Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 28, 2010

Siaran Langsung Himpunan 100,000 Royalti Minyak Kelantan..!

Reactions: 
Secara Langsung dibawakan untuk anda program Solat Hajat & Ceramah Royalti Petroleum malam ini bermula jam 7:00 malam dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan Bersama YAB Tuan Guru Dato' MB Kelantan dan Ahli Parlimen G.Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah menerusi Kelantan TV di http://www.mykelantan.tv/.

Semua dijemput HADIR atau ikuti secara LIVE pada malam ini.

Ranking Blog Aduka Taruna Meningkat Secara Drastik..!

Reactions: 
Susulan kontroversi yang ditimbulkan oleh blogger Aduka Taruna dalam minggu ni, trafik blognya meningkat secara mendadak mengatasi beberapa blog lain sebelum ni. kalau dilihat pada carta yang direkodkan oleh team PerakExpress, minggu lepas blog Aduka Taruna berada pada tangga ke-12 dan berada pada ranking ke 2213 pada minggu lepas.

Minggu ini pula blog Aduka taruna berada pada tangga ke-2 selepas TukarTiub. sepanjang pemerhatian aku dalam minggu ni, blog Aduka Taruna pernah mencatat jumlah trafik yang mencecah lebih 130,000 kunjungan dalam masa 1 hari dan pernah mencatat jumlah lebih 3,000 pelayar online dalam 1 masa.

Bagi aku ni peluang yang baik untuk Team Aduka menjelaskan kembali pada para pembaca blognya apa itu "Projek Langgar Hadi" yang telah dirancang oleh team Aduka atau lebih dikenali dengan nama "PAS Reform".

Selama ni ramai yang dok kritik "Projek Langgar Hadi" tajaan Aduka dan aku rasa sebab utama banyak dapat kritikan ialah kerana penggunaan bahasa yang kurang sesuai dalam memperjelas kepada pembaca dan ini antara punca utama tak ramai yang berminat untuk memahami apa tu "Projek Langgar Hadi".

Aku harap team "PAS Reform" dapat ambik peluang yang baik ni (sementara pelayar blog korang tengah tinggi) untuk perjelaskan balik dalam bahasa yang lebih "mesra pembaca" dan lebih santai tanpa emosi gila supaya sampai "maksud" pada pembaca.

Kita amat-amat berharap supaya para pelayar akan lebih faham maksud dan tujuan "Projek Langgar Hadi" dirancang dan apa matlamat utama projek tersebut dan seterusnya akan menyokong team "PAS Reform" demi masa depan Negara yang lebih baik.

Harap dapat baca penjelasan dari team "PAS Reform" disini, sini dan sini.

Dr Novandri Masuk Kelas Blogging Anjuran TPU..!

Reactions: 
Dr Novandri Hasan Basri

Rupa-rupanya terdapat blog pro-pembangkang yang minat dengan gay seperti ketua mereka, Anwar Ibrahim! Contohnya ialah blog perisik rakyat.

4. Biar apa pun, yang 'paling menarik' tentang blog Perisik Rakyat ialah hubungkait blog tersebut dengan beberapa link daripada web gay ! Di antaranya ialah Japanese Gay Club dan Asian Gay Free Movie! Rujuk di bawah :-
Penulis pasti Perisik Rakyat akan menggunakan alasan-alasan yang standard. Beliau akan mendakwa bahawa blog beliau telah dicerobohi.

Beliau juga mungkin akan mengaitkannya dengan parti UMNO kononnya mahu menjatuhkan maruah beliau.

Padahal, buktinya sangat jelas dan ianya dek perbuatan sendiri!


Apa pun, penulis berharap agar Perisik Rakyat melakukan sesuatu terhadap isu ini.

Yang malunya ialah Perisik Rakyat sendiri dan tidak perlulah hebahkan 'keinginan istimewa' anda itu, jika ada.
__________________________________________________

Itu petikan dari entri terbaru (ketika entri ini ditaip) blog Dr Novandri Hasan Basri (M.I.M - Minda Intelek Melayu).

Jadi, tak payah nak ulas panjang-panjang. Aku tak kan guna "alasan-alasan yang standard" contohnya -

1 - Blog aku diceroboh.
2 - Tak perasan perkara tu.
3 - Ini perbuatan cyber troopers UMNO yang nak jatuhkan maruah aku.
4 - Bla bla bla bla bla...

Untuk kenyataan Dr Novandri, aku tak kan bagi 1 pun alasan. tapi aku akan "sekolahkan" balik seorang yang bergelar "Dr".

"Dr"... Selamat Datang Ke Kelas Blogging Topeng Perak® Unmasked

Pelajaran pertama untuk kelas kali ini yang aku buka khas untuk Dr Novandri bertajuk "addsense". menatang hape "addsense" ni..? aku yakin dalam kelas PhD tak de diajar makna "addsense", sebab itu aku tak hairan bila seorang yang memegang title "Doktor" dan menyelia Klinik Kesihatan Bergerak tergerak hati untuk membuat 1 entri seperti diatas tanpa memikir atau mengkaji apa sebenarnya benda alah yang dipersoalkan tu.

Malas berfikir dan mengkaji rupanya Dr Novandri ni. risau aku bila pikir balik benda ni... aku risau takut-takut ada anak-beranak atau sedare-mare atau kengkawan aku pergi ke Klinik Kesihatan Bergerak yang petugasnya ialah Dr Novandri. kang bawak penyakit pelik-pelik, jumpa pulak spisis Dr pemalas macam ni... haru beb... ade yang main bantai je bagi ubat ni kang... simpang malaikat 44 beb...

Untuk makluman Dr... petak rujukan yang menjadi "isu" bagi Dr ialah rujukan trafik yang masuk kedalam website. sebab tu aku letak petak tu dekat bawah sekali. sebabnya itu hanyalah rujukan dari laman manakah pelawat website ini datang dan berapakah jumlah pembaca yang masuk melalui laman-laman tersebut. woi..! kau baca ke tak baca ni..? waktu dalam kelas jangan dok mengelamun..! nanti jadi Dr bodoh..! gi basuh muka..!

Ok... ha... baru nampak segar sikit... ni sembab je... sambung...

Rujuk pada petak yang dinyatakan tadi (yang jadi "perhatian Dr"), kalau korang tak nampak gambar dekat atas tu, korang skrol dekat bawah dan carik sebelah kanan yang pakai tajuk "Transit".

Nama pun dah "transit", jadi paham-paham la. jadi kita tengok transit tertinggi pembaca website ni (rujuk pada addsense tadi).

Transit tertinggi pembaca website ni datangnya dari Wartamaya dengan jumlah pembaca yang masuk sebanyak 83,634, transit ke-2 tertinggi datangnya dari Yahoo dengan jumlah pembaca yang masuk sebanyak 83,431, transit ke-3 tertinggi datangnya dari HOT TOPICS in blogs... dengan jumlah pembaca yang masuk sebanyak 46,161, transit ke-4 tertinggi pula datangnya dari al-banjari on... dengan jumlah pembaca yang masuk sebanyak 26,419 manakala transit ke-5 tertinggi pula datang dari Tranungkite Online v... dengan jumlah pembaca yang masuk sebanyak 26,013.

Begitulah yang seterusnya...

*semua jumlah diatas direkod semasa entri ini ditaip, jadi akan ada perubahan dari masa kesemasa.

Cilako betul... aku dok mengajar Dr ni bantai tidur pulak... HOI...!!!

Semalam kau tidor pukul berapa Dr..? tidor lewat sebab dok sibuk lawat laman phorno ke..? tengah buat research pasal apa..? waktu belajar tolong tumpu perhatian..! kang jadi Dr "Kangkung"..!

Sambung balik...

Jadi kalau mengikut rekod Transit (sejak dari mula aku letak addsense tu, aku tak ingat bulan berapa tahun lepas), jumlah pembaca yang masuk ke website ni melalui link-link dalam listing "Transit" termasuk link yang Dr sebut dalam entri dekat atas tu ialah sebanyak 522,095 (mengikut rekod www.refferer.com sehingga entri ini ditaip).

Rekod yang ada dalam tu kita tak boleh nak edit sebab semuanya auto update dan addsense "refferer" hanya memaparkan transit aliran masuk pelayar ke website/blog kita dan ianya tidak merekodkan aliran keluar pelayar atau kita ke mana-mana laman web/blog.

Untuk pengetahuan Dr jugak, Dr boleh jugak tahu dari mana pelawat blog/website Dr datang secara detail dengan menggunakan addsense "Life Traffic Feed". addsense yang ni rekodnya lebih detail.

Dengan menggunakan adsense "Life Traffic Feed", kita boleh tau samada pelawat blog/website kita keluar atau masuk, dari negara mana pelawat itu datang, browser yang digunakan oleh pelayar, perisian yang digunakan mereka, masuk melalui mana-mana rujukan atau direct, lokasi pelawat tersebut (daerah) dan lain-lain (rujuk photo dibawah).
Ada lagi lain-lain addsense yang menarik untuk ditepek didalam blog/website korang. tapi kena la rajin mencari dan yang paling penting sekali ialah korang kena tahu dan faham untuk apa 1-1 addsense tu, jangan jadi BANGANG, macam Dr Novandri "kangkung", main tala je ikut suka hati. langsung tak pasal-pasal jadi Dr "Kangkung".

Jatuh reputasi beb, parti pun malu bila dalam parti ada Dr BANGANG macam ni. tapi aku tak pelik sangat la sebab dalam UMNO memang ramai sangat-sangat Dr "Kangkung" dan Dr "BANGANG". biasa la tu... kalau tak "Kangkung" tak kan nak sokong UMNO..?

Sambung lagi... tadi tu sessi "membantai kangkung". hehehe...

Lain-lain addsense tu korang study la sendiri, tak kan semua aku nak ajar..? dah la bagi ilmu percuma, bagi betis nak peha pulak, stakat "kangkung" tu boleh la aku bagi lebih-lebih sebab murah... dalam parit sebelah rumah aku pun banyak ha... hehehe...

Jadi Dr... dah faham ke belum..? kalau tak faham, cuba-cuba la luang sikit masa study dulu sebelum nak buat apa-apa, patutnya dah pakai status "Doktor" ni kena la hati-hati dalam semua hal. Doktor kalau tak hati-hati, ramai pesakit yang mati...

Plis plis plis, kamu jangan nakal...

Orang Melayu Pun Dah Tak Larat Nak Duduk Dalam Malaysia

Reactions: 
Saya dapat maklumat, beberapa jam selepas gempa bumi di Haiti, kira-kira 7 orang rakyat Malaysia dari bangsa Melayu telah berada di Haiti untuk melakukan kerja-kerja telekomunikasi. Mereka berpengkalan di Jamaica telah dihantar dengan laju sekali ke Haiti untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih sistem telekomunikasi Haiti yang rosak teruk akibat gempa bumi.

Namun, mereka hanya berada di sana 2 hari sahaja kerana dinasihatkan pulang oleh majikan mereka. Keadaan waktu itu terlalu bahaya dan penyakit juga bakal tersebar akibat ribuan mayat yang bergelimpangan. Sehingga ke tahap, mayat2 tidak diangkat dan menjadi makanan anjing.

Ertinya, orang Melayu di Malaysia yang sepatutnya dilindungi DEB pun boleh merantau sampai ke Jamaica untuk mencari rezeki sehingga sanggup menyabung nyawa di negara seperti Haiti. Kalau mereka duduk di Malaysia, sudahlah gaji rendah, kos hidup makin lama makin tinggi. Nak buat bisnes, semua peluang UMNO dah bolot. Tengok TEKUN sudahlah, semua puak-puak UMNO bolot.

Habis tu? Orang luar lagi pandang tinggi bakat2 orang Melayu dari orang Melayu sendiri. Orang luar dengan senang hati mengambil orang2 Melayu di Malaysia untuk bekerja dengan mereka. Dan mereka membayar gaji yang jauh lebih lumayan dari majikan-majikan di Malaysia.

KOS HIDUP MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK NAIK-NAIK. KERJA PUN MAKIN KURANG

Saya dapat maklumat Petronas sendiri pun sudah mula hendak membuang orang. Dan secara umumnya, gaji di Malaysia semakin lama semakin kecil. Kalau duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM1500 sebulan, nak makan apa?

Itu yang saya dapat maklumat ramai gadis-gadis Melayu sekarang mencari pendapatan lebih dengan menjadi GRO dan pelayan. Ertinya bayang-bayang Indonesia sudah semakin jelas di Malaysia, walaupun masih tidak merebak teruk seperti di Indonesia.

Tapi, bila wang minyak kita habis, saya tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan anak-anak kita

BEBERAPA CONTOH LAGI

Saya dapat maklumat di UK, US, Canada dan Australia, pelajar2 sarjana kita yang ditaja universiti tempatan ramai yang melarikan diri dan bekerja di negara-negara Barat tersebut. Ini kerana negara-negara Barat sudi memberi mereka gaji yang lumayan, sara hidup yang baik serta peluang pekerjaan yang lebih mencabar kepada pelajar-pelajar kita.

Maka, mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di negara mereka belajar dan tidak pulang ke Malaysia. Kalau mereka pulang pun, peluang mereka bekerja amat terbatas dan gaji yang mereka bakal dapat pun tidak seberapa.

Saya juga mendapat maklumat ramai teknokrat dan professional Melayu di Malaysia sudah meninggalkan Malaysia dan bekerja di serata dunia. Dan jumlah ini akan menjadi semakin banyak dalam tahun-tahun mendatang.

Semuanya kerana syarikat-syarikat luar negara lebih memandang tinggi keupayaan serta kebolehan teknokrat Melayu berbanding syarikat-syarikat di Malaysia.

Dengan kadar korupsi yang tidak pernah turun, maka Malaysia tidak menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka. Hasilnya, orang-orang Melayu semakin meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki mereka.

DEB HANYA UNTUK UMNOPUTRA DAN KRONI

DEB sebenarnya ada dua aspek. Aspek yang pertama sudah lupus (i.e. biasiswa, pelajaran etc). Aspek kedua adalah dari aspek ekuiti yakni mahu menaikkan bilangan akutiti bumiputra supaya setara dengan bangsa-bangsa lain.

Maka, dari sinilah kita ada program seperti AP, Kontrak Kelas F, pembahagian saham, pemberian kontrak secara “direct award” dsbnya.

Aspek kedua DEB kesemuanya dimonopoli oleh UMNOPUTRA dan kroni-kroni UMNO. Dengan kata lain, orang Melayu biasa yang mempunyai bakat berniaga tetapi bukan UMNOPUTRA atau KRONI tidak akan dapat peluang kepada modal yang diperlukan melalui DEB.

Dan UMNOPUTRA lebih suka menggunakan aspek DEB ini dan meng “subcon” ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Sebab itulah 70% dari peruntukan Rancangan Malaysia Ke Lapan telah pergi ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. (Kalau tak percaya sila tanya Effendy Nawawi).

Dengan kata lain, majoriti orang Melayu akan kekal di bawah “tuan-tuan feudal” mereka selagi mana UMNO masih terus memerintah.

