Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 03, 2009

Pengalaman Ke Kem BTN

Reactions: 
Perbincangan pengalaman kem BTN boleh dikongsi disini ataupun di facebook :
Boikot BTN Facebook :
Pengalaman Xonos Tay -

Satu perkara yang saya masih ingati adalah :

Ketika aktiviti malam, kami dikehendaki mendapatkan beberapa cop di beberapa "station", tapi untuk membuat demikian kami perlu menjaga beberapa benda contohnya balon dengan air, api lilin tak boleh padam dan sebagainya. Tapi barang2 tersebut bukan bagi dengan percuma, kami perlu tukar dengan barang macam sistem barter. Dan barang yang kami perlu tukar adalah kasut dan baju kalau Lelaki, dan Tudung kalau Perempuan...

Bayangkan kebanyakan perserta2 adalah terdiri daripada orang melayu dan waktu itu saya tertanya, bukan ke Perempuan Melayu perlu pakai tudung? (Walaupun ada yang tak) Napa sampai nak tukar tudung?

Akhirnya saya dan ahli kumpulan saya keluar dengan lelaki tanpa baju, beberapa perempuan tanpa tudung, semua tanpa kasut. Walaupun luar sana jalan simen yang rata, cuaca tak sejuk dan perempuan kumpulan saya nasib baiknya pakai baju yang boleh cover kepala, tapi saya rasa ini sudah keterlaluan...

Dalam ceramah ada juga mereka kata pasal hak bumiputra, bagi saya tak apa la sebab saya sudah tahu, tapi cara mereka menyampaikan message ada sedikit unsur provokasi. Contohnya mereka mengkaitkan keputusan pilihanraya 1999.

Kerana keputusan itu banyak calon UMNO kalah dan banyak calon MIC dan MCA menang, oleh itu calon2 yang menang ingin buat perubahan contohnya sistem pemilihan student masuk Universiti. Sebelum ini kuota tapi sekarang mereka mahu buat ikut keputusan. Orang yang kata perkara itu mengingatkan bahawa calon2 MCA dan MIC(orang bukan melayu) telah menggugat tempat orang Melayu.

Ini saja yang saya boleh ingat kat Ceramah kerana waktu ceramah seperti yang lain saya tidur kerana penat...

Tapi semua peserta bukan Melayu termasuk saya pun bersetuju kepda fakta ini, kami memang rasa tidak senang hati terhadap cara penyampaian ceramah tersebut...

Sumber - Go Malaysian

Misteri di sebalik 'Task Force 2010' - Malaysiakini

Reactions: 
Artikel Malaysiakini berkaitan "Task Force 2010". Yang bestnya, dilaporkan pejabat TF2010 ini di belakang Hotel Crown Princess, Jalan Tun Razak. Maklumat saya dapat pun banyak "Pertemuan-pertemuan dalam gelap" pun berlaku dalam kawasan-kawasan berdekatan itu juga. Dekat Restoran Arab, Aparment tu, apartment ni. Barulah saya faham kenapa macam tu.

Misteri di sebalik 'Task Force 2010' - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman
Dis 3, 09
12:16pm

Pasukan petugas untuk keamaan di Selatan Thailand, Task Force 2010, kini menjadi perbualan politik tanahair selepas pasukan itu dikaitkan dengan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno.

Isu kerajaan perpaduan menggegarkan PAS sehingga Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak supaya diadakan muktamar khas bagi membincang pembabitan beberapa pemimpin parti itu dalam usaha tersebut.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan oleh barisan tertinggi PAS, muktamar itu digantikan dengan seminar politik yang berlangsung bulan lalu.

Malaysiakini telah beberapa kali menghubungi pejabat pasukan petugas bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sejak awal minggu ini bagi mendapatkan penjelasan daripada ketua pengarahnya Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar.

Bagaimanapun, setiap kali dihubungi, kakitangan pejabat itu berkata Wan Abu Bakar "ada tetamu dan tidak dapat menjawab panggilan" dan "sedang bermesyuarat".

Berikutan itu, Malaysiakini berkunjung ke pejabat pasukan petugas itu semalam, yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Jalan Aman, Kuala Lumpur.

Usaha mencari pejabat tersebut agak sukar kerana tiada papan tanda dipasang, begitu juga dengan nombor rumah tersebut.

Berikutan itu, wartawan terpaksa bertanya kepada penduduk yang ditemui di situ.

Apabila ditanya mengenai "rumah askar", lelaki tersebut berfikir sejenak dan kemudiannya menuding jari ke arah sebuah rumah banglo dua tingkat di situ.

Rumah yang dicat dengan warna agak kekelabuan itu juga bertembok batu tinggi, manakala pintu pagarnya bertutup.

Walaupun pejabat tersebut terletak betul-betul di belakang Hotel Crown Princess di Jalan Tun Razak, tetapi jalan masuk ke situ agak bersimpang-siur dan boleh mengelirukan.

Malaysiakini tiba ke pejabat tersebut pada kira-kira jam 4 petang semalam. Oleh kerana pintunya bertutup, maka wartawan menelefon pejabat tersebut tetapi tidak berjawab.

Selepas lima minit kemudian kelihatan tiga kakitangan lelaki, yang berpakaian kemas dan merambut pendek ala-tentera, muncul dari dalam rumah itu dan berjalan menuju ke arah pintu pagar.

Wartawan Malaysiakini menemui mereka sambil memperkenalkan diri dan juga menghulurkan kad nama.

Selepas dimaklumkan mengenai tujuan kedatangan akhbar web itu, mereka berkata Wan Abu Bakar tiada di pejabat. Sebelum beredar, mereka sempat bertanya sedikit sebanyak mengenai Malaysiakini.

Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan dua agensi penyelaras di negara ini dan Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di tiga wilayah yang sedang bergolak - Pattani, Yala dan Narathiwat.

Penubuhannya dibuat hasil perbincangan antara perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mahu mengembalikan kestabilan di selatan Thailand.

Bagaimanapun, fungsinya dilaporkan akan ditamatkan pada penghujung tahun ini dan segala peranannya akan diambil alih oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.

Awal minggu ini, nama pasukan petugas tersebut muncul kembali apabila Nik Abdul Aziz berkata terdapat usaha menjatuhkannya yang melibatkan seorang pegawai tentera, dikenali sebagai 'Kolonel Mat'.

Sumber yang dekat dengannya tidak menolak kemungkinan pegawai tentera itu mempunyai kaitan dengan Task Force 2010 walaupun mereka masih tidak jelas sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan semata-mata.

Menjelang muktamar pemilhan PAS Jun lalu - yang menyaksikan pertarungan sengit jawatan nombor dua parti itu antara exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa - nama Task Force 2010 mula diperkatakan.

Laporan di blog-blog mendakwa Nasharuddin mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin pasukan petugas khas itu dan cuba membabitkan Nik Abdul Aziz tetapi mursyidul am PAS didakwa tidak menunjukkan minat.

Selain Nasharuddin, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga turut dikaitkan dengan Task Force 2010 yang mula menukar arahnya kepada isu "perpaduan Melayu" susulan keputusan pilihan umum 2008 yang memihak kepada pembangkang.

Penulis blog yang aktif menulis tentang pasukan itu, antaranya, Abdul Rahman Abdul Talib (Malaysia Waves) yang sering mendedahkan konflik dalaman PAS, Abu Bakar Mohd Rashid (Penarik Beca) yang mengamat politik dalaman parti Islam itu dan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdafella) - yang bertembung secara terbuka dengan menantu Nik Aziz.

Tulang Besi

Kursus Biro Tatanegara: Medan untuk meluaskan fahaman berunsur perkauman

Reactions: 
Segelintir peserta yang pernah menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN) dengan beraninya menyifatkan bahawa kursus ini hanya membawa kepada perpecahan kaum di negara ini. Malah kursus ini juga bermotifkan politik pihak tertentu untuk kekal berkuasa dengan menanamkan sifat racist/perkauman di kalangan peserta.

Kerajaan tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan program ini, meskipun ramai daripada bekas peserta kursus ini telah tampil menyuarakan keadaan kursus tersebut. Timbul laporan-laporan daripada peserta kursus terutamanya daripada bukan Melayu bahawa kursus Biro Tatanegara menyebarkan ideologi yang bersifat perkauman, sehinggakan mengundang kebencian ke tahap yang kritikal terhadap kaum-kaum minoriti di negara ini.

Kerajaan bersetuju untuk merombak sukatan program kursus in selepas desakon oleh pihak pembangkang. Ini secara tidak langsungnya bermakna kerajaan telah menyalahgunakan kursus ini untuk kepentingan politik mereka, dan mereka sendiri mengakuinya apabila bercadang untuk merombak sukatan kursus Biro Tatanegara tersebut.

:BANGSA MALAYSIA

Isu Bermewah-Mewah: Menjawab Beberapa Persoalan Yang Ditimbulkan

Reactions: 
Saya telah diberitahu isu yang saya naikkan dalam artikel disini telah mendapat beberapa respon dari dalaman Pemuda sendiri baik di Pusat mahupun di Negeri-Negeri.

