Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 26, 2009

Harakahdaily.net Tarik Balik Artikel Masalah Dalaman MPKB-BRI

Reactions: 
Rentetan dari laporan artikel sebelum ini disini dan disini, salah seorang dari wartawan Harakahdaily.net telah melakukan "follow up" dari beberapa pihak yang terlibat (pekerja MPKB-BRI) dan telah mengeluarkan satu laporan dalam laman web Harakahdaily.net pagi ini berkenaan dengan isu tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak editor Harakahdaily.net telah menarik balik artikel tersebut tidak sampai setengah jam selepas ianya dipublish oleh wartawan terbabit.

Apa alasan pihak Harakahdaily.net menarik balik artikel tersebut tidak diketahui, mungkinkah "ada udang disebalik batu" yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum.
Dibawah ini aku siarkan artikel penuh yang telah ditarik balik penerbitannya oleh pihak editor Harakahdaily.net tidak sampai setengah jam selepas ianya dipublish oleh salah seorang dari wartawan Harakahdaily.net.

Pekerja bawahan MPKB BRI dakwa majikannya enggan bayar OT
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Nov. | Beberapa pekerja bawahan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mendakwa mereka dipaksa bekerja lebih masa (over time - OT) tanpa dibayar gaji atau elaun lebih secara tunai.

Sebaliknya, Majikan MPKB-BRI mengarahkan mereka yang terbabit mengambil cuti gantian sebagai balasan pada kerja lebih masa itu.

Salah seorang pekerja bawahan memberitahu bahawa majikannya seringkali menegaskan bahawa MPKB-BRI tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kos gaji bekerja lebih masa para pekerja bawahan yang terbabit.

Ujarnya lagi, sekiranya ada pekerja bawahan yang membangkitkan isu tersebut, majikan mereka akan mengugut untuk membuang pekerja-pekerja terbabit.

"Kami, pekerja-pekerja bawahan ini, tak kiralah di Bahagian Penguatkuasaan atau Bahagian Pembentungan Sisa Pepejal diugut buang kerja sebab kami kebanyakannya pekerja kontrak, lagipun rata-rata ada yang tidak ada sijil SPM," jelas pekerja bawahan terbabit.

Tambahnya lagi, majikannya acapkali menegaskan bahawa pekerja-pekerja bawahan MPKB-BRI sebenarnya bukan sahaja tidak layak menuntut gaji bekerja lebih masa, malah tidak layak bekerja 'makan gaji' disebabkan tidak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seorang pekerja bawahan yang lain pula menjelaskan, majikannya sebelum ini pernah mengoyak suatu keratan akhbar berkaitan Presiden CEUPACS Osman Bakar menyelar majikan yang enggan membayar gaji bekerja lebih masa.

"Ada di antara kami lekatkan keratan akhbar Osman Bakar, Presiden CEUPACS selar ketua jabatan yang enggan bayar OT (kerja lebih masa), tapi majikan koyak." jelasnya.

Tambahnya lagi, sepatutnya majikan membayar gaji bekerja lebih masa secara tunai.

"Sepatutnya bayar OT. Cuti ganti susah nak minta kerana perlu ikut jadual kerja. Saya ada lebih tiga puluh hari lagi cuti (untuk tahun ini) sedangkan sekarang sudah hujung November," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mendakwa majikannya selalu mengadakan lawatan mewah sambil belajar ke luar negara - Maghribi, Australia, Belanda dan sebagainya secara mewah.

Lawatan tersebut yang kononnya atas nama 'lawatan sambil belajar' turut disertai oleh beberapa EXCO kerajaan negeri, eksekutif utama, kebanyakan Pengarah Jabatan serta Ahli-Ahli Majlis yang dilantik.

"Bila ditanya, mereka (majikan) selalu tegaskan bahawa itu lawatan sambil belajar... EXCO, eksekutif utama, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ahli-Ahli Majlis ikut (turut serta), tetapi tidak ada sebarang perubahan dalam MPKB-BRI," ujarnya lagi.

