Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 05, 2009

Kemunculan Semula ADUN "Bebas" Pelabuhan Kelang

Reactions: 
Nampak gaya UMNgOk>Beer eNd semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan Majlis Perasmian Gelanggang Futsal yang dibina di dalam Masjid Kampung Nelayan, Telok Gong sebagai medan untuk mengutuk dan berkempen politik. Agak aneh dan pelik apabila program UMNgOk/Beer eNd atas nama masjid ini mendapat kerjasama penuh dari Pentadbiran Masjid Al-Islah, Kampung Nelayan Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Bagaimana Pentadbiran Masjid yang berada di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Selangor boleh membiarkan keadaan ini berlaku sedangkan sebelum ini DYMM Sultan Selangor telah menitahkan bahawa tidak ada sebarang aktiviti berbentuk politik dibenarkan di dalam masjid.

Apakah Dr Hassan Ali sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor terlepas pandang tentang perkara ini..? Saya ingat dulu, semasa pemerintahan Beer eNd,usah harap orang PAS dapat buat program di masjid, nak sampaikan bantuan atas nama badan bertindak pun dihalang keras oleh puak-puak UMNgOk/Beer eNd.

Majlis ini telah menjemput Ketua Bahagian UMNO Klang, Dato' Mazlynoor Abd Latiff sebagai perasminya, beliau datang dengan bangga memakai topi berlambangkan Dacing. Tambah menyakitkan hati ialah kemunculan semula YB Badrul Hisham Abdullah, yang selama ini tidak pernah muncul langsung dalam mana-mana program bersama rakyat di kampung ini.

Nampak gaya YB Badrul dah tak gila lagi, cakap pun ok dah. Bahkan ketika bergambar dia pulak yang lebih2 memegang erat tangan Mazlynoor.

Apa yang dikesalkan ialah pihak masjid seolah-olah telah melakukan konspirasi apabila membuat majlis ini tanpa kehadiran Nazir Masjid tersebut iaitu En. Azhar Harun, seorang karkun... tiba-tiba wujud pulak jawatan Nazir II.. Mana ada Nazir II..?, timbalan Nazir ada la.

Imam di masjid tersebut juga tanpa segan silu menjadi Pengerusi Majlis dan sentiasa memuji2 Dato' Mazlynoor. Majlis ini terang-terangan dijadikan medan politik UMNO apabila kesemua Ketua Cawangan UMNgOK/Beer eNd duduk bersama di hadapan sebagai VIP, JKKP turut memberikan ucapan sedangkan tuan rumah iaitu Nazir masjid langsung tidak kelihatan.

Lebih menyakitkan hati, ada pula Pertandingan Futsal Persahabatan antara EXCO Pemuda UMNO Kawasan Klang vs Pemain Pilihan Masjid. Kemudian terdapat juga pemain dari pasukan EXCO Pemuda UMNO yang memakai seluar pendek.

Pertandingan Futsal yang dirancang telah menjadi kempen UMNO. Pihak masjid perlu memberikan jawapan bagaimana mereka boleh membenarkan program ini dijalankan.

Siapa Dato' Mazlynoor untuk merasmikan gelanggang futsal di masjid ini. Walaupun diakui bahawa gelanggang ini adalah sumbangan dari Kementerian Belia dan Sukan, tetapi Dato' Mazlynoor tidak layak untuk merasmikannya. Beliau bukanlah Menteri ataupun Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen di KBS. Kalau lah yang merasmikan itu ialah Ahmad Shabery Cheek, kita masih boleh terima kerana atas kapasitinya sebagai Menteri.

Akhirnya, JAIS ke, MAIS ke..Sultan ke, DR Hassan Ali ke, Ustaz Ramli Sidom sebagai Penyelaras Masjid di Klang perlu amik tindakan.

Gambar-gambar sekitar program Perasmian Gelanggang Pelbagai Guna Masjid Al-Islah, Kampung Nelayan Telok Gong, Pelabuhan Klang


Royalti Minyak Kelantan: GEGAR Atur Program Penerangan

Reactions: 
Isu Royalti Minyak Kelantan akan dibawa keperingkat Nasional oleh sebuah badan yang baru sahaja ditubuhkan hari ini dan ianya dikenali dengan nama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Dalam 1 sidang media yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan (JKR 10), Dr. Abdul Halim Yusof selaku Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) memaklumkan bahawa pihaknya sedang merancang untuk mengadakan 1 konvensyen yang akan membincangkan isu Royalti Minyak di Kuala Lumpur dan tarikhnya akan ditentukan kemudian.
GEGAR juga secara terbuka menjemput mana-mana badan, orang perseorangan atau kumpulan yang berminat untuk menyertai GEGAR dalam memperjuangkan hak rakyat dan negeri-negeri yang telah dinafikan haknya dalam isu pembahagian Royalti Minyak.