Secara mudahnya, ada dua hujjah yang mereka gunakan untuk melawan hujjah saya. Izinkan saya menjawab hujjah2 itu :

HUJJAH PERTAMA : Tiada Bukti Pemuda Yang Bermewah-mewah itu dapat duit mereka dari sumber yang Haram. Tulang Besi harus memberi bukti mereka mendapat duit dari sumber haram.

Jawapan Saya : Mula-mula saya bagi pembaca saya jawab. Ada dua pembaca dan saya rasa jawapan mereka cukup baik untuk melentur hujjah-hujjah dangkal ini:

Pembaca Pertama :

Anonymous said...
Nampaknya ramai tukang komen disini,sudah "miss the point".

(1) Ahli PAS yang bekerja dan berniaga,kalau pakai kereta besar,orang tak heiran.Ini tak payah komenlah.

(2) Ahli PAS,dulu sebelum PRU 12,sengkek tiba-tiba pakai kereta besar.Tak ada pula kerja tetap atau berniaga,cuma buat kerja parti 100%,jenis inilah yang dipersoalkan.

(3) Pergi kempen pilihan raya,bawa kereta besar,pengundi yang hidup sederhana dan miskin,akan "terasa" bahawa yang datang itu,tidak setaraf dengan mereka.Tak perlukah kita "menjaga" hati pengundi?
December 3, 2009 12:09 AM


Pembaca Kedua :

Dr Ahmad Rashad said...
Kenapa la komen orang kat dalam ni semuanya ngong belaka. Berapa kali dah orang cakap, kalau pimpinan pemuda PAS yang tertentu itu kaya dengan duit usaha sendiri, tak payah tunggu lepas pru12 untuk jadi kaya, untuk beli mercedes. Tak payaj tunggu hasan ali jadi exco, untuk beli mercedes. Ini tak, sebelum pru12, hidup sederhana, lepas pru 12, tup tup, kaya raya, beli mercedes. Itu kan misteri namanya.

Pemuda PAS sekarang ni dah tidak boleh berfikir dengan waras kerana dicandukan dengan wala. Benda semudah itupun tak buleh faham.

Aku tahula, zaidi tak termasuk dalam kategori ini, sebab zaidi memang dah kaya sejak dulu, dia bisnesman berjaya. dia pun tak kuat sangat membodek hasan alu. Orang lain tu, kuat giler membodek hasan ali. Memang la, hasan ali kan exco infrasturuktur. Tender-tender ikut dia kan. Mesti ada komisyen siapa yang bawak kontraktor. Lepas tu bagi alasan nak bagi duit kat jamaah. Jamaah 10%, diri sendri 90%. Itu yang boleh beli mercedes tu.

Apa benda la pemuda PAS. Semuanya ikut perangai UMNO. Sebab itu nak bergabung dengan UMNO. Hari-hari duk mengata DAP dengan PKR. Diri sendiri tak sedar kronism.

Bila TB dedahkan, buat-buat nafi pulak. Buat-buat tak tahu. Alah, tak payah tipulah, semua orang tahu perangai korang macamana.
December 3, 2009 10:32 AM


Dari saya sendiri, dahulu sewaktu Tun Suffian memimpin Badan Pencegah Rasuah, beliau dapat menangkap perasuah hanya sewaktu beliau berjogging. Beliau pernah berjogging dan terjumpa sebuah rumah yang mewah. Bila diselidik, rupanya rumah tersebut milik seorang pegawai kerajaan bertaraf kerani sahaja.Terus beliau tangkap kerani tersebut dan buat siasatan. Akhirnya kerani tersebut disabit kesalahan kerana rasuah.

Pikir logik la. Kita tak marah orang macam Sany dan Zaidi pakai kereta mewah. Ini kerana dua-dua tu semenjak kita kenal diorang lagi dah kaya dan berjaya. Zaidi misalnya adalah contoh terbaik usahawan Islam dan usahawan PAS di Selangor.

PAS Selangor patut berbangga ada orang macam Zaidy ni dan harus disebut-sebut nama beliau sentiasa supaya dapat dicontohi semua ahli-ahli PAS. Sepatutnya Biro Ekonomi PAS Selangor kena buat program jemput Zaidy bagi motivasi dan penerangan berkenaan melahirkan usahawan berjaya.

