Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 17, 2010

Royalty Minyak: Taklimat Dari Tun Salleh Abas Akhir Bulan Ini..!

Reactions: 
Sehingga ke waktu ini isu Royalti Minyak (bukan "wang ehsan") masih menjadi 1 isu yang paling ditakuti oleh UMNO di Kelantan. berbagai-bagai usaha "memutar belit fakta" giat dianjurkan dan yang terdekat sekali akan dianjurkan pula 1 "Ceramah Perdana" isu Royalti Minyak di Bangunan UMNO Kelantan pada 19hb. Februari, 2010 ini.

Barisan penceramah yang bakal ditonjolkan ialah tak lain dan tak bukan barisan "pengkhianat Negeri Kelantan" yang terdiri dari "Tok Pa" dan juga Awang Adek yang kita ketahui 2 "pengkhianat Negeri Kelantan" ini sebenarnya tidak tahu apa-apa berhubung "Perjanjian Royalti Minyak" tetapi dalam kenyataan-kenyataan dan Ceramah-Ceramah mereka, bercakap seolah-olah merekalah yang mewakili Petronas dalam perjanjian tersebut.

Tak kisahlah UMNO nak buat Ceramah Penerangan banyak manapun, tak de sape yang kisah. kalau UMNO nak buat Ceramah versi "Ralli" sebulan tanpa henti pun tak de sape yang kisah. yang seronok cuma totok-totok UMNO dan bagi pihak yang komited bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan pulak, aku yakin... menyampah nak mampus... orang Kelantan cakap "loh la demo... ceghamoh la sapa keghing tekok tak dok sapo heghe...".

Di pihak Kerajaan Negeri Kelantan pula masih komited dengan tuntutan asal malah apa yang aku perhatikan ialah, barisan para pejuang yang mengepalai "Tuntutan Royalti Minyak Kelantan" khususnya GEGAR semakin bersemangat dalam Perjuangan Menuntut Hak Negeri Kelantan.

Terbaru sekali, diberitakan bahawa 1 Taklimat Isu Royalti Minyak untuk semua ADUN Kelantan akan diadakan pada akhir bulan ini dan yang paling menariknya ialah, Tun Salleh Abas dan juga Tuan Tommy Thomas telah mengesahkan kehadiran mereka dalam majlis Taklimat tersebut dan Taklimat tersebut akan disampaikan sendiri oleh Tun Salleh Abas dan juga Tuan Tommy Thomas.

Pasti ada suatu yang menarik akan dijelaskan oleh 2 nama tersebut yang tak perlu aku perkenalkan lagi pada umum akan penglibatan mereka berdua selain Tengku Razaleigh Hamzah (yang juga komited dengan perjuangan Kerajaan dan juga Rakyat Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak) dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan dan lain-lain Negeri yang terlibat dalam Industri Minyak Negara.

UMNO boleh terus-terusan mengatur totok-totok, wakil rakyat-wakil-rakyat dan semua pimpinannya untuk memutar belitkan fakta sebenar sementara Kerajaan Kelantan semakin gagah dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dengan sokongan individu-individu yang terlibat "secara langsung" dalam semua perbincangan dari awal sehinggalah termeterai perjanjian antara Negeri-Negeri yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

"Pergi MAMPOS Dengan UMNO/BN..!"

Royalti Minyak/Wang Ehsan...

Reactions: 
Peruntukan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan yang dijangka disalur penghujung Mac ini akan bertumpu kepada golongan miskin, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Kita akan lebih fokus kepada membantu golongan miskin, seperti memberi bantuan secara langsung atau membaiki rumah mereka kerana untuk projek pembangunan ia memerlukan peruntukan yang lebih besar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, bagaimanapun kaedah agihan itu masih pada peringkat perbincangan.

Sumber -
Utusan Malaysia Online
"Golongan Miskin"..? kalau ikut pengalaman aku la, "Golongan Miskin" bagi UMNO ialah Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan juga Ahli-Ahli UMNO dan juga Totok-Totok UMNO. lain daripada tu (yang tak de kena mengena dengan UMNO) dikira "Golongan Pertengahan", tak payah bagi bantuan.

Kalau dekat Negeri-Negeri bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pulak lain takrifannya... Dalam media Perdana dikhabarkan bahawa (contoh) - "RAKYAT KELANTAN MISKIN DIBAWAH PEMERINTAHAN PAS" & bla bla bla, tapi bab bantuan "RAKYAT MISKIN" yang disebut tadi "TAK LAYAK" atas sebab-sebab tertentu...

Ala... dah lebih 50 tahun dah... tau sangat...

Fakta Kerajaan Penang Menjaga Melayu & Islam Lebih Baik Dari UMNO

Reactions: 
Assalamualaikum pembaca sekelian,

Di bawah adalah beberapa fakta yang membuktikan Kerajaan Penang menjaga Melayu dan Islam lebih baik dari UMNO:
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket