Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 03, 2010

1Malaysia: Indians Came As Beggars & Chinese Especially Women Came To Sell Their Bodies?

Reactions: 
Datuk Seri Najib Razak’s aide Datuk Nasir Safar will tender his resignation after allegedly saying :
“Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”
It’s a fact that ethnic Indian and Chinese are from India and China respectively, but not as beggars and to 'jual tubuh' (flesh trade). The statement of our lovely Prime Minister’s special officer Nasir Safar is humiliating Indians and Chinese in Malaysia. Nasif Safar released a grateful statement for the deal right after Najib back from China and India for business to urge them to come and invest in Malaysia.

The most shameful part was when the PM’s special aide rubbished all the MIC and MCA members in the hall when the time he released the racial slurs. Just imagine what the UMNO members are talking at the back. Shame on you! You are cheating millions of non-Malays with your empty 1Malaysia. Remember that the fact remains that without the Chinese and Indians Malaysia will still be a backward hamlet.


The Malays should be thankful for the other races for building up the country's economy to what it is today instead of being so inward looking & over defensive. Malaysian Indian and Chinese was the generator of the economy from those days until now. I hope Malays stand up on their own feet instead of clinging to the crutches if they want to be respected. What makes the Malays so special that they should be treated as more equal than other races.

I just wondering how could Malays are so poor whereas they are the majority, they have the largest market, they have the largest human capital and they have everything they want! Look at Robert Kuok, Ananda Krishanan, Vincent Tan, Tony Fernanderz, and lots more, all of them are from the minority ethnic Chinese and Indian. They are only few Malay millionaires in the list. Who to blame? Blame yourself!

Today, the Chinese and Indian families that already lived here in this land for several generations had been insulted terribly. This is what UMNO doing since long time ago, and definitely this is what MCA and MIC laps up, licking obediently from the floor that UMNO walks on. MIC and MCA members are paralysed by fear of the possible loss of patronage from their UMNO masters. These are Malaysian Chinese and Indians who will sell their dignity. I spit on them!

Such incident is not new in Malaysia. The racists are everywhere and grown by UMNO itself. 1Malaysia is just another lips service. Nasir Safar was sent by her boss Najib, how could Nasir says his view was not representing his boss? Isn’t it funny? This is 1Malaysia, stop the political gimmicks!
NASIR SAFAR, THE PM'S SPECIAL OFFICER

:BANGSA MALAYSIA

Aduan Rasmi Tindakan Melanggar Perlembagaan Parti oleh Ahli2 Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Reactions: 
Assalamualaikum,

Kepada: Tuan Haji Mustafa Ali dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Saya, Abdul Rahman Abdul Talib, bernombor ahli 253812, Kawasan Lembah Pantai dengan tarikh daftar ahli 09/09/1987, ingin membuat aduan rasmi berkenaan salah laku beberapa Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan PAS Pusat.

Mengiikut rakaman dialog Ustaz Nasaruddin Mat Isa dengan blogger2 UMNO dan PAS tempohari, satu mesyuarat “Majlis Syura Ulama” telah diadakan sebulan selepas tamatnya Pilihanraya Umum 2008.

(Sila rujuk Lampiran 1.0 dan 2.0 di bawah untuk mendengar rakaman tersebut. Untuk download rakaman tersebut, sila klik di sini.)

Di dalam mesyuarat tersebut, Ustaz Harun Din telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “ Tahaluf Siyasi: Pasca 2008” yang, mengikut pengakuan Ustaz Nasa sendiri, menyaran parti supaya bercakap dengan UMNO secara bersendirian. Keputusan itu juga tidak pernah dirujuk kepada AJK PAS Pusat.

Mesyuarat yang dikatakan oleh Nasaruddin Mat Isa itu juga telah melantik Tuan Haji Mustafa Ali sendiri dan Ustaz NAsa mewakili PAS di dalam bercakap dengan UMNO.