Sany pula telah menjalankan kerja sebagai Penyelia DUN Dusun Tua dengan jaya. Maklumat yang saya dapat, orang-orang UMNO di sana pun suka sangat dengan Sany. Mereka lebih suka rujuk pada Sany berbanding dengan UMNO Bahagian Hulu Langat. Tapi sayang, Sany telah ditukar dari menjadi Penyelaras DUN Dusun Tua walaupun beliau “perform”.

Tapi yang kita heran, kerja takda, bisness takda tiba-tiba tukar kereta baru. Kereta mahal pulak tu. Walaupun takda bukti ianya HARAM tapi di situ ada “syubhah”. Dan kalau ikut prosedur BPR/SPRM, orang seperti ini boleh ditangkap untuk siasatan selanjutnya.

Tu kalau ikut saya, Tulang Besi. Kalau ikut Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz NAsaruddin Tantawi, walaupun orang itu kaya pun dengan usaha sendiri, dia tetap kena hidup bersederhana.
Itu sebenarnya tarbiyyah dan motto Pemuda. HIDUP SEDERHANA.

HUJJAH KEDUA :
Ramai AJK PAS PUsat juga mempunyai kereta-kereta mewah. Mengapa mereka tidak dijadikan isu?

Jawapan saya : Hujjah ini jelas tidak kuat kerana beberapa faktor :
  1. Majoriti AJK PAS Pusat adalah Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen. Setiap Ahli Parlimen di Malaysia diberi satu AP. Rujuk pada senarai penerima AP yang dikeluarkan oleh Rafidah Aziz satu masa dahulu sewaktu isu AP menjadi hangat. Dengan AP tersebut, harga sebuah Toyota Harrier bagi mereka menjadi lebih mahal sedikit dari harga Proton Wira baru bagi kita. Kalau boleh dapat AP, belilah apa-apa kereta pun sebab harganya jadi murah. Kalau tidak NAZA takkan boleh jadi kaya raya hanya dengan AP?
  2. Sebahagian yang lain sudah pun menjadi kaya sebelum masuk politik. Mereka sudah pun mempunyai Mercedez dan kereta2 mewah sebelum masuk politik dan aktif dalam PAS. Jadi, apa yang kita nak buat isu?
Pemimpin-pemimpin Pemuda yang dijadikan isu adalah mereka yang tiada bisness dan tiada kerja tetap tiba-tiba tukar kereta mewah. Itu yang menjadi fitnah. “Trend” ini kita mesti bendung sebelum menjadi barah.

Pada mulanya saya pun nak tahan isu ni dari keluar, tapi bila saya dengar dari kawasan saya, Raya Haji tahun ni Guru-Guru PASTI tak dapat bonus, maka saya pun mengamuk la. Mana boleh macam ni? Pemuda bertanggungjawab atas PASTI dsbnya. Mereka patut dahulukan institusi-institusi Pemuda ni dahulu yang lebih penting kepada PAS dan dakwah Islam.

Dicampur dengan rintihan dan komplen dari kalangan Pemuda sendiri yang datang pada saya. Ia datang dari orang yang duduk dalam Pemuda sendiri.

Saya bersedih, dalam isu ini, Pemuda-pemuda PAS Pusat bergabung bukan untuk membetulkan keadaan tapi untuk menyerang saya. Apa kamu dapat dari menyerang saya dengan hujjah2 lemah kamu? Adakah meyerang saya dapat memastikan Guru-Guru PASTI mendapat bonus sempena Hari Raya Haji (walaupun terlewat)?

Itu saya belum cerita lagi pasal Pemuda Selangor yang mandom dan tiada aktiviti. Setakat ni, apa yang kita nampak dari Pemuda PAS Selangor? Dalam isu Kepala Lembu, Khalid dibiarkan keseorangan menghadapi serangan-serangan UMNO. Pemuda PAS Selangor langsung tidak kelihatan.

Dalam isu SELCAT, Pemuda sanggup menyokong Agenda Melayu Hasan Ali sedangkan perkara melibatkan akidah seperti ini wajib dibangkang oleh Pemuda PAS Selangor.

Jelas Pemuda skrg ni dah jadi macam Assabiyyah. Benda tak betul pun mereka berpakat-pakat untuk pertahan. Nak pertahan pulak tu dengan hujjah-hujjah yang lemah dan daeef. Patutlah golongan muda tidak berminat untuk menyokong dan bergabung dengan Pemuda PAS. Tak heranlah majoriti Pemuda ni pro pada "Kerajaang Perpaduang".

Tapi saya sokong kenyataan Ketua Pemuda PAS di atas, Ustaz Nasaruddin Tantawi, bahawa PEmuda PAS dilatih untuk hidup bersederhana.

Tulang Besi