Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 18, 2010

Annuar Shaari dan Ezam Mat Nor Dapat RM20juta Dari SOROS

Reactions: 
"Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya".

NOTA EDITOR: Berikut adalah pendedahan dari Raja Petra Kamaruddin bahwa Ezam Mat Nor dan Annuar Shaari telah meminta wang dari George Soros sebelum pilihanraya 2004. Jumlah yang mereka dapat adalah dalam RM20juta tetapi wang tersebut tidak pernah dilihat dan diterima oleh Keadilan mahupun Anwar Ibrahim. Khabarnya, wang tersebut tersekat di Hong Kong dan tidak pernah ditemui lagi.

Saya teringat sekitar tahun 2003 saya minum the tarik dengan salah seorang MP PKR sekarang ini. Saya bertanya pada beliau, mana Ezam dapat duit beli rumah banglo di kawasan paling mahal di Shah Alam? Beliau lantas mengamuk dan mempersoalkan berkenaan bagaimana anak Mustafa Ali boleh dapat banyak kontrak dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Saya kata, saya tak tau pasal tu, tapi yang pasal Ezam ni saya tahu dan wajib kita ambik tindakan. Last-last tengok sapa yang betul? Alhamdulillah.

Saya juga teringat Lokman Nor Adam difitnah dan dimaki Ezam secara terbuka sebab Lokman mintak kenaikan elaun dari Ezam Mat Nor sebab dia tak mampu buat kerja sebagai SU Pemuda Keadilan Pusat. Pada saya masa tu, macam mana Lokman tahu Ezam ada duit banyak? Kalau Ezam pun sengkek kenapa nak mintak duit kat Ezam?

Dan Lokman antara orang yang mula-mula mendedahkan wujud usaha meminta wang dari George Soros oleh puak2 dalam KeAdilan. Sekarang ni, kedua2 ekor kerbau ni dah duduk dalam UMNO dan berkempen lawan kita. Nampak tak taktik mereka mengkaburi mata kita.

Bagi saya, tindakan Lokman maki Ezam dan Ezam maki Lokman sebelum 2004 adalah SANDIWARA sahaja. Tujuan utama adalah untuk membawa perhatian orang dari topik yang sebenar: bagaimana hendak menjadikan RM20juta tu harta mak bapak mereka. Tengok la Lokman sekarang ni, kaya raya, bawa kereta mewah. Mana si Lokman dapat duit dengan begitu mudah. Semua puak2 yang ikut Ezam keluar UMNO tu, lihat gaya dan cara hidup mereka sekarang.

Ia banyak menjawab persoalan-persoalan yang selama ini kekal di benak saya. Rupa-rupanya kita semua ditipu oleh Ezam, Lokman, Zahid Mat Arip, Roslan Kassim dsbnya. Mereka konon bergaduh sama sendiri tapi di belakang mereka sesah duit Rm20 juta ni sesama mereka.

Lagi satu kena ingat, tu baru dari George Soros. Bagaimana pula duit dari sumber lain? Raja Petra kata lagi mereka jual nama <i>Free Anwar Campaign</i>. Mereka round satu dunia mintak duit. Ertinya, busuk-busuk pun saya yakin RM80-RM100juta tu senang-senang je.

Jadi, untuk memastikan duit-duit tu tidak dipersoalkan, mereka pun berlakon lah kononnya mereka bergaduh. Last2 semua masuk UMNO. Di Permatang Pauh, Lokman dengan Ezam boleh duduk atas pentas yang sama. Annuar Shaari boleh bukak bisnes sendiri hidup senang lenang. Semua hidup senang makan duit derma orang yang nak tengok Anwar lepas.

SEEMUUUAAAAA AUTA.

Lagi satu pengajaran dari peristiwa Ezam and the Gang, kalau pimpinan tu tiba2 je boleh hidup kaye, takda kerja boleh tukar Mercedez, takda bisness boleh duduk rumah juta-juta, ertinya ADA YANG TAK KENA. Jangan sekali-sekali kita BERSANGKA BAIK. Islam mengajar umatnya bersangka baik. Tapi Islam juga mengajar umatnya supaya JANGAN JADI BODOH. Malahan, lebih penting umat Islam tidak jadi bodoh dari bersangka baik.

