Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 27, 2009

UMNO Berjuang Islam? Sejak Bila? Ini Berita Baru Untuk Saya Ni.

Reactions: 
Dalam recording dialog Hasan Ali/Nasa dengan Blogger UMNO/Fraksi UMNO, dikatakan bahawa Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan diadakan untuk membincangkan perkara2 yang bersangkutan dengan Islam dan orang Melayu.
(Sila klik disini untuk mendengar rakaman tersebut.

Namun, gambar di atas menunjukkan kepada kita bahwa usaha tersebut hanyalah sia-sia. Sejak bila UMNO kesah pasal Islam? UMNO lebih rela tengok orang Melayu semua berjudi, minum arak, berzina, menuduh orang berzina (qazaf), main sihir, menolak hukum Allah SWT secara terbuka (tolak hudud).

Tiba-tiba Nasarudin dan Ustaz Harun Din mahu PAS mengadakan perbincangan dalam gelap di belakang Pakatan Rakyat untuk kepentingan Islam? Adakah itu satu perkara yang praktikal? Adakah itu berpijak pada bumi yang nyata?

Lebih baik cakap Islam dengan DAP sekurang-kurangnya DAP hormat Islam lebih dari UMNO. Mereka lebih mudah di dakwah berbanding dengan UMNO. PAS sudah berdakwah pada UMNO sudah 50 tahun dah, semua dakwah PAS ditolak. Nak dakwah apa lagi?

Di bawah ini adalah antara artikel awal saya tulis berkaitan dengan usaha Fraksi UMNO untuk membawa PAS kepada UMNO atas dasar agama. Selamat membaca.

Tulang Besi

(BERMULA)UMNO ini adalah parti judi, parti arak dan parti kabaret/night club sejak penubuhan mereka lagi. Jadi, tidak mungkin UMNO ini boleh diubah lagi.

Kalau mereka ini baik sangat nescaya Ustaz Ahmad Fuad tidak akan keluar untuk menubuhkan Persatuan Ulama Setanah Melayu bagi memberi tekanan kepada UMNO.

Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.

Jelas bahawa UMNO adalah satu parti yang lumat dengan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. UMNO bukan satu parti yang ditubuhkan untuk mengawasi batas-batas haram dan halal yang ditentukan oleh Allah SWT.

Malahan UMNO ditubuhkan untuk memastikan batas2 halal dan haram bebas dilanggar dan ditewaskan di kalangan orang Melayu Islam di Malaya.

Pendek kata, UMNO dengan Judi, UMNO dengan Arak, UMNO dengan Kabaret/Kelab Malam, UMNO dengan Sihir, UMNO dgn Syirik adalah bagai aur dengan tebing. Memisahkan UMNO dengan perkara2 haram dan syirik ini adalah umpama memisahkan lagu dan irama. Hancur Lemah tiada berjiwa. Hampa.

Nak Dakwah Lagi Ke Dengan UMNO Ni?

Jadi, sesiapa yang kata mereka hendak berdakwah dengan UMNO, kononnya PAS ini bukan setakat parti politik tetapi PAS ini juga parti dakwah, bahawa UMNO diperlukan untuk menjamin Islam dimartabatkan dalam Malaysia, kononnya kesatuan PAS-UMNO akan menguntungkan Islam.

Mereka-mereka ini harus masukkan diri mereka dalam workshop dan mengetatkan skru-skru yang telah longgar dalam kepala mereka.

Kalau UMNO menghormati Islam, nescaya PAS tidak akan ditubuhkan.

Kita mestilah berpijak di bumi nyata. Jangan terpengaruh dengan puak-puak oportunis yang hanya mahu mendapat laba, kontrak, projek dan juga wang dari "deal" ini.

Tulang Besi

Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang2 Jawatan Dalam PAS

Reactions: 
Saya diberitahu supaya jangan menaikkan sangat isu “kereta-kereta” mewah beberapa tokoh dalam PAS kerana kereta2 tersebut adalah hadiah dari para simpatisan parti dan bukan dibeli dengan wang sendiri.

Saya nak nukil sebuah kisah dari sebuah buku yang saya baca bertajuk “Korupsi Dalam Pandangan Islam” yang diterbitkan di Indonesia.

Dalam buku tersebut dinukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada Saidina Umar Abdul Aziz. Pada satu hari, Saidina Umar telah berniat untuk membeli sepasang pakaian baru untuk isteri tercinta beliau. Maka dipanggil pembantu beliau untuk mendapatkan harga sepasang pakaian tersebut. Maka, pembantu beliau pun pergi ke kedai untuk mengambil harga. Sekembali dari kedai, pembantu tersebut pun memberitahu akan harga pakaian tersebut. Ternyata harganya mahal dan Khalifah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli pakaian tersebut. Tapi, pembantu itu berkata itu tiada masalah kerana penjual2 baju tersebut sanggup memberikan hutang pada Khalifah sementara menunggu gaji dibayar pada Khalifah.

Mendengar khabar tersebut, Saidina Umar Abdul Aziz membatalkan hasrat beliau sama sekali. Saidina Umar berkata kalaulah beliau bukan Khalifah, adakah pekedai itu akan memberikan beliau hutang? Ertinya hutang tersebut adalah satu bentuk “rasuah” kerana jawatan Khalifah digunakan untuk kepentingan cagaran untuk kepentingan peribadi beliau. Kalau beliau bukan Khalifah nescaya beliau tidak akan diberikan hutang.

Jelas dari perkhabaran ini bahawa meletakkan jawatan sebagai cagaran juga adalah satu bentuk rasuah dalam Islam (Nota : Dalam bahasa Arab pun ia dipanggil rasuah).

Sekarang saya nak tanya :

Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu).

Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Masa belum memerintah dulu, apasal diorang ni semua tak datang bagi kereta-kereta mewah ni pada kamu? Penerimaan kamu semua atas hadiah2 yang mahal ini dikategorikan sebagai RASUAH oleh SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ
(bukan saya yang cakap). Kamu diberi hadiah kerana jawatan kamu bukan sebab kamu layak diberi hadiah.

Kalau betul kamu nak terima sedekah, apa salahnya kamu ambil wang dan wang tersebut dibahagi2kan pada fakir miskin. Saya pun boleh tolong bahagi2kan wang tersebut di sini. Di tempat saya ni, orang fakir dan miskin ni TERLAMPAUUUUU RAMAIIIII. Ada yang sudah 10 tahun makan nasi dengan tempe sebab tak mampu nak beli benda lain. Demi Allah ini bukan cerita dongeng.

Ada satu famili 5 beranak sudah 10 tahun tinggal dalam reban ayam kerana tak mampu nak beli rumah. Wang yang didapati hanya cukup-cukup untuk makanan sahaja.

PAS wajib mengkategorikan pemberian hadiah2 seperti ini sebagai RASUAH kerana mengikut jejak langkah Saidina Umar Abdul Aziz RA kalau PAS mahu terus releven dan diredhai Allah SWT.

Beberapa Contoh Bagaimana Dahulu Pimpinan-Pimpinan PAS Menyelamatkan Kos Dalam Berjuang

Ini adalah beberapa contoh yang dapat saya ingat :

1.0 - Abang Mat Sabu satu masa dahulu akan pergi balik ke tempat-tempat ceramah dengan menumpang van penjual-penjual keset. Ini kerana apabila ada ceramah Mat Sabu maka ramai orang akan datang menjadikan penjualan keset pun laris. Jadi, Abang Mat selamatkan kos beliau dari segi “travelling”.

2.0 - Pemimpin-pemimpin PAS dahulu biasanya akan menumpang rumah sahabat-sahabat. Misalnya, Tok Guru Nik Aziz dahulu kalau ke Kuala Lumpur akan menumpang duduk di rumah adik beliau, Al Fadhil Ustaz Nik Radzi Nik Mat di ITM Shah Alam. Kalau tidak, biasanya pimpinan2 PAS ni semua akan tidur di Markaz Tarbiyyah.