Ini jelas melanggar Perlembagaan Parti kerana Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu. Lebih-lebih lagi keputusan tersebut tidak pernah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Ustaz Nasa sendiri, dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Ipoh menyatakan tindakan beliau berjumpa UMNO adalah atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Ertinya secara terbuka Ustaz Nasaruddin Mat Isa melakukan penipuan.

Lebih-lebih lagi keputusan itu tidak mendapat persetujuan dari Mursyidul Am PAS Pusat. Yang lebih menyedihkan adalah keputusan tersebut telah menyebabkan perpecahan yang sangat runcing dalam PAS sehingga hari ini.

Maka, saya memohon supaya mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut dihadapkan ke JK Disiplin bagi kesalahan:
a. Melanggar Perlembagaan Parti.
b. Menyebabkan perpecahan yang teruk dalam parti.
c. Membelakangkan Mursyidul Am PAS Pusat.
d. Membelakangkan AJK PAS Pusat yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Parti untuk membuat keputusan Eksekutif.
e. Mengkhianati konsep Tahaluf Siyasi yang telah diluluskan sebelum ini.
f. Mengkhianati persahabatan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
g. Menjalin hubungan yang haram dengan UMNO.

Saya mengharap aduan saya ini tidak disapu di bawah karpet sepertimana yang berlaku kepada aduan2 yang dibuat oleh EXCO Pemuda PAS Pusat, saudara Abdullah Karim.

Sekian terima kasih

Abdul Rahman Abdul Talib aka Tulang Besi

p/s - Aduan ini juga saya akan email pada Tuan Haji Mustafa Ali serta Tuan Ibrahim Tuan Man melalui SU JK Disiplin PAS Pusat, Dr. Supyan Husin.

LAMPIRAN

1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01

2.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 02.wmv
3.0 Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK". (samb)
c) Ahli-ahli 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK'
(i) Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Fasal 7 (3).
(ii) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa tatatertib PAS menurut Fasal 75 (4).
(iii) Menyediakan peraturan pemilihan calon pilihanraya menurut fasal 23 (7)(c).
(iv) Mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS menurut Fasal 23(7)(h).
(v) Mengambil apa-apa tindakan tatatertib tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya menurut Fasal 75 (7).
(vi) Mengambil keputusan atas segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini tertakluk kepada Fasal 79 (1)
(vii) Membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan ini dengan tertakluk kepada Fasal 79 (2).


4.0 Kuasa JK Kerja PAS Pusat
Tugas melantik sesiapa sahaja wakil parti untuk berjumpa dengan UMNO boleh seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan parti adalah:

“(7) Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
(a) Melaksana, menyusun dan mengatur strategi dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan program politik, ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan lain-lain mengikut dasar yang ditentukan kepadanya oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini dan oleh mana-mana badan yang diberi kepadanya kuasa menetapkan dasar oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini.”

Penjelasan dari Khalid Samad Terhadap Tuduhan JK Disiplin Ke Atas Beliau

Reactions: 
NOTA EDITOR: Berikut adalah penerangan dari Khalid Samad terhadap tuduhan JK Disiplin yang telah diberikan ke atas beliau. Tuan Ibrahim sendiri diberitakan berkata:
Jadi, mari kita dengar sendiri dan buat penilaian samada:

1.0 - Benar2 Khalid Samad mengaku kesalahan beliau
2.0 - Atau, Tuan Ibrahim Tuan Man silap faham
3.0 - Atau, telah berlaku pembohongan ke atas Khalid Samad sendiri.

Selamat membaca.

Tulang Besi

JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan

Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya. Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.

Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO. Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya.

Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana.

Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut.

Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut:

1. PERTUDUHAN PERTAMA

“BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah:

a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor.

b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut.

c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan.

d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan.

2. PERTUDUHAN KEDUA

“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah:

a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti?

b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.

Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim. Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.

Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR. Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.

Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya. Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya.

Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.

Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti. Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau.

Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Disebalik Kenaikan Harga Gula

Reactions: 
Salam semua,

Apabila bercakap soal AP,apa yang terbayang dalam kepala hotak kita adalah AP untuk kereta. Di Malaysia ini pemonopoli AP paling utama adalah kumpulan NAZA iaitu antara kroni bagi pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini telah menaikkan kemurkaan TDM di mana beribu-ibu AP dikeluarkan kepada NAZA tetapi anak kesayangan beliau hanyalah mendapat 97 AP(kereta Porsche).

Namun adakah kita sedar atau tidak bahawa AP ini bukan sahaja wujud dalam industri automobil tetapi juga industri lain terutama yang berkaitan makanan. Antara indsutri yang terlibat adalah seperti Tepung Gandum (saya difahamkan hanya ada kilang pengeluaran Tepung Gandum kat Malaysia ini), Beras dan Gula.

Saya tidak mempunyai begitu banyak maklumat mengenai tepung gandum di Malaysia ini dan terpaksa saya tinggalkan di sini. Mengenai beras pula, semenjak BERNAS ditubukan dan dikorporatkan, saham-saham syarikat ini dimonopoli oleh juga sang kroni yang rapat dengan TDM iaitu Syed Mukhtar Al-Bukhary melalui syarikatnya iaitu Tradewinds.

Sebahagian di'public'kan dan telah dikuasai oleh satu firma pelaburan dari Hong Kong. Satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan adalah pengimportan beras terutamanya dari Siam sebenarnya telah dimonopoli oleh BERNAS. Kalau kita pergi mana-mana Hypermarket, kita akan jumpa banyak jenama beras tetapi hampir 90% semuanya adalah anak Syarikat Bernas.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat kenaikan harga beras yang mendadak di pasaran dunia dan tempatan, namun reda sedikit selepas itu, tetapi harga beras masih lagi pada tahap semasa kenaikan mendadak tersebut. Baru-baru ini, Syarikat Tradewinds telah menyatakan minat untuk menguasai saham dalam BERNAS daripada firma HONG KONG terbabit, dan dengan bantuan Kerajaan mereka telah berjaya.

Akhir tahun 2009 kita dihadiahkan oleh Kerajaan dengan kenaikan harga gula, namun isu ini telah berjaya ditutup dengan pantasnya oleh isu nama ALLAH. Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, gula juga tidak terlepas daripada AP. Mengikut data yang dikeluarkan Kerajaan, sebahagian bahan mentah gula terpaksa diimport. Pemainnya adalah hampir sama dengan pemain utama Beras.

AP untuk mengimport bahan mentah tersebut telah dikuasai oleh dua syarikat sahaja iaitu melalui syarikat Robert Kuok dan Syed Mukhtar, cuma quota Robert Kuok lebih tinggi kerana beliau pemain lebih lama. Penghujung tahun 2009 Robert Kuok telah menyatakan hasrat untuk melepaskan syarikat yang telah mem'billionaire' beliau iaitu syarikat berkaitan gula.

Di Malaysia hanya terdapat 4 buah kilang pengeluaran gula (sama dengan gandum) dan sebahagian besar saham syarikat tersebut dikuasai oleh Robert Kuok. Apabila beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan bisnes tersebut dua pihak yang berminat menguasainya iaitu Felda dan Syed Mukhtar.

Ini bermakna apabila Robert Kuok meninggalkan bisnes ini 100% kuota pengimportan bahan mentah gula akan dikuasai oleh Syed Mukhtar. Pada pendapat saya inilah antara perkara yang memungkinkan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga gula sebanyak hampir 14%.

Daripada isu ini kita melihatkan amalan monopoli oleh sistem kerajaan Malaysia walhal US selaku Raja Kapitalis totok memerangi dua kaedah perniagaan iaitu monopoli dan konspirasi penetapan harga. Tengok apa yang berlaku kepada gergasi konglomerat mereka seperti Standard Oil, AT & T dan Microsoft di mana syarikat tersebut telah dipecahkan kerana mengamalkan monopoli. Antara syarikat terbaru yang akan menjadi sasaran atas dasar monopoli adalah INTEL.

Sekian.

Sebatang kara