Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 30, 2009

Bapa Ronnie Liu Penyokong & Pengundi PAS Pahang Hasil Kempen Kepimpinan PAS Selangor

Reactions: 
Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.
Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Dr.Rosli & Nor Ilyani: Nikah Di Selatan Thailand

Reactions: 
Aku tak de banyak masa, jadi korang tengok rakaman video exclusive yang aku rakam dalam pertemuan rahsia aku & pinkturtle dengan Dr.Rosli dan isteri ke-2nya Nor Ilyani.

Surat terbuka gua kepada Nik Aziz..

Reactions: 
Oleh : AdukaTaruna

Salam Tuan Guru..

Gua dah kekok nak tulis ala2 bahasa biasa dalam surat macam gua belajar time UPSR dulu. Gua hentam jer la cara yang gua dah terbiasa nih. Nak gua tulis ala2 sastera kang segan plak gua kat Anual Bakhri. Nama die jer dah sastera dah tu. Mau dia gelak baca bahasa sastera gua plak nantih.

Salam Tuan Guru..

Gua sentiasa percaya dengan fakta yang telah lu tunjukkan bertahun-tahun bahawa lu jenis yang terbuka. Jenis smol metter punya pemimpin. So, gua harap surat gua ni sesat sampai ke pancaindera lu.

Salam Tuan Guru..

Gua sangat setuju bahawa penaklukan institusi keluarga ke atas pemerintahan rakyat perlu disekat. Ini last punya kaedah la nih. Yakni meminta lu sekat atau pun kurangkan. Sebelum ni gua minta pada keluarga lu sendiri untuk tidak menakluk pemerintahan negeri. Kali ni, last punya usaha, gua minta lu sendiri la sekat.

Salam Tuan Guru..

Gua tak kisah langsung Arifahmi itu dilantik as CEO kalau dia dilantik ikut prosedur yang betul, ikut kelayakan yang betul. Tapi bila dah jadi isu yang memburukkan persepsi, yang mengundang fitnah; maka, memang wajarlah Arifahmi meletak jawatan. Dia pun bukan jenis cikai untuk tidak bergantung kepada kerja-kerja kerajaan negeri.

Itu pasal gua dah berpuas hati dah dengan pelan pengundurannnya. Dan menentang golongan yang tak sabar-sabar nak tarik rambut dalam bancuhan tepung likat. Tamat 1 bab.

Salam Tuan Guru..

Bab anak perempuan lu plak yang tiba-tiba buat kelakar berminat dengan dunia blog. Buat blog hal-hal resepi dah la... tak payahlah menggangu fokus parti dengan mengarut secara emosi perihal parti. Gua dah minta dia supaya berhenti, malah lain-lain pemimpin PAS pun dah minta dia berhenti.

Ni last punya usaha, gua minta lu sekat lah. Gua tak tahu nak buat caner lagi dah. Sebagai ayah yang bukan sahaja dimiliki oleh keluarga lu, tapi juga dimiliki oleh 22 juta rakyat Malaysia, minta lah anak prempuan lu berhenti dari menggangu kerja-kerja orang dalam keahlian.

Lu celakakan blog yang menimbulkan spekulasi Husam letak jawatan. Memang wartawan merujuk kepada Penarik Beca, dan memang reaksi lu menunjukkan betapa pentingnya Husam pada parti. Tapi takdirnya, anak lu sendiri yang berblog meminta satu exco yang dipercayai Husam meletak jawatan jauh lebih dulu dari Penarik Beca sehingga ditegur oleh beberapa pemimpin PAS lain.

Gua harap Tuan Guru baca surat gua nih. Kejayaan satu individu lelaki ada wanita dibelakangnya. Satu individu. Tetapi kemusnahan satu empayar ada wanita dibelakangnya. Satu empayar. Tamat satu bab lagi.

Salam Tuan Guru..

Bab 2 pegawai yang tidak disambung khidmat mereka. Pun gua takda hal punya. Kalau lu nak ambil jalan tengah atau sebarang taktikal politik lain, gua sokong. Jangan Anual jadi bangsat ala kickthefella dah. Bila ditarik khidmat, bertukar jadi niamakahai. Falsafah sesat. Majikan mengupah khidmat, dan majikan boleh menamatkan upah khidmat. Lainlah kalau rakyat yang pilih dan letak dia di situ, barulah rakyat juga yang boleh menamatkannya di situ.

