Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 24, 2009

Kemaskini - Kelantan: Selesai PMBK, Datang MPKB - BRI..!

Reactions: 
Kemaskini 11:32 PM - makluman untuk para pembaca dan pengkomen -

Lebih kurang 10 minit selepas artikel ini aku publish, aku dapat panggilan dari beberapa pekerja MPKB - BRI dan mereka dah bersetuju untuk buat perjumpaan dengan dengan aku dalam waktu terdekat. mengikut maklumat awal, apa yang didedahkan sebentar tadi benar-benar berlaku dan atas rasa tanggung-jawab, aku dan rakan-rakan blogger dari Kelantan akan cuba membawa isu ini kepengetahuan pihak-pihak yang berkenaan.

Insya-Allah beberapa artikel akan dikeluarkan oleh pihak kami untuk "perhatian" pihak yang "berkenaan". nampak gayanya lama lagi la aku dok Kelantan...


Pergh... aku di Kota Bharu, dah 2 hari aku disini dan sejak dari aku sampai, hinggalah kewaktu ni hujan x renti-renti lagi turun. setengah tempat dekat Kota Bharu dah dinaiki air. insya-Allah pagi esok aku nak ronda-ronda ke kawasan-kawasan yang dinaiki air dengan kamera aku.

Sementara tu, sebaik aku buka e-mail aku sekejap tadi.aku dapat satu komen dari artikel dalam website ni yang ni - "Cabaran Kepada Pengasas Pondok Getting Untuk Melap...". komen tersebut sebenarnya takde kena-mengena pun dengan artikel tu tapi bagi aku agak menarik.

Mungkin jugak pengkomen tu tau aku di Kota Bharu & ambik kesempatan untuk suarakan masalah yang dihadapi dalam MPKB. aku paparkan seperti yang diminta oleh pengkomen dengan sedikit editing pada beberapa ejaan dan juga ayat-ayat bagi nampak cantik.

Dan sementelah aku ada di Kelantan ni, aku harap sangat mana-mana pihak yang rasakan ada masalah yang selama ni berbuku dalam kepala otak dan agak susah nak sampaikan pada pihak atasan di Kelantan, bolehlah hubungi aku untuk kita kongsi-kongsi masalah tu bersama-sama dan insya-Allah aku dan kawan-kawan blogger di Kelantan akan usahakan bawak apa saja masalah korang pada pihak atasan untuk diselesaikan.

Nak hubungi aku cukup senang, no handphone aku ada dekat atas header website ni, kalau nak jumpa, boleh jumpa di sekitar Kota Bharu... nak jumpa "dalam gelap" macam geng UG pun boleh jugak, tapi untuk agenda ni je lah, kalau untuk agenda perpaduan, korang boleh call Hasan Ali & d geng... hahaha...

Kisah Kezaliman Dan Penyelewengan Di MPKB-BRI - Kota Bharu, Kelantan.

Salam,

Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas bawahan "hamba abdi" di MPKB-BRI... Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji...

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB -BRI… kononnya "Serambi Mekah"… Bandaraya Islam.

Untuk makluman penbaca, kawan saya ni tak pernah miss pangkah PAS dan bantu PAS (tanpa upah) setiap kali pilihanraya baik umum atau kecil diadakan.

Inikah Model Majlis Bandaraya Untuk Negeri Dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat..?

Senarai kezaliman MPKB - BRI kepada pekerja dan juga sedikit kepincangan/kelemahan dalam MPKB - BRI:
  1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (overtime) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian… Ini amatlah zalim dan kejam..!
  2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong (melencong) beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alasan "Lawatan Sambil Belajar" tetapi dalam masa yang sama memaklumkan kepada kami bahawa pada ketika ini MBPK - BRI menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar gaji kerja lebih masa (overtime) kami dalam bentuk wang,
  3. Hanya ada 1 benda sahaja perubahan yang dibuat oleh MPKB-BRI iaitu penstrukturan system jalan-raya/aliran trafik didalam kawasan seliaan MPKB - BRI.
  4. MPKB-BRI sudah "papa-kedana"... banyak harta (aset) MPKB-BRI telah dijual... malahan bangunan MPKB - BRI sekarang disewa dengan PKINK.
Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli–ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap/berperangai kuku besi/firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada EXCO yang memegang portfolio MPKB - BRI, ahli-ahli majlis MPKB - BRI , pegawai-pegawai atasan/pengurusan MPKB-BRI.

Kami diugut akan dipecat/dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB - BRI jika perkara ini sampai kepengetahuan pihak kerajaan negeri/awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU-13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Kelantan sekalian.

Bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi kami mahukan "KEADILAN/PEMBELAAN".

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB - BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH, ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB - BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO' HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

Kami sayangkan PAS yang memerintah negeri kami.

Selama ini kami diam dan hari ini kami merasakan ada sedikit kekuatan untuk bersuara selepas melihat krisis didalam PMBK yang akhirnya berjaya ditangani oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sebaiknya.

Kalau tiada tindakan dari sekarang, percayalah bahawa PAS akan tumbang dalam PRU-13 di Kelantan dan yang menumbangkan PAS itu tak lain tak bukan ialah kami yang selama ini diabaikan.

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN.