"Banyak pihak pertikai perkhidmatan MPKB-BRI... soal kebersihan, prasarana, sampah-sarap tapi majikan tak peduli... kutip cukai mereka tahulah."

Dakwanya lagi, segelintir kepimpinan PAS negeri yang menjadi Ahli Majlis turut terlibat bersekongkol menggunakan wang MPKB-BRI secara boros itu.

Pun begitu, beliau mendakwa segala penyalahgunaan kuasa tersebut sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu dari diketahui oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya orang PAS Kawasan, saya tahu ada pihak dalam pimpinan PAS negeri sendiri cuba sembunyikan... kalau Tok Guru tahu, ahli majlis jadi susah (malah) EXCO pun susah," jelas pekerja bawahan itu lagi.

Beliau juga meminta Harakahdaily bertanya sendiri isu terbabit kepada EXCO berwajib, Yang DiPertua MPKB-BRI Ahmad Mahmood atau Penolong Pengarah Kewangan dan Akaun Bibi Hazainab Haron demi mengetahui hal yang sebenar.

Beliau turut menasihatkan kerajaan negeri agar prihatin dengan rasa kurang senang pekerja-pekerja bawahan terbabit, yang juga ahli serta penyokong tegar PAS/Pakatan Rakyat.

Laporan dalaman MPKB-BRI ini merupakan cabaran terkini kerajaan Kelantan, setelah Kepimpinan PAS negeri berjaya menyelesaikan beberapa konflik berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebelum ini. -END

Artikel ini juga disiarkan didalam blog instinctive-stage G3.0.

Ulang tahun HINDRAF ke-2: Kecelaruan atas pendirian politik, krisis kepimpinan, penyalahgunaan dana, janji-janji kosong, dan politik perkauman

Reactions: 
HINDRAF mengkhianati kaum India

HINDRAF merupakan faktor kesedaran politik kaum India di negara ini. Pendekatan berkecuali HINDRAF dalam politik pada mulanya telah menyebabkan kaum India di negara ini amat mempercayai perjuangan tersebut, namun setelah Uthayakumar membentuk Human Rights Party (HRP), rata-rata kaum India di negara ini terasa dikhianati. Mereka sebenarnya ingin melihat HINDRAF dan Uthayakumar tidak terlibat dalam politik sebaliknya menjadi suara bebas.

Masih terdapat rakyat Malaysia yang percaya pada perjuangan 'kosong' Uthaya yang cuba mengalihkan sokongan HINDRAF untuk keuntungan politiknya peribadi Uthayakumar dan konco-konconya.

HINDRAF/HRP lebih berfungsi sebagai pengkritik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Daripada melakukan perkara ini, mereka seharusnya duduk semeja dan berbincang dengan kedua-dua pihak untuk kemajuan etnik India di Negara ini. Ini jelas menunjukkan bahawa HINDRAF/HRP lebih bertumpu untuk permainan politik, bukan untuk kemajuan etnik.

Krisis kepimpinan

Waythamoorthy, Uthayakumar, Kenghadaran, Manoharan, Ganapathirao dan Vasantha Kumar adalah pemimpin yang bekerja keras untuk membentuk HINDRAF. Mereka juga bertanggungjawab memimpin etnik India Malaysia berdemonstrasi menunjuk perasaan mereka terhadap kerajaan persekutuan pada 25 November 2007 yang lalu. Dan Selepas itu kerana bimbang kemungkinan dia akan ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Waythamoorthy melarikan diri ke London, jadi lima pemimpin yang selebihnya ditahan di bawah akta tersebut.

Semasa dalam tahanan, kebenaran mula tersebar apabila Vasantha Kumar menyatakan Uthayakumar telah menyalahgunakan wang HINDRAF, sejak itu kepimpinan HINDRAF mulai berkecai dengan adanya pemimpin tamak sebegini. Krisis kepimpinan dalam HINDRAF makin parah apabila Vasantha Kumar dan Ganapathirao membentuk HINDRAF baru dengan membentuk pasukan lain. Mereka juga mendesak Waythamoorthy kembali ke Malaysia untuk menghadapi apa jua cabaran untuk membuktikan bahawa dia adalah pemimpin sejati.

