Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 22, 2009

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

Reactions: 
NOTA : Artikel ini diambil terus dari blog Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keseluruhan ahli-ahli PAS harus menerima serta melaksanakan saranan Tok Guru Nik Aziz ini

Latarbelakang :

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.”

Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi S.A.W. juga pernah ditegur oleh Allah S.W.T., maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi :
  • “Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi :
  • “Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi :
  • “ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
  • “Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
  • “Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
  • “Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
  • “Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
  • “Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hassan itu secara terbuka.”
  • “Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
  • “Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
  • “Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya :

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau UMNO boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya, mungkin dipanggil muktamar khaslah.

Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan UMNO ke arah Kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas, ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Tian Chua Dihukum 6 Bulan Penjara & Denda RM3,000

Reactions: 
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.

Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Sumber - Malaysiakini

Hanya UMNO Sahaja Yang Mengatakan PAS Menjual Prinsip

Reactions: 
Hanya UMNO sahaja yang berkata demikian. Tiada orang lain yang berkata benda yang sama. Maka, PAS tidak perlu takut dan gundah berkenaan dengan penjualan prinsip kerana hakikatnya PAS tidak pernah menggadai apa-apa prinsip.

Kalau dikatakan perlantikan DSAI sebagai calon Perdana Menteri dikatakan menggadai prinsip, maka ketahuilah bahawa Arwah Ustaz Fadzil yang telah mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Kalau dikatakan hubungan PAS dengan DAP menggadai prinsip perjuangan PAS, maka saya berani katakana sepanjang PAS berada dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, TIADA SATU PRINSIP PAS yang telah digadaikan.

Adakah PAS:
  1. Menolak perlaksanaan hokum shariah yang total? TIDAK
  2. Menukar asas dari Al Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS? TIDAK
  3. Menghalalkan benda yang haram?TIDAK
  4. DAP menyuruh menghalalkan benda yang haram kepada orang Islam? TIDAK
  5. PAS menyuruh rakyat Malaysia yang Islam membuka aurat? TIDAK
  6. PAS dipaksa menyuruh rakyat Islam membuang Islam? TIDAK
  7. PAS dipaksa menerima Riba? TIDAK
  8. PAS menghalalkan arak dan judi serta zina? TIDAK
Jadi, apa bukti konkrit menunjukkan PAS Menggadai prinsip sepanjang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat?

Fraksi UMNO (Geng Terengganu) Jadi Lidah UMNO dalam PAS

Keraguan ini diperpanjangkan dalam PAS melalui lidah UMNO yakni mereka yang dikenali sebagai Fraksi UMNO. Cerita2 kononnya Cina hendak menguasai Malaysia dan Islam akan hancur di bawah Pakatan Rakyat dan juga PAS menggadai prinsip dihebahkan oleh lidah2 UMNO ini kepada ahli2 PAS.

Semua fitnah ini menjadi bahan kempen fraksi UMNO sepanjang PAS berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Terutamanya ia datang dari Terengganu, hakikatnya adalah geng2 Terengganu sangat kemaruk untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Mat Said. Jadi, kesah2 dongeng ini diperpanjangkan. Yang hairannya, kesah dongeng ini tidak pula datang dari Perak sewaktu kita memerintah Perak. Ianya lebih datang dari Selangor kerana PJ Selangor kemaruk nak jadi MB.

Saya dapat maklumat ada usaha terancang dari Fraksi UMNO Selangor untuk menyerang blogger2 PAS yang selama ini mendedahkan aktiviti2 bobrok kumpulan ini kepada ahli-ahli PAS Selangor menjadikan pergerakan mereka amat sukar.

Hasilnya, Orang Melayu tak Sokong PAS, Orang Bukan Islam Lari

Usaha Fraksi UMNO menjadikan PAS lebih assabiyyah Melayu menyebabkan orang bukan Islam telah meninggalkan PAS.

Orang MElayu pun bukannya datang pada PAS pun. Semakin nasionalis Melayu PAS jadi, semakin kuat orang Melayu menyokong UMNO. ITU ADALAH FAKTA.

Sebab? PAS bukan parti Melayu. PAS adalah parti Islam. PAS tidak ada kredibiliti untuk memperjuangkan Melayu. PAS hanya ada kredibiliti untuk memperjuangkan Islam.
Semakin PAS memperjuang Melayu, semakin orang Melayu meninggalkan PAS

Agenda Melayu Agenda Fraksi UMNO dan Geng Terengganu

Presiden PAS mempunyai akidah yang murni dan luhur. Beliau mahu melihat kesempurnaan Islam dijelmakan kepada rakyat Islam supaya Islam menjadi “Rahmat al Alamieen”.

Namun, Presiden PAS tertakluk kepada kehendak geng-geng Terengganu yang iltizam dalam assabiyya melayu dan fahaman nasionalisma. Akhirnya Presiden PAS tidak mampu mengedepankan agenda Islam yang syumul.

Akhirnya, PAS yang satu masa dahulu menjadi parti Islam sekarang sedikit demi sedikit menjadi parti Melayu.

Kesannya, PAS kalah teruk di Bagan Pinang dan orang bukan Islam tidak ramai datang ke Rumah Terbuka PAS.

Tapi ahli2 PAS tetap menyokong pimpinan walaupun pimpinan telah merosakkan serta menjahanamkan parti.

Tulang Besi

Kedatangan Orang Bukan Islam ke Rumah Terbuka PAS Menyedihkan

Reactions: 
Ini berita gembira kepada “Geng-Geng” Terengganu dan Fraksi UMNO yang menguasai PAS sekarang. Usaha mereka memurnikan PAS dari pengaruh “Cina” dan “India” telah berjaya. Hasil dari tindakan agen mereka di Selangor dalam isu SELCAT dan “Kepala Lembu”, sokongan orang bukan Islam kepada PAS telah JATUH KETARA SEKALI.

