Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 09, 2009

Siapa Menolak Persepsi Adalah Primitif - Disambut Dengan Tepukan Gemuruh

Reactions: 
Jelas dalam seminar tersebut, apabila perkataan ini diungkapkan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah, maka mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin seminar. Berbanding dengan laungan takbir sewaktu Bakar Chik atau Mohd Adram atau Kamarulzaman berucap, hanya dua-tiga kerat sahaja yang menyahut. Assalamualaikum,

Signal mahukan perubahan kepada pimpinan parti adalah jelas dari para hadirin. Kalau dilihat dari penanya soalan yang anti kepada Aziz Bari, soalan2 tak lari dari meminta bukti sebagaimana dalam mahkamah. Padahal apa yang diungkapkan Aziz Bari adalah persepsi semata-mata. Persepsi tidak semestinya benar dan tidak semestinya salah, TAPI, persepsi akan menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya dan siapa yang akan kalah. Oleh sebab itu persepsi harus dijaga dan dikawal supaya tidak merugikan PAS.

Yang lebih memberangsangkan adalah penanya2 negatif kepada Aziz Bari adalah rata-rata datang dari golongan Pemuda PAS yang masih belum matang dalam politik Sebab tu mereka cukup emotional dan tidak dapat mengawal perasaan serta emosi mereka. Jelas, mereka2 ini meletakkan kepentingan jawatan seseorang pemimpin lebih tinggi dari kepentingan parti.

Bagi saya, kalau ada kajian menunjukkan persepsi rakyat pada Tok Guru Nik Aziz negatif, maka saya akan usulkan Tok guru letak jawatan dan diganti. Ini kerana parti lagi penting dari pimpinan. Namun, persepsi rakyat pada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz adalah AMATTTT POSITIF. Ertinya menyokong Tok Guru adalah menyokong untuk kebaikan PAS.

Para pemuka2 Pemuda PAS masih tidak dapat membezakan antara mana yang lebih penting; pemimpin atau parti. Kajian yang dibuat oleh kedua2 professor ini adalah kajian ilmiyyah dan saintifik. Kalau tidak setuju, harus melawan dengan hujjah2 saintifik dan ilmiyyah juga. Bukan menyerang Dr Aziz Bari seterusnya menampakkan kejahilan masing2.

Saya mengalu-alukan saranan Ketua Pemuda PAS untuk bertemu semula dengan Professor Aziz Bari bagi menjernihkan lagi keadaan.

Mulanya Persepsi Negatif Terhadap PAS

Bagi saya persepsi negatif terhadap PAS bermula dari saat pecahnya berita PAS mengadakan rundingan dalam gelap dengan UMNO. Di kala itu, persepsi terhadap pimpinan PAS terutama yang dikaitkan dengan rundingan dalam gelap ini sudah jatuh.

Namun, rakyat masih memberi peluang kepada PAS untuk membetulkan keadaan. Tapi, selang masa berlalu PAS dilihat makin berani menyerang Pakatan Rakyat dalam berbagai isu terutama di Selangor. Dan PAS Pusat pula senyap sunyi tidak ambil apa2 tindakan pada Hasan Ali.

Kemuncaknya adalah pada PRK Bagan Pinang bila kawasan yang PAS menang dulu pun kita kalah balik.

Saya bersyukur kerana pembentangan kedua2 professor mendapat sokongan yang besar dikalangan perwakilan yang hadzir pada hari itu. Jelas, ahli dan perwakilan2 PAS mahukan perubahan.

Bagi saya, perlu diadakan EGM dengan kadar segera untuk melakukan perubahan yang diharapkan bagi menyelamatkan PAS.

Tulang Besi

Kalaulah Pada 1978 Sudah Ada Blog, Nescaya Kelantan Tidak Akan Jatuh

Reactions: 
Betul tuan2 dan puan2. PAda waktu itu, keadaan di kalangan akar umbi PAS terutama PAS Kelantan berpecah teruk kerana pada waktu itu, mereka tidak mendapat maklumat yang lengkap. Mana Ketua2 Cawangan yang berada dipihak Pak Natsir akan membawa ahli di bawah mereka menyokong Pak Natsir, manakala mana yang menyokong Datuk Asri, akan menyokong Dato Asri.

Oleh kerana itulah, kalau dikaji keputusan pilihanraya Kelantan 1978, undi yang didapati oleh UMNO tidak mencapai pun 50%. Tetapi, kerana undi PAS berpecah kepada PAS dan BERJASA, maka UMNO berjaya menawan Kelantan dan meninggalkan PAS dengan 2 kerusi (Manek Urai dan Perupok). Undi yang pergi pada PAS adalah sekitar 37% manakalau undi BERJASA adalah dalam 15%. Ertinya, sekiranya undi PAS tidak berpecah, nescaya pilihanraya kecil negeri Kelantan pada 1978 dapat dimenangi kembali oleh PAS.

Kiranya PAda Waktu Itu Ada Blog?

