Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 18, 2009

1Malaysia: Kalau Tak Menipu Tak Boleh Ke..?

Reactions: 
  • Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.
  • Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."
Selamat Pengantin Baru untuk "Pengantin RAHSIA'...

Oi..! kalau tak menipu tak boleh ke..?

1Malaysia: Petanda Baik Untuk Pakatan Rakyat Di Selatan...

Reactions: 
Jam 8 pagi tadi macam biasa jadual aku setiap hari jumaat ialah - Dataran Ilmu untuk program tazkirah Jumaat bersama TGNA. aku ingat pagi ni akan jadi macam pagi-pagi lain, rupanya ada lagi sedikit kelainan.

Pagi ni dianjurkan 1 majlis sembahyang hajat mohon kesejahteraan kepada seluruh Negeri Kelantan dan juga mohon dilindungi Negeri Kelantan dari fitnah dan semua kejahatan. yang tu kira biasa. yang paling menarik perhatian ialah kehadiran hampir 100 orang berbangsa cina dan india.

Bagi yang biasa ikut tazkirah pagi jumaat oleh TGNA di Dataran Ilmu, perkara ni biasa je, tapi tak la seramai ini selalunya. yang jadi ramai hari ni sebab semua mereka ni datang dari Johor, Perak dan lain-lain Negeri untuk menyatakan sokongan kepada TGNA dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.
Disaat UMNgOk/Beer eNd memainkan isu perkauman, kaum-kaum lain menyambut seruling perkauman UMNgOk/Beer eNd dengan lantang dengan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan TGNA. tanpa segan-silu, kaum-kaum india dan cina berada di SAF paling hadapan dengan TGNA di Dataran Ilmu dalam program tazkirah pagi Jumaat bersama TGNA.

Ini bukan program tari-menari, ini jugak bukan program karaoke, ni jugak bukan program ala-ala Akademi Fantasia atau Jom Heboh tajaan mana-mana media hiburan, tapi ini program "tazkirah". kalau tak dahagakan "ilmu", takkan sesorang tu gatal kaki melangkah dan buang masa ke program macam ni.

Tapi kenapa orang-orang bukan Islam masih tertarik untuk datang jauh dari Perak hatta Pasir Gudang untuk ke program ni..?
Pada aku la, yang hadir baik dari jauh atau dekat ke program macam ni cuma orang-orang yang hidupnya tak mahu disia-siakan. hidup mereka-mereka ni bukan sekadar hidup, tapi jugak hidup dan menghidupkan "ilmu". hari ni datang dengar tazkirah dari TGNA, seterusnya apa yang disampaikan akan berpanjangan kepada orang-orang lain. maka segarlah ajaran Islam. bukan setakat hal nikah-kahwin dan kematian je.

Ini yang menyuburkan Islam. setakat bina masjid berbillion-billion ringgit, bank Al-Islam, pajak gadai Islam, itu ini atas nama Islam, tapi usaha mengembangkan syariat Islam tu tak disuburkan, tak payahlah nak sembang "kami itu, kami ini".

Masjid berbillion-billion ringgit tapi nak dapat jemaah untuk solat jumaat pun sakit, buat apa..? nak gah apa dengan hasil macam tu..? masjid besar gah tapi makmum untuk solat subuh pun tak sampai 2 saf buat apa..?
Ada jugak geng-geng UMNgOk yang kecoh-kecoh pertikaikan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak Islamik sebab sepanjang hampir 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, dikhabarkan bahawa PAS tak pernah membina hatta 1 masjid pun di Kelantan.

Pada aku, apa masalahnya dengan tak bina masjid kalau masjid-masjid yang ada dah cukup untuk makmum dikawasan yang ada..? kenapa nak bazirkan duit untuk benda yang dah ada..?

Eh... syarat-syarat sah sembahyang salah satunya "bersembahyang di Masjid" ke..? tu kena tanya orang UMNgOk... tolong tanya sekali orang UMNgOk kalau korang singgah dekat rumah diorang - arah kiblat dekat mana..? pernah terjadi dalam hidup aku bila aku berkunjung ke rumah orang UMNgOk, tuan rumah terkial-kial cari arah kiblat bila aku tanya... siap berdiri dekat luar rumah tengok bayang-bayang.