Dan dari 1997 kita belajar, bila ekonomi baik, keuntungan semuanya disapu oleh UMNOPUTRA dan KRONI. Bila mereka rugi, kita rakyat Malaysia terpaksa mem “bail-out” mereka.

Tak heranlah, orang-orang Melayu pun dah “fed-up” dengan UMNO dan meninggalkan Malaysia dengan banyaknya. Selagi ada peluang mereka akan tinggalkan Malaysia. Percayalah.

Itu yang kita boleh jumpa orang Melayu bekerja sehingga ke Jamaica. Padahal kalau zaman 1980’as bila disebut Jamaica, yang kita tahu hanyalah negara asal Bob Marley. Itu sahaja.

Tulang Besi

Beberapa Kritikan Terhadap Pendidikan Islam di Malaysia

Reactions: 
Saya berterima kasih kepada saudara Serious Shepherd yang telah memberi rumusan yang cukup baik berkenaan dengan pendidikan agama di Malaysia. Ia mendedahkan konspirasi bagaimana UMNO mengekalkan orang Melayu jahil agama walaupun UMNO menaja berbagai-bagai kelas dan program agama.

Dengan kata lain, UMNO memastikan hanya SEBAHAGIAN AGAMA sahaja yang dibenarkan untuk diajar manakala yang lain tidak.

Ia menjelaskan kenapa majoriti rakyat Malaysia jahil dalam agama Islam dan secara otomatik menjadi penyokong UMNO/BN. UMNO memerlukan orang Melayu jahil dalam agama Islam terutamanya bab akidah.

UMNO bukan parti Islam. UMNO adalah parti sekular. Sekiranya orang-orang Melayu faham Islam, mereka akan susah untuk mempertahankan tokeh-tokeh judi dan arak yang menjadi sahabat karib mereka. Segala aktiviti haram seperti korupsi, rasuah etc harus diberhentikan kerana Islam mengharamkannya sama sekali.

UMNO lebih selesa kalau orang Melayu lena dalam kefahaman “Perpaduan Melayu”. Ini akan menghalang mana-mana orang Melayu dari menegur serta membetulkan kesilapan serta kesalahan yang UMNO lakukan.

Tulang Besi

Serious Shepherd said...

Adapun konteks masyarakat Malaysia yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :

1- Pendidikan Islam yang menekankan ilmu feqah berbanding aqidah. Pendidikan Islam cara sebegini turut diaplikasikan kepada saudara baru.

2- Khutbah Jumaat yang isi kandungannya bersifat Pendidikan Islam Darjah 4. Khatib yang ingin meningkatkan tahap khutbah Jumaat walaupun sedikit akan dipecat dengan pampasan dua bulan gaji.

3- Pengajian Al-Quran yang menekankan tajwid daripada tafsir. Jadi pengajian Al-Quran seperti Surah Al-Maidah ayat 44 akan difokuskan pada idgham bila ghunnah serta mad aridh lissukuun dan bukannya maksud ayat tersebut. Apatah lagi Surah Al-Baqarah ayat 8 hingga 20.

4- Penyampai kuliah agama di masjid dan surau perlu mendapatkan tauliah dari majlis agama Islam negeri terlebih dahulu. Tauliah juga diperlukan walaupun semasa hendak mengajar anak sendiri membaca Muqaddam.

5- Fatwa yang dikeluarkan oleh para mufti yang menganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mendapat kelulusan dari ketua agama negeri masing-masing, yakni Sultan-Sultan. Walaupun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh ahli politik Barisan Nasional seperti melacurkan diri dibolehkan jika darurat dan yang terkini kes rompakan juga memerlukan 4 saksi adalah contoh fatwa diluluskan secara automatik.

Fatwa juga boleh dikeluarkan oleh orang bukan Islam asalkan mereka dari Barisan Nasional, seperti fatwa Wong Ch** *ai yang menyatakan bahawa pengharaman pakaian seksi adalah satu bentuk ekstremisme agama.

January 27, 2010 6:36 PM