Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 04, 2009

Royalti Minyak Kelantan: UMNO Akan Berkubur Terus Dari Serambi Mekah..!

Reactions: 
Rujuk pada kenyataan Pi Em paling BANGANG yang pernah mentadbir Negara Malaysia berkenaan isu Royalti Minyak Kelantan...

Tahniah..! UMNO akan terus berkubur di Kelantan... buat la lagi keputusan-keputusan BANGANG macam ni... kita tengok gelombang pertama sekurang-kurangnya minggu depan.

Haip...!!!

UMNO Lebih Berminat Untuk MeRASUAH Rakyat Kelantan...

Reactions: 
Dalam Dewan Rakyat - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa KERAjaan Pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti.
  • “Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan Kerajaan Negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan,” kata Najib.
  • “Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (KERAjaan) Persekutuan,” sindir Najib.
Kalau ikut bahasa kasar, komen aku berbunyi begini -

Woi Beruk...!!! Kau ni bodoh ke hape..?

Kalau ikut bahasa mesra rakyat sikit... komen aku macam ni -

Ni tak lebih tak kurang, idea paling bernas untuk memupuk rakyat Negeri Kelantan dengan RASUAH... perkara ni memang dah lama dinanti-nantikan oleh Kepala Bapak Parti Rasuah UMNO/Beer eNd dan kuncu-kuncunya.

Ya... mula-mula rakyat Negeri Kelantan akan diasuh dengan wang ringgit tunai berskala, berjadual, dan juga berperingkat-peringkat... sampai satu masa nanti, ada yang akan "menuntut"... bila dah mula ada yang "menuntut" maka disaat itu, jarum Iblis, Setan UMNO/Beer eNd akan berjaya.

Bila dah mula ada yang "menuntut", UMNO/Beer eNd akan memainkan langkah pertamanya iaitu 'mengugut'... macam yang berlaku di Terengganu... kalau mu nok wang ehsang, mu pakoh Beer eNg, kalu dok, putih mate puok-puok mu.

UMNO/Beer eNd rupa-rupanya lebih berminat untuk mendidik rakyat Malaysia dengan amalan RASUAH... bukan macam yang digembar-gemburkan sejak akhir-akhir ni. pilihanraya RASUAH, pemilihan pimpinan parti RASUAH, tak de pilhanraya pun RASUAH, hidup RASUAH, nak mampus pun RASUAH, kau bawak la kau punya RASUAH tu dalam lubang 7 kaki nanti..!

Dah la... aku malas nak ulas panjang-panjang...

Menatang Parti Haram Jadah UMNO/Beer eNd ni ingat semua hasil bumi dekat Malaysia ni hak kepala mak bapak diorang ke...???

Woi..! kalau dah parti RASUAH tu, RASUAH jugak la yang ada dalam kepala hotak..!

Badigol punya Pi Em Buduh..!

*tak leh nak ulas panjang-panjang sebab internet connection macam UMNO/Beer eNd... korang paham-paham la...

Dr. Hasan Ali Yang Wajib Dinilai Ahli-Ahli PAS..!

Reactions: 
Sejak jawatankuasa disiplin dibentuk oleh PAS untuk mengambil tindakan terhadap beberapa peribadi dalam PAS Selangor, Pesuruhjayanya Dr. Hasan Ali dilaporkan tidak tenteram.

Beliau tidak ada banyak pilihan, kecuali membalas dendam kepada beberapa peribadi seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang begitu banyak mengkritik peribadinya sebelum ini.

Beliau mungkin mulai sedar bahawa keyakinan rakyat, ahli-ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kian pudar terhadap peribadinya.

Jalan yang ada yang sedang dibuat Dr. Hasan adalah turun padang bertemu ahli-ahli PAS untuk meraih simpati.

Antara siri pertemuan yang sempat saya dapatkan bukti, adalah pertemuan Dr. Hasan dengan AJK PAS kawasan Zon Selatan pada 1 November 2009 lalu, jam 9.15 malam – 11.30 malam di Puchong Perdana.

Selepas YDP Puchong berucap, Ketua Dewan Ulama Selangor yang juga Pengerusi Majlis, Ustaz Md Zain menjelaskan konsep tahalluf siyasi.

Beliau meminta semua ahli PAS yang hadir membuat mind setting dengan membuang elemen-elemen sekular serta kembali melihat Islam sebagai asas pemikiran semasa majlis dialog itu berlangsung.