Cabaran Kepada Pengasas Pondok Getting Untuk Melaporkan serta Mendakwa Tok Guru Nik Aziz Dalam Mahkamah Syariah Kelantan

Reactions: 
Utusan Meloya melaporkan, seorang ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan bernama Abdullah Sa’amah berkata :
  • “Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
  • "Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
  • "Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu Al-Qur'an dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
  • "Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.”
Oleh kerana itu, kerana Tuan Guru Haji Lah merasakan bahawa Tok Guru ini seorang yang menyeleweng akidah, maka saya persilakan Tok Guru Hj Lah supaya membuat laporan rasmi kepada Mahkamah Syariah Kelantan untuk mendakwa Tok Guru Nik Aziz.

Biar kita selesaikan perkara ini dalam mahkamah.

Dan sempat pula Tuan Guru Hj Lah ni puji UMNO yeee :
Oleh kerana itu, saya nak minta Tuan Guru Haji Lah menyatakan pendapat beliau di atas tindakan Dato Najib Tun Razak meluluskan 10 lesen judi “Special Draw” baru, sewaktu bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan.

Adakah itu satu bukti bahawa UMNO telah menjadi tulang belakaang kepada Islam di Malaysia sepanjang 50 tahun ini?

Tulang Besi

Nik Aziz sudah terlalu takbur (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

When oil and gas dried up in our land... Have you ever imagined?

Reactions: 
Due to Malaysia’s heavy dependence on oil and gas, the economists predict that our nation will received a high impact on economy when earth stop provides the natural resources. According to the World Bank, our country is too reliant on the oil and gas to generate our economy.

This is meaning that we have no back ups to recover our economy during the time we lost the biggest income of the nation. Our leaders never had thought that one day the oil will dry up and they need to do something to save our economy. By broaden our economy rather than depending on the natural resources, we can minimise our risk to flop as a ‘bankrupt nation’.

The wasting of money to develop F1 cars, new palaces, submarines, helicopters and so on will
further risk Malaysia in near future. Our government should wisely spend Petronas income by focusing on the economy and to facilitate the people by providing better schools, roads, bridges, hospitals, temples, mosques, and other positive developments.

The report by World Bank also stated that about 40% of the country’s revenue is from oil and gas. Hope our leaders craft new plan to face upcoming possibilities, perform an immediate revision on World Bank’s report. Our leaders must take full responsibility on this matter and do something before it’s too late.

:BANGSA MALAYSIA

Isu PMBK Selesai... Muhasabah Diri Pada Yang Berkenaan...

Reactions: 
Akhirnya tengahari kelmarin, atas kebijaksanaan TGNA, selesai juga isu dalaman PMBK seperti yang disiarkan disini...

Aku tak nak ulas panjang berkenaan dengan berita diatas, cukup dengan perkataan "Alhamdulillah".

Sedikit teguran pada sahabat-sahabat blogger yang sebelum ini agak "extreme" dalam menukilkan perasaan dan pandangan masing-masing dalam isu ini. ada antara mereka yang melabelkan Husam sebagai "Bokbong". dalam bahasa luarnya (bahasa Malaysia) Bokbong ni ialah salah satu dari spesis "musang".

Agak kasar bahasa itu dan kalau diikut pada kenyataan TGNA disini -
  • “Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tapi untuk Malaysia, budak yang cerdik, pengalaman banyak pemikiran jauh ke depan. Rakyat Kelantan banyak terima buah fikiran yang baik daripada Husam termasuk ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah, yang memberi kebaikan kepada yang hidup dan orang kurang upaya,”
Itu kenyataan TGNA dan bukannya "rekaan" semata-mata.

Jadi, sebagai blogger yang "mengaku berdiri teguh" dibelakang kepimpinan TGNA tetapi disebaliknya tanpa rasa hormat pada TGNA, telah melabelkan Husam dengan gelaran sedemikian yang dilihat "amat bertentangan" dengan kenyataan, pendirian dan pandangan TGNA, aku amat-amat berharap supaya "yang berkenaan" supaya menginsafi diri.

Kalau rasa perlu, mohonlah maaf pada yang dilabel sedemikian rupa dan juga pada TGNA. mohon maaf pada "yang dilabel" kerana kesilapan korang dan juga mohon maaf pada TGNA kerana "tidak menghormati" pendirian dan pandangan TGNA terhadap pemimpin yang anda gelarkan demikian.

Kita berada dalam satu lorong yang sama, perjuangan yang sama dan pihak yang sama iaitu yang mendokong perjuangan Pakatan Rakyat dan orang-orang yang anda gelarkan demikian dipandang tinggi oleh TGNA... ingat kata-kata TGNA -
  • “Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tapi untuk Malaysia"
Ingat juga pesanan TGNA pada anda ketika anda mengadap rezeki bersama TGNA -
  • "Anta maghi smulo lepah nih. Ana nak bloggers tulong perjelah duit ehse pitih ehse yang geger dale media kato kerajae Pusak nok buwi".
Pada aku, bila TGNA meminta anda untuk perjelas isu "wang ehsan", bermakna TGNA mahu anda bekerjasama dengan Husam dan rakyat Kelantan dalam memperjuangkan Hak Rakyat Kelantan.

Bukankah isu "Royalti Minyak Kelantan" selama ini mendapat perhatian hasil usaha EXCO Kerajaan Kelantan iaitu Husam dan diputar-belit oleh UMNO dan cuba menggantikannya dengan "wang ehsan"..?

Ayuh rapatkan saf...