Tapi, dapatkanlah penganti yang bukan PENAKLUKAN KELUARGA dan BUKAN PENAKLUKAN HUSAM. Ambillah orang yang layak dan berkecuali. Jika tidak, gua terpaksa bantah. Bantah secara kebebasan bersuara lah.

Biarlah Nik Aziz sendiri yang pilih, bukan Husam dan bukan Nik Abduh atau Arifahmi. Settle 1 bab lagi.

Last kopek.

Gua terbukakan surat gua ni kerana model Islamic State itu terletak di Kelantan. Dan Kelantan itu terletak atas kepala lu. Dan skang ramai pihak turut nak naik atas kepala lu. So, kedudukan model Islamic State sudah goyang seh..

Harap awan hitam berlalu. Harap lu dapat kembalikan Kelantan yang kami sayangi seperti dulu. Tanpa campur tangan keterlaluan dari keluarga, tanpa cengkaman dari satu exco secara perseorangan, dan tidak seimbang. Meletak orang2 aneh dengan kontrak kerja aneh seperti kickdefella bukan sahaja di PMBK tetapi di agensi kerajaan negeri yang lain.

Hentikanlah semua ini.

plis... plis... plis..... kamu jangan nakal.

Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty a.k.a Mahathir bin Mohamed

Reactions: 
MAHATHIR'S FOREFATHERS WERE FROM KERALA STATE, INDIA

Mahathir's forefathers are from South India in Kerala state. Mahathir was born and named as Mahathir s/o Iskandar Kutty @Mahathir Mohamed. Mahathir's father, (Iskandar Kutty) was a school teacher of Indian origin, specifically Malayalam (people in South India, Kerala state), having migrated from the southern state of Kerala.

He is the fourth Prime Minister of Malaysia which he held for 22 years. From 1981 to 2003, he is the country's longest serving Prime Minister as well as in the whole of Asia. Tun Dr. Mahathir Mohamad started life not as Malay but as Malayali -the people of Kerala in south India, where his father came from. When he was studying in a university in Singapore, Mahathir was listed as an indian.

Mahathir is full of paradoxes on racial issues. Many of his policies have had the effect of reducing the racial element in government decisions, watering down the agenda to advance Malay interests. But in fact he failed to protect and maintain the immunity of Malay rulers. Yet, despite his trumpeting of Asian identity, Mahathir appears ashamed to admit his Indian heritage.

In his book, A New Deal for Asia, he writes about his father in such a way as to imply that he was Malay dedicated to the improvement of his fellow Malays rather than the hard-working Indian immigrant and government servant that he was. He has forgotten his root! It's hard to accept this truth for those racist, but lets be open and don't simply deny the fact just because you are a racist!

:BANGSA MALAYSIA

Ulama Indonesia Mengharamkan Gosip2 Artis (Infotainment)

Reactions: 
Diberitakan dari Indonesia :
Di Indonesia, terdapat satu jenis hiburan yang dipanggil “infotaimen”. Ianya adalah rancangan2 di TV yang memaparkan gossip2 serta kesah-kesah pribadi dan kehidupan para artis. Biasanya kandungan laporan tersebut samada benar ataupun berasaskan khabar angin semata-mata.

Maka, fatwa Nahdatul Ulama itu adalah sangat-sangat difahami dan dialu-alukan. Ianya wajib dibawa ke Malaysia untuk diamalkan. Walau sebagaimana jelek kehidupan artis itu, ianya tidak sepatutnya dijadikan bahan hebahan umum.

Ini kerana kejelekan perangai para artis itu sekiranya dihebahkan bakal dijadikan ikutan serta contoh tauladan oleh masyarakat umum yang jahil dan lemah pegangan agama mereka. Ini adalah salah satu perancangan Barat untuk menghancurkan Islam. Berapa ramai belia dan beliawanis kita yang berpakaian serta berkelakuan seperti tauladan yang ditunjukkan oleh artis-artis kesayangan mereka?

Juga, sememangnya definasi “Al Ghibah”(mengumpat) adalah aib serta kelemahan seseorang yang tidak diketahui umum. Sebagai contoh, sekiranya seorang saudara kita itu minum arak, tetapi ia dilakukan dalam keadaan tertutup, maka haram bagi kita menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai.

Namun, sekiranya saudara kita itu meminum arak di khalayak ramai, maka selepas itu menceritakan tentangnya tidak lagi merupakan mengumpat (Al Ghibah). Begitulah juga kehidupan pribadi para artis. Selagi kejelekan serta aib para artis itu masih tertutup dan tidak diketahui ramai, maka HARAM hukumnya kita menceritakan kepada rakyat umum.

Maka, inilah asas kepada pengharaman “infotaimen” ataupun dalam bahasa kita di Malaysia, “Gossip Artis”. Secara mudahnya, pengharaman “gossip artis” ini diasaskan kepada beberapa sebab yang cukup baik :
  1. Supaya kejelekan serta kebobrokan kehidupan artis tidak dijadikan contoh tauladan oleh majoriti umat Islam. Contoh tauladan pada umat Islam adalah para ulama, para pemimpin yang soleh, para politikus yang amanah, para intellek yang mahir dalam ilmu mereka. Bukan artis. Artis hanya menghibur bukan menunjukkan bagaimana hendak menjalani kehidupan sehari-hari.
  2. Supaya para artis dijamin kehidupan pribadi mereka dan menjamin hidup mereka terjamin dari segi kerahsiaan dan privasi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat umum
KESAH MAWI DAN INA – CONTOH KEHINAAN MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA

Saya kata betapa hinanya orang Melayu di Malaysia pada masa itu. Kenapa kita orang Melayu nak sibuk mengapa Mawi dan Ina putus tunang? Mengapa peristiwa itu harus diadakan satu sessi program sejam dalam bentuk temuramah?

Saya cuba untuk menonton temuramah Mawi dan Ina tersebut dan saya dapat nampak Mawi tidak berapa selesa dalam temuramah tersebut. Jelas, Mawi terpaksa mengadakan temuramah tersebut atas dasar mengikut kontrak beliau. Saya tak dapat menonton lebih dari 5 minit.

Penghabisan sekali saya tukar channel dan menonton “Discovery Channel” yang lebih berfakta dan membina minda.

Saya tak faham apasal orang Melayu sibuk sangat pasal kehidupan pribadi Mawi? Dia nak putus tunang ke, dia nak bercerai ke itu antara dia, keluarga dia, keluarga Syikin dan Syikin sendiri.

Mengapa perlu disensasikan? Hanya kerana beliau sebagai artis maka segala dalam kain beliau harus dikeluarkan?

Minda orang Melayu telah dirosakkan dengan budaya gossip artis. Kehidupan pribadi artis disensasikan dan menjadi bahan bualan orang Melayu sepanjang hari. Hasilnya yang rugi adalah orang Melayu sendiri yang terkebelakang dari segi pembangunan dan kemajuan dunia.

Mengapa tokoh2 Melayu yang berjaya dalam berbagai bidang professional dan intelek tidak diagungkan oleh orang MElayu? Mengapa hanya artis yang menjadi keagungan orang Melayu? MAcamana orang Melayu nak jadi hebat?

Zaman sahabat dahulu, para hero mereka adalah Nabi SAW dan para Anbiyya. Tidak heranlah para Sahabat dapat menjatuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa tidak sampai 50 tahun selepas tertubuhnya Negara Madinah.

SALAH SATU KEJAYAAN UMNO

Penghabisan sekali, inilah kejayaan utama UMNO yakni menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji artis.

Ulama dikeji, artis dijunjung. Itulah kejayaan UMNO paling besar. Selama UMNO memerintah, ulama dikesampingkan, dibunuh, difitnah, dinista, dikeji, diketepikan dan segala yang keji yang boleh dilakukan kepada manusia telah dilakukan oleh UMNO kepada para ulama.

Manakala para artis diberikan status yang cukup tinggi di minda orang Melayu. Segala cerita dalam kain para artis hendak dijadikan pengetahuan umum.

Oleh sebab itu, demi membersihkan pengaruh dan kesan tarbiyyah UMNO ini, maka Malaysia perlu menerima serta melaksanakan fatwa Nahdatul Ulama ini secara menyeluruh.

Biarkan para artis hidup dengan cara hidup mereka. Kita umat Islam dan umat Melayu tak perlu sibuk menjaga tepi kain para artis. Kita ada kerja yang lebih besar, yakni membersihkan Malaysia dari pengaruh anti Islam dan anti Melayu UMNO.

Tulang Besi