Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 01, 2010

Pilihanraya Kecil Pertama Untuk 2010..?

Reactions: 
Menurut Ketua Penyelaras PKR Rasa, Francis Xavier Subramaniam, pengumuman kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang di wakili oleh Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dijangka di lakukan oleh DSAI dalam satu ceramah pada malam besok (lokasi ceramah masih belum diketahui setakat ini).

Dr Zainal yang mewakili kerusi Parlimen Hulu Selangor, dipercayai telah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada DSAI kerana sedang menghadapi masalah kesihatan, tetapi belum dapat dipastikan samada ianya telah diserahkan kepada Speaker.

Kalau benar berita ni, maka bersiap sedialah kita untuk hadapi Pilihanraya Kecil pertama bagi tahun 2010... projek Mee Segera pertama untuk tahun 2010 juga akan dilancarkan selepas ini.

Pemecatan Annual Bakhri: Siap Sedia Untuk PAS Masuk BN Siri 2

Reactions: 
(sambungan dari Siri 1)
SIAP SEDIA PAS MASUK BN

Dengan bantuan ahli UMNO bernama Arifahmi dan beberapa ahli keluarganya, maka sekarang ini Tok Guru telah berjaya dijinakkan. Selepas ini, apa sahaja usaha dari Fraksi UMNO tidak akan lagi ditentang oleh Tok Guru Nik Aziz kerana ahli keluarga serta ahli UMNO bernama Arifahmi telah berjaya menjinakkan Tok Guru.

Bayangkan selepas ini kalau Ustaz Harun Din dan Ketua Dewan Ulama PAS tiba-tiba keluar kenyataan bahawa bekerjasama dengan UMNO lebih syariee dan lebih hampir dengan kehendak Islam. Apa yang kita dalam PAS boleh buat?

Tok Guru pula pada masa itu samada telah bersara ataupun tidak akan bersuara kerana berjaya disenyapkan oleh ahli keluarga Tok Guru seperti Ahli UMNO bernama Arifahmi dan Nik Abduh. Kita semua tahu Nik Abduh pro kepada Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Dia tulis sendiri dalam blog dia.

Di kala itu juga kesemua penasihat-penasihat Tok Guru adalah mereka yang sealiran dengan Nik Abduh dan ahli UMNO yang bernama Arifahmi. Sekarang pun calon2 menggantikan Annual Bakhri dicadang dan dipilih oleh Nik Abduh dan Arifahmi. (Itu maklumat yang saya dapat).

Maka, kesemua kepimpinan PAS di peringkat Kawasan dan Cawangan kesemuanya akan “wala’” dan mengikut 100%. Kita pun tahu Presiden PAS hanya akan mengikut kehendak “Geng Terengganu” dan tidak akan menolak kehendak “Geng Terengganu”.

Presiden lebih sanggup menerima kehendak Geng Terengganu dan menolak majoriti dari permintaan AJK PAS Pusat. Terbukti sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini dimana PResiden menolak kehendak majoriti AJK PAS Pusat yang mahukan Hasan Ali dipecat hanya kerana Geng Terengganu sayangkan Hasan Ali.

Di kala itu, akan masuklah PAS ke dalam BN. Ahli2 PAS semua akan takut menentang kerana takut dilabel tidak wala’ kepada ulama. Sampai sekarang pun majoriti Pemuda PAS menjaja wala’ ni ke hulu ke hilir dan tidak mahu menggunakan akal mereka yang sehat. Mereka lebih suka menggunakan alasan “wala’” dari menggunakan akal yang Allah SWT berikan kepada mereka.

