Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, January 10, 2010

Bukti UMNO Pembela Agama Islam

Reactions: 
Bila timbul isu penggunaan kalimah "Allah", UMNO mendabik dada "kununnya" komited dalam memperjuang, memartabat, mendaulat, mempertahankan bukan sahaja Agama Islam, tetapi juga kalimah "Allah" dan tanpa segan silu, UMNO menuduh pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS "kununnya" sekadar "menggunakan agama demi kepentingan politik".

Bukan itu sahaja, UMNO juga menuduh Pakatan Rakyatlah punca utama kenapa bukan Islam tidak menghormati agama Islam. dibawah ini disiarkan rakaman penuh pemusnahan Masjid Desa Makmur, Rancangan Tanah Berkelompok Kijal, Kemaman, Terengganu pada 26hb Mei 2005.
Ini adalah arahan dari Kerajaan UMNO Terengganu dan dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan FRU yang menembak gas pemedih mata dan menghalau penduduk kampung disana yang majoritinya terdiri dari orang-orang Melayu beragama Islam.

Rakaman ini ihsan dari Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang waras, inilah sebenarnya antara perbuatan-perbuatan gila dari UMNO sendiri yang membuatkan penganut agama lain tidak menghormati agama Islam.

Siapa yang hendak hormat pada agama yang mana penganutnya yang dikatakan sebagai "Pejuang Islam Tulen" dalam masa yang sama menghina agamanya sendiri dengan perbuatan sebegini..?

Siapa yang menggunakan agama untuk kepentingan politik sebenarnya Pakatan Rakyat atau UMNO dan siapa pula yang benar-benar berjuang diatas nama agama Islam..? Pakatan Rakyat atau UMNO..?

Apakah merobohkan rumah Allah itu satu dakwah dalam Islam..?

Demo Protes Isu "Allah": Sah Ahli UMNO Terlibat..!

Reactions: 
Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut :
  • "Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut :
  • Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.
  • Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.
  • Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.
Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili PEKIDA."

Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda UMNO PJU"
Beliau mempunyai akaun facebook dan blogsnya sendiri di http://www.facebook.com/armandpju dan http://armandpju.blogspot.com/, dan bekerja sebagai seorang pengurus cawangan Naza Motor yang juga merupakan seorang pencinta kereta mewah.

Sama ada beliau seorang yang betul-betul memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu, saya serah kepada kebijaksanaan semua untuk menilai daripada tulisan dan gambar-gambar foto beliau.

Ini hanya salah seorang daripada ketua-ketua yang terlibat dalam protes-protes ini dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri.

Justeru itu, adalah silap bahawa UMNO tidak harus dipersalahkan dalam isu ini. Sebenarnya, jika UMNO tidak terlibat dalam isu ini, hakikatnya ialah ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya selama ini telah diketahui terlibat dalam menganjurkan protes-protes yang mengugat ketenteraman dan keharmonian agama di Malaysia.

Jika UMNO tidak harus dipersalahkan, maka UMNO dan Presidennya harus mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka seperti Arman Azha bin Hj Abu Hanafiah yang terlibat secara langsung dalam protes ini.

Soalannya ialah, adakah Najib sedia berbuat demikian atau tidak?


Sumber - Kelab Greenboc

PM Najib 1Malaysia: BODOH, BODOH dan BODOH...!!!

Reactions: 
  • Datuk Seri Najib Razak mahu segelintir pihak berhenti menuding jari dan menuduh kononnya UMNO terbabit dalam insiden cuba membakar empat gereja di sekitar Lembah Klang, kelmarin.
Pooorahhh...!!! kau yang bakar sentimen rakyat bila kau keluarkan kenyataan ni kan..? - Tidak Boleh Halang Demo Isu "Allah": Najib.

Lepas tu anak buah kau pulak keluarkan kenyataan ni pulak - Isu "Allah": Kerajaan Tidak Halang Suarakan Pendapat.

Jadi siapa tukang bakar sentimen supaya marak..?

Lagi kenyataan "BODOH" dari PM Najib -

  • Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan tanggapan bahawa UMNO parti perkauman dan sering dipersalahkan apabila berlaku insiden keagamaan.
  • Katanya, UMNO tidak harus dipersalahkan apabila berlaku insiden seperti itu, termasuk kes pembakaran beberapa gereja yang berlaku di beberapa lokasi di ibu negara sejak semalam.

UMNO - United "MALAYS" National Organisation - Pertubuhan Kebangsaan "MELAYU" Bersatu.

Boleh keluarkan statistik berapa orang ahli UMNO bukan MELAYU..? kalau syarat nak jadi ahli UMNO pun "MESTILAH SEORANG MELAYU" tak payah nak belitlah Najib woi..!

UMNO memang Parti Perkauman..!

Menteri "Kesal" Kesan Perbuatan Sendiri...

Reactions: 
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe kesal dengan tindakan segelintir peniaga makanan yang menaikkan harga minuman ekoran kenaikan harga gula termasuk menjual kopi O secawan RM1.
  • Menurutnya, kenaikan harga secawan kopi itu tidak wajar dilakukan kerana harga gula dinaikkan begitu minimum.
Kesal..? hahaha... rakyat lagiiiiiiiii la kesal... kalau kau sebagai menteri pun setakat boleh kesal je & tak boleh nak buat apa-apa, apa lagi rakyat yang hanya berdiri sebagai "rakyat" boleh buat..?

Buduh...!!! Khak Ptuih...!!!