Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 16, 2010

Akhirnya DSAI Mengaku Kesilapan Pilih Calon...

Reactions: 
"Akhirnya"........................ (banyak dot dot dot sebab kenyataan dari DSAI ni dah lama sangat dah aku tunggu. ingat dia nak buat bodoh je...):
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Sumber -
jiwo kelate
Jadi, untuk Pilihanraya akan datang (tak kira la Kecil atau Umum), PKR khususnya DSAI patut belajar dan ambik iktibar dari apa yang dah berlaku sepanjang tempoh selesai PRU-12 sampai la sekarang.

Tak guna berebut kawasan untuk bertanding kalau calon yang ada tak cukup kelayakan, kurang kreadibiliti, tangkap muat, "reformis", tiada pegangan, "iman" tak cukup atau ada apa-apa je ciri-ciri yang kurang meyakinkan. kesannya kita dah tengok.

Ada baiknya setiap parti (tak kira la PAS, PKR atau DAP) mula menapis atau menilai mana-mana ahlinya (dari semua peringkat) bermula dari sekarang yang bakal dicalonkan supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Bila jadi benda-benda macam ni (wakil rakyat isytihar keluar parti), yang paling sakit hati ialah para pengundi yang mengundi calon berkenaan. bila pengundi dah sakit hati, bagi la apa alasan pun memang tak guna dah... nasib jugak Negara ni ada "Undang-Undang" (walaupun bertaraf "rimba"), kalau tak de "Undang-Undang", aku tak tau la berapa ramai wakil rakyat kurang-kurang pun makan pelempang dekat kawasan masing-masing.

Lepas buat penilaian menyeluruh termasuk latar belakang calon pun "meyakinkan" untuk pikul tanggung jawab, baru la cerita pasal "kawasan mana parti-parti" (yang berkenaan) nak bertanding. kalau senarai calon kurang dari kawasan yang ada, lupakan terus, tak payah nak buang masa dok tarik-tarik last minute punya calon.

Tu cara paling baik. yang mana kawasan tak dapat nak bertanding sebab tak de calon yang meyakinkan, ahli-ahli parti yang tak bertanding elok pakat-pakat tolong kempen untuk calon parti lain yang bertanding. "no heart feeling".

Beb... kalau kau ada 3,000 calon untuk bertanding dalam Pilihanraya tapi kualiti "bawah tahap beku", negative 1 sen pun tak guna beb. kemudian hari kena maki je dekat rakyat. tu baru tahap rakyat yang tak buat kerja masa tempoh kempen pilihanraya... maki-maki dari "jentera" yang bertugas 24 jam nak pastikan kemenangan jangan lupa beb..!

Lalu ke nak hidup atas "pahala percuma" je sepanjang masa..? bab "pahala percuma" tu satu hal, bab "kepercayaan" orang ramai pulak macam mana..?

Jadi beringatlah dan ambiklah iktibar. jangan fikir "orang lama" tu hebat (macam Zahrain), jangan ingat "orang baru" tu bagus sebab ada sokongan akar umbi (macam Zulkifli Nordin) dan jangan fikir "aku tau apa aku buat" (macam kau la) sebab semua tu bukan jaminan.

Jaminan pada parti yang bertanding adalah undi majoriti dari rakyat tapi jaminan untuk pengundi yang mengundi calon pilihan pulak apa beb..?

Tak kan kau nak jamin mulut je "calon ni bagus dan SAYA JAMIN dia tak kan mengkhianati anda para pengundi..!" (sambil angkat tangan tanda bagusss)...???

*kompom lepas ni ramai geng PKR bantai aku cukup-cukup... sukati korang la... aku pedulik hape..? nak dengar, dengar, tak nak dengar sudah... aku tak de kepentingan...

Laporan Perkembangan Tabung Guaman Tulang Besi Mengadu Salah Laku Pimpinan PAS

Reactions: 
Assalamu'alaikum dan apa kHabar semua.