NIK ABDUH PRO MUZAKARAH DAN “KERAJAANG PERPADUANG”

Nik Abduh secara terbuka menyokong Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Misalnya :

a. Muzakarah : Dalam pertemuan yang dianjurkan Roslan SMS di rumah Dr Harun Din, Nik Abduh adalah antara mereka yang menghadiri program ini. Sehingga hari ini, Roslan SMS tak nafi program ini berlaku. Sila baca di sini.

b. Kerajaang Perpaduang : Dalam artikel beliau ” kerja - kerja bodoh dalam pas”, secara jelas beliau menyalahkan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai penghasut yang menyebabkan ayahanda menolak gagasan kerajaang perpaduang :

i. Namun, penjelasan dari Nasaruddin Mat Isa sendiri menunjukkan “pembantu-pembantu ayahanda” berada di pihak kebenaran kerana agenda “kerajaang Perpaduang” tidak lebih dari “muzakarah” yang diubah nama.

c. Nik Abduh mahukan ayahandanya bersara seperti kehendak UMNO dan musuh PAS dalam artikel terbaru beliau. Beliau buat demikian selepas Arifahmi diarah letak jawatan.

Dan sekarang ini Nik Abduh menjadi penasihat nombor satu pada ayahandanya di samping seorang ahli UMNO bernama Arifahmi.

Bayangkanlah betapa hancurnya usaha menahan PAS dari masuk BN di masa-masa terdekat ini.

(Bersambung……)

Kenapa UMNO Tak Laksana Hudud di Melaka & Terengganu?

Reactions: 
Dalam UMNO sebuk-sebuk bertanya adakah Pakatan Rakyat akan melaksanakan hudud selepas menang di Pusat, kita ingin bertanya pada UMNO bilakah mereka akan melaksanakan hudud secara menyeluruh di Terengganu.

Enakmen Syariah Terengganu telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan bertahun yang lepas menandakan ianya adalah undang-undang yang sah bagi negeri Terengganu. Oleh kerana UMNO sdang memerintah Terengganu, kita hendak tanya bila UMNO akan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan sewaktu PAS memerintah itu?

Terengganu sebenarnya membuktikan UMNO menolak undang-undang hudud dan Qisas.

Sehingga Enakmen yang sah sebagai undang-undang pun UMNO tak hendak laksanakan. Apa kita nak heran, parti UMNO yang boleh halalkan judi dan arak, takkan boleh diharap untuk melaksanakan islam itu sendiri.

Tak payah nak sebuk-sebuk pasal polisi Islam PR, UMNO sendiri anti Islam dan anti shariah. Betulkan diri sendiri dahulu, baru sebuk pasal orang lain.

HUDUD DI MELAKA

Saya ada bercakap dengan seorang ahli UMNO veteran di Melaka beberapa bulan dahulu. Kebetulan ahli UMNO ini rapat dengan pimpinan2 UMNO di Melaka. Saya berkata dari keputusan 2008, negeri Melaka menampakkan keputusan yang menyebabkan UMNO berkuasa penuh di Melaka. Sekiranya MCA dan parti2 lain keluar dari kerajaan pun, UMNO tetap akan berkuasa di Melaka.

Maka, saya bertanya lagi, mengapa UMNO Melaka tidak mahu meluluskan Enakmen Hudud dan Qisas di Melaka? TIada penghalang untuk UMNO melaksanakan hudud dan qisas di Melaka?

Ahli UMNO itu berkata jangan haraplah UMNO Melaka nak laksanakan hukum syariah Islam. Mereka sendiri pun bukan suka pada hukum Islam ni. Beliau sendiri dah berapa kali nasihat orang-orang besar UMNO di Melaka tapi takda sapa nak dengar pun.

Secara logiknya, tiada alasan bagi UMNO Melaka untuk melaksanakan hukum syariah Islam di Melaka. Tapi, mengapa UMNO Melaka tidak mahu melakukannya? Adakah mereka takut Najib Tun Razak marah sebab Najib baru sahaja lulus 10 lesen judi baru?.

Saya sendiri pernah terserempak dengan seorang veteran besar UMNO, yang pada masa itu baru pulang dari sebuah program UMNO di Klebang, sedang meminum minuman keras.

Itu saya nampak sendiri dengan mata kepala saya. Jadi, faham-fahamlah kenapa UMNO Melaka tak berapa semangat nak laksanakan Islam. Veteran-veteran UMNO sendiri amat jauh dari Islam.

