Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 16, 2009

Najib... Cakap Boleh laaa...!!!

Reactions: 
Kata Datuk Seri Najib Tun Razak -
  • Sudah sampai masanya UMNO menjadi parti utama yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.
  • Perdana Menteri berkata dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan bumiputera, UMNO hendaklah berubah mengikut keadaan semasa dengan memainkan peranan sebagai parti utama yang turut memelihara kepentingan kaum lain.
  • Ini selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diamalkan oleh pentadbiran sekarang yang semakin mendapat penerimaan positif daripada semua kaum, katanya dalam satu temubual dengan Bernama di pejabat beliau di sini semalam.
  • "Walaupun UMNO parti orang Melayu dan Bumiputera tetapi dalam masa yang sama biarlah UMNO menjadi parti utama yang mempelopori kepentingan rakyat keseluruhannya, kata Presiden UMNO itu ketika ditanya mengenai mesej dan imej yang ingin dibawa oleh UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang bermula malam tadi.
Erm... macam best... tapi sebelum tu apa kata kalau bubar semua parti komponen Barisan Nasional (Beer eNd) dekat bawah ni...
  1. United Malays National Organisation (UMNO)
  2. Malaysian Chinese Association (MCA)
  3. Malaysian Indian Congress (MIC)
  4. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
  5. People's Progressive Party (PPP)
  6. Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Sarawak
  7. Parti Rakyat Sarawak (PRS)
  8. Sarawak People's Democratic Party (SPDP)
  9. Sarawak United People's Party (SUPP)
  10. Parti Bersatu Sabah (PBS)
  11. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
  12. United Pasokmomugon Kadazandusun Organisation (Upko)
  13. Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
  14. Indian Progressive Front (IPF)
Kemudian tubuh 1 parti baru - United Malaysian Nasional Organisation (UMNO) atau dalam bahasa Melayunya - Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu.

Berani..? cakap boleh la..!

Khak Ptuih...!!!

Kenyataan Media Dato' Zaid Ibrahim

Reactions: 
Dato' Zaid Ibrahim hari ini telah membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada Parti KeADILan Rakyat (PKR) di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan salah seorang pimpinan kanan parti.

"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat Biro Politik Parti KeADILan Rakyat (PKR)," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim.

Zaid, yang mengumumkan penyertaannya bersama Parti KeADILan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah dalam menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) iaitu Azmin Ali.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan ke Sabah esok untuk menyelesaikan masalah penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya (Azmin Ali), yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah.

Dalam satu mesyuarat Biro Politik Parti KeADILan Rakyat (PKR) Selasa lalu, Azmin didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar juga sukar menenangkannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilwar-warkan sebelumnya.
"Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR) disana untuk bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong parti dan saya telah menerima pelawaan itu.

"Saya juga turut diundang bertemu dengan beberapa pemimpin Sarawak di Kuching dan saya tidak nampak sebarang niat tertentu dalam undangan-undangan ini" katanya.

"Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam politik dalaman Parti KeADILan Rakyat (PKR) atau parti-parti lain baik DAP mahupun PAS. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepimpinan dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR).

"Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Dato' Seri Anwar sewaktu saya menyertai parti ini."

Dalam masa yang sama juga, Beliau menjelaskan bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan supaya rakyat benar-benar faham akan perjuangan Pakatan Rakyat dan ini juga memerlukan perbincangan sesama Pimpinan Tertinggi ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat dalam menyusun dan merangka strategi agar Pakatan Rakyat benar-benar diterima majoriti pengundi menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

"Saya memerlukan masa untuk meneliti dan seterusnya memperkukuhkan strategi seterusnya sebelum membawa cadangan pengukuhan tersebut kepada ke 3-3 pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Rakyat"

"Saya amat-amat berharap supaya cadangan tersebut akan dipersetujui dan seterusnya dilaksanakan demi masa depan Negara Malaysia terutamanya".

"Kita memerlukan gabungan pembangkang yang kuat untuk menumbangkan Barisan Nasional kerana mereka (Barisan Nasional) mempunyai segala bentuk kemudahan yang diperlukan. tanpa kerjasama sepenuhnya dari ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat, matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU-13 akan menjadi amat sukar"

"Kita sudah berada dalam gear terakhir menjelang PRU-13 dan adakah kita sudah bersedia untuk itu..?"

Tambah beliau lagi, mulai hari ini, apa sahaja aktiviti atau kenyataannya selepas ini bukanlah mewakili mana-mana parti sebaliknya datang dari dia sendiri. sebarang kenyataan dari Dato' Zaid datangnya dari Dato' Zaid dan bukannya mewakili sesiapa.

"Saya akan bergerak atas inisiatif dan tanggung-jawab saya untuk memastikan Negara Malaysia tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional selepas PRU-13".

Zaid Ibrahim Bercuti Dari Aktiviti Parti KeADILan Rakyat (PKR)

Reactions: 
Berkuat kuasa dari hari ini, Dato' Zaid Ibrahim bercuti dari sebarang aktiviti parti yang dianggotainya iaitu Parti KeADILan Rakyat (PKR). Surat makluman telah dihantar kepada Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR). Keputusan itu dibuat bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat

- Berita penuh akan menyusul kemudian.