Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 25, 2010

Aduka Taruna Serah Diri Bantu Siasatan Hina Sultan

Reactions: 
Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya http://adukataruna.blogspot.com/ yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..

Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas.

Pandangan Sheikh Yusuf Qardhawi dalam isu Kalimah Allah.

Reactions: 
NOTA EDITOR : Diambil dari website Al Bakistani. Shukran diucapkan. Bahwa ia adalah pendapat Dr Qardhawi sendiri yang diambil dari website Dr Yusuf. Perhatikan bahagian yang diwarna merah.

Bahagian yang paling saya suka adalah apabila Dr Yusuf menulis :

وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب"، وتساءل مستفسرا: "لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!".

“Dan akhir surah di dalam Al Quran (Surah An Nas) “Katankanlah Aku berlindung dengan tuhan seluruh manusia, raja seluruh Manusia”, bukan tuhan seluruh muslimin atau tuhan bangsa arab, atau raja bangsa Arab, “illah” Bangsa Arab”.

(Maafkan saya kalau terjemahan saya kurang tepat).

Ertinya, bagi orang Islam, maksud Tuhan itu adalah Allah yang menjadi TUHAN SELURUH ALAM. Dan termasuk “Seluruh Alam” ini adalah kaum bukan Islam dan kaum Kristian serta kaum Yahudi.

Selesai isu ini, kalau nak selesai lah.

Tulang Besi

ISU KALIMAH ALLAH : PANDANGAN QARADHAWI

Bagi Mereka - tidak kira berlebel ulama atau tidak - yang tidak bersetuju penggunaan Kalimah Allah bagi Non Muslim, perlu membaca ulasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi seperti berikut ;

القرضاوي يدين الاعتداء على مسيحيي ماليزيا ومصر

الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة "الله" لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.

وفي خطبة الجمعة
22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: "الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين".

وتابع قائلا: "ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ...)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين".

وأوضح أن "اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)".

وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: "الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق"، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: "يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب"، وتساءل مستفسرا: "لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!".

وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة "الله" للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون
60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم.

"ثقافة التسامح لا التعصب"

كذلك تطرق الشيخ القرضاوي خلال خطبته للهجوم الذي تعرضت له كنيسة مصرية في مدينة نجع حمادي بمحافظة المنيا (جنوب القاهرة) يوم عيد الميلاد، والتي راح ضحيتها سبعة أشخاص،
6 مسيحيين وشرطي مسلم، وقال: "إنني أنكر حادثة نجع حمادي.. ومن قام بها ليس رجلا متدينا، وإنما هو رجل بلطجي مسجل خطر من اللصوص وقطاع الطريق والمجرمين الخطرين.. وإن صعيد مصر يقوم على العصبية والثأر، والمسلمون والمسيحيون سواء في هذا".

وأشار الشيخ القرضاوي إلى ضرورة "أن نبعد التعصب الديني عن الأسباب التي تؤدي لاندلاع أعمال عنف بين المسلمين والنصارى"، مؤكدا أنه "يدين وينكر مثل هذه الأحداث"، وأوضح القرضاوي أنه "يريد أن تنتشر بين أهل الوطن الواحد ثقافة التسامح لا التعصب، الحب لا الكراهية، ثقافة الحوار لا الصدام، ثقافة السلام لا الحرب".

وعن إذا ما كان للشيخ أصدقاء من المسيحيين قال القرضاوي: "سألوني في جريدة الشروق المصرية هل لك أصدقاء من المسيحيين قلت: نعم.. كتير في مصر، دكتور جورج إسحاق، ودكتور رفيق حبيب، وفي فلسطين الدكتور عطا الله حنا والمفكر المسيحي الحر عزمي بشارة، وفي لبنان ميشيل إده، كانوا نوابي في مؤسسة القدس الدولية؛ لأن لي ثلاثة نواب، واحد مسيحي، وواحد شيعي، وواحد سني، وكان هولاء النواب قريبين مني جدا، ونحن لسنا متعصبين".

وقبل يوم أكد الرئيس المصري محمد حسني مبارك في كلمة ألقاها بمناسبة الاحتفال السنوي بعيد العلم في مصر أن "العمل الإجرامي في نجع حمادي أدمى قلوب المصريين، أقباطا ومسلمين"، وستبدأ محاكمة المتهمين الثلاثة بارتكاب هجوم نجع حمادي في 13 فبراير المقبل أمام محكمة أمن الدولة العليا طوارئ، وهي محكمة استثنائية لا يمكن الطعن على قراراتها أمام هيئة قضائية أعلى.

"ثوارات طبقية"

وعرج العلامة القرضاوي إلى أحداث نيجيريا الطائفية التي أوقعت
460 قتيلا في بلدة جوس النيجيرية، وقال إن: "تلك الأحداث بين المسلمين والمسيحيين معظمها ليست أسبابها دينية، بعضها ثورات طبقية، ناس فقراء يثورون ضد الأغنياء، وهكذا كثير من الأمور تصور على غير حقيقتها، ونحن نريد أن نرد الأمور إلى نصابها ونرد الفروع إلى أصولها، وأن نقيم العلاقات الطيبة بيننا وبين مواطيننا؛ لأن بيننا وبينهم أخوة مشتركة".

وأضاف: "بعض الإخوة ناقشني مرة كيف تكون بيننا وبينهم أخوة والله تعالى قال: (إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ)، وهؤلاء ليسوا إخواننا.. هم كفار، فقلت له إن الأخوة أنواع، هناك أخوة دينية، وأخوة قومية أو وطنية هي التي جعلت القرآن يقول (كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ الْمُرْسَلِينَ * إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلاَ تَتَّقُونَ)، شوف كذبوه وكفروا به وقال لهم أخوهم، وفي القرآن إذ قال لهم أخوهم لوط.. هود.. صالح.. كل واحد من دول لأنه ابن القبيلة".

وضرب القرضاوي مثلا في موضع آخر من القرآن مذكرا بقصة سيدنا شعيب التي ذكرها الله بقوله: "وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا"، فهو من نفس البلد، وأضاف الشيخ أن: "الذين بيننا وبينهم روابط مثل الأقباط في مصر والمسيحيين من أهل البلد نفسها ولهم جذور في البلد، فهذه أخوة وطنية وقومية لا حرج فيها، فيجب أن نفهم هذه المعاني أيها الإخوة وننشر هذه الثقافة حتى لا نقع دائما في مثل هذه المطبات، وأشياء نتيجة الجهل بحقيقة الإسلام".

واندلعت أعمال العنف في مدينة جوس (وسط نيجيريا) مؤخرا بسبب بناء مسجد في حي "نصراوا غون"، وهو حي مسيحي بالمدينة التي تقع بين الشمال المسلم والجنوب المسيحي، وتضم نحو نصف مليون نسمة، وخلف العنف مئات القتلى والجرحى من الجانبين، وأرسلت السلطات الاتحادية الجيش بكثافة الثلاثاء
19-1-2010 إلى جوس، لكنه لم ينتشر في محيطها، وفي خطاب بثه التلفزيون مساء الخميس 21-1-2010 وعد نائب الرئيس غودلاك جوناثان بأن تلاحق السلطات مرتكبي أعمال العنف

Sumber : sila Klik

Dicatat oleh Al-Bakistani

Melayu Bukan UMNO Bertaraf Lebih Rendah Dari Kaum Cina dan India

Reactions: 
Di bawah adalah sepucuk surat dari Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Surat tersebut menyuruh pihak JKR Batu Pahat menyenarai hitamkan beberapa kontraktor Melayu Islam yang didapati menyokong pembangkang.

Ini bererti peluang ekonomi dalam bentuk kontrak dan projek hanya diberikan mengikut fahaman politik dan bukannya mengikut kelayakan serta kemampuan seseorang. Ini bererti diskriminasi berlaku bukan sahaja kepada orang Cina dan India, tetapi juga pada orang Islam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

SOALNYA SEKARANG

Soal sekarang adalah adakah wang JKR itu hak UMNO atau hak rakyat? Mengapa Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berlagak seperti wang tersebut milik bapak dia?

Soal lain adalah bukankah penyokong pembangkang juga rakyat Malaysia yang membayar cukai, tol dsbnya? Kenapa mereka tidak layak menerima kontrak dari kerajaan hanya kerana mereka menyokong pembangkang?

Soal lain, bukankah ”pembangkang” di dalam Perlembagaan Malaysia sebuah entiti yang sah mengikut undang-undang? Malahan bukankah pembangkang sebuah entiti yang bernaung di bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung?

Buktinya, sewaktu Yang Di Pertuan Agung memberi titah Baginda setiap kali bermulanya sessi parlimen, ketua pembangkang and semua ahli pembangkang berada di dalam dewan yang sama dengan anggota Kerajaan?

Soal sekarang, mengapa pembangkang di diskriminasi dengan sebegitu teruk sekali oleh UMNO. Mengapa apabila di dalam bab”membayar” seperti cukai, tol, dsbnya, penyokong pembangkang terpaksa membayar seperti orang lain, sedangkan dalam bab ”menerima” seperti kontrak, bantuan dsbnya, pembangkang di diskriminasi?