Tulang Besi

2010: Tahun Baru Paling Bermakna Bagi 1Malaysia

Reactions: 
Hari ni Jumaat, 1hb. January, 2010. hari paling bermakna bagi kita rakyat 1Malaysia. sebelum aku lupa, hari ni jugak merupakan hari ulang tahun kelahiran Ayahanda aku yang tercinta. selamat hari ulang tahun pada Ayahanda. semoga diberkati, dilimpahi rezeki dan dipanjangkan umur.

Aku nak ulas panjang-panjang, tapi aku malas. bukan bab Ayahanda aku, tapi bab tahun baru... harga baru, kesan lama, jangka panjang dan kesan pada kehidupan.

Pada aku, ulas panjang-panjang pun tak guna sebab aku dah tanam dalam kepala otak aku, pembaca website ni adalah golongan cerdik pandai, yang bijak menggunakan anugerah Allah iaitu "akal".

Terkecuali bagi pembaca bawah label "gerombolan"... nak dsalahkan pun tak boleh jugak sebab aku paham kelemahan golongan ni. tak guna melabel orang yang tak ada "akal" sebagai "bodoh". eh... kalau otak pun tak de, macam mana nak cerdik..? hahaha...!!!

Pendek

Cukup je aku ucapkan pada semua pembaca - selamat menikmati beban baru dimasa akan datang kesan dari "bajet 2010" yang akan diterjemahkan sedikit demi sedikit, dari masa ke semasa oleh perancangnya iaitu rejim UMNgOk/Beer eNd.

Matlamatnya cuma 1... lahirkan kesempitan pada rakyat, gula-gulakan dengan perlbagai "bantuan" (kununnya) dan rakyat akan berterima kasih kepada KERAjaan yang banyak membantu rakyat kala rakyat kesempitan.

Hakikatnya ialah, gerombolan melihat rakyat 1Malaysia sebagai alat elektronik yang boleh diselia dengan remote control. macam ahli-ahli UMNgOk... itu pandangan KERAjaan gerombolan.

Pada aku pulak... salah... rakyat 1Malaysia cuma menunggu masa untuk menjatuhkan UMNgOk/Beer eNd dalam PRU-13 nanti.

Himpitlah kehidupan kami & bantulah kami kala kesempitan dan balasannya ialah "kami benci Pakatan Rakyat kerana tidak mem"bantu" kami, maka dengan kebencian itu kami akan meletakkan tanda "pangkah" aka "X" dimana-mana petak Pakatan Rakyat dalam kertas undi nanti.

Ya... pangkah Pakatan Rakyat dalam PRU-13..!

Hahaha...!!!

Majoriti Orang Melayu Semakin Miskin & Tertekan Dibawah UMNO Walau ada DEB

Reactions: 
Sebelum ini saya ada mengeluarkan artikel berkaitan dengan betapa semakin ramai Melayu yang mahu meninggalkan Malaysia. Artikel tersebut bertajuk Ramai Belia Melayu Mahu Meninggalkan Malaysia?. Artikel tersebut menunjukkan betapa semakin ramai belia Melayu mahu meninggalkan Malaysia dan membina hidup mereka di negara lain. Trend ini cukup menghairankan kerana orang Melayu di Malaysia ada Dasar Ekonomi Baru yang sentiasa membantu mereka.

Bagi menyokong lagi artikel saya itu, suka saya membawa beberapa fakta ekonomi yang dapat memberi keterangan berkenaan dengan trend baru di kalangan belia Melayu ini.

Sila rujuk data di bawah. Pekali GINI (atau GINI Coefficient) adalah indicator menunjukkan jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya. Dalam carta di bawah, dipecahkan jurang ini mengikut bangsa :
JURANG ANTARA KAYA DAN MISKIN DI KALANGAN MELAYU SEMAKIN MELEBAR

Kalau dilihat, jurang antara kaya dan miskin di kalangan Melayu telah melebar dari tahun 1990 ke 1997. Ertinya, hanya dalam 7 tahun jurang tersebut melebar dari 0.428 ke 0.4495. Pelebaran jurang dalam jumlah 0.022. Ertinya, hanya dalam 7 tahun, jurang tersebut melebar dengan jumlah 0.022.

