Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 10, 2010

Ku Li Dedah Surat Perjanjian Petronas, Cabar UMNO Ambil Tindakan

Reactions: 
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak bersetuju "Royalti" diganti dengan "Wang Ehsan" walaupun RM20 juta dijangka akan berikan kepada Kelantan bermula bulan Mac ini.

"Tidak ada perjanjian lain, yang saya "sign" dan yang saya buat inilah dia! Tak ada yang lain dan ini yang kita pakai sekarang. Kalau dia (Petronas) "sign" kemudian hari, perjanjian ini tidak laku la. Kalau ini tidak laku bermakna tidak sahlah Petronas itu..!” tegas beliau.

Sambil mendedahkan Surat Perjanjian Petronas itu kepada media, Tengku Razaleigh tetap mempertahankan bahawa hanya ada satu perjanjian sahaja dan Petronas seharusnya mengikut syarat perjanjian itu iaitu memberi Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Bekas Menteri Kewangan dan Pengasas Petronas itu berkata, "kita ada perjanjian, kita ada undang-undang, jadi kita kena ikut undang-undang yang terpakai. Kita tidak boleh ikut selera kita sahaja, undang-undang ini Parlimen yang luluskan."

"Bukan perkara ini kita ambil tepi jalan, perjanjian ini adalah antara Petronas dengan Kerajaan Negeri yang mewakili rakyat. Bukan perkara kecil. Tidak boleh hendak main-mainkan," tegas beliau lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa UMNO berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan Royalti Minyak.

"Mereka (UMNO) mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)," kata beliau.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh berkata, "siapa yang makan cili dialah rasa pedas."

Beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974 termasuk HAK Kerajaan Negeri Kelantan. "Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan. Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan UMNO boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

"Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan," katanya.

HEBAHAN: Pertandingan Mencipta Logo Ex-PASTI

Reactions: 
Assalamu'alaikum.

Saya mewakili Ex-PASTI Negeri Terengganu, ingin memohon bantuan untuk menyebarkan dan meletakkan poster hebahan pertandingan mencipta logo untuk Ex-PASTI Negeri terengganu yang baru ditubuhkan pada laman blog anda. Maklumat pertandingan ada pada poster iklan yang dilampirkan (sila klik pada imej).

maklumat lanjut layari: http://expastitrg.blogspot.com/.

Alumni PASTI

TPU - Mohon lain-lain blogger untuk membantu menghebahkan berita ini.

Khalid Samad, Rahsia Parti & Lembaga Disiplin

Reactions: 
Firman Allah:

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا
يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisa’: 58)

Fat-hu Makkah

Pembukaan Kota Makkah pada bulan Ramadhan tahun kelapan hijriah merakamkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bagi umatnya. Salah satu peristiwa tersebut ialah tindakan Hatib bin Abi Balta‘ah (HAB) menulis surat kepada kaum Quraisy di Makkah memberitahu perancangan Rasulullah s.a.w. untuk menyerang kaum musyrikin Quraisy secara mengejut.

Rasulullah s.a.w. merahsiakan perancangan tersebut bagi memeranjatkan kaum Quraisy dengan kehadiran tentera Islam di Makkah. Hanya beberapa orang sahabat sahaja yang diberitahu baginda. Rasulullah menyediakan angkatan perang yang mengandungi tidak kurang dari 10,000 orang pejuang setelah menolak permintaan Abu Sufyan bin Harb, ketua musyrikin Makkah, supaya Perjanjian Damai Hudaibiah yang terbatal disambung semula setelah pihak Quraisy dan sekutunya mencabuli perjanjian damai tersebut kira-kira 2 tahun perjanjian tersebut terlaksana.

HAB yang mengetahui rahsia tersebut mengirim surat kepada kaum Quraisy kerana kebimbangannya keluarganya dari kaum musyrikin di Makkah akan terancam keselamatan mereka. Surat tersebut dikirimkannya melalui seorang wanita bernama Dza‘inah. Rasulullah yang mendapat wahyu Allah mengenai perbuatan HAB itu memerintahkan Sayidina Ali bin Abi Talib bersama dengan Zubair dan Miqdad segera mengambil surat tersebut dari wanita berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Makkah. Di satu tempat bernama Raudzah Khoh seperti yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w., wanita tersebut ditemui dan menyerahkan surat tersebut kepada Sayidina Ali setelah dia diperiksa walaupun pada mulanya menafikan ada membawa surat berkenaan.

Hatib Dipanggil

Kemudian Sayidina Ali menyerahkan surat itu kepada Rasulullah s.a.w. yang didapati isi kandungannya menyebutkan datangnya dari HAB dan ditujukan kepada orang-orang musyrikin Makkah yang mendedahkan perancangan yang dirahsiakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyerang kaum Quraisy. HAB dipanggil mengadap Rasulullah s.a.w. dan disoal-siasat mengenai surat tersebut. HAB mengaku melakukannya. Dia memberi alasan bahawa hubungannya dengan kaum musyrikin Quraisy di Makkah sangat rapat apatah lagi di kalangan mereka itu terdapat orang-orang yang menjaga dan melindungi keluarga dan harta orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah. HAB juga memberikan alasan bahawa kaum musyrikin Makkah melindungi kaum keluarganya sendiri di sana. Dia menegaskan bahawa perbuatannya itu bukanlah kerana berpaling tadah dari Islam (murtad) atau redha dengan tindak-tanduk orang-orang kafir musyrikin itu.

Rasulullah menerima alasan itu. Lantas Sayidina Umar Al-Khattab yang hadir bersama di majlis itu meminta Rasulullah membenarkannya untuk memancung HAB. Sayidina Umar mengatakan HAB adalah seorang yang munafik. Rasulullah s.a.w. menjawab Sayidina Umar dengan berkata bahawa HAB adalah seorang ‘ahli badr’ (yang telah menyertai perang Badr). Rasulullah berkata lagi kepada Sayidina Umar: “Kamu tidak tahu, moga-moga Allah memberi kedudukan kepada orang yang menyertai perang Badr.” Nabi berkata pula kepada HAB: “Buatlah apa yang kamu suka, aku telah memaafkan kamu.” Bersebab dari peristiwa ini, turunlah ayat Al-Quran (Al-Mumtahanah, ayat 1) yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.”
Ayat di atas menegaskan bahawa dalam apa jua keadaan pun Islam tidak membenarkan mengambil dari musuh-musuh Allah menjadi pemimpin yang ditumpahkan perasaan kasih sayang kepada mereka, atau diberikan bantuan atau pertolongan kepada mereka. Ayat ini diturunkan sekalipun HAB memberikan alasan bahawa dia bukan bertujuan menolong atau membantu kaum musyrikin Makkah itu, bahkan sebaliknya dia mahu mereka melindungi keluarganya serta harta benda orang Islam yang berhijrah yang ditinggalkan kepada mereka.

Iktibar Kepada Jawatankuasa Displin PAS

Mengingat peristiwa perbuatan HAB mendedahkan rahsia penting mengenai perancangan Rasulullah membuka Makkah (fat-hu Makkah), terlintas di fikiran saya tidakkah Jawatankuasa Displin PAS yang dianggotai oleh dua orang ulama’ terfikir peristiwa ini boleh dijadikan panduan atau iktibar dalam memutuskan penghakiman terhadap Khalid Samad (KS) atas pertuduhan yang dikatakan serius iaitu mendedahkan RAHSIA parti. Sebesar manakah rahsia yang didedahkan KS itu telah juga dijawab oleh beliau sendiri di hadapan majlis penghakiman Jawatankuasa Displin yang diketuai oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rahsia yang didedahkan oleh HAB adalah satu rahsia yang sangat besar dan perbuatan yang dilakukan oleh HAB itu satu kesalahan yang sangat serius sehingga Allah memberitahu rasulNya atas perbuatan HAB itu. Kalau rahsia sebesar itu yang didedahkan HAB boleh diampuni oleh Rasulullah s.a.w. atas pertimbangan HAB adalah ‘ahli badr’, walaupun mendapat sanggahan dari Sayidina Umar Al-Khattab, apakah KS tidak layak untuk dimaafkan menimbangkan usaha dan pengorbanannya yang besar dalam PAS. Kita tidaklah samakan pengorbanan KS setaraf dengan pengorbanan ‘ahli badr’, namun jasa KS juga besar kepada PAS yang mungkin boleh dipertimbangkan. Antaranya, peranan beliau yang menggagalkan perancangan sulit pimpinan PAS Selangor untuk menubuh kerajaan gabungan PAS-UMNO di Selangor, dua atau tiga hari selepas PRU Ke-12 2008. KS juga dalam tempoh perjuangannya dalam PAS hampir 30 tahun pernah bertanding dan kalah di Kelantan, Perlis dan Selangor sebelum PRU Ke-12. Beliau juga berkorban dengan meninggalkan jawatan profesionalnya hingga kehilangan sumber pendapatan lumayan yang pernah dinikmatinya. KS juga pernah ditahan di bawah ISA.

Saya percaya sebahagian pimpinan PAS dan ramai pendokong jamaah PAS mengenali KS seorang yang dapat menampilkan perjuangan PAS dengan keupayaan dan kekuatan berhujah, baik di segi rasional mahupun dari segi prinsip-prinsip dan kaedah dakwah Islam. KS pernah bersama saya dalam satu lajnah yang saya mempengerusikannya. Saya dapati beliau seorang yang memang bercakap dan bekerja dengan perancangan dan melaksanakan perancangan yang diprogramkan dengan begitu bersungguh-sungguh. Cukup kalau saya katakan kalau ramai pimpinan PAS seperti KS, PAS boleh bergerak lebih lancar dan maju ke hadapan dalam konteks PAS ber‘tahaluf’ dengan parti-parti Pakatan Rakyat sekarang, bahkan dengan parti-parti lain yang (selain UMNO) yang boleh ber‘tahaluf’ dengan PAS.

Bersabit dengan perkara mendedahkan RAHSIA parti, saya melihat kepimpinan parti perlu menggariskan panduan yang eksklusif bagi mentakrifkan kerahsiaan itu supaya tidak dipertikaikan tafsirannya terutama apabila ia melibatkan kes pertuduhan yang diadili Jawatankuasa Displin parti. Bahkan selaras dengan pindaan perlembagaan yang terkini mengenai Jawatankuasa Displin, perlu juga diteliti kedudukan keahlian jawatankuasa tersebut bagi membolehkan terlaksananya prinsip keadilan dalam sebuah ungkapan yang popular “not only must justice be done, it must also be seen to be done” yakni bermaksud keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, bahkan mesti kelihatan dilaksanakan.

Sumber - Ustaz Ahmad Awang

5 Cara Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim

Reactions: 
5 Cara Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim:
5 Fastest Ways to follow Conspiracy Case on Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. FaceBook Fan Page DSAI.
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?ref=search&sid=1050280454.1225754697..1

2. Twitter @AnwarIbrahim.
http://twitter.com/anwaribrahim

3. TV Selangor.
http://tvselangor.com/v2/

4. Sistem SMS Parti Keadilan Rakyat
How to subscribe?
Type: ON ADIL
sms to: 32300

5. Blog DSAI.
http://anwaribrahimblog.com/

SEBARKAN!! Please FWD!!

Keputusan Mahkamah Menandakan UMNO Masih Tidak Yakin Dengan Sokongan Rakyat

Reactions: 
Bagi saya, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat seharusnya gembira dengan keputusan ini. Ia menandakan UMNO masih tidak konfiden dengan sokongan rakyat kepada mereka. Kalau rakyat bersama mereka sudah tentu keputusan akan bersama Nizar dan Nizar pula terpaksa membubarkan DUN Perak kerana itu janji beliau sebelum ini.

Kita semua tahu UMNO adalah parti penipu. Apa pun yang mereka lakukan mesti ada udang sebalik mi. Kita juga tahu kehakiman negara tidak bebas. Kalau bebas, kes Liwat II Anwar ni dah lama kena tendang dan Gani Patail dah lama kena jail sebab menghina mahkamah.

Namun, kes Anwar masih berterusan kerana di Malaysia kedudukan hakim tertinggi boleh ditentukan oleh seorang lawyer India bernama Linggam.

Jadi, kita patutnya dah maklum akan keputusan MB vs MB ni. Apa yang kita nak harap dengan mahkamah kangaroo Malaysia? Semuanya ikut kehendak dan kemahuan UMNO.

Dia letak la sorang dua hakim yang adil di peringkat Mahkamah Tinggi tapi nak buat apa. Segala keputusan dia boleh di kensel oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Letak hakim adil tu sekadar perhiasan sahaja.

Oleh sebab itulah dari mula lagi saya sudah tahu isu “The Herald-Kalimah Allah” itu adalah permainan UMNO semata-mata. Kalau mereka mahu, mereka boleh dapatkan keputusan yang tidak memihak kepada The Herald sejak mula lagi.

Lepas ni Sultan boleh pecat sapa sahaja dia tak suka. Jangan Najib kena pecat sudahlah.

Semua sandiwara UMNO dan kita sepatutnya jangan gusar dan marah serta patah semangat. Inilah keputusan yang akan menimbus UMNO selama-lamanya. Inshaalah

Tulang Besi

Ku Li: DS Ir Nizar Masih MB Perak

Reactions: 
Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah

Blogger Jeffry Anak Jantan..!

Reactions: 
Utusan lapor -
Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.
TPU - Jeffry memang anak jantan..!

Blogger Jeffry Ditahan Polis

Reactions: 
Berita berdasarkan tajuk diatas... Nak tanya sungguh-sungguh ni... Kena tangkap ke serah diri..? Kakaka...!!! Kalau serah diri, memang anak jantan... Kalau kene tangkap... Memang P****n... Mana kengkawan..? Semua pakat lari..?