3.0 - Arwah Ustaz Fadzil dulu pernah jual sabun semata-mata untuk cari duit tambang nak pergi ke tempat program dan ceramah. Terutama waktu Ustaz Fadzil dipecat dari UTM dan waktu itu Ustaz Fadzil langsung tiada sumber pendapatan. Dan pada waktu itu pun, PAS baru sahaja kena tendang dari BN dan berada dalam keadaan amat lemah sekali.

4.0 - Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tu naik semata-mata duit DERMA dari penyokong dan pendokong PAS. Apabila wang jadi kering, maka akan diadakan ceramah di tapak Markaz Tarbiyyah yang belum siap itu untuk mengumpul dana. Ada duit kerja jalan, takda duit, buat ceramah.

5.0 - Ada seorang bekas EXCO Pemuda Pusat zaman Asri memberitahu punya miskin pejuang2 PAS dahulu, sampai terpaksa beli kopi secawan dan telor sebiji kemudian dikongsi tiga orang buat mengalas perut. Punya takda duit masa tu.

Mewahnya Hidup Sekarang Ni Yeee?


Jadi, sekarang ni saya tak faham. Macamana boleh diorang ni hidup mewah semewah-mewahnya?

Datang Muktamar di Shah Alam boleh duduk hotel lima bintang di suite yang paaaalllinnnnng mahal.

Nak tau betapa eksklusif,sila klik disini
Lagi hairan, baru pegang EXCO pemuda negeri beberapa bulan dah tukar kereta Mercedes, kereta Avo etc. Kalau tak pegang jawatan-jawatan ni, boleh ke dapat kereta2 mewah ni semua?

Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan "mana Ezam Mat Nor dapat duit beli banglo di Shah Alam?". Teruk saya kena marah masa tu. Na, sekarang ni sapa yang “eating humble pie”? MP tu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.

Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah Banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah Banglo. Imej pimpinan2 PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan.

Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan 6 kali ganda elaun Husam Musa sebagai EXCO. Macamana Husam nak beli saya? Cuba jawab.

Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

Musuh Saya Adalah UMNO dan Task Force 2010, bukan PAS.

Reactions: 
Gambar Kiri - Leftenan Jeneral Dato’ Wan Abu Bakar Omar, Ketua kepada Nasharuddin Mat Isa di dalam “Agenda Melayu”- Kickdefella)

Ramai yang memarahi saya, tuduh saya pemecah belah jemaah, tuduh saya pemecah rahsia jemaah, tuduh saya tiada akhlak jemaah. Hanya kerana saya mendedahkan pembohongan serta korupsi beberapa pemimpin-pemimpin PAS yang telah menjual maruah mereka pada UMNO.

Apa yang saya buat hanyalah demi untuk menggagalkan perancangan UMNO untuk merosakkan serta memperkudakan PAS. UMNO berjaya membeli serta mempergunakan beberapa pimpinan2 PAS dan saya menentang pimpinan2 PAS itu.

Usaha saya tidak sama sekali mahu melemahkan PAS atau menjahanamkan PAS. Usaha saya adalah untuk menyelamatkan PAS dan saya bersyukur Allah SWT telah membantu saya sepanjang saya membuka blog ini.

Saya telah pergi di hadapan Kaabah meminta ilham dari Allah SWT samada saya patut meneruskan usaha saya atau tidak. Alhamdulillah, ilham yang saya dapat itu positif menyuruh saya meneruskan usaha saya. Saya yakin Allah SWT akan memberikan bantuan-Nya kepada usaha saya lebih-lebih lagi saya tidak dapat satu sen pun dari mana-mana pihak di dalam melakukan perkara ini. Segala kos saya tanggung dengan rezeki yang saya dapat dari Allah, Tuhan Semesta Alam.

(Siapa Task Force 2010..? sila baca disini)

Fitnah Task Force 2010 kepada PAS Seakan Fitnah Dajjal kepada Manusia

Apabila Dajjal turun nanti, manusia akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Yang Beriman dan Yang Kufur. TIADA MUNAFIK pada masa itu kerana semua yang munafik akan menzahirkan kekufuran serta keraguan mereka.

Begitulah juga fitnah Task Force 2010 ini. TF2010 menggantung “godaan-godaan” mereka dalam bentuk wang, pangkat, populariti dsbnya. Seperti juga Dajjal nanti yang memegang “syurga” di tangan kiri dan “neraka” di tangan kanan.

Setiap yang beriman akan nampak perkataan “Kaf”, “Fa” dan “Ra” di atas dahi Dajjal dan akan terjun ke “Neraka” Dajjal bila diberi pilihan. Yang munafik dan kuffur berebut2 hendak terjun ke tangan kiri Dajjal kerana mereka sangka itu adalah syurga yang hakiki.

Saya baru faham mengapa para Anbiya sejak zaman Nabi Idris lagi berdoa supaya dilindungi dari fitnah Dajjal. Ini kerana fitnah Dajjal ini lebih buruk dari segala fitnah yang pernah dilihat Manusia sebelum ini hatta fitnah Firaun sekalipun. Selama ini saya bertanya-tanya kenapa Nabi Musa berdoa meminta dilindungi fitnah dajjal sedangkan jarak Nabi Musa dengan keluarnya Dajjal begitu jaaaauuuhhhh.

Task Force 2010/UMNO adalah AGEN DAJJAL. Mereka beroperasi dengan “modus operandi” Dajjal dan ada sebahagian kepimpinan PAS yang telah terjun dalam “tangan kiri” Agen Dajjal ini.

Mereka-mereka inilah yang saya tentang habis-habisan.

Mengapa? Kerana saya mahu menyelamatkan PAS dan saya mahu menyelamatkan Islam serta Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

Saya tak rela PAS diperkudakan hanya kerana mahu mengkayakan beberapa kerat kepimpinan PAS Pusat.

Saya memohon segenap ahli dan penyokong PAS supaya mendoakan usaha saya berjaya dan mendapat hasil yang diingini serta saya dan keluarga saya dilindungi Allah SWT hendaknya.

Baru-baru ini di Kelantan adalah seorang itu menulis kononnya Husam Musa adalah sebab Tok Guru Nik Aziz dimalukan. Saya nak tanya si penulis, mana dia dapat kereta-kereta mewah yang dia miliki sekarang ini? Apa income yang dia dapat dan dari mana income itu yang membolehkannya mempunyai kereta2 yang begitu mewah?

Sekian, Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Ps saya dapat maklumat TF2010 pernah cuba untuk “membeli” Tok Guru Nik Aziz tetapi usaha mereka gagal.

Saya juga dapat maklumat ada EXCO PAS kena maki dengan orang Kayangan “kaw-kaw” macam budak kecik kena maki. Kesnya pasal………. nanti lah saya cerita...

1Malaysia: Kembali Kepada Sejarah Sebenar, Bukan "Sejarah KBSM"

Reactions: 
Walaupun lebih daripada 52 tahun kita merdeka, pemimpin negara ini hanya mampu untuk melahirkan generasi muda yang racist dan sombong. Perpaduan di kalangan rakyat Malaysia makin teruk jika dibandingan sebelum merdeka. Sejarah membuktikan UMNO telah menjadi halangan kepada perpaduan kaum sejak sebelum merdeka lagi.

Datuk saya pernah memberitahu saya sebelum meninggal dunia, dulu masa zaman muda mereka tidak pernah membezakan diri mereka walaupun berasal daripada berlainan kaum. Orang Melayu bercucuk tanam di kampung, orang India pula menoreh Getah, manakala orang Cina lazimnya berniaga. Ini merupakan kegiatan rakyat Malaya, walaupun mereka begitu terpisah dalam aspek sosio-ekonomi, meraka tidak pernah menanam sifat perkauman atau syak wasangka terhadap satu sama lain.