Nescaya majoriti ahli-ahli PAS Kelantan akan mendapat gambaran sebenar kenapa Dato Asri mahu memecat Pak Natsir dari menjadi MB Kelantan. Nescaya majoriti ahli2 dan pengundi2 PAS akan mengetahui bahawa Pak Natsir ni sudah tidak lagi menjalankan kerja sebagai MB PAS tetapi menjadi MB Barisan Nasional.

Nescaya mereka akan tahu bahawa Pak Natsir lebih mengikut cakap Tun Hussein Onn berbanding dengan kehendak parti dan PAS sendiri. Malahan, Pak Natsir sendiri pernah berkata bahawa beliau adalah MB Barisan Nasonal.

Kiranya maklumat2 ini sampai pada ahli2 PAS pada masa itu, nescaya tidak akan ada perpecahan dalam PAS yang mengakibatkan PAS hilang kerajaan negeri pada waktu itu.

PAS juga dapat mengukuhkan tahap sokongan pada PAS dan malahan dapat mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan pada 1978.

Pribadi Pak Natsir sebenarnya banyak mengelirukan penyokong dan pengundi PAS di Kelantan pada masa itu. Kepribadian Pak Natsir hampir serupa dengan Tok Guru Nik Aziz, yakni, dengan tawadhu’ nya, dengan rendah diri, kuat ibadahnya dsbnya.

Tok Guru Nik Aziz pada waktu itu dikatakan akan menyertai kumpulan Mat Natsir ini, tetapi Tok Guru seorang yang faham politik dan mengerti apa itu wala’. Tok Guru Nik Aziz telah menulis sebuah buku bertajuk “Sikap Saya” menerangkan mengapa beliau tidak menyokong Mat Natsir dan menyokong Dato Asri. Ertinya Tok Guru mengerti maksud “wala’” dan biasa dengan menulis.

Apabila ahli2 dan penyokong2 PAS melihat seolah-olah PAS berlaku zalim pada Pak Natsir, maka simpati terhadap beliau amat tinggi. Hasilnya, ramai yang terpengaruh dengan propaganda UMNO dan menyokong BERJASA.

Makan masa 12 tahun baru dapat dikembalikan Kelantan kepada PAS.

Kalaulah pada waktu itu sudah ada blog sudah tentu trajedi ini semua dapat dielakkan. Tetapi, kalau pada waktu itu sudah ada blog, nescaya perancangan menubuhkan kerajaan campuran (seterusnya Barisan Nasional) juga digagalkan seperti sekarang.

Oleh sebab itu, nasihat saya pada Tuan Ibrahim Tuan Man, jangan membuat musuh dengan blogger kerana para blogger PAS dan Pakatan ini lebih banyak jasa kepada PAS berbanding perkara yang Ustaz Tuan Ibrahim tidak suka

Tulang Besi

Kenapa Tuan Ibrahim Menghentam Tok Guru Nik Aziz Dalam Seminar Tempohari?

Reactions: 
Saya bersedih atas kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau melahirkan perasaan tidak puas hati kepada sebahagian ahli jemaah yang menggunakan blog. Secara otomatik, Tuan Ibrahim telah mengatakan bahawa Tok Guru Nik Aziz telah melakukan perkara yang tidak berakhlak jemaah.

Saya sedih kerana hak untuk menegur kepimpinan dan menegur perjalanan parti adalah hak yang diberi kepada kami oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :
  • "110. Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors."
Ayat diatas menyatakan bahawa kita adalah umat yang terbaik kerana kita menyuruh yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Ertinya selagi Amar Ma'aruf Nahi Mungkar berjalan, maka kita akan terus dimuliakan oleh Allah SWT. Malahan, di Indonesia, disebabkan aktifnya Amar Ma'aruf dan Nahi Mungkar, Allah SWT menghalang berlakunya gempa di Jakarta.

Apa yang dilakukan oleh para blogger adalah semata-mata mencegah kemungkaran yang berlaku dalam jemaah supaya jemaah PAS sentiasa berada atas landasan Islam dan landasan dakwah. Tugas kami memastikan PAS tidak disalah gunakan untuk kepentingan peribadi beberapa orang pemimpin PAS.

Apakah Tindakan Tok Guru Salah Mengikut Syariat Islam?


Tuan Ibrahim dengan selamba menghentam Tok Guru Nik Aziz (walaupun tak sebut nama) kerana dalam posting terakhir Tok Guru, beberapa nama telah disebut. Maksudnya, Tuan Ibrahim kata Tok Guru ni tak ada akhlak jemaah kerana menggunakan jemaah dalam membicarakan hal ehwal parti?

Soalnya sekarang, mengapa ahli2 PAS tidak boleh membicarakan hal ehwal parti? Apabila undi, mahu kami mengundi PAS, Harakah nak suruh kita beli, demonstrasi nak kami ikut sekali, apabila ada ceramah mahu kami ikut sekali, apabila minta derma mahu kami bagi duit dsbnya.

Tapi apabila ahli dan penyokong bagi idea dan teguran, tak sedia pula menerima? Adakah itu adil?