Ust Zain juga meminta ahli yang datang untuk tidak membuat rakaman, mengambil gambar atau sebagainya bagi mengelakkan fitnah.

Kemudian, Dato Hassan Ali memberi penerangan tentang isu-isu yang berlegar pada dirinya. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan dirinya dan mengatakan dakwaan yang terpalit pada dirinya adalah fitnah jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti.

Beliau menceritakan kenapa beliau masuk dalam PAS adalah semata-mata ikhlas dalam perjuangan. Beliau melihat politik dan dakwah hanya dalam PAS dan tidak ada pada lain-lain jamaah.

Beliau menyebut sejak beliau masuk PAS, segala perniagaannya telah disekat segenap sudut.

Jika dulu beliau kebiasaanya membawa keluarga pergi bercuti di luar negara dua kali setahun, tetapi sejak masuk PAS hendak pergi bercuti ke Langkawi pun tidak mampu.

Skim 15 kerusi paling minimum untuk dimenangi pada PRU-13.

Beliau juga mempersoal wakil rakyat Kota Raja, Kuala Selangor, dan Shah Alam yang lantang mengkritik beliau tetapi langsung tidak sms atau berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan. Beliau juga menyindir mereka kerana lebih suka mendedahkan rahsia parti dalam blog-blog media baru.

Sessi penerangan beliau memakan masa dalam 30 minit dan sesi ini beliau lebih banyak mempertahankan diri beliau serta memberitahu audiens tentang kehebatan EXCO PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor serta menekankan tentang tiada masalah antara parti-parti PR dalam memerintah Selangor.

Beliau juga dengan bangga memberitahu MB Selangor telah melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Selangor 25 tahun akan datang.

Sessi ucapan itu persis orang UMNO kerana terlalu banyak ayat ‘angkat bakul sendiri’.
Kemudian sessi soal jawab. Antara yang menarik soalan-soalan oleh audiens adalah –
  • Kenapa YB Khalid Samad dan YB Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian PAS Selangor.
  • Ahli-ahli PAS yang terlibat dengan blog yang menghuru-harakan serta mendedahkan rahsia parti agar diambil tindakan tegas
  • Ahli PAS tidak dapat projek
  • Kenapa Dato PJ membuat kenyaataan akhbar dan tidak melalui saluran dalaman berkaitan isu SELCAT
  • Penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan dimulai oleh Sdr Khairuddin, S/U Badan Perhubungan PAS Selangor.
Beliau dengan suara lantang mempertahankan Hassan. Beliau menceritakan dalam pertemuan PAS dengan DAP, YB Teresa Koh bertanyakan ura-ura Hassan hendak masuk UMNO. Beliau berhujjah tidak mungkin kerana calon PAS yang bertanding dalam p/raya berbaiah akan jatuh talak 3 kepada isteri mereka jika mereka melompat parti.

Beliau juga mengatakan wakil-wakil rakyat yang membuat onar dengan melompat parti sebelum ini adalah DAP dan PKR.

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata
  1. Fahaman mereka terlalu liberal.
  2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
  3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan EXCO DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
  4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
  5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh EXCO DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
  6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.
Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.

Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada EXCO DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10 mlm-4 pg, kedai arak etc. Cadangan tempat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meeting EXCO bahawa Almarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.

Berkaitan dengan respon tentang blogger, Hassan menyindir pimpinan/ahli PAS yang menggunakan blog sebagai medium. Sebagai contoh beliau menyindir Tulang Besi. Paling menarik, Hassan dengan sinis menyindir TGNA yang menggunakan blog sebagai medium. “Tok Guru pun guna blog!!!”. Sinis Hassan.

Beliau juga mempertikaikan TGNA berkaitan artikel di blog Tok Guru kerana mengambil sumber daripada tulisan persepsi Prof Aziz Bari dan kegusaran sekumpulan Cina Sarawak yang berkunjung ke Kota Bharu berkaitan isu PAS di Selangor.

Beliau dengan sinis bertanyakan kenapa TGNA tidak telefon beliau untuk bertanyakan secara direct padahal TGNA mempunyai bermacam-macam S/U untuk menghubungi beliau.

Berkaitan projek-projek kepada ahli PAS beliau secara berhujjah peraturan mengkehendaki beliau mengambil tender yang paling murah dan jika tidak, SPRM akan menunggu di depan pintunya.