Penyalahgunaan dana HINDRAF

Selepas Vasantha Kumar ketika dalam tahanan ISAnya mendedahkan tentang penyelewengan dana oleh Uthayakumar, V Ganapathirao pula menuduh abang Uthaya iaitu Waythamoorthy yang menggunakan wang HINDRAF untuk kegunaan peribadinya semasa di bawah perlindungan politik di London.

Jutaan Ringgiat yang diderma oleh masyarakat India ketika perhimpunan besar-besaran HINDRAF lesap begitu sahaja! Sehingga hari ini, Uthaya dan abangnya Waythamoorthy gagal untuk menjawab persoalan tentang isu ini. Dalam beberapa insiden yang lain, mereka menolak untuk memberikan komen apabila ditanya.

Perjuangan HINDRAF ‘digunapakai’ oleh Waythamoorthy, Uthayakumar, Thanenthiran dan Jeyathas untuk kepentingan politik peribadi

Hakikatnya HINDRAF dan Makkal Shakthi adalah milik rakyat. HINDRAF adalah rakyat dan rakyat adalah HINDRAF, namun kebanyakkan pemimpin telah ‘mengunapakai’ HINDRAF untuk kepentingan politik dan mereka juga menolak untuk mendengar suara rakyat secara keseluruhanya.

Waythamoorthy dan Uthayakumar mungkin telah merancang awal untuk 'mengumpul' duit ynag banyak menerusia penglibatan mereka dalam kancah politik. Tetapi masalah yang perlu dipertimbangkan adalah sokongan masyarakat, jadi mereka membuat keputusan untuk mengalihkan sokongan rakyat terhadap HINDRAF ke parti barunya. Kebenaran yang memalukan ini sememangnya sukar untuk dipercayai, tetapi cuba anda melihat kepada kenyataan akhbar yang dikelurkan oleh mereka, kesemuanya tertumpu untuk menyerang kerajaan dan pembangkang, bukanya untuk memperjuangkan janji-janji yang telah ditaburkan.

Thanenthiran adalah seorang lagi pengkhianat yang pada mulanya dipilih sebagai koordinator HINDRAF oleh Waythamoorthy telah membentuk parti politik lain untuk kepentingannya pula. Dia telah ‘menjual’ Makkal Shakthi’ kepada Najib semasa pembentukan Parti Makkal Shakthi. Dia juga menyuarakan sokongnya terhadap rejim yang kejam tersebut.

Sebahagian besar daripada kita masih berfikir bahawa mengapa Jeyathas juga tersenarai, tetapi dia tidaklah seburuk yang anda fikirkan. Saya kasihan terdap dia kerana menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Uthayakumar sejak beberapa tahun yang lalu. Pada hakikatnya, Uthayakumar menggunakan Jayathas untuk tujuan peribadi. Oleh kerana itu saya mengharapkan bahawa Jayathas menyedari bahawa dia juga disenarikan dalam kumpulan 'pengkhianat' kaum India di negara ini kerana menjdi pembantu Uthaya.

Janji-janji kosong

Uthaya berjanji tidak akan menjalankan demonstrasi jalalanan selepas ini walaupun apa yang terjadi, namun dia berbalik ke tabiat lamanya. Beliau telah menganjurkan beberapa siri protes yang berlainan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Yang sebenarnya protes-protes tersebut adalah publisiti murahan untuk parti barunya.

Dalam pada itu, masyarakat India juga ingin tahu tentang ‘landmark plan’ yang dia kata bahawa beliau telah rangkakan semasa berada dalam tahanan ISA. Adakah ini lagi satu penipuan besar? Kita sama-sama tunggu dan lihat!
TOLAK HINDRAF, KATAKAN TIDAK PADA PERKAUMAN

Politik perkauman

Parti Hak Asasi Manusia (HRP) dan HINDRAF menyumbang kepada pemecahan kaum India dalam arena politik perdana. Generasi muda harus menolak politik perkauman yang membawa kepada pemecahan antara kaum di negara ini. Kaum India di negar ini perlu meletakkan kepentangan negara Malaysia terlebih dahulu daripada hak minoriti.