Sebelum ini, sebuah badan yang sama telah ditubuhkan dalam menangani isu Royalti Minyak Terengganu iaitu MAMPAT.

Dalam kenyataan yang sama, GEGAR juga menjelaskan bahawa pihaknya yakin pihaknya akan mendapat kerjasama penuh daripada Kerajaan Negeri Kelantan dalam semua program-program yang bakal diatur oleh GEGAR dalam siri Jelajah Negeri Kelantan dalam usaha memberi penerangan kepada rakyat Kelantan berhubung dengan isu Royalti Minyak.
  • Banyak kenyataan yang rakyat Kelantan masih belum faham dalam kewajipan Petronas dibawah Kerajaan Pusat membayar Royalti Minyak kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak. ini adalah kerana media perdana dan Menteri-Menteri Pusat telah mengambil peranan memutar belitkan fakta sehingga kebanyakan rakyat tidak faham.
Pihak GEGAR juga akan meminta kerjasama dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah selaku bekas Pengerusi Petronas yang bertanggungjawab merangka perjanjian Royalti Minyak.
  • Kemungkinan besar, kita akan menjemput Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersama kita dalam Konvensyen yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti. walau bagaimanapun, setakat hari ini, pihak GEGAR masih belum memaklumkan secara rasmi atau tidak rasmi akan hasrat GEGAR kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Kenyataan Akhbar Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR).

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ditubuhkan pada 5hb. Disember, 2009 yang mewakili Gabungan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang terdiri daripada lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).

Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

GEGAR akan :
  1. Mengembelingkan tenaga semua pihak tanpa mengira sempadan agama, politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui berbagai cara.
  2. Mengadakan "Konvensyen Rakyat : Royalti Petroleum - Antara Hak dan Ihsan..?" di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
  3. Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat diatas.
Dengan itu, GEGAR menggesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.

TGNA Tak Tahu Siapa Beri Nasihat Salah - Sinar Harian

Reactions: 
Nota : Ketahuilah bahawa kenyataan Presiden PAS ini adalah sebuah kenyataan yang dibuat selepas perlantikan Penolong Setiausaha PAS Pusat yang baru. Sememangnya sejak setahun dua ini, kerap dicuba menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Malang bagi mereka, penasihat-penasihat Tok Guru berjaya mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan selama 20 tahun.

Berapa tahunkah PAS berjaya mengekalkan pemerintahan di Terengganu hasil dari nasihat-nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat Presiden?

(Bermula) Nik Aziz tidak tahu siapa beri nasihat salah

Sinar Harian (4/12/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau tidak mengetahui individu yang didakwa memberi nasihat yang salah kepadanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang nasihat yang diterima akan dipertimbang dan difikirkan dengan sebaiknya sebelum beliau memutuskan sama ada menerima atau menolak cadangan yang diberikan.

“Saya pun tidak tahu siapa dia penasihat saya yang tidak betul... orang beri nasihat, saya pilih yang betul... saya tidak tahu... tanya dialah( Abdul Hadi) siapa yang betul, siapa yang tidak betul,” katanya selepas hadir di Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2009 di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan Nik Aziz menjalankan tugas dengan ikhlas, tetapi individu di sekelilingnya tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada beliau.

Ditanya adakah beliau menerima semua nasihat yang diberikan penasihatnya, Nik Aziz berkata: “Bila diberi nasihat pada saya, saya bincang dulu... kalau saya berasa puas hati saya terima, tak puas hati saya tolak... Bergantung kepada sayalah... saya tak terima bulat- bulat.”

Dalam pada itu, mengulas mengenai tahap integriti yang ada dalam Kerajaan Negeri, Nik Aziz berkata, beliau masih belum berpuas hati dan perkara itu boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Mana ada puas hati, kita manusia mana boleh puas hati... kita nak tidur pun tidak puas hati ada nyamuk ada sejuk... puas hati ini tidak berlaku di muka dunia,” katanya.
Tulang Besi

Laporan Media Perdana Hari Ini...

Reactions: 
Kalau sape-sape ada terbaca atau ter"tonton" dalam mana-mana MEDIA PERDANA berita pasal Himpunan Menyokong TGNA dekat Kota Bharu kelmarin, tolong bagi link dekat aku...

Dari malam semalam aku dok pusing-pusing dalam cyber, 1 pun tak jumpa la...

Mintak tolong sangat-sangat ye...

Himpunan Sokong TGNA: 2 Mesej Dari Rakyat Marhaen...