Pada ketika ini, Ust Zain mengatakan Unit Amal dapat mengesan ada ahli yang merakam dialog.

Hassan juga memberi pengingatan tentang rakaman dan pimpinan tidak redha jika ada rakaman.

Antara pimpinan PAS yang hadir adalah YB Dr Hassan Ali, YB Iskandar (datang lambat sedikit), Ust Zain Dewan Ulama, Khairuddin S/U Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Hasrina Dewan Muslimat, Roslan SMS, YB Shafei, YB Yunus, YDP PAS Puchong, YDP PAS Sepang, Adram Musa (Bendahari Pemuda PAS Pusat).

SAYA ZAINULFAQAR YAACOB semakin ragu dengan kewibawaan Pesuruhjaya PAS Selangor. Harap maklum!

Sumber - instinctive-stage G3.0

Tindakan JAIS Membuktikan Benarnya Prediksi Raja Petra Kamaruddin. Kerajaan PR Selangor Hanya Akan Hidup Sampai Januari 2010

Reactions: 
Saya pernah berborak dengan salah seorang ADUN di Selangor. Dan beliau telah membuat pengamatan yang cukup tepat dan berani. Beliau berkata UMNO/BN lebih sanggup tidak menang di negeri lain kiranya mereka dapat menawan semula Selangor.

Raja Petra Kamaruddin dalam artikel terbaru beliau http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/ memberi amaran bahawa kerajaan PR Selangor akan dijatuhkan UMNO pada Januari 2010. Beliau memberikan beberapa faktor mengapa kerajaan PAkatan Rakyat mampu dijatuhkan oleh UMNO/BN. Faktor-faktor itu adalah :

  1. Walaupun kepimpinan negeri dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, UMNO masih lagi mengawal perjalanan dan pentadbiran.
  2. Majoriti pegawai-pegawai kerajaan di Selangor adalah lahir dari “tarbiyyah” UMNO dan mereka masih lagi memberi sokongan padu pada UMNO.
  3. Peniaga-peniaga Cina masih lagi terpaksa membayar “wang pengeras” kepada pemimpin2 UMNO di peringkat daerah demi untuk memastikan mereka boleh melaksanakan projek mereka dengan aman
  4. Ini bererti tahap korupsi masih tinggi dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak dapat membersihkan penguasaan UMNO terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
  5. Sejak kebelakangan ini, dilihat segala permohonan untuk projek2 besar telah pun di”beku”kan. Ini kerana semua pegawai2 kerajaan sedang bersedia untuk sebuah “coup-de-tat” yang bakal berlaku pada January 2010.
  6. Sekurang-kurangnya 10 wakil2 rakyat Pakatan Rakyat akan ditangkap dan dibicarakan atas banyak tuduhan yang direka-reka. Kenyataan Ronnie Liu baru2 ini pun menyatakan sekurang-kurangnya 20 wakil2 rakyat PAS telah digeledah pejabat mereka dan dirampas fail-fail dari pejabat mereka oleh SPRM.
  7. Strategi sabotaj utama mereka adalah melemahkan jentera Kerajaan2 tempatan yang akan bertindak sangat tidak efisyen akibat sabotaj pegawai2 kerajaan ini. Bayangkan kalau kerajaan tempatan tidak efisyen, keseluruhan kerajaan negeri Selangor akan dibenci.
Penangkapan Dr Asri Contoh Betapa UMNO Masih Berkuasa di Selangor

Pengarah JAIS itu sendiri adalah bekas SU Sulit MB Selangor satu masa dahulu (mengikut salah seorang pembaca saya bernama Ahmad). Penangkapan ke atas Dr MAZA seharusnya dimaklumkan kepada EXCO Agama serta MB terdahulu kerana beliau bukan sembarangan orang dalam persada dakwah di Malaysia. Pihak Polis pun kalau hendak menangkap Menteri atau orang-orang Kenamaan, mereka akan memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu. Ini adalah “common sense”.

JAIS berlindung di belakang peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang meletakkan pentadbiran Agama Islam jauh dari kuasa Menteri Besar. Namun, Kerajaan Negeri masih menjadi pemberi wang terbesar kepada JAIS dan oleh sebab itu, kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya jangan takut bertindak ke atas JAIS dan Pengarahnya. Yang terbaik, “SELCAT” kan sahaja Pengarah JAIS ini dan kita akan nampak bahawa beliau tidak lain hanyalah “balachi” UMNO.