MIC ditubuhkan pada tahun 1946, PPP dibentuk pada tahun 1953 diikuti oleh IPF, MIUP, Mindraf dan MMSP, dan akhirnya HINDRAF muncul sebagai Huma Rights Party. Jadi apa yang membezakan MIC dan HINDRAF/HRP? Kesemunya memperjuangkan politik perkauman dan tidak salah jika kita melabelkan mereka sebagai ‘racist’.

Marilah kita berganding bahu membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama dengan menolak politik perkauman. Warga miskin dan kaum minoriti akan mendapat perhatian yang samarata jika politik perkauman dihapuskan.

:BANGSA MALAYSIA

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih: Matlamat Kita - Tumbangkan UMNO/BN..!

Reactions: 
Bertaubatlah. Saya faham kita semua manusia dan boleh buat kesilapan. Saya tahu siapa yang jemput korang ke Kelantan. Siap disediakan transportasi dgn tempat tinggal. Siap dijanjikan itu, siap dijanjilkan ini.

Kemudian perkara pertama yang mereka bagitau ialah “Husam nak gulingkan Tok Guru, Arifahmi dan Pertahan Tok Guru dari kena guling”. Lepas tu dibawa lah jumpa orang itu, dibawa jumpa orang ini. Konon nak jadi saksi bahawa Husam ada agenda jahat nak guling Tok Guru.

SEEMUUAAAA tu fitnah. Macamana Husam nak guling Tok Guru kalau Husam takda “support” dari PAS Pusat? Hari ni Tok Guru digulingkan, Geng2 Terengganu terus akan namakan Taqiyuddin (misalnya) atau Nik Amar ke, atau Ustaz Ahmad Yaakob sebagai ganti. Watikah perlantikan ganti Tok Guru ini akan tiba-tiba sampai ke Istana Air Mata dengan bantuan Task Force 2010. Husam baru nak angkat sumpah, nanti kena halau balik.

Husam anak didik Tok Guru Nik Aziz. Beliau difitnah dan dinista teruk sebab UMNO tak boleh nak rosakkan imej Tok Guru. Jadi, UMNO rosakkan imej Husam Musa. Husam tak mungkin nak gulingkan Tok Guru sebab kalau dia buat begitu, imej dia akan jatuh merudum macam nangka busuk.

Dan kita tahu siapa yang sebar fitnah Husam nak guling Tok Guru ni. Masa akan menentukan identiti si pembuat fitnah ini. Tunggulah, tak lari gunung dikejar. Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung yang tinggi terus didaki.

Sekarang zaman internet. Di Kota Baru, kedai kopi buruk pun ada Wi Fi. Apa benda buruk yang Husam buat, dalam sekelip mata akan sampai ke pengetahuan majoriti rakyat Kelantan. Projek Wifi tu pun projek PAS di Kelantan sehingga peniaga2 Kelantan.

Ingat tak masa Nozula Mat Diah dan geng2 UMNO beliau membuat laporan BPR pada Husam Musa dengan bergantung kepada laporan2 dari blog Mohammad Sayuti Omar (editor Siasah yang sudah hendak bankrap tu). Husam disiasat atas bawah kiri kanan. Akhirnya, BPR hanya mendapat satu bil air yang berjumlah RM220 yang tertunggak 6 bulan. Dan, BPR mahu mendakwa Husam atas bil air tertunggak.

Laporan Norzula tu selonggok dan terdiri dari kesemua fitnah yang dilayangkan ke atas Husam Musa selama ini oleh musuh-musuh dalam Husam Musa selama ini. Tapi akhirnya terbukti fitnah KESELURUHANNYA (bil air tu tidak termasuk dalam laporan BPR Norzula Mat Diah).

Menyebabkan Norzula Mat Diah kena mintak maaf secara terbuka dalam Berita Harian seperti di bawah :

Untuk laporan lanjut, sila baca di sini.

Semua Manusia Tidak Maksum Kecuali Nabi Muhammad SAW (dan Nabi Isa AS bila Baginda turun nanti)

Nasihat saya pada Manjung Mari dan Aduka Taruna dan bloggers seangkatan dengannya, marilah kita menyedari kembali kepada kebenaran.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Tak perlulah memanjangkan fitnah-fitnah ini lagi. Semua orang boleh tertipu dengan fitnah hatta orang itu baik macamanapun.

Cumanya, inilah pengajaran kepada bloggers semua supaya berhati-hati dengan “Patih Karma Wijaya” yang cukup ramai dalam PAS. Anggaplah ini satu bentuk tarbiyyah dan pengajaran kepada kita betapa banyaknya “munafiqeen” dalam PAS. Kalau zaman Nabi SAW pun ramai Munafiqeen, inilkan pula zaman kita ni.

Dan Aduka Taruna. Berentilah nak serang Tok Guru Nik Aziz pulak. Kembali lah ke pangkal jalan. Memang Tok Guru tersilap, tapi Tok Guru bukan Nabi dan Rasul dan beliau sanggup membetulkan kesilapan kita.

Mari kita hidupkan kembali kempen kita menjahanamkan Fraksi UMNO/Balachi Task Force 2010 dan halau mereka dari PAS bersama-sama.

Tulang Besi

Menjelaskan Sejarah Perpecahan PAS Pasca 2008: Penubuhan Kerajaan, Pakatan Rakyat, Muzakarah, Muktamar2, Kerajaan Perpaduan dan Hasan Ali

Reactions: 
Sejarah perpecahan PAS pasca 2008 dipecahkan kepada beberapa fasa. Fasa-fasa itu adalah :
  1. Selepas kemenangan 2008.
  2. Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap.
  3. Kerajaan Perpaduan.
  4. Sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
FASA SEJURUS KEMENANGAN 2008

Pada waktu ini bibit2 perpecahan telah mula berlaku. Ikuti kenyataan Ustaz Ahmad Awang di bawah yang mengesahkan berlaku konspirasi di kalangan beberapa kepimpinan PAS Pusat yang mahukan kerajaan campuran UMNO-PAS berlaku di Perak dan Selangor :
Dari maklumat yang saya kumpul dari beberapa sumber yang berotoriti dalam PAS, panggilan telefon tersebut telah datang dari Dato’ Harun Din sendiri.

Di Selangor, Hasan Ali telah sampai ke peringkat terakhir perbincangan beliau dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS namun dihalang oleh Dato Kamaruddin Jaafar kerana tindakan Dato Hasan Ali bertentangan dengan keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat. Hasan Ali sehingga ke tahap sudah tidak mahu bercakap lagi dengan Dato Kamaruddin Jaafar di telefon ekoran marahnya beliau kerana hasrat beliau dihalang oleh mantan SU Agung PAS itu.

Punya kemaruk nak jadi MB, sampai Roslan SMS sanggup menyorok watikah perlantikan yang sepatutnya diserah kepada Sultan Selangor dari Presiden PAS. Watikah perlantikan itu adalah atas permintaan Tuanku sebelum Tan Sri Khalid dilantik sebagai MB sehingga menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perlantikan Tan Sri Khalid.

Fasa Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap


Ustaz Nasaruddin mendedahkan kepada kita bagaimana bermulanya Muzakarah dan perbincangan dalam gelap dengan UMNO :
Baca di sini juga : Baru Sebulan Memerintah, Sudah Mahu Berbincang Dengan UMNO?

Secara mudahnya satu kertas kerja disediakan dan dibentangkan oleh Dato Harun Din yang mahukan PAS bermuzakarah dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat. Ertinya, Dato Harun Din dan sekutu-sekutunya (yang dipanggil Fraksi UMNO) menyokong perbincangan dalam gelap (juga dipanggil Muzakarah) di belakang Pakatan Rakyat.

Kertas kerja tersebut hanya dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja sehingga Mursyidul Am pun tak pernah tengok kertas kerja tersebut. Tapi, ianya digunakan sebagai justifikasi untuk berbincang dalam gelap dengan UMNO. Antara perkara yang dibincangkan dalam gelap adalah menaikkan kerusi Melayu di Parlimen kepada 75%. Nampak sangat puak2 “perpaduang” ini paranoid.