Setakat 2 hari Tabung ini berjalan, sudah ada RM100 didermakan oleh penderma yang murah hati. Sungguhpun jumlah derma mereka kecil, tapi ia menunjukkan betapa bersemangat penyokong2 Pakatan Rakyat dan PAS di dalam membersihkan PAS dari anasir UMNO.

Dari segi mencari peguam pula, boleh dikatakan usaha saya dan beberapa geng bloggers saya di tahap "HAMPEH". Ini kerana kami mengarahkan kepada mencari peguam yang ahli atau aktivis PAS. Saya sendiri telah bertanya dua orang lawyer tapi kedua2 nya menolak. Sorang tu ada alasan kukuh manakala sorang lagi tu terus terang kata dia takut.

Kawan saya sorang tu dia pun tanya ramai jugak. Semua lawyer ahli PAS tu menolak atas alasan takut.

Last2 kawan saya tu, kita panggil dia Mr X, cadangkan sorang lawyer nama ******* Singh. Rasanya lawyer ni orang DAP. Saya kata kalau dah semua lawyer PAS tak nak, terpaksalah ambik lawyer DAP. Abih tu nak buat macamana? Kita dah usaha.

Lawyer yang saya tanya yang kata takut tu dia kenal hati budi saya. Dia tahu saya orang baik dan saya buat ni bukan nak dajal orang ke apa. Tapi terus terang dia kata dia tak berani (bukan takut). Saya pun tak paham lawyer2 PAS ni. Malu dengan Lim Guan Eng dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Diorang tu perjuang lawan korupsi sampai masuk jail berapa kali. Sikit pun tak takut.

Ada sorang tu komen dalam blog saya:
anak said...

Teruskan TB. InsyaAllah saya akan sumbang RM10,000.00

February 14, 2010 10:09 PM
Delete
.
Saya minta percepatkan kerana kalau kita jumpa lawyer dengan "berisi" mungkin cepat sikit boleh dapat lawyer nya.

Kalau tak nak bagi direct, minta beri alamat dan telefon dan saya beri butiran lawyer tersebut. Saudara/ri boleh bayar terus ke lawyer tersebut tak perlu melalui saya. Saya lagi suka macam ni. Tak payah nak pegang duit.

Malahan, kalau ada sesiapa yang tak nak bagi duit terus ke saya, nanti saya akan berikan maklumat akaun lawyer tersebut, dan saudara/ri semua boleh membayar terus ke lawyer tersebut.

Saya perlukan khidmat guaman kerana:
1.0 - Kalau aduan saya diperkotak-katikan, saya bercadang untuk saman Mustafa Ali(SU Agung) di mahkamah.

2.0 - Saya mahu ada peguam bagi pihak saya yang hadir di setiap sessi perbicaraan

3.0 - Saya mahu lawyer saya itu memberikan laporan guaman terhadap kes yang saya laporkan itu dalam kapasiti beliau sebagai "watching brief". Laporan itu saya akan bentangkan pada seluruh alam

4.0 - Saya perlukan seorang peguam yang akan turun naik tangga Pejabat PAS Jalan Raja LAut untuk memastikan kes yang saya laporkan tidak dibakul sampahkan.

5.0 - Lawyer saya itu akan membuat laporan dan sidang media setiap bulan sehinggalah kes ini selesai.

6.0 - Kes saya ini saya yakin kuat kerana ia bukan keputusan mesyuarat tapi satu program pribadi anjuran Hasan Ali dan Roslan SMS.
Saya melakukan ini semua bagi pihak seluruh ahli PAS serta penyokong dan pendokon Pakatan Rakyat.

Semoga Allah merahmati kita semua

Tulang Besi

p/s - Sekiranya ada peguam yang ahli PAS mahu mengendalikan kes ini, sila hubungi saya di malaysiawaves@rocketmail.com.

p/s - Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh berbuat demikian di:
Maybank - 164173601834 (Abdul Rahman Abdul Talib)
Semoga Tuhan memberkati para penyumbang sekelian. Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.

Berita Utama Mulai Malam Ini Dan Esok Pagi: TGNA Bla Bla Bla...