Secara spesifik, saya mengenali reputasi Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat ini, saudara Fuad Zarkashi. Beliau ini, sewaktu zaman mahasiswa dahulu, pernah menjadi naqib usrah dan seorang pendakwah.

Di dalam UMNO Johor, beliau dikenali sebagai seorang tokoh agama dan tokoh Islam. Malangnya, beliau juga adalah seorang yang zalim dan seorang yang buta keadilan.

Sekiranya, seorang yang beragama di dalam UMNO buleh bersikap begitu zalim dan tidak adil, saya tak sanggup untuk memikirkan bagaimana sikap tokoh-tokoh UMNO yang lain, yang tiada latar belakang agama.

MARI KITA BUANG UMNO KE LAUT CINA SELATAN

Itu lah sahaja jalan yang sebaik-baiknya kalau kita mahu melihat orang Melayu mampu bersaing dengan kaum lain di Malaysia dari segi ekonomi.

Tulang Besi

Penjelasan: Aduka Taruna, PAS Reform, T-Shirt & Projek Langgar Hadi

Reactions: 
Aduka Taruna

Aduka Taruna adalah sahabat gua. Prinsip gua kalu dah sahabat tu.. wangi atau busuk tetap sahabat gua. Yup sahabat gua yg sorg nih mmg sgt "loud " org nya.Kali ini ke "loud" an die dah hampir memakan diri.

Tak penting sgt gua sokong die ke idak. Realitinya gua tak mampu pon nak tolong die melainkan nasihat2 dan doa sahaja. Gua sangat harap aduka dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes nih dgn aman.

Realitinya kes aduka adalah rentetan dari namawee, peristiwa makian di website sultan perak, pelajar aswara dan banyak lagi. Gua yakin kes2 baru seperti ini kan terus timbul selepas ni.

Kenapa kes2 umpama "civil disobedient" camnih makin kerap timbul? Kenapa rakyat malaysia makin ramai terdorong utk melakukan kesalahan sebegini? lu org pikir la sendiri..

PAS Reform

Bila Aduka dan posting kontrovasi nya di di print screen dan telah di edit bersama logo ini, PAS telah dikaitkan pada Aduka sebagai blogger PAS.

Gua terpanggil utk menjelaskan fitnah yg direka cipta ni.

1st Sepanjang pengetahuan gua, Aduka bukan ahli pas dan jauh sekali Blogger PAS. Dia cuma penyokong usaha murni PAS dalam pembinaan Negara Islam. Kerana itu dia selalu mengkritik PAS dalam usaha memantapkan gerakan ke arah Negara Islam dari kaca mata dia. Dan dah tentulah dia tak tertakluk dibawah akhlak jemaah PAS sbb dia mmg bukan jemaah PAS.

2nd Gua adalah pemegang copyright logo ini selaku pencipta.Logo ini dicipta kerana gua sgt sedih dgn keadaan PAS ketika Nik Aziz menganjurkan muktamar khas PAS. Rujuk artikel ni.

3rd Gua nak menegaskan logo ini langsung tak mewakili PAS. Logo ini milik gua, dan gua benarkan sahabat2 gua gunakan sebagai tanda pengharapan ke arah reformasi PAS yg lebih baik.

4th Sebarang usaha untuk mengaitkan PAS dan Aduka melalui logo ini adalah fitnah semata2. Gua tak halal dunia akhirat. Titik!

T shirt PAS Reform.

Ada pulak org PAS yang mendakwa T shirt PAS Reform ini bertujuan untuk memecahkan jemaah dan sebagainya.

Gua nak bagitau lu org kenapa T shirt nih di reka.

1st Intipati gerakan PAS Reform adalah pembinaan Negara Islam. T shirt ini adalah untuk memperkenalkan idea Negara Islam kepada semua terutamanya pada golongan muda peminat t shirt.

2nd Untuk pengetahuan lu org PAS, ramai jek anak muda yg nampak tunggang langgang teringin sgt nak menyokong PAS atas cita2 Negara Islam. Tapi sapa pedulik kat budak2 ni?Kalau lu org tanak peduli sbb nampak tunggang langgang biar kitorg jek yg pedulik!

3rd Gua langsung tak target T shirt ni tuk ahli PAS. Kalau PAS nak haramkan ahli dia beli pon gua tak kesah le.

4th Kami mahu mempromosi idelisma political activis negara islam sebagai badan pendesak kepada PAS dgn harapan PAS menunaikan cita2 negara islam kami.