Apa yang berlaku sekarang? Rata-ratanya sombong! Bagaikan kemerdekaan negara dicapai dengan begitu senang, mungkin ‘sejarah buku teks’ telah membutakan generasi muda sekarang. Yang mereka tahu hanyalah UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Perjuangan kemerdekaan pelbagai kaum Malaya telah wujud seawal 1940an lagi. Perjuangan AMCJA-Putera telah dilupakan oleh sejarah sebagai pejuang untuk seluruh rakyat Malaya pada masa itu.

Wahai kawan-kawan, sedarkah anda bahawa perpecahan ditanam oleh pemimpin kita sendiri untuk kepentangan politk mereka? Dan mengapakah kamu mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur racist mereka? Bukankan kita ada akal fikiran sendiri? UMNO memisahkan rakyat Malaysia melalui politik perkauman sejak sebelum merdeka lagi. Tetapi AMCJA-PUTERA telah menyatukan seluruh rakyat Malaya pada 1940an. Sejarah membuktikan bahawa semua kaum di negara ini pernah mengelarkan diri mereka sebagai ‘Melayu’, begitulah kuatnya persefahaman kita pada masa itu.

Saudara dan saudari yang dikasihi, 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib tidak ada maknanya jika politik perkauman tidak dihapuskan. 1Malaysia? Bolehkah seorang bukan Melayu manjadi Perdana Menteri di negara ini dibawah UMNO? Kelakar kan? Inilah 1Malaysia Najib! Masing-masing masih dengan fahaman kelompok sendiri, memaki hamun antara satu sama lain. Perkataan yang menyakitkan hati sering dipermainkan oleh generasi muda. Dan semestinya tiada kesaksamaan dalam pembahagian kuasa!

‘Ooi Keling’! Begitulah panggilan kawan saya yang menyakitkan hati. Janganlah! Datuk dan Nenek kita tidak pernah mengasuh kita menjadi racist. ‘Melayu malas’! itulah yang diembangkan oleh segelintir masyarakat Cina dan India di kedai-kedai kopi. Yang sebenarnya Melayu malas atau Melayu dimalaskan? Minta maaf saudara dan saudari, saya terpaksa berterus terang. UMNO yang memalaskan orang Melayu dengan suapan terus ke mulut. ‘Cina babi’, itu ungkapan oleh kebanyakkan orang Melayu dan India mengutuk Cina. Walau sesiapun yang bersalah dalam hal ini, yang penting kita perlu hindari perbuatan seumpamanya.

Video yang saya sertakan menunjukkan betapa eratnya hubungan rakyat Malaya sebelum merdeka. Namun UMNO telah memusnahkan perpaduan tersebut dengan menyokong Perlembagaan Persekutuan pihak British yang berunsurkan perkauman. Pada masa yang sama British juga telah mengisytiharkan darurat disebabkan perubahan mentaliti yang dibawa oleh AMCJA-Putera. Kandungan video ini juga menunujukkan perbezaan Perlembagaan Persekutuan yang dibawa oleh British/UMNO dan Pelembagaan Rakyat yang dibawa oleh AMCJA-Putera.

Mari Bersatu saudara dan saudari sekalian! Saksikan video 10 Tahun Sebelum Merdeka (3/4 & 4/4) :
:BANGSA MALAYSIA

Salam Aidiladha Dari Team Perisik Rakyat

Reactions: 
Kepada para pembaca setia dan pelayar website http://perisik-rakyat.com/ diucapkan
Ikhlas dari barisan penulis di http://perisik-rakyat.com/.
  • pengliporlari.
  • Hasbullah Pit.
  • Tulang Besi.
  • Kudin Mansor.
  • Topeng Perak® Unmasked.
  • Yeols.