Reactions: 
Lapor MalaysianInsider:
Kelantan tidak akan menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini meskipun Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam kerana didakwa merancang untuk membatalkan acara itu bulan ini.

“Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

“Secara rasmi tiada perarakan yang ditaja oleh kerajaan negeri. Sebaliknya kami akan adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Feb dan disusuli dengan sembahyang khas,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kebanyakan negara Islam menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan perarakan selepas solat. Bagaimanapun Arab Saudi tidak mengadakan perarakan.

Minggu lalu Utusan Malaysia melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk membatalkan perarakan tahun ini, sekali gus mengundang kritikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.

Laporan dan krtikan itu dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan menegaskan, kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah memutuskan untuk membatalkan acara itu kali ini.

Beliau menyifatkan laporan Utusan Malaysia sebagai satu pembohongan.
Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah perarakan itu bukan satu kemestian.

“Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad,” kata Ahmad.

“Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi,” katanya.
TPU - Erk...??? tak de "Perarakan"..?

Tok Guru "Jahat"..! MeLAYU UMNO Melompat..! malam ni Tok Guru masuk tiwi berita utama..! gerombolan akan keluar "Fatwa Berarak Di Hari Maulidur Rasul"..! Tuan Guru Muhyiddin akan di interbiyu..! Mursidul Am UMNO akan masuk tiwi..! esok Tok Guru masuk muka depan semua Media Perdana..!

Brahim Ali..? Get Ready..!

Kah kah kah kah kah...!!!

Perarakan Maulidur Rasul: Tahniah Untuk LGE

Reactions: 
Sepanjang minggu ni aku tengok kecoh dalam blog-blog pro BN dan juga pro Pakatan Rakyat kes LGE batalkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang yang "kununnya" menjadi "tradisi" orang "MeLAYU" Islam Pulau Pinang.

Dekat Pulau Pinang tu "MeLAYU" je ke yang beragama Islam..? bangsa lain tak de langsung ke..? tu la yang terjadi kalau hal-hal agama Islam dicampuri oleh UMNO (yang Menterinya keluarkan kenyataan agama dan politik tak boleh bercampur). memang kenyataan yang bodoh bila disebut sebagai "tradisi orang MeLAYU" dan bukannya disebut "tradisi orang Islam".

Tipikal MeLAYU otak sempit percaya bahawa MeLAYU itu Islam dan Islam itu MeLAYU. tapi tipikal ni jugaklah yang dok anjur macam-macam program yang langsung tak nampak ciri-ciri keIslamannya.

Contoh - Sure Heboh/Jom Heboh dan terbaru sekali akan dianjurkan pula Pertandingan Fesyen Kebaya Puteri UMNO dan khabar katanya untuk memantapkan pemahaman konsep 1Malaysia.

Pelik sikit tapi tak kisah la... UMNO semua betul... "memantapkan pemahaman konsep 1Malaysia" tapi dalam Puteri UMNO tu kan MeLAYU je..? 1Malaysia hape kejadahnya..? kalau anjur Pertandingan Fesyen Kaum-Kaum 1Malaysia tu kena la jugak dengan konsep 1Malaysia... apapun UMNO tetap best (bagi golongan tipikal MeLAYU)... hahaha...

Dah lari dari topik asal Perarakan Sambutan Maulidur Rasul.

Sebenarnya aku pun tak berapa paham apa yang berlaku dalam isu pembatalan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang tu. cuma yang aku paham, yang dibatalkan cuma "Perarakan" dan bukannya "Sambutan". jadi apa masalahnya..?

Aku tak reti nak berhujah pakai potongan-potongan ayat Al-Qur'an sebab kalau aku pakai ayat Al-Qur'an kang, ada pulak yang kecoh aku jual agama untuk kepentingan politik walaupun artikel ni tak de kena mengena dengan politik.

Bila aku perhati apa yang berlaku, memang nampak macam LGE dah buat 1 kesilapan besar iaitu membatalkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang tahun ni tanpa menyelami kehendak orang-orang MeLAYU Pulau Pinang khususnya UMNO yang kita tahu cukup-cukup terpuji dalam melaksanakan suruhan Allah yang terkandung didalam Al-Qur'an dan Sunnah.