Terdapat juga usaha melobi para pemuda SEBELUM pendedahan yang dilakukan oleh Pak Lah tentang perbincangan2 dalam gelap seperti yang saya dedah di sini :
Mursyidul Am menentang segala usaha Muzakarah dengan UMNO dan satu mesyuarat Khas Majlis Syura diadakan di Kota Baru. Keputusannya adalah Muzakarah ditolak, yang diizinkan hanya Muqabalah.

Maksud Muqabalah pula adalah :
FASA KERAJAAN PERPADUAN

Kerajaan Perpaduan adalah lanjutan dari usaha Muzakarah yang telah dibunuh oleh Tok Guru satu masa dahulu. Pengakuan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dirujuk :
Jelas, selepas usaha Muzakarah digagalkan oleh Tok Guru, mereka merubah sanggul dan menamakan ia dengan nama baru yakni Kerajaan Perpaduan.

Bererti semenjak PRU 2008 sehingga sekarang, usaha membawa PAS rapat dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat berjalan terus dan terus.

Setelah dua keputusan muktamar yang menegaskan PAS akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat, usaha rapat kepada UMNO terus berjalan berlawaan dengan keputusan Muktamar PAS Pusat.

Fasa Sabotaj Pakatan Rakyat


Ini bukan sebenarnya fasa tapi perkara yang berlaku sepanjang masa. Mari saya senaraikan beberapa tindakan sabotaj yang jelas :
  1. Membuat keputusan bercakap dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat, yakni dalam gelap.
  2. Menyebarkan fitnah berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor iaitu Teresa haling azan, orang Melayu dalam PBT hanya 30%, SELCAT tindas pegawai2 kerajaan, projek International Zone adalah projek tajaan kerajaan negeri, Furniture City tak beri peluang pada Orang melayu dan banyak lagi.
  3. Menyerang kerajaan Selangor dalam banyak isu i.e. Isu Arak, isu SELCAT, Isu Elizabeth Wong, Isu perlantikan Madam Low. Ini jelas usaha yang menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional.
  4. Idea Kerajaan Perpaduan yang jelas menampakkan PAS tidak yakin dengan Pakatan Rakyat.
  5. Menyokong puak2 UMNO dalam isu kepala lembu dan kuil Seksyen 23.
  6. Mengadakan isu setiap kali ada pilihanraya kecil
Dan banyakkkkkkk lagi bukti yang boleh saya bawakan tapi nanti saya dedah. Tapi pembaca semua telah maklum. Benda benda yang sudah terang lagi bersuluh.

Yang lebih menyedihkan, puak2 ini semuanya jenis telunjuk lurus kelingking berkait. Depan orang boleh berpeluk bergelak dengan Ronnie Liu dan Elizabeth Wong, tapi kat belakang sebar fitnah dan kata nista pada DAP dan PKR.

Depan ahli semua menyanyi mereka penyokong Pakatan Rakyat, pembawa panji Pakatan Rakyat. Tapi kat belakang, sebar fitnah pasal Pakatan Rakyat. Satu contoh kecil boleh dibaca di sini.

Dengan kata lain, puak2 ni orang Terengganu panggil "basee plawok" (bangsa penipu). Jangan percaya satu benda pun puak-puak ni cakap. Semuanya penipu dan pendusta. Bangsa Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Tiada akhlak Islamiyah langsung dengan puak2 ni.

Tu sebab diorang round satu Malaya untuk cerita pasal "wala'" (ketaatan). Diorang nak ahli2 PAS terus taat pada mereka walaupun mereka ni penipu.

PENUTUP

Selagi usaha berterusan untuk membawa PAS kepada UMNO ini tidak dihentikan, maka PAS akan terus berpecah dan bersengketa.

Tokoh2 yang dinamakan Tok Guru mesti dibuang dan dibersikan dari PAS demi menjamin kesatuan dan kesepaduan PAS serta kesinambungan perjuangan Islam.