Nasib baik ada matahari, kalau belah malam nak tengok bayang-bayang apa..? lampu sportlight dekat balkoni..? gila..!
Maka pagi tadi tanpa perlu ke masjid yang regenya berbillion-billion, beribu-ribu pengunjung yang ke program tazkirah masih sempat bersolat hajat beramai-ramai mohon kesejahteraan kepada seluruh Negeri Kelantan dan juga mohon dilindungi Negeri Kelantan dari fitnah dan semua kejahatan dan sekali lagi, doa TGNA di aminkan beramai-ramai... Amin...
Heran sungguh aku... yang bukan Islam berbondong-bondong tampil menyatakan sokongan kepada PAS khususnya Pakatan Rakyat dan TGNA, tapi yang Islam dari kecik... masih ada yang "seronok" bersekongkol dengan penzalim seperti UMNgOk.

Bagusnya pagi tadi, bila dapat tau orang bukan Islam dari Johor (kubu kuat UMNgOk) pun dah berani menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan TGNA. ada sinar dalam PRU-13 untuk Pakatan Rakyat.

Tulang Besi Mungkin Tidak Dapat Hadzir Konvensyen Blogger Atas Masaalah Kewangan

Reactions: 
Dengan rasa sedih dan rendah hati, dimaklumkan bahawa kemungkinan besar Tulang Besi tidak dapat hadir dalam Konvensyen Blogger PAS.

Faktor utama ketidak hadiran Tulang Besi adalah faktor ekonomi. Oleh kerana pemberitahuan program ini hanya berlaku minggu ini, maka kos yang akan ditanggung oleh Tulang Besi untuk hadzir adalah kurang sikit dari RM 1000. Jumlah ini adalah jumlah yang sangat besar untuk Tulang Besi kerana Tulang Besi bukan seorang yang kaya.

Tulang Besi tidak mampu membeli kereta mewah seperti Honda Elyson dan makanya, Tulang Besi tidak mampu untuk menanggung belanja perjalanan yang berjumlah hampir RM1000.

Rasa terkilan sangat sangat. Tulang Besi antara yang pertama mendaftar. Bersemangat sangat Tulang Besi nak hadzir. Tapi, sayangnya Tulang Besi cuma mendapat konfirmasi tarikh dalam minggu ini. Sepanjang beberapa hari Tulang Besi mencuba untuk mencari jalan yang murah untuk pulang, namun tiada. Tiket semuanya mahal-mahal kerana kebetulan cuti Awal Muharram menaikkan lagi harga tiket.

Tulang Besi juga cuba mendapatkan sponsor, namun itu pun gagal juga. Kalau ada yang berminat untuk sponsor Tulang Besi, masa masih belum terlambat. Boleh masukkan wang ke akaun Tulang Besi (Maybank - 164173601834 : Abdul Rahman Abdul Talib).

Walau bagaimanapun, Tulang Besi sedang berusaha untuk mencari wakil kepada Tulang Besi dalam Konvensyen tersebut.

Pengajaran kepada penganjur program yang melibatkan bloggers :
  1. Jangan ingat semua bloggers ini berada dalam negara. Dunia internet / www adalah dunia sejagat. Bloggers Malaysia boleh berada di Alaska, USA tapi masih dapat dirasakan kedekatan bloggers tersebut dengan rakyat Malaysia.
  2. Maka, apabila membuat program sebegini, haruslah dikonfirmasi tarikh sekurang-kurangnya SEBULAN AWAL. Kalau tarikh program ini dikonfirmasi sewaktu saya mendaftar, kos saya cuma dalam RM300-400 ringgit.
  3. Apabila telah membuka pendaftaran, haruslah melayan mereka yang mendaftar dengan cara pribadi. Ertinya, maklumkan kepada mereka yang mendaftar secara terus. Bukan buat pengisytiharan seminggu sebelum program sebegini.
Sekali lagi, sedih saya kerana saya tak dapat nak hadir program ini. Saya telah bercadang untuk menghadiri program ini semenjak ia diwar-warkan. Namun, saya tak ada cukup wang untuk menghadiri program sebegini. Saya antara yang paling awal mendaftar kerana saya mahu membeli tiket awal, tapi pihak penganjur tak dapat memberi konfirmasi awal. Hanya last minit seperti ini.

Wallahualam

Tulang Besi

“Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 9:08:49 AM
From: Abdul Rahman Abdul Talib
...
View Contact
To: penerangan.paspusat@yahoo.com
________________________________________
Assalamualaikum,

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon untuk menghadiri seminar konvensyen blogger PAS

Terima Kasih

Tulang Besi”

Seterusnya saya dapat respon dari Penerangan PAS Pusat:

“Re: Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 7:02:43 PM
From: Lajnah Penerangan Pas Pusat
...
View Contact
To: Abdul Rahman Abdul Talib
________________________________________
telah didaftarkn. “

Tulang Besi

1Malaysia: Mari Belajar Apa Itu GST (Golongan Susah Tertindas)

Reactions: 
Sebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku tak pandai niaga, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.

Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.

Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?

Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.

Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.

Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.

Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.

Kembali kita kepada pokok asal kita. Cukai dan GST.

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas tadi, cukai telah diperkenalkan sejak lama dulu. Begitu juga di Malaysia. Bila berlaku perubahan demi perubahan. Pelbagai cukai bertambah dan bertukar ganti. Namun cukai cukai tersebut semakin hari semakin membebankan, golongan miskin dan papa kedana. Mengapa ini berlaku. Sedangkan tujuan asal cukai itu tadi adalah untuk kebaikan bersama. Yang kaya membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi mengapa terbalik jadinya, yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin semakin terhimpit, akibat dari cukai cukai tersebut.

Apabila GST diperkenalkan kelak. Sekadar yang aku faham, ianya akan dikenakan kepada sesiapa yang membeli lebeh banyak. Bermakna lagi banyak barang yang akan kita beli, maka, lagi banyak lah cukai yang akan kita kena. Lebeh mewah barang yang kan kita beli, lebeh banyak cukai yang akan kita bayar. Itu ikut faham singkat aku berdasarkan aku sebagai pengguna.

Apa yang aku nak kongsi bersama alah berita dari utusan malaysia online pada 27 November 2009 bertajuk ‘GST pada 4 peratus’ dan satu lagi pada 4 Disember 2009 bertajuk ‘GST tidak bebankan rakyat’. Dua tajuk itu jelas menunjukan, bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan GST di Malaysia, mulai tahun 2010. Begitu indah dan lunaknya bahasa ynag digunakan demi mencapai maksud yang tersirat.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sesuatu cukai itu, apabila telah diperkenalkan maka susah untuk di buang. Ianya akan menjadi biawak hidup yang meragas dibelakang kita.

Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, setiap cukai yang diperkenalkan, walaupun untuk dikutip dari golongan yang berada atau kaya, tetapi akhirnya kita yang susah ini lah yang akan menanggungnya.

Mengapa aku kata begitu. Ini jelas kita rasai dalam sejarah perniagaan di Malaysia. Para peniaga besar (tokoh koperat) di Malaysia, di lindungi. Bukan oleh undang undang, tetapi oleh golongan ‘bangsa awan’. Siapa kah golongan ini ? Mereka adalah orang yang kita angkat untuk duduk disitu. Kita telah meletakan mereka sebagai ‘dewa’. Lebeh penting lagi, mereka ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun, hatta undang undang sekalipun.

Apa kaitan cukai dengan ‘bangsa awan’ dari golongan ‘dewa’ ini ?

Mari kita tengok, apa yang terjadi kepada kita selama berpuluh tahun dan siapa yang sebenarnya nya ‘merogol’ kita balik, tanpa belas kasihan.

Contoh mudah:

Harga gula dan tepung untuk kegunaan harian kita. Semua orang perlukannya. Apa yang berlaku ?

Semua tahu, gula dan tepung adalah barangan kawalan, bermakna untuk menaikan dengan sewenang wenangnya akan ditangkap dan didenda. Hatta menyimpanya secra berlebehan juga dianggap salah. Tetapi siapakah yang menaikan harga tersebut. Kerajaan sendiri istiharkan harga tersebut terpaksa dinaikan, dengan pelbagai alasan yang indah indah.

Mengapa ini berlaku ?

Mudah, atas desakan tokoh koperat yang mengusai perniagaan di Malaysia.

Siapa mereka ?

Orang ada disekeliling golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’

Apa akibat dari kenaikan tersebut ?

Golongan miskin makin terhimpit.

Adakah golong kaya akan merasa susah akibat dari pelbagai cukai dan aturan ?

Ya, mereka akan merasa susah sekira mereka tidak memberi apa yang golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ ini perlukan. Tetapi sekiranya hajat golongan ini termakbul, maka tokoh koperat atau golongan kaya ini akan tetap terjamin, tidak terusik sedikitpun.

Oleh itu GST, buat lah apa juga undang undang atau aturan, akhirnya akan menekan golongan susah dan miskin. Dengan pelbagai cara dan kaedah.

Mengapa aku katakan golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ tidak boleh disentuh oleh sesiapa, hatta undang undang sekalipun ?

Kita ambil contoh kecik, yang budak budak pun faham. Berapa banyak kes orang politik yang ditutop dan dihilangkan begitu sahaja. Sebahagiannya dilupakan dan cuba dilupakan. Tapi golongan ikan bilis atau yang menentang sahaja yang di ‘highlight’ kan.

Kes Khir Toyo, kemana menghilang ? Kes Isteri dia, juga, kemana menghilang ? Kes Rafidah Aziz, dalam saham menantu. Ezam yang kena tahanan sebab keluarkan dokumen rasmi, dah keluar semula dari. Kini dah masuk sekongkol dengan mereka. Tapi kemana menghilangnya kes itu ? dan banyak lagi kes kes yang besar dan kecil yang tiada undang undang di Malaysia yang mampu mengatasi mereka.

Mengapa terjadi begitu ?

Kerana mereka ini golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa sakti’.

Mereka ini akan memperkenalkan GST pada 2010. Sama sama kita tunggu nanti. Ambang 2010. Yang penuh misteri.

Apa dia GST tu, ulang sekali lagi aku nak dengar …….

-Golongan Susah Tertindas……

Sumber - Kedahlanie..!!

Penyakit UMNgOk DiKalangan MeLAYU

Reactions: 
Setelah dikejutkan dengan wabak H1N1 kini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan sejenis wabak penyakit berjangkit yang sangat berbahaya, yakni penyakit UMNgOk. Namun rata-ratanya yang dijangkiti hanya kaum Melayu.

Antara gejala-gejala penyakit UMNGOK ini ialah:
  1. Assobiyah yang sangat melampaui norma seorang manusia.
  2. Redha diperbodahkan pemimpin Zalim yang korup asalkan mereka MeLAYU.
  3. Alah yang teruk kepada perkataan PAS, PKR dan DAP.
  4. Turut alah dengan laungan "Takbir", "Reformasi" dan "Makkal Sakthi".
  5. Perasaan benci kepada Alim Ulama terutama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
  6. Memisahkan Agama dari segala aspek kehidupan kecuali upacara nikah-kahwin dan upacara pengkebumian.
  7. Seringkali terkena sawan "Kepala Lembu" yang mengakibatkan kepala lembu yang tidak berdosa akan diarak beramai-ramai sambil melaungkan perkataan "Hidup MeLAYU" dan "Ketuanan MeLAYU".
Itu hanya sedikit contoh daripada berpuluh-puluh lagi gejala penyakit ini yang tak mampu ditulis lagi. Namun jangan dirisau setiap penyakit yang ALLAH S.W.T turunkan pasti diturunkan sekali dengan ubatnya.

Untuk penyakit berbahaya ini, doktrin untuknya ialah cepat-cepat keluar UMNO dan cepat-cepat mendaftar untuk menjadi Ahli Pakatan Rakyat ditempat yang berdekatan dengan premis kediaman. Insya-ALLAH penyakit itu sembuh dalam kadar tempoh kurang daripada 24jam anda keluar UMNO/BN.

Sumber - Na'im Nik'mat @blog

Islam Berkembang di Nusantara kerana Keterbukaan dan Fleksibiliti, Bukan Dengan Kekerasan

Reactions: 
Saya membaca sebuah makalah berkaitan dengan beberapa sejarah Islam yang digelapkan di Nusantara kita ini. Al-maklumlah sejarah Nusantara kita ditulis oleh penjajah, maka dengan otomatis, bahagian sejarah yang berkait dengan Islam dan kerajaan Islam dihapuskan dari sejarah kita sama sekali.

Secara umumnya, masyarakat Nusantara Melayu ini telah menukar agama dari Buddha kepada Islam dengan cara aman dan tenteram serta tiada paksaan dalam bentuk apa sekalipun. Ia berkait rapat dengan cara Islam itu dibawa yang penuh harmoni dan penekanan kepada dakwah Islamiyyah

Disebut juga bahawa Islam membawa imej “fleksible” dan “mudah kompromi” sehingga Raja-Raja Jawa telah menerima Islam dengan hati terbuka dan menolak agama Kristian yang dibawa oleh Portugis. Portugis dengan kaedah “Inquisition” mereka yang jelas memaksa sesiapa sahaja menganut Kristian tanpa belas.

Dalam buku tersebut ditulis :


Sejarawan Belanda, Bernard H. M. Vlekke dalam “Nusantara: A History of Indonesia” (1961)4 mengemukakan hal yang menarik tentang mengapa orang Jawa berbondong-bondong masuk Islam, tapi pada saat yang bersamaan memiliki pemahaman dan praktik keagamaan yang bersahabat dengan tradisi lokal (Sinkretis). Dalam kata pengantarnya, Luthfi Assyaukanie menulis :
  • Para raja Jawa, menurut Vlekke, memilih Islam bukan karena mereka suka dengan agama itu, tapi karena situasi politik mendorong mereka untuk bertindak demikian. Pada abad ke-16 M, para pelaut Portugis mulai menjejakkan kakinya di pantai-pantai Jawa. Para raja Jawa dihadapkan pilihan sulit antara memilih bersekutu dengan Portugis atau bekerjasama dengan Johor dan Demak, yang berarti harus memilih antara Kristen dan Islam.
  • Melihat perilaku Portugis dan catatan kecurangan-kecurangan mereka, raja-raja Jawa kemudian memilih Islam. Agaknya bukan hanya rasa kedekatan budaya dan sejarah masa silam yang membuat mereka lebih menerima bersekutu dengan kerajaan-kerajaan Islam, tapi juga karena agama ini memberikan fleksibilitas yang tinggi ketimbang Kristen. Jika mereka masuk agama Kristen, bukan hanya mereka harus tunduk pada kekuasaan Portugis, tapi juga harus mengganti tradisi mereka dengan budaya baru yang dibawa oleh orang-orang kulit putih itu..
(Footnotes)
  1. SQ. Fatini; Islam Comes to Malaysia ; Singapore, MSRI, 1963.
  2. Drs. H. Ridwan Saidi; Tinjauan Kritis Penyebaran Islam di Jakarta, Kepercayaan Penduduk Kerajan Merin Salakanagara, Awal Abad Masehi di Bekasi; Seminar Meluruskan Sejarah Islam di Indonesia; Mei 2008; IKIP Muhammadiyah, Jakarta.
  3. Ibnu Batutah; Kitab Kanzul ‘Ulum.
  4. Diterjemahkan oleh KPG menjadi “Nusantara: Sejarah Indonesia”, 2008.
  5. Ibid; Pengantar; h. xviii-xix.
Pengajaran Dalam Abad Ini Di Malaysia

Jelas bagi PAS dalam Pakatan Rakyat haruslah membawa Islam yang tulin dan murni dan tidak bercampur dengan adat dan kepercayaan karut yang bersumber dari adat Melayu dan UMNO. Kalau PAS mahu mengekalkan nada “Nasionalis UMNO” maka tidak jauh bezanya PAS dengan Portugis yang datang ke Nusantara untuk menyebarkan penjajahan mereka.

Tulang Besi