Kira geng-geng MeLAYU Pulau Pinang versi UMNO ni la yang paling komited dalam perjuangan Islam sejak agama Islam dimartabatkan sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia (masa tu Malaya). jadi hal membatalkan Perarakan Maulidur Rasul ni amat sensitif.

Kalau tak dapat berarak, 1 dunia tak kan tahu MeLAYU-MeLAYU UMNO Pulau Pinang ni kasihkan Rasulullah saw, berat tu beb...

Walau macam manapun kalau betul LGE batalkan Perarakan tersebut dan kemudiannya "mengadakan" semula Perarakan tu lepas MeLAYU-MeLAYU UMNO Pulau Pinang bising dan kecoh, tetap aku tengok sebagai "kesilapan yang membina". ni pandangan aku la. nak bantai lebih-lebih tak boleh sebab aku tak tau sape betul sape salah, jadi aku buat pandangan aku sendiri.

"Kesilapan yang membina" ni aku letak atas dasar, kalau benda-benda macam ni tak berlaku (LGE batalkan Perarakan yang jadi "tradisi"), aku yakin Perarakan seumpamanya tak kan dapat perhatian geng-geng MeLAYU UMNO Pulau Pinang.

Ni nak tanya ikhlas la... (jawab dalam hati sudah... yang tu lagi jujur...) yang dok kecoh-kecoh dalam isu ni la, sambutan Maulidur Rasul yang lepas-lepas tu korang ikut sama berarak ke atau korang tengok dari jauh je ataupun korang pun tak pernah tau adanya "tradisi" berarak sempena Sambutan Maulidur Rasul dekat Pulau Pinang..?

Yang aku nampak setakat ni la, yang dok kecoh-kecoh tu bukan orang Penang pun... ala... salak dari jauh je... sebab utama dok salak dari jauh ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada sekarang ialah seorang berbangsa Cina dan bukannya beragama Islam... tak macam Ketua Menteri Pulau Pinang dulu (Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Haji Koh Tsu Koon kalau tak silap aku) yang datang dari Parti GERAKAN yang ahlinya 100% MeLAYU dan juga beragama Islam.

Tu je yang aku nampak... agenda utama ialah cuba nak menimbulkan sentimen keagamaan (Bad Religion) dan juga percubaan untuk melaga-lagakan sesama kaum di Pulau Pinang. UMNO memang cukup-cukup suka kalau berlaku pertelingkahan kaum.

Ala... tak payah nak nafi la... dulu sape yang junjung-junjung keris sambil jerit nak basahkan keris dengan darah kaum lain..? bukan MeLAYU UMNO ke..? sejarah beb... sejarah... mana boleh padam, mana boleh nak tipu... dalam buku KBSM boleh la korang nak tipu anak-anak sekolah. bila dorang dah besar, mampu lagi ke korang nak menipu lagi..?

Takat totok-totok UMNO tu boleh la korang belit... aku kenal ramai veteran UMNO yang tak reti nak bukak komputer dengan laptop...handphone mahal-mahal pun tak reti nak search internet kalau lepak dekat WIFI Zone dan yang paling bestnya, totok-totok ni tak tau pun apebenda WIFI Zone tu..!

Ni pun bakal jadi sejarah jugak. pakai handphone (iPhone) rege mahal-mahal setakat untuk buat call je, sms haram tak reti nak bukak (tipikal ni selalu bagi alasan bodoh tak suka sms, sembang lagi bagus padahal tak reti nak pakai HP mahal)... buduh...

Balik pada Perarakan tadi...

Lepas ni aku anggarkan bahawa pada hari Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang nanti, seluruh rakyat Pulau Pinang versi MeLAYU UMNO Pulau Pinang akan mencipta sejarah (berdasarkan pada "sentimen" terhadap isu "batal" baru-baru ni) mengadakan Perhimpunan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Terbesar dan Teramai dalam sejarah 1Malaysia..!

Hehehe...!!!

Aku harap geng-geng blogger di Pulau Pinang dapat hadir dan bawak kamera masing-masing ke Perarakan Bersejarah tu nanti. jangan lupa rakam berapa ramai yang hadir. kalau tak jijak 50,000 orang... memang MeLAYU UMNO Pulau Pinang BANGSAT-SEBANGSAT-BANGSATnya sebab kalau tengok dia punya kecoh.........

Kalah Mamak beb...

UMNO Bahagian Cheras Sedia Menerima Nasaruddin Mat Isa

Reactions: 
NOTA EDITOR: Isu ni isu lama iaitu di waktu Tok Guru Nik Aziz meminta Nasa keluar dari PAS dan masuk UMNO atas isu Kerajaang Perpaduang. Hujjah saya amat mudah - Mana mungkin Syaitan mahu mengambil orang beriman untuk menjadi sahabat perjuangan mereka?

Nasa telah bertindak selama ini dan mendapat keredhaan dari puak2 UMNO sehingga ada puak UMNO yang sanggup menerima Nasaruddin Mat Isa secara terbuka. Pelawaan ini jelas menunjukkan betapa UMNO sayang dan cinta pada Nasaruddin. Sekali lagi saya nyatakan, tidak mungkin Syaitan akan suka pada orang yang beriman dan beramal soleh. SOMETHING MUST BE WRONG WITH NASARUDDIN MAT ISA.

Artikel di bawah ini saya dapat dari Blog UMNO Cheras sendiri dan bukannya dari sumber kedua atau ketiga. Artikel ini ditulis oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras sendiri, Syed Al Habshee. Terpulang pada saudara/ri untuk membuat penilaian.

Tulang Besi
UMNO Cheras sedia terima Nasharuddin jika ditendang keluar daripada PAS

SARANAN Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO gara-gara menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dilihat sebagai usaha terbaru beliau menolak penyatuan umat Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang terkejut dan kecewa dengan perkembangan terbaru itu menyifatkan Mursyidul Am PAS itu semakin angkuh dan takbur.

"Sungguh memalukan, seorang Tok Guru tidak mahu kepada usaha penyatuan umat yang dilakukan PAS-UMNO, sebaliknya timbalan presiden disyorkan keluar parti", tegas beliau.

Berikutan itu, Syed Ali tidak menolak kepimpinan PAS sekarang ini telah terbelah kepada dua – satu menyokong kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan satu puak lagi taksub dengan Nik Aziz.

"Kita tidak campur tangan dalam rumahtangga PAS, tetapi desakan supaya Nasharuddin keluar daripada PAS kerana isu kerajaan perpaduan amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam", tegasnya.

Sehubungan itu katanya, desakan supaya Nasharuddin keluar daripada PAS membayangkan bahawa sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak boleh menerima pandangan dan teguran orang lain.

Sebaliknya beliau menjelaskan, Nasharuddin telah menunjukkan dirinya sebagai salah seorang pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan agenda politik kerana kepentingan penyatuan umat.

"Jika Nasharuddin ditendang keluar daripada PAS, UMNO Bahagian Cheras bersedia pada bila-bila masa untuk memberi tempat kepada beliau sebagai ahli parti” ujarnya.

Beliau menjelaskan, ketokohan dan kewibawaan Nasharuddin amat diperlukan kerana beliau telah membuktikan keikhlasannya untuk bersama merintis jalan kearah perpaduan orang Melayu.

"Mengapa Nik Aziz bertindak sedemikian rupa hanya kerana ada pihak yang ingin kembali bersatu atas nama persaudaraan sesama Islam, ini bermakna beliau sememangnya tidak mahu kepada perpaduan umat", tegasnya.

Syed Ali menyifatkan haluan pemimpin PAS sekarang ini semakin jauh terpesong dan tersasar daripada tuntutan ajaran Islam yang sebenarnya kerana dipengaruhi oleh kepentingan politik.

Posted by syed ali alhabshee at 2:40 PM

Kapal TAK BOLEH Selam Mabuk Fitnah Siswa Koma,

Reactions: 
myMetro lapor pada 12hb. Februari, 2010:
Siswa langgar Adun stabil
2010/02/12

KLANG: Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang koma selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, 7 Februari lalu, kini stabil.

Bagaimanapun, Mohamad Bakri Mohd Bazli, 23, yang juga penuntut tahun akhir Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur itu masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan masih tidak sedarkan diri. Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika ditemui selepas melawat Mohamad Bakri, berkata beliau dimaklumkan doktor, keadaan mangsa bertambah baik dan doktor masih menunggu mangsa pulih sebelum membuat pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya.

“Pihak UiTM kini berusaha membawa ibu mangsa dari Kelantan dan berjanji akan memberi bantuan kepada ahli keluarganya. “Saya difahamkan, UiTM turut menyediakan rumah tamu di UiTM Shah Alam dan kenderaan untuk mereka berulang-alik dan semua perbelanjaan itu ditanggung pihak universiti,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau yang tiba kira-kira jam 11 pagi meluangkan masa hampir sejam melawat mangsa di ICU. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu, Mohamad Bakri yang menunggang motosikal berseorangan untuk membuat salinan kad pengenalan terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan/Persiaran Institut Seksyen 7 di sini, menyebabkan mangsa parah di kepala.
Sementara itu .: TVSelangor.com :. pula lapor begini:
ADUN Sekinchan Mahu Saman Laporan Palsu Portal Pro-Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.

Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.

Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.

Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.

"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.

Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu.
Lapor pulak blogger UMNO:
ADUN SEKINCHAN CONFIRM MABUK KETIKA MELANGGAR BUDAK MELAYU! KENAPA SEMUA DIAM?

Wahai orang-orang kampung dan bandar, hari ini aku mahu menceritakan pasal seorang adun yang kuat mabuk dan baru-baru ini dia telah membuat satu kesalahan yang teramat besarlah adanaya! Ini pasal kes langgar lari oleh adun Sekinchan yang muka macam gangster bukit tu, sila baca di bawah ini:

ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.

Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.

Baiklah itu yang telah dipetik dari Selangor Daily.com, lepas tu kat bawah ni pulak ada lagi tentang kes yang yang sama tetapi kali ini dari forum MyKMU pulak:

Komen dari Forum Mykmu.net oleh seseorang yang menggunakan nama samaran Teh Tarik:
  • Kesian pelajar UiTM itu. Namanya Mohd Bakri, 20 tahun, khabarnya di dalam ICU Hospital Sultanah ...Klang.

    Kemalangan berlaku pada/selepas jam 2350, 7 Feb 2010. Ng Sue Lim bagi tau pihak akhbar bahawa kereta yang dipandunya terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan. Pada ketika itu, Mohd bakri lalu dgn motosikalnya dan pelanggaran berlaku....

    Ng mengadakan majlis jamuan untuk wartawan2 media berbahasa Cina pada malam itu, dan meninggalkan tempat jamuan mulai jam 2300....Sumber: The China Press.Com.My

    Kalu ada jamuan makan malam (untuk orang2 Cina), hehehehehe, ada TAK minuman yang memabukkan?

    Sama2lah kita tunggu siasatan selanjutnya.

    Semoga mangsa berjaya diselamatkan. Mudah2an.
Sehingga hari ini kita masih belum mendengar komen dari Ketua Polis Trafik Selangor mahu pun Ketua Polis Negeri.
Komen aku - Kapal TAK BOLEH Selam apa cerita..? dah boleh menyelam ke belum..? kalau tak boleh menyelam lagi, aku cadangkan supaya Kerajaan Malaysia hantar Kapal TAK BOLEH Selam tu masuk kursus menyelam dekat Pulau Perhentian. sila hubungi Ijam (bekas penyanyi kumpulan rock Medicine untuk maklumat lanjut.

Blogger UMNO tak nak komen ke pasal kes Kapal TAK BOLEH Selam tu..? asyik dok lapor berita fitnah je tak habis-habis...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!