Nabi SAW tak pernah bersikap bodoh. Nabi SAW sentiada bersikap bijaksana dan takda sapa boleh tipu Nabi SAW.

Kat dalam PAS sekarang ni pun kita kena tengok-tengok benda ni. BAru memerintah tak sampai setahun dah tukar Mercedez. Lepas tu tayang kat orang. Itu ke ajaran NAbi SAW? SAidina Umar jadi papa sebab pegang jawatan Khalifah. Sampai anak bini dia kelaparan. Pimpinan2 PAS boleh tukar kereta baru, kereta mewah, rumah banglo harga juta2.

Ini bukan WALA', ini BODOH namanya. Islam TIDAK PERNAH AJAR UMATNYA JADI BODOH.

Tulang Besi
Anuar Shaari and George Soros (UPDATED with BM Translation).
  • Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

"Anuar Shaari, bekas pegawai Kementerian Kewangan yang bekerja untuk Anwar antara 1996 dan 1998, tiba di pejabat polis daerah Melaka Tengah sekitar jam 10 pagi pada Khamis dan menghabiskan sekitar 30 minit dengan OCPD ACP Salehhudin Abdul Rahman bagi menyampaikan maklumat itu," akhbar The Star melaporkan.

Sebenarnya, laporan ni tak menceritakan segala-galanya. Ia tidak menjelaskan hakikat bahawa Anuar Shaari terus bekerja untuk Anwar hingga tahun 2004 ataupun mungkin lebih lama daripada tu. Dia adalah salah seorang 'pengendali' utama Parti Keadilan Nasional, iaitu sejak parti tu dilancarkan pada 14 April 1999 hinggalah ke saat pelancaran Free Anwar Campaign pada Ogos 2000, dan seterusnya.

Pada sekitar tahun 2003, Anuar Shaari, Ezam Mohd Nor dan dua orang lain yang telah meninggalkan parti pembangkang pergi ke Amerika Syarikat. Saya hanya mengetahui tentangnya apabila saya ditelefon seseorang dari Amerika Syarikat. Dia ingin saya mengesahkan identiti keempat-empat orang berkenaan dan bahawa mereka adalah sebahagian dari Free Anwar Campaign.

Saya terkedu dan tak tahu apa yang harus saya jawab. Saya berbohong dan berkata bahawa saya sedang bermesyuarat dan meminta untuk menelefonnya kemudian. Saya kemudiannya menghubungi seseorang yang pasti tahu tentang apa yang sedang berlaku, lalu bertanya mengenai perkara tu.

Orang tu terkejut kerana saya mengetahui tentangnya.

Pada masa tu, saya memang resah. Ini kerana hanya saya yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Saya menjalankan Free Anwar Campaign secara sendirian. Tak ada orang lain yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Jadi, macam mana pula sekarang ni ada empat orang di AS yang kononnya ke sana atas urusan yang berkaitan dengan Free Anwar Campaign?

Orang yang berhubung dengan saya tu menerangkan tentang tujuan mereka ('empat sekawan') ke AS. Dia kemudiannya meminta saya untuk menelefon kembali orang hubungan saya di AS dan mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya melakukan seperti yang diminta, tetapi hanya selepas saya melepaskan geram saya kepada orang tu dan menyatakan pendirian bahawa saya tidak menyenangi akan perkara yang sedang berlaku. Namun demikian, demi perjuangan, saya mematuhi arahan tu.

Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya.

Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?"

"Ya," saya menjawab.

"Okey," ujarnya. "Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."

Ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya umum Mac 2004. Tapi dana pilihan raya puluhan juta ringgit tu tak pernah pun dihantar ke Malaysia. Sebaliknya, ia disalurkan ke Hong Kong dan pilihanraya umum Mac 2004 berlangsung sebelum wang tu sempat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia. Sehingga kini, duit tu ghaib entah ke mana. Tak lama selepas tu, Ezam dan gengnya, termasuklah Anuar Shaari meninggalkan pembangkang dan menyertai UMNO. Ada juga yang meninggalkan pembangkang sejurus sebelum pilihanraya 2004.

Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George Soros di sini: http://www.georgesoros.com/). Malah empat sekawan tu bertemu dengan Soros secara peribadi di pejabatnya. Saya juga diberitahu tentang individu yang menetapkan pertemuan tu dan penyaluran wang