Apabila PAS mengatakan PAS lebih suka menyokong pegawai kerajaan yang korup berbanding SELCAT kerana pegawai2 kerajaan ini adalah MElayu dan SELCAT dipimpin Cina, maka pengundi Cina mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari PAS.

Dalam isu “Kepala Lembu” pun, pimpinan2 PAS PUsat “SENYAP SUNYI TAKDA ORANG”, maka pengundi India pula merajuk kepada PAS.

Pengundi Cina dan India Telah Meninggalkan PAS

Petanda pertama adalah pilihanraya Bagan Pinang di mana PAS kalah di SEMUA PETI2 UNDI CINA dan INDIA. Petanda kedua adalah Hari Terbuka PAS Pusat sempena Hari Raya Aidil Fitri di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti tahun lepas di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibanggakan, tapi tahun ini kedatangan mereka amat memalukan PAS.

Kalau tiada tindakan drastik dari PAS, akan ada lagi petanda-petanda susulan dari orang bukan Islam yang akan berakhir dengan PAS kalah di kebanyakan kerusi yang akan dipertandingkan.

Saya tidak terkejut kerana semenjak menang lagi pada 2008, kepimpinan PAS Pusat telah mengambil sikap anti-Cina dan anti orang bukan Islam. Dato Hasan Ali telah sewenang2nya memainkan isu perkauman bermula dari isu perlantikan Madam Low sebagai Pengerusi PKNS (walaupun selepas itu beliau berjaya ‘cover’).

Selepas itu beliau mengamuk pasal isu arak dengan membuat kenyataan tanpa mengira sensitiviti kaum di Selangor dan menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Selepas itu dalam isu Kepala Lembu dan Kuil S23 yang beliau ambil keputusan untuk BERDIAM DIRI SAHAJA walaupun jelas telah berlaku penghinaan kepada agama Hindu tanpa provokasi.

Malahan dalam isu pembunuhan Teo Beng Hock juga telah melihatkan sikap Hasan Ali dan Presiden PAS berdiam diri seribu bahasa. Presiden PAS lebih rela mengeluarkan kenyataan berkenaan wabak H1N1 dari mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan pembunuhan kejam Teo. Hari ini, setelah ada laporan dari dr patalogi dari Thailand pun, Presiden serta Hasan Ali membisu seiribu bahasa.

Kemuncak “pengkhianatan” PAS kepada orang bukan Islam adalah apabila Hasan Ali menyokong pegawai2 kerajaan dan menghentam SELCAT yang cuba untuk menyiasat salah guna kuasa dan korupsi melibatkan para pegawai kerajaan.

Polisi Anti Cina dan Anti Orang Bukan Islam serta Polisi Hidup Melayu Fraksi UMNO Mula Membuahkan Hasil

Apabila PAS dibawa ke arah menguatkan Melayu dan membuang “PAS for ALL” seperti sekarang ini, maka secara otomatik orang bukan Islam lari dari PAS. Ia adalah proses yang semulajadi dan tidak dapat dibendung lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS yang berasal dari Terengganu ini lupa, sebagaimana mereka lupa pada 2004 dahulu, bahawa kemenangan PAS adalah natijah dari sokongan orang bukan Islam dan bukan MElayu dan bukan sokongan orang Melayu.

Geng2 Terengganu sebelum 2004 beriye-iye mengatakan bahawa kemenangan mereka 1999 adalah atas penerimaan rakyat Terengganu pada mereka. Malahan, dalam ucapan-ucapan tertutup mereka, dengan bangga mereka berkata rakan-rakan dalam Barisan Alternatif tiada hak untuk mempersoalkan polisi Terengganu kerana kerajaan PAS Terengganu adalah kerajaan PAS dan bukan Barisan Alternatif.

Hasilnya, pada 2004, PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi. Dari kerajaan yang menguasai 2/3 DUN, mereka hanya tinggal 4 kerusi DUN yang mereka menang dengan majoriti tipis.

Geng Terengganu Mahu Mengekspot Kekalahan Mereka ke Seluruh Malaysia
Sekarang ini, “geng2” Terengganu yang menguasai Presiden sekali lagi melupai siapa yang memenangkan PAS. Mereka membiarkan agen2 mereka melakukan perkara2 yang menggugat perasaaan dan sensitiviti kaum2 yang memenangkan PAS.
Mereka ini mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Malahan, Timbalan Presiden PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada tindakan Hasan Ali yang jelas merugikan PAS dan merugikan perjuangan Islam.

Imej PAS sekarang adalah PAS mengharamkan beer tapi menghalalkan korupsi. Jadi, apa sebab orang Cina mahu menyokong PAS. Dan kegagalan PAS memperjuangkan HAK (bukan keistimewaan) orang India dalam isu kuil S23 pun menjauhkan orang India kepada PAS.

Fraksi UMNO dan Geng Terengganu Tidak Menyayangi Parti, tapi Hanya Kepentingan Mereka
Kepentingan parti adalah yang terakhir dalam minda mereka. Biarlah PAS kalah seribu pilihanraya pun, mereka tetap dengan cara mereka dan mereka akan pastikan PAS tunduk kepada kehendak dan kemahuan mereka.

Mereka mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Mereka jugalah dibelakang idea “Kerajaan Perpaduan” yang sangat-sangat tidak praktikal dan tidak ada kebaikan kepada rakyat negara ini.

Syabas. Orang bukan Islam sudah meninggalkan kita. Dan orang Melayu pun tidak akan datang kepada PAS kerana kalau hendak memperjuangkan Melayu, mereka lebih baik menyokong UMNO

Tulang Besi