Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 21, 2009

Negarakuku by Namewee

Reactions: 
Remember Namewee (Wee Meng Chee)? Wee's sudden rise to stardom is the result of his highly publicized piece. Negarakuku translated as "I Love My Country Negarakuku (Visit Malaysia 2007 Theme Song)". The structure of the song consists of two major components: the rapping, which is exclusively composed and performed by Wee, and Malaysia's anthem, Negaraku, which is split into three segments between the rapping and sung out in groups of two or three verses. The video still available in YouTube.

A music video for the song was uploaded to YouTube by Wee on July 15, 2007, featuring a montage of photographs of Malaysia, a Visit Malaysia 2007 video and a video of Wee rapping against the backdrop of a Malaysian flag. The video ends depicting both a Chinese caption thanking unnamed parties for videos and images provided for the montage, and an English/Malay caption asking not to be sued as he has no money ("please don't sue me, saya takde duit").
NAMEWEE RAISING MALAYSIA FLAG IN HIS RIGHT HAND

The video was removed by Wee amid pressure on July 23, 2007, but copies of the video, including one with English and Malay subtitles of the song's Chinese lyrics, are still available on the site. The videos received an average of over 100,000 hits; a duplicate version of Wee's original video, uploaded in the middle of July 2007, received a total of 1.4 million hits as of early September 2007.

Now he is in Malaysia after his graduation in Mass Communication at Ming Chuan University Taiwan. He stated in his blog that he loves Malaysia very much and will come back to Malaysia thus he did it. Although attacked by Malaysian leaders due to his controversial video , he shows his patriotism and willing to contribute to Malaysia after finish his study. Not like some some of our overseas student, forget Malaysia right after complete their studies and settling down there.

Negarakuku by Namewee :
:BANGSA MALAYSIA

Blog Adalah Sumber Kebenaran Dalam Dunia Media Malaysia yang Penuh Fitnah

Reactions: 
Alhamdulillah Syukur kepada Ilahi, Tulang Besi telah selamat menghadziri Konvensyen Blogger yang berlangsung di Markaz Tarbiyyah pada hari Ahad, 20/12/2009.

Tulang Besi mengucapkan terima kasih kepada penderma KawanlamePPP yang telah menderma RM1000 untuk tiket kapalterbang. Juga tidak lupa kepada penderma misteri yang telah menderma RM400. Harga tiket kapalterbang sahaja telah mencecah RM1200.

Lagi RM200 tu Tulang Besi guna untuk makan dan perbelanjaan perjalanan biasa.
Tulang Besi meminta para penderma supaya dapat meng “emai”l Tulang Besi pada malaysiawaves@rocketmail.com. Terima kasih kepada kawanlamePPP dan juga penderma misteri yang telah menderma RM400. Minta sangat supaya menghubungi saya melalui email di atas.

Saya bersyukur berjumpa dengan teman-teman lama terutamanya teman seperjuangan dalam kampus dahulu. Saya bersyukur kerana Ustaz Idris Ahmad juga masih ingat pada saya. Lama sungguh tidak bertemu sayang masa tidak mengizinkan untuk kita berborak panjang. Saya juga jumpa wakil PAS PJU yang telah menggantikan tempat saya sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan PJU. Ada juga rakan-rakan dari beberapa PAS Kawasan yang saya temui serta beberapa rakan yang saya kenali dalam Facebook.

Beberapa Komen Sepintas Lalu

Di sini, Tulang Besi ingin memberi beberapa komen :
  1. Kertas kerja kedua bertajuk “ Blog Sebagai Arena Dakwah Bukan Medan Memfitnah” yang sepatutnya telah dibentang oleh Ustaz Ghani Shamsuddin.
  2. Bagi saya PAS atau sesiapa sahaja tidak perlu takut dengan “fitnah” dalam dunia blog. Ini kerana kalau ada blog yang menyebarkan fitnah dan kata-kata dusta, secara otomatik blog tersebut akan disisih dari para pembaca.
  3. Ini kerana para pembaca blog adalah golongan yang berfikir dan mampu menilai. Seolah-olah pihak penganjur mahu menyamakan pembaca-pembaca blog dengan pembaca-pembaca Utusan Malaysia dan Berita Harian.
  4. Jadi, kertas kerja ini (yang dibentangkan oleh Hj Suhaimi Embong bukan Ustaz Ghani Shamsuddin) sebenarnya tidak perlu. Masyarakat pembaca blog yang akan melakukan penapisan mereka dan setakat ini mereka telah membuat keputusan yang betul.
  5. Mengapa saya kata mereka buat keputusan yang betul? Dari pembentangan Dr Abu Hasan, didapati keputusan PRU2008 telah dipengaruhi oleh blog dan beliau telah menaqalkan sebuah kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard.
  6. Dengan kata lain, pembaca-pembaca blog telah berjaya mengatasi fitnah-fitnah yang dilayangkan oleh UMNO melalui media-media mereka dan telah mengundi Pakatan Rakyat serta memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di 5 negeri serta 1/3 kerusi Parlimen.
  7. Itu bukti jelas BLOGGER tidak mudah dipengaruhi fitnah dan blog sebenarnya medan menyebar kebenaran bukan fitnah.
  8. Dunia blog adalah dunia hala. Sekiranya kita dituduh dan difitnah, maka kita berhak untuk menjawab dan para pembaca akan menilai sesuatu isu. MIsalnya, saya sendiri telah difitnah oleh seorang penulis bernama “Batu Api”. Dia berkata saya menyerang Dato Hasan Ali kerana saya mintak kerja lepas tu tak dapat. Saya lantas telah bersumpah dengan nama Allah menafikan fitnah tersebut. Dan sehingga sekarang si Batu Api ni tak berani menjawab fitnah saya.
  9. Namun, Songkok Putih/Tranungkite Online masih menyiarkan tulisan-tulisan beliau menyerang saya padahal terbukti Batu Api ini seorang pembohong dan penyebar fitnah. Ertinya, Laman Tranung Kite ni pun sumber fitnah dalam dunia cyber Malaysia.
PENUTUP

Secara umumnya, saya nampak program ini dianjurkan sebagai respon kepada pendedahan-pendadahan yang dibuat oleh dunia blog dalam beberapa isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin PAS. Tema sebenar konvensyen ini adalah menyatakan rasa kecewa sesetangan kepimpinan PAS kepada pendedahan-pendedahan ini yang banyak mengagalkan perancangan puak-puak pro UMNO dalam PAS. Sebab itu isu ‘fitnah” di ulang-ulang baik dalam Ucapan Perasmian mahupun dalam Kertas Kerja kedua.

Dunia blog telah menjadi terlalu panas untuk pemimpin-pemimpin PAS terutamanya mereka yang pro kepada UMNO. Segala tindakan dan perancangan mereka telah didedahkan kepada ahli-ahli, perwakilan-perwakilan serta aktivis-aktivis parti oleh dunia blog.

Konvensyen ini diadakan dengan tujuan supaya kredibiliti blog dapat di minima kan di kalangan dalaman parti supaya kesannya tidak mendalam terutamanya pada masa-masa hampir waktu pemilihan PAS. Kalau nak tahu sikap sebenar penganjur dan pimpinan2 PAS pro UMNO berkaitan dengan program ini, silalah ke Laman Tranung Kite.

Akhir kata, saya agak keliru dengan ucapan perasmian Presiden pada program ini. Pada satu masa beliau berkata :
  • "Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.
  • "Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.”
Tapi pada waktu yang lain, beliau berkata :
  • "Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.”
Apa-apa pun, sebagai orang Islam kita tidak sepatutnya takut dengan kebenaran kerana ISlam itu diasaskan kepada kebenaran. Saidina Umar mengalu-alukan rakyat menegur beliau dengan pedang, inikan pula dengan blog.

Kalau Saidina Umar masih hidup, nescaya beliau akan berterima kasih sangat-sangat dengan bloggers kerana dengan bantuan Bloggers, Saidina Umar RA tidak perlu lagi meronda malam-malam mencari apa-apa kelemahan dalam pentadbiran beliau. Saidina Umar RA cuma perlu membaca blog sahaja dan dapat menyelesaikan banyak masaalah negara.

Tulang Besi

p/s - di bawah adalah beberapa gambar yang saya ambil sewaktu program tersebut.