Hakikatnya, benar apa yang dikatakan oleh Raja Petra Kamaruddin. Pegawai-pegawai kerajaan di Selangor sememangnya bekerja untuk UMNO dan sedang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sama sekali pada January 2010.

Cadangan-Cadangan Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat


Ada beberapa cadangan dari saya :

  1. GERAKKAN KESELURUHAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT. Mulakan dengan projek pembersihan Daftar Pemilih secara berkala. PERKARA INI WAJIB DILAKUKAN kerana kalau terpaksa bubar DUN, kita akan bubar DUN dan adakah PRK Negeri Selangor.
  2. Dedahkan lagi penyelewengan-penyelewengan UMNO beserta dokumen-dokumen rasmi supaya rakyat lebih mengetahui betapa jahatnya UMNO.
  3. Pegawai2 yang jelas didapati menjalankan kerja-kerja subversif tidak perlu diambil tindakan disiplin. Tapi, tukar mereka ke MPPJ atau MBSA dan pastikan mereka menjalankan kerja-kerja Alam Flora seperti angkat sampah atau basuh tandas. Gaji dan kelebihan mereka masih dikekalkan.
  4. Sebarkan keseluruhan prosiding SELCAT dalam bentuk VCD kepada rakyat Selangor secara percuma supaya rakyat nampak sendiri betapa pegawai2 kerajaan ini bekerja untuk UMNO bukan Pakatan Rakyat
  5. Wakil-wakil PR dalam kerajaan tempatan mesti lebih pro aktif. Adakan satu bengkel atau seminar tentang bagaimana hendak memastikan wakil2 PR dalam majlis2 tempatan lebih efektif dan berkesan.
  6. Aduan2 rasuah dan salah guna kuasa wajib di “SELCAT” kan dengan kadar segera. Mulakan dengan Pengarah JAIS terlebih dahulu.
  7. Adakan majlis solat hajat secara berkala. Jemput Tok Guru Nik Aziz mengadakan Solat Hajat khas di Stadium Shah Alam dan minta supaya perancangan Najib digagalkan oleh Allah SWT. Biar YB Menteri Besar menjadi makmum.
  8. Adakan Majlis Solat Hajat di Peringkat Daerah juga dengan menjemput Tok2 Guru yang tersohor di setiap daerah tersebut.
  9. Tok Guru Nik Aziz pernah cuba diperangkap oleh UMNO. Kononnya UMNO mahu menjemput Tok Guru solat hajat di Stadium Bukit Jalil bagi mengelakkan flu babi. Namun, hasilnya Tok Guru telah menolak mentah-mentah, dan bertanya pada Najib bila beliau hendak berikan royalti mintak kepada Kelate? Perkara ni saya akan dedah kemudian.
  10. Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus berjalan berjumpa kembali dengan rakyat Selangor dengan mengadakan “tour” dan berhenti di setiap pekan dan bandar kecil untuk bertemu rakyat. Perlu Dato Seri Anwar Ibrahim kembali bertemu rakyat Malaysia
  11. PAS Selangor wajib dibersihkan dari anasir UMNO dan sabotaj. Ahli2 PAS Selangor wajib keluar dan membuang pemimpin-pemimpin yang pro UMNO dan pro kerajaan perpaduan.
Saya mempersilakan para pembaca untuk memberikan idea-idea tuan/puan yang bernas.

Tulang Besi

Apa Hal Hasan Ali Pergi Berkempen Ke Seluruh PAS Kawasan di Selangor Sedangkan JK Disiplin Belum Habis Buat Keputusan?

Reactions: 
Pelik. JK Disiplin belum pun habis buat keputusan. Tapi Hasan Ali sudah pun mula buat "tour" berjumpa dengan pimpinan kawasan2 seluruh Selangor. Apa motif berjumpa dengan pimpinan2 kawasan seluruh Selangor ni? Bukan sepatutnya Hasan Ali tunggu keputusan JK Disiplin dahulu baru buat program2 sebegini? Apa jaminan tidak ada soalan yang datang dari peserta yang menyentuh kes yang sedang berjalan dalam JK Disiplin?

Nampak sangat Hasan Ali tidak menghormati JK Disiplin. Seharusnya beliau menunggu dahulu JK Disiplin habis buat keputusan, baru buat program sebegini. Tarikh mula program CUUUKUUUPPP hampir dan selepas tarikh Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat.
Tulang Besi