Ikutilah arah dan hala tuju Tok Guru Nik Aziz dan saya jamin PAS akan aman tenteram kembali. PAS perlu membersihkan diri mereka dari elemen2 Kerajaang Perpaduang ini dengan kadar segera dan ianya mesti bermula dari Pusat sampailah ke peringkat Pemuda Cawangan.

Tulang Besi

Kursus BTN: Kerajaan Selangor Halang Hadir

Reactions: 
mStar Online lapor -
  • Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.
  • Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.
TPU - Mintak tolong mana-mana wartawan "media perdana" pergi mintak pandangan "Acan Ali" dalam hal ni ye..! jangan lupa tau... aku nak dengar sangat-sangat komen "lidah UMNO/Beer eNd" yang Stopa Ali & the geng sayang sangat-sangat ni.

Mesti "HOT"..!

Masalah Dalaman MPKB - BRI: SPeRM Ke MPKB Hari Ini..?

Reactions: 
Semalam lepas aku pos artikel (dari komen seorang pembaca) disini, aku dapat banyak panggilan dari pekerja bawahan MPKB dan pada siang hari kelmarin sampai ke malam, tak kurang dari 7 pertemuan dibuat dengan para pemanggil yang merupakan pekerja "kelas hamba abdi" MPKB - BRI di sekitar Kota Bharu.

Seronok jugak buat "pertemuan dalam gelap" rupanya, patutlah geng-geng UG minat sangat buat macam tu. teringat zaman sekolah dulu masa curi-curi hisap rokok dekat belakang stor sukan. asal ada orang datang atau lalu je, terus tukar topik final bola Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Tapi aku tak tau la geng-geng UG masa dalam perjumpaan gelap tu dorang tukar topik apa masa ada orang lalu... mungkin topik "wala" kot... hahaha...

Rupa-rupanya kes dalaman MPKB - BRI ni dah hampir setahun berlanjutan dan dah lama dah para pekerja "kelas hamba abdi" ni dok simpan masalah ni dan tak berani nak luah pada sape-sape sehinggalah timbul kekuatan akibat dari tekanan lantaran keadaan ekonomi yang semakin teruk di Malaysia.

Yang makin memenatkan para pekerja ini ialah bilamana hampir kesemua mereka sehingga ke hari ini telah berjaya mengumpul hampir 30 hari cuti ganti (overtime) dan setiap kali permohonan cuti dibuat, agak sukar untuk mendapat kelulusan sedangkan akhir tahun hampir tiba dan masa untuk menghabiskan cuti ganti (overtime) semakin suntuk.

Tak ramai antara mereka yang faham akan kedudukan cuti tersebut (aku pun tak berapa faham jugak menatang ni) dan apa yang merisaukan mereka ialah sekiranya cuti tersebut tidak dapat dihabiskan dalam tahun ini, apakah ianya boleh dibawa ketahun depan dan sekiranya boleh dibawa ketahun depan, berapa harikah yang boleh dibawa dan berapa lama pula tempoh sah untuk menghabiskan cuti tersebut sebelum ianya lebur begitu sahaja..?

Yang tu kena tanya pakar, aku tak reti... mungkin Hasan Ali atau Ustaz Nash boleh bantu.

Lain-lain hal yang agak berat ialah apabila MPKB mula memperkenalkan sistem bayaran kerja lebih masa (overtime) kepada sistem cuti ganti dengan alasan MPKB mempunyai masalah kewangan dan bajet yang terhad sedangkan dalam masa yang sama, hampir setiap bulan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah dan SU menikmati "keseronokan" dalam program "Lawatan Sambil Belajar".

Dari apa yang disampaikan oleh beberapa informer, program tersebut kalau diikutkan sebenarnya adalah program "Lawatan Sambil Belajar" "gelek-gelek" atau "belajar untuk lagha", eh... "line dancing" tu menatang hape..? menatang tu pun ade jugak dalam program tu kalau korang nak tau...

Aku pun tak paham apa kebaikannya pergi jauh-jauh keluar negara untuk tengok aksi "gelek-gelek" dalam kelab malam... setakat nak tengok benda-benda macam tu, tak habis pun RM120.000 kalau ke Kolumpo atau Hadyai.

Aku ingat menatang Toyol dekat Selangor je yang pandai buat kerja haram jadah macam ni, rupanya geng-geng "Atasan MPKB - BRI" pun pandai jugak... Bangang sungguh...

Antara tempat-tempat yang geng-geng "Atasan" ni dah pergi kalau ikut info ialah Morocco, Turki, Perth, Uzbekistan dan China. Macau aku tak tau geng-geng ni dah sampai ke belum.

Sepanjang "Lawatan Sambil Belajar" tersebut diadakan, kita tak nampak apa-apa penambah baikan dalam sistem pengurusan MPKB - BRI. ISO jangan cakaplah, memang out... setakat ni pencapaian terhebat MPKB - BRI cumalah pengiktirafan "5S".

Kalau korang nak tau apa itu "5S" korang baca dekat sini.

Tapi ada jugak cerita bangang disebalik pengiktirafan "5S" tu. pengiktirafan tu sebenarnya diperolehi dalam cara paling ngok. last minute punya preparation. hari ni wakil penilaian nak datang, malam semalam dok kalut susun office. macam gampang.

Kalau wakil penilaian tu datang hari ni dekat pejabat MPKB, memang la la tu jugak kena tarik balik sijil pengiktirafan tu. kalau tak percaya, dipersilakan datang untuk siasat sendiri.

Apa yang sebenarnya menjadi punca kepada masalah dalaman MPKB - BRI ialah bilamana para Ahli Majlis dalam MPKB mendapat lantikan dari "Politikus" dan kebanyakan "Politikus" yang melantik para Ahli Majlis ialah mereka-mereka yang 'tak de akal"... pilih orang-orang yang senang nak "dicucuk hidung" supaya "agenda masing-masing" dapat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan nak kena ambik tanggung-jawab ni sebab setahu aku, MPKB - BRI berada dibawah seliaan beliau. tapi kalau nak lagi bagus, tanya sendiri Datuk Takiyuddin dia tau atau tidak apa yang berlaku dalam MPKB - BRI.

Kalau Datuk Takiyuddin cakap tak tau, kena tanya balik betul atau tidak sebab dari info yang aku dapat, dia pun ada ikut program "Lawatan Sambil Belajar" ni.

Dari segi kebajikan pekerja pun ada jugak keluhan. kalau dulu, setiap bulan para pekerja bahagian "sisa pepejal" akan melalui "medical check-up" paling kurang sebulan sekali. tapi sekarang dah lebih dari 6 bulan hal tersebut telah diabaikan.

Tu belum cerita bab "uniform". macam mana korang nak bekerja kalau hanya dibekalkan dengan sepasang uniform dan jugak kasut sedangkan kerja korang tiap-tiap hari bergelumang dengan kotoran..?

Esok aku sambung lagi insya-Allah... dengar cerita, petang tadi ramai pekerja MPKB - BRI dalam bilik air-cond kena "kerja lebih masa" hari ni sebab SPRM nak terjah MPKB pulak pagi ni... betul ke..? kalau tak de buat silap, kenapa nak menggelabah..?

Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM) ni pulak lagi sekor bahalol... kalau isu melibatkan mana-mana Kerajaan Pakatan Rakyat, laju je serang. kes Khir Toyo dan lain-lain aduan pasal penyelewengan dalam UMNO/Beer eNd bila korang nak selesaikan..? Babi punya Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM)..!

p/s - pesanan untuk mana-mana pekerja MPKB - BRI sebelum di"siat-siat" oleh Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM) -
  1. Pakai seluar "jeans" kalau dipanggil (takut terkoyak macam TBH).
  2. Pakai talipinggang kulit (takut benda yang sama berlaku dekat TBH berlaku dekat korang).
  3. KRITIKAL - kalau perlu, buat wasiat...
INGAT..! yang nak "SIAT-SIAT" korang tu - Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPeRM)..!

p/s-2 - pesanan diatas "hanya termaktub kepada SAKSI" sahaja..!