Apa jenis pemimpin kalau teguran dari ahli bawah pun nak dilabel dengan berbagai-bagai label yang negatif. Tak ada akhlak jemaah la, tak ikut saluran la dsbnya.

Bayangkan orang yang lagi baik dari Tuan Ibrahim, namanya Saidina Umar RA telah disergah oleh seorang yang tidak dikenali dengan amaran bahwa sekiranya Saidina Umar RA menyeleweng, beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar menjawab dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana ada yang masih berani menegur beliau dengan pedang.

Tapi, kalau Saidina Umar ni mengikut sunnah Tuan Ibrahim Tuan Man, nescaya Saidina Umar sudah memaki orang itu dan mengatakan orang itu tiada akhlak jemaah.

Kenapa Masa Hasan Ali Buat Perangai, Ustaz Tuan Ibrahim Senyap?

Saya hairan juga. masa Hssan Ali buat perangai, takda pun Dato Tuan Ibrahim bising. Tapi bila Tok Guru guna blog, tiba-tiba Tuan Ibrahim boleh menyerang dengan begitu hebat sekali.

Malahan, waktu pemimpin2 PAS berselingkuh dengan UMNO dalam gelap, Tuan Ibrahim senyap sunyi tak dengar pun suara beliau. Tapi, bila ahli dan penyokong menegur parti menggunakan blog, itu yang cuba dicegah oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ada komen dari Blog Bongkar Sauh :
Antara Teguran Tuan Ibrahim Dengan Contoh Tauladan Tok Guru Nik Aziz

Saya berpegang dengan contoh tauladan Tok Guru Nik Aziz sebab saya tahu dengan fakta bahawa Tok Guru lebih alim dan lebih memahami Islam berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dan ada nas yang jelas menyokong tindakan Tok Guru dalam bentuk ijma’ Sahabi berbanding dengan teguran Tuan Ibrahim sendiri yang tiada nas yang jelas.

Seterusnya, janganlah dihalang kebebasan menegur dan bersuara dalam jemaah. Yang dipentingkan adalah hujjah bukan sentimen. Kenyataan Tuan Ibrahim mengarah kepada menjadikan PAS seperti UMNO yang langsung tidak mengizinkan kebebasan bersuara.

Hasilnya, golongan yang jahat dan berkepentingan serta berduit mengambil alih UMNO dan kerosakan UMNO sudah tidak dapat dibetulkan lagi.

Nak Tegur Ikut Saluran. Tapi Saluran Apa?

Itu juga diperkatakan oleh Tuan Ibrahim. Namun semua orang tahu, bahawa dalam PAS sekiranya mengikut saluran biasanya pendapat serta pernyataan kita tidak lama akan hilang.

Lebih teruk lagi macam apa yang terjadi pada Khalid Samad dan Saari Sungip. Apabila menegur ikut saluran, mereka terpecat dari Dewan Harian PAS Negeri.

Blog menjadi medan meluahkan perasaan serta menyalurkan maklumat pada ahli2 dan penyokong PAS kerana saluran bersuara dalam PAS amat sempit. Dan 90% dari biasa suara ahli akan hilang begitu sahaja. Biasanya hanya apabila PAS kalah pilihanraya baru orang nampak teguran2 yang telah dibuat. Misal yang paling besar adalah PAS Terengganu sebelum PRU 2004.

Kalau tidak kerana blog dan saluran berita alternatif, nescaya PAS sekarang sudah pun menjadi komponen Barisan Nasional.

Saya minta Tuan Ibrahim Tuan Man kembali kepada Sunnah para Sahabat yang jelas baik untuk PAS dan Islam. Kalau tiada apa yang hendak dilindungi, kenapa takut dengan pendedahan bloggers?

Kalau Nabi SAW masih hidup sekarang ini, nescaya Nabi SAW tidak akan membuat teguran seperti mana yang telah dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Wallahualam

Tulang Besi

Pi Em 1Malaysia Bodoh Undang-Undang...

Reactions: 
Kata Pi Em -

Kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
  • "Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya.
Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.

Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.
  • "Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,” katanya.
Baca dekat bawah ni pulak...

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 144

AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tarikh Perkenan Diraja : 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta : 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai : 1 Oktober 1974

Judul Panjang & Mukadimah

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletak hakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Pembatalan Perjanjian 1976

Kelantan mengancam untuk membatalkan Perjanjian tahun 1976 dengan Petronas. Ini kerana tindakan menawarkan WANG EHSAN dan bukannya ROYALTI kepada mereka sememangnya melanggar Perjanjian tersebut. Jika Perjanjian ini dibatalkan, maka hak atas setiap dan semua petroleum dalam zon ekonomi Kelantan menjadi milik Kelantan dan bukan Petronas. Dengan demikian, Kelantan akan mendapat 100% dari pendapatan yang dijana, dan bukan sekadar 5%.

Kerajaan Malaysia tidak menghormati semua perjanjian yang ditandatanganinya hingga menyebabkan pelabur takut untuk melabur didalam Malaysia dan banyak pelabur-pelabur lebih rela melabur di Singapura berbanding Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.

Sumber - Abdul Fatah Karim