Reactions: 
Maka sekonyong-konyongnya turunlah berduyun-duyun rakyat marhaen dari segenap lapisan masyarakat, peringkat umur, darjat, warna kulit, agama dan juga bangsa dengan hanya 1 tujuan dan tekad dihati sanubari masing-masing iaitu mempertahankan dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hujan renyai-renyai tak menjadi halangan, ruang yang terhad tidak dijadikan alasan dan tiada langsung keluhan atau wajah kehampaan pada yang hadir siang kelmarin di Dataran Ilmu, Kota Bharu, Kelantan.

Nah... rujuk semula disini, sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini kalau anda tertinggal satu lagi lakaran sejarah yang berlaku pagi 4hb. Disember, 2009.

Rasa aku, sejak sebulan yang lepas, TGNA telah diserang dari berbagai sudut, baik politik, peribadi, kreadibiliti, persepsi dan berbagai-bagai lagi oleh semua media perdana, bloggers atau apa-apa sahaja saluran yang ada oleh pihak UMNgOk/Beer eNd. bukan mudah untuk terus bertahan pada tahap ini.

Tapi itulah pemimpin yang menjadi idola rakyat berbilang kaum dan agama. satu-satunya tokoh agamawan terulung yang diiktiraf ditangga ke 42 oleh dunia dan satu-satunya tubuh kecil yang paling digeruni oleh KERAjaan Pusat. apa ada pada tubuh kecil ini..?

Aku tengok TGNA cuma orang biasa, macam kita-kita jugak... tapi... itu pada zahirnya... kalau dilihat dari sudut hakikat insani, TGNA bukan sebarangan orangnya.masakan hanya dengan "doa" orang biasa semacam TGNA boleh menggegarkan kem UMNgOk/Beer eNd..? wah...!!! penakut sungguh mereka-mereka yang mengaku "kami mempraktikkan Islam yang sebenar" pada "doa" orang biasa semacam TGNA..?

Bukan Malaysia sahaja yang melihat "ketakutan" para "Islamik sebenar" pada "doa" batang tubuh biasa seperti TGNA, malah SELURUH dunia Islam melihat 'ketakutan" sang penguasa pada "doa" orang biasa semacam TGNA.

Padahal yang ditakuti oleh para "Islamik sebenar" itu bukannya "doa" yang dipohon oleh TGNA tetapi apa yang paling ditakuti oleh para "Islamik sebenar" itu ialah pada-Nya yang menerima "doa" tersebut. apalagi bila seluruh rakyat marhaen yang bersetuju dengan "doa" TGNA bersama-sama mengaminkan "doa musnah" pada yang zalim.

Tau jugak kau takut pada "doa" orang yang teraniaya rupanya..? tau jugak kau yang selama ni kau terlalu zalim pada rakyat marhaen kan..? kalau kau tak sedar kezaliman kau, kenapa kau mesti takut pada "doa"..?

Itu soalan pada yang "takut" pada "doa".

Soalan seterusnya suka jugak aku nak tujukan pada geng-geng yang berminat untuk kompromi dengan penzalim. penzalim itu nama partinya ialah UMNO aka UMNgOk.

Geng "Perpaduang"... lebih sinonim kalau aku panggil geng "Nnatang"... perjumpaan dalam gelap, perbincangan demi masa depan MeLAYU atau apa-apa saja nama yang dinamakan untuk "melazatkan" atau "mengHALAMkan" tujuan.

Oi "Nnatang"... kau tak nampak ke sokongan rakyat pelbagai kaum dan agama pada perjuangan batang tubuh yang kau minta untuk berundur atas nama "umur"..? tak malu ke kau bermuka-muka dalam perjuangan..? tak "munafiq" ke kau bila kau melacurkan amanah rakyat yang memilih kau dalam PRU lepas..?

Allah beri akal untuk berfikir demi kebaikan, bukan demi kerosakan. jemaah ini mahu kekal dibawah pemerintahan TGNA atau sekurang-kurangnya dibawah pemerintahan orang yang "tak malu" untuk meneruskan dasar yang sekian lama TGNA bawa. bukan "dasar perpaduan" yang kau momok-momokkan wahai setan...

Rakyat pilih kau untuk jadi "suara rakyat", untuk kau jadi "wakil rakyat"... bukan untuk jadi "pelacur politik"... bukan untuk kau jadi "pelacur amanah".

Bukaklah mata luas-luas baik UMNgOk/Beer eNd, baik geng "Perpaduang"... siapa yang rakyat mahu dan siapa yang rakyat tolak. ini dunia maju, kamu yang "kununnya" bawa kemajuan tapi akhirnya kamu yang lupa bahawa kemajuan itu membuka mata rakyat marhaen. rakyat marhaen tak perlukan lagi "pelawak-pelawak" politik yag cuma pandai menipu, mengadu-domba dan memper"buduh-buduh"kan orang celik.

Tutup mata kau, terimalah kenyataan. rakyat menolak sebarang bentuk kezaliman dan juga "pelacuran"..!