Project Langgar Hadi

Macam gua cakap, intipati PAS reform adalah negara Islam. Dalam Malaysia ni telah ada demokrasi jd cita2 negara islam hanya tercapai melalui undi. Tak ada cara lain lagi yg paling
aman dan berkesan.

Malang bagi kami melihat TGHA sebagai batu penghalang kerana imej dan perlakuan beliau dilihat sgt tak membantu perkembangan negara islam melalui undi. Kami yakin pandangan kami dikongsi oleh ramai penyokong dan pengundi PAS.

Jadi tindakan kami ialah mewujudkan Projek langgar hadi (nama glamer) atau wacana ilmu(nama common) utk bertanya sendiri pada TGHA kenapa beliau nampak begitu.

Takan terlucut jawatan TGHA akibat langgaran Kami. Jangan risau la bro PAS semua.

Damage has done. Demi nama baik PAS, gua dengan rela hatinya ingin menarik t shirt dan logo dari kegunaan mana2 blogger mengikut kehendak blogger itu sendiri

Sekian penjelasan wa.

Tamat

Xenanhu.blogspot.com

Zulkifli Nordin Dah Jadi Barua UMNO

Reactions: 
Laporan Polis kepada YB Khalid Samad yang dibuat Zulkifli Nordin adalah tindakan yang cukup melampau kepada seorang Muslim yang lain. Zul Nordin yang pernah terlibat dalam pembicaraan Liwat 1 tahu bahawa Anwar Ibrahim meringkuk 5 tahun dalam penjara Sungai Buloh hasil dari laporan polis yang dibuat oleh Anwar sendiri ke atas penulis buku “50 Dalil…”.

Jelas, tindakan Zul Nordin ini mahu mengulangi kezaliman yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim ke atas YB Khalid Samad. Zulkifli Nordin mahu YB Khalid Samad meringkuk dalam penjara. Inikah dia akhlak dan perangai seorang yang mengaku diri beliau berjuang Islam?

Yang lebih menyedihkan, sewaktu di rumah Anwar Ibrahim, Zul Nordin tak berani pula bersuara menegur Khalid Samad di atas kenyataan beliau.

Dalam isu kalimah Allah juga, kita tak nampak asas yang jelas penolakan Zul Nordin terhadap penggunaannya oleh orang Katholik? Malahan, sewaktu di rumah Anwar Ibrahim, telah dijelaskan bahawa Sheikh Yusuf Qardhawi sendiri mengizinkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.

ADAKAH ZUL NORDIN MAHU BERLAGAK LEBIH PANDAI AGAMA DARI DR YUSUF QARDHAWI?

Dari apa yang kita nampak, itulah dia tafsiran yang kita boleh buat terhadap tindakan Zulkifli Nordin ini. Beliau tidak layak digelar sebagai MP Pakatan Rakyat dan juga beliau tidak layak digelar sebagai saudara dalam Islam.

Seperti yang didedahkan oleh Mahaguru58 dalam email beliau sebelum ini, JAKIM dan IKIM telah merancang membesarkan isu ini sejak awal 2009 lagi. Ertinya, isu ini keseluruhannya adalah permainan UMNO dan tipu daya mereka untuk meraih sokongan dari orang Melayu dan orang Islam.

Pada malam perjumpaan di rumah Anwar Ibrahim juga telah didedahkan persetujuan dari Sheikh Yusuf dan Dr wahbah Zuhaili dalam penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Lantas Anwar meminta supaya apa sahaja pendirian NGO, jangan sampai mereka dipergunakan oleh UMNO.

JElas, Zul Noordin melanggar nasihat Anwar Ibrahim seterusnya menjadikan diri beliau alat kepada UMNO.

Dan jelas, Zul Nordin telah mem”barua” kan diri beliau kepada UMNO dan kepada IKIM/JAKIM demi membantu UMNO mengembalikan tahap sokongan mereka. Apa bezanya ZUl Nordin dengan Aziz Sheikh Fadzir kalau kedua-duanya bergerak untuk member keuntungan kepada UMNO?

Tindakan YB Khalid Samad adalah sah dari segi syarak dan dari segi undang-undang. Kalau Zul Nordin orang Islam, sepatutnya hujjah dilawan hujjah.


Zul Nordin malangnya, telah kehabisan hujjah, maka terpaksa lah menggunakan polis Malaysia untuk menutup kelemahan dan kebodohan beliau dalam isu “Kalimah Allah” ini. Zul Nordin sememangnya dari mula lagi tiada hujjah untuk mengharamkan perkara yang tidak pernah diharamkan oleh Allah SWT.

Hakikatnya, Zul Nordin adalah pembuat “Bidaah” kerana bersemangat sekali mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah SWT.

Ingatan saya pada Zul Nordin, jangan kamu lupa amaran Nabi SAW supaya umatnya “Menakuti doa orang yang dizalimi”. Kita tunggu sahaja keputusan serta tindakan dari Allah SWT.

Tulang Besi

p/s - agaknya Zul Nordin masih memikirkan beliau adalah ahli UMNO Bukit Bintang?

Mohon Maaf Sahaja Tak Cukup Brader Aduka...

Reactions: 
Aku bukan sokong sangat institusi raja... tapi tak sampai menghina. Cuma aku terasa institusi ini macam langsung takde kene mengena dalam hidup aku. Kerabat sana sini hidup mewah, itu mereka punya fasal. Aku tak peduli dan tak menghina secara terbuka. Rezeki dah lahir macam tu.

Rukun negara ke-dua - Kesetiaan kepada raja dan negara.

Aku setia, tapi tak bermaksud aku kena sokong semua raja kat Malaysia nie... Kalau yang baik aku sokong la... tapi setakat nie semua baik kot, kecuali lah 2-3 negeri tu.. hehe

Kalau ada raja yang buat tak betul, kita kena sanggah jugak sebab kita manusia yang ada akal... bukan lembu yang menurut perintah. Simpang 44 malaikat untuk aku ikut resam Hang Tuah.

Sekiranya muqadimah di atas tidak menepati tahap pemahaman pembaca, ingin diberitahu di sini bahawa seorang blogger telah terlanjur kata. ketelanjuran yang mungkin sangat tidak disenangi oleh seluruh warga Johor yang menyanjung tinggi Sultan nya.

Sahabat aku, Aduka Taruna telah terlanjur. Posting ketelanjuranya telah dipadam dan yang tinggal cuma pernyataan permohonan maafnya di sini. Print screen posting asalnya terdapat di beberapa blog, itu cari sendiri lah. Aku tak lekat di entri ini kerana masih hormat pada sahabat.

Aku tak maafkan Aduka... sebab dia tak buat salah pun dengan aku, kenapa aku mesti maafkan dia. Cuma sebagai kawan, aku agak kecewa kerana Aduka secara teknikalnya telah merosakkan nama baiknya sendiri dan lebih menyedihkan, hampir menjahanamkan haluan perjuangan yang dibawa oleh beliau sendiri - Projek Langgar Hadi di Rusila. Ya, memang aku kecewa. kenapa perlu aku sembunyi kecewa tu.

Namun sebagai sahabat, aku harus bersikap supportive, sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral. Aku tak suruh pun aduka berubah, sebab wataknya amat diperlukan, dan yang penting, idea-idea kebijaksanaan serta gerakan dari orang seperti beliau sangatlah ditagih. Acap kali aku bentangkan bahawa AT adalah seorang idealist radikal yang realistik.

Kini, segala kemungkinan akan dihadapi oleh Aduka Taruna. Itu aku tak boleh nak tolong, even Mat Saman Kati pun tak boleh tolong. Anwar? dia pun rasanya taknak tolong. Tapi kalau Hadi yang tolong, aku takleh nak kata apa lah. Memang lepas tu mungkin AT akan jadi sahabat karib Hadi.

Apa yang aku boleh tolong? cuma berdoa agar dia tak masuk ISA. Apapun, aku akan terus support Aduka Taruna dalam projek langgar Hadi di Rusila... mahupun di Rusia... full stop.

Sumber - edyesdotcom

Pemulangan T-Shirt PAS Reform

Reactions: 
Adalah dgn penuh rasa kesal dan rendah diri, kami mengumumkan akan memulangkan balik semua wang yang telah didepositkan ke akaun kami atas tujuan pembelian T Shirt PAS Reform.

1. Pemulangan ini adalah untuk mengelakkan pembeli T Shirt dari dikaitkan dengan kes penghinaan AdukaTaruna terhadap Almarhum Sultan Iskandar. Walaupun PAS Reform tidak ada kaitan dengan kes penghinaan AdukaTaruna terhadap Almarhum, namun logo PAS Reform telah terpampang di media-media.

2. Atas dasar hormat-menghormati dan demi kebaikan semua pihak khasnya pembeli yang bermurah hati memberi sokongan terhadap PAS Reform, maka kami menangguhkan dulu penjualan T Shirt PAS Reform sehingga satu masa yang akan diumumkan kelak.


p/s : Kepada sahabat blogger yang menyokong kami dengan meletak banner iklan, mohon kiranya dipadam banner iklan tersebut untuk mengelakkan kekeliruan.

Sebarang kesulitan amatlah kami kesali.

Harap maklum.

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Blog Aduka Taruna

Reactions: 
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com/ itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.