Kalau mengikut trend ini, maka pada 2004, jurang ini akan mencecah 0.472. Ini bererti jurang antara kaya dan miskin pada 2004 telah sampai ke tahap sebelum DEB dilaksanakan (yakni pada tahun 1970:0.466). Ini juga bererti DEB telah GAGAL SAMA SEKALI di bawah pengawasan UMNO.

Mungkin kerana inilah Kerajaan UMNO/BN sudah berhenti menerbitkan jumlah Pekali GINI mengikut bangsa. Mereka takut kegagalan UMNO akan terserlah lagi.

MELAYU KAYA MAKIN KAYA, MELAYU TAK KAYA MAKIN MEREMPAT

Ini bererti UMNO gagal untuk membangun ekonomi majoriti dari orang Melayu. UMNO hanya kesah mengkayakan mereka yang sudah kaya. Mereka2 ini lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA. Mereka adalah elit-elit Melayu yang hanya tahu menghisap kekayaan negara untuk kepentingan mereka dan sanak saudara mereka sahaja. Manakala majoriti orang melayu adalah seperti kerbau kepada mereka.

Jadi, tak hairanlah semakin ramai belia Melayu meninggalkan Malaysia untuk membina hidup baru di negara lain. Saya pernah berjumpa dengan seorang pemuda Melayu sewaktu saya transit di Bahrain. Pemuda itu juga transit di Bahrain kerana pulang bercuti dari kerja beliau.

Saya bertanya beliau bekerja di sebuah hotel sebagai pembasuh pinggan di Dublin, Ireland. Saya bertanya mengapa beliau bekerja di Dublin dalam kerja-kerja “kuli” sebegitu. Beliau kata, gaji yang beliau dapat sebagai kuli di Dublin lebih tinggi dari gaji yang beliau dapat sebagai eksekutif di Malaysia.

Hakikatnya, belia Melayu tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Malaysia walaupun ditawar kerja sebagai kuli di negara-negara Barat. Bagi saya, UMNO semakin gagal untuk memberikan peluang ekonomi kepada belia-belia Melayu walaupun berjalannya DEB.

DEB HANYA ALASAN UMNO UNTUK MENGKAYAKAN ELIT UMNO

Dalam berdegar-degar UMNO mempertahankan DEB, sampai menganjurkan demonstrasi mempertahankan DEB, rupa-rupanya MAJORITI Belia Melayu tidak merasa apa-apa dari DEB.

Biasiswa sudah tiada. Bila keluar universiti sudah berhutang. Bila keluar university, kerja pula tiada. Kalau ada gaji rendah. Kerja teruk. Kalau nak bisnes, kena jadi kroni UMNO. Bila jadi kroni, berapa la sangat boleh buat untung. Semuanya kroni2 UMNO sapu.

Pokoknya, UMNO memang parti bangsat, parti penipu, parti pembohong. Bila orang Melayu marah, dia salahkan Cina, salahkan DAP, salahkan semua orang. Yang dia mentekdaghah duit sampai buncit perut tu tak salah.

Kalau orang Melayu mahu hidup selesa dan menjamin masa depan, mestilah mereka menolak UMNO sepenuhnya dalam pilihanraya depan

Tulang Besi

P/s - Saya petik dari WIKIPEDIA berkenaan dengan mengapa Anwar Ibrahim dipecat :
Anwar dipecat dan difitnah kerana Anwar nak pastikan kekayaan negara dapat dinikmati oleh lebih ramai orang Melayu, tidak hanya UMNOPUTRA.

Pemecatan Annual Bakhri: Siap Sedia Untuk PAS Masuk BN Siri 1

Reactions: 
Nota: Jangan lupa untuk merujuk artikel dari laman Greenboc yang mengandungi kenyataan YB Zul Nordin di sini.

Semua ini telah dirancang dalam pertemuan dengan wakil2 Najib di rumah Pak Din Langgar. Bahawa seorang ahli UMNO bernama Ariffahmi akan digunakan bagi mensenyapkan Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru dilihat sebagai halangan terakhir bagi kemasukan PAS ke dalam barisan yang sama dengan UMNO.

Perkembangan yang terbaru dari Kelantan menunjukkan Ariffahmi dan ahli keluarga lain berjaya meyakinkan Tok Guru Nik Aziz bahawa Husam dan kawan2 yang lain telah memfitnah Ariffahmi. Tok Guru sekarang ini tidak mahu lagi mendengar nasihat dari sesiapa sahaja kecuali dari ahli keluarga beliau.

Natijahnya, Annual Bakhri telah dipecat dari jawatan yang beliau telah pegang selama 10 tahun. Ahli-ahli keluarga Tok Guru berjaya menyakinkan Tok Guru bahawa Annual Bakhri telah memfitnah seorang ahli UMNO bernama Ariffahmi.

FASA PERTAMA BERJAYA, FASA KEDUA DAN KETIGA MENJELANG TIBA

Annual Bakhri telah dinyatakan sebagai dalang yang menggagalkan usaha “Kerajaang Perpaduang” oleh Nik Abduh sendiri. Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk "Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS".

Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduang. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.

Fasa kedua tidak lain tidak bukan adalah pemecatan Husam Musa secara keseluruhannya. Itu yang telah dirancang bersama-sama dengan wakil Najib Tun Razak di rumah Pak Din Langgar bulan Ogos 2009. Bahawa Husam Musa mesti dibuang dahulu dengan apa cara sekalipun.

Maklumat yang saya dapat, Husam Musa akan terkorban dalam bulan Febuary hanya kerana ahli UMNO bernama Arifahmi dan isterinya benci pada Husam Musa. Dan termasuk yang benci Husam adalah Nik Abduh sendiri.

FASA KETIGA ADALAH PERSARAAN TOK GURU

Ya benda tersebut dibincangkan dalam mesyuarat dengan wakil-wakil Najib Tun Razak. Dengan bantuan ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz, selepas Husam disembelih, maka Tok Guru akan diyakinkan untuk melepaskan jawatan politik dan bersara sepenuhnya dari politik.

Mengikut kenyataan Ustaz Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tempohari, calon PJ Kelantan yang baru adalah Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman. Itulah juga bakal calon MB yang baru bagi negeri Kelantan.

Malahan Nik Abduh secara terbuka mahukan ayahandanya bersara dan berhenti sebagai MB. Adakah kita lupa. Itu bukan cakap kosong tetapi sebahagian dari perancangan yang telah dipersetuji dengan wakil-wakil Najib dalam mesyuarat di Langgar itu.

Satu komen dari pembaca saya :
  • Anonymous said...
  • -nik abduh prnah tulis dlm blog die..'jgn sape2 yg mnahan jika ayahanda ingin meletak jawtan,ayahanda benar2 sudah letih'..nik amar pun prnah sound, "tok guru kna segera menamakn penggantinye agar tak brlaku krisis semasa peralihan kuasa"..
  • -bkn stakat geng perpaduang smakin kukuh di ganu malah di kelate pun dah nmpak taring geng2 perpaduang nie..
  • -ape agaknye pemimpin2 pas yg lain spt mat sabu, mujahid , dzulkifly,husam , nizar,mahfuz, salehudin dll dlm mnghadapi kemelut nie?..
P/s - pd nik abduh,sgguh hebat kamu brpencak,mayb ini yg dikatakan kamu ,seni berpencak yg digemari malaikat..salam kamunting pd kamu..jgn lupe survey2 skali toyota caldina atau mitsubishi evo10.

Hj Mustafa Ali sendiri sedang merayakan kejayaan Fraksi UMNO. Tiba-tiba sahaja Mustafa Ali boleh menyokong kenyataan Tok Guru secara terbuka.. Almaklumlah pucuk dicita ulam mendatang.

(bersambung...)