar Pengkhianat Melayu’ dan ‘PAS peluk DAP, khianati Melayu” yang dimainkan oleh UMNO/Beer eNd dijangka tidak lagi menjadi bahan kempen kerajaan disini.

Ini ekoran dari pendedahan terbaru PAS, bahawa Isa Abdul Samad sewaktu menjadi Menteri Besar selama 22 tahun telah banyak menggadaikan tanah rizab Melayu, terutamanya dikawasan pinggir pantai Port Dickson.
Naib Presiden, PAS Salahuddin Ayub pagi tadi meminta Isa Samad menjawab, ke mana perginya tanah rizab Melayu seluas 20 ekar di Batu 6 Telok Kemang.

“Tan Sri Muhyiddin (TPM) tidak perlu menuduh pemimpin kita sebagai pengkhianat Melayu kerana bilik gerakan UMNO Telok Kemang itu sendiri pun sebenarnya di atas tanah rizab Melayu yang telah tergadai akibat kerakusan dan pengkhiantan Isa Samad sewaktu beliau menjadi MB Negeri Sembilan.”

“Siapa kroninya (yang mendapat tanah rizab) itu? Rakyat mahu tahu..!” tegas Salahuddin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memaklumkan bahawa salah satu daripada tanah rizab yang telah tergadai sewaktu zaman Isa Samad menjadi MB Negeri Sembilan ialah lokasi dimana Marina Bay Resort didirikan dan tanah rizab tersebut telah berpindah milik didalam zaman pemerintahan Is Samad.

Beliau juga meminta Isa menjawab, mengapa tanah wakaf (berdekatan Politeknik Port Dickson) yang sepatutnya dijadikan tapak perkuburan Islam yang baru, akhirnya dijadikan tapak pembangunan komersial Taman Intan Perdana.

Isa Samad sepatutnya menjawab segala persoalan tersebut jika beliau adalah seorang yang bermaruah, bertanggungjawab dan benar-benar membela dan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat seperti yang diwar-warkan.

Tambahnya lagi, sikap berdiam diri Isa Samad bukan sahaja menjadikannya ikon pembangunan palsu, malah "Maskot" atau "Ikon Rasuah"..!.
Sejak hari pertama berkempen, PAS telah mendedahkan beberapa isu yang melibatkan kepentingan rakyat setempat. antaranya ialah isu perparitan, jalan raya, kebersihan, alam sekitar, pantai awam, tanah rizab, kronisme, rasuah dan banyak lagi namun tidak satu pun dijawab Isa atau mana-mana pimpinan UMNO/Beer eNd.

Implisitnya, beberapa pendedahan itu mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap peribadi kurang baik Isa Samad, hatta tidak mustahil Isa Samad bakal menempa kekalahan di kubu kuat UMNO/Beer eNd sendiri.

N-31 Bagan Pinang: Pesanan terakhir Dari "66300" Kepada Pengundi N-31...

Reactions: 
Aku baru dapat 1 sms dari "66300" yang berbunyi -
  • Renungan : Janganlah kita terpesona dengan mereka yang beramai-ramai datang dari luar kerana semuanya akan meninggalkan kita. tetapi pilihalah orang yang dekat dimata kerana dia akan sentiasa bersama - tamat...
SMS ini dipercayai datang dari unit propaganda UMNO/Beer eNd... aku tak pernah subsribe dengan mana-mana servis sms... aku percaya UMNO/Beer eNd dah habiskan banyak wang Ringgit Malaysia untuk subscribekan seberapa banyak nombor untuk servis bodoh ini.... satu pembaziran...

Untuk para pengundi yang bakal mengundi besok... cuma ada 1 (satu) sahaja pesanan bergambar dari aku...

N-31 Bagan Pinang: Gambar-Gambar Sekitar Ceramah Semalam

Reactions: 

N-31 Bagan Pinang: Senario Terkini - UMNO/Beer eNd Mula Guna Taktik Kotor

Reactions: 
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi memberitahu para wartawan, pada ketika ini ada beberapa kumpulan yang tidak dikenali sedang mengedarkan salinan surat yang menggunakan kepala surat (letterhead) Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga tanda tangan beliau.

Salinan surat palsu tersebut mengatakan bahawa beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengaku bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat bertanggung jawab dan meminta maaf kepada seluruh penduduk Bagan Pinang atas semua kekacauan yang telah ditimbulkan oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat.

Nasaruddin menegaskan bahawa, beliau dengan sendiri atau melalui mana-mana wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, TIDAK PERNAH MENGELUARKAN APA-APA SURAT ATAU KENYATAAN RASMI seperti yang terkandung didalam surat palsu tersebut.

Salahuddin Ayob pula dalam masa yang sama mengatakan bahawa pihak UMNO/Beer eNd pada ketika ini mungkin merasa amat terdesak dengan senario perubahan yang berlaku akhir-akhir ini yang nampaknya menguntungkan pihak Pakatan Rakyat lalu mereka mula menggunakan taktik-taktik kotor untuk survival mereka dengan harapan para pengundi akan memberi simpati seterusnya mengundi UMNO/Beer eNd yang korup.

N-31 Bagan Pinang: Usah Sertai Mana-Mana Perarakan..!

Reactions: 
Satu pihak yang dipercayai di dalangi Umno telah membuat satu perancangan yang berniat menimbulkan imej yang kurang sihat terhadap Pakatan Rakyat kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu Satu sidang media tergempar PAS yang telah diadakan sebentar tadi di Markas Induk PAS Bagan Pinang.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, "Kita dapat info mengatakan bahawa ada pihak telah merancang beberapa perarakan berkereta/motor yang akan menggunakan lambang PAS/PKR/DAP (Pakatan Rakyat) dengan niat hendak memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat menjelang hari pengundian esok".

Menurutnya, kumpulan-kumpulan ini akan berarak ke dalam taman-taman perumahan terutamanya di kawasan penduduk Cina dan India, juga di jalan-jalan raya dan kemungkinan besar, kumpulan ini juga akan membuat bising sambil menjerit-jerit perkataan "Re For Ma Si" dan juga bertakbir.

Pada masa ini juga (ketika sidang media sedang diadakan), wakil pihak keselamatan Pakatan Rakyat sedang berada di IPD Port Dickson dan sedang dalam proses membuat laporan kepada pihak PDRM terhadap maklumat ini sebagai tindakan berjaga-jaga.

Sumber juga mengatakan bahawa kumpulan ini telah dibekal dengan pakaian-pakaian berlambang PAS untuk mengelirukan orang ramai.

Dato' Mahfuz dalam sidang media sebentar tadi juga menasihatkan semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak menyertai atau mengadakan apa-apa perarakan kerana pihak PAS tidak pernah menganjurkan mana-mana perarakan baik dengan motor atau kereta.

N-31 Bagan Pinang: Penyokong Pakatan Rakyat & UMNO BN Bergaduh

Reactions: 
Lebih kurang jam 6:00 petang tadi, berlaku satu pergaduhan antara Penyokong Pakatan Rakyat & UMNO/Beer eNd di hadapan Bayu Beach Resort.

Kejadian dikatakan berlaku apabila penyokong UMNO/Beer eNd tidak berpuas hati apabila jentera PAS menaikkan beberapa bendera yang dikatakan dikawasan UMNO/BereNd.

Sorak-menyorak mula berlaku antara ke 2-2 belah pihak dan pihak polis turut dikejarkan ketempat kejadian dan berjaya mengawal kejadian dengan hanya meniup wisel mereka...

Pada masa ini, ke 2-2 belah pihak masih belum bersurai dari kawasan kejadian dan pihak polis juga masih meniup-niup wisel mereka agar keadaan terkawal.

N-31 Bagan Pinang: Undi Pos Diragui - PAS Kemuka Laporan Polis

Reactions: 
PAS mempertikaikan ketelusan undian pos ekoran kesalahan-kesalahan teknikal yang berlaku semasa proses pembuangan undi pos yang dilaksanakan pada 8 dan 9 Oktober yang lalu di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).
Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil calon PAS, Ramli Ismail semalam setelah berlaku terlalu banyak keraguan dan kesalahan yang menyebabkan ketelusan pengundian pos tersebut dicurigai. Hal tersebut didedahkan oleh Pengarah Pilihanraya Kecil N-31 Bagan Pinang, Salahuddin Ayub di sidang media sebentar tadi.
  • "Kesalahan-kesalahan tersebut bertentangan dengan Peraturan 14(A) Perjalanan Pilihanraya yang mesti menggunakan daftar pemilih terbaru sebagai naskhah yang sahih," ujarnya pada sidang media harian PAS, di Markaz Induk PAS, Port Dickson hari ini.
Menurut laporan tersebut, perbezaan yang terdapat pada daftar pemilih tentera adalah tidak mempunyai nombor siri pengundi pos sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR, tidak mempunyai nombor tentera yang penuh, tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos, tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos dan tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Pada masa yang sama ujarnya, pengundi pos juga mengadu tidak mendapat sampul keutamaan terutamanya mereka yang berada dalam peralihan persediaan untuk pencen.
  • "Menurut maklumat, kesemua sampul tersebut telah dihantar ke MINDEF padahal pengundi tersebut tinggal di sekitar Bagan Pinang.
  • " Apa tujuan sampul tersebut dihantar ke MINDEF?" tegasnya.
Sementara itu, wakil calon yang juga Yang Dipertua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail melahirkan kekesalan apabila dia dan ejen pengundian calon tidak dapat menjalankan peranan didalam pusat pengundian pos sebagaimana proses pengundian biasa ekoran penggunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR.
  • "Agen calon tidak bebas bergerak, tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos, tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos, tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang hadir dan tidak hadir, dan tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan," katanya.
Tegasnya, apa yang berlaku jelas bercanggah dengan hasil pertemuan pihak PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 28 September dan 8 Oktober yang lalu, yang memberi hak kepada agen calon sepertimana yang berlaku semasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang lalu.

Malah Pengarah Jentera Operasi PAS, Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang berkata, terdapat aduan dari pengundi pos mengenai salahguna kuasa Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang berkempen di dalam satu majlis jamuan hari raya di Institut Kejuruteraan Tentera Darat.
  • "Menteri Besar tersebut menggunakan jawatannya untuk meminta pengundi memilih Isa sebagai wakil rakyat " ujarnya.
Pada majlis yang sama juga katanya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi mengugut tentera untuk menarik balik projek-projek yang dijanjikan sebelum ini.
  • "Zahid Hamidi berkata, kita ada banyak lagi projek untuk tentera, tapi kita kena tengok kertas undi dulu la," jelasnya.
Tambahnya lagi, pemuda PAS telah menghantar bukti rakaman ucapan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam. Kita serahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sumber - Pilihanraya Kecil N-31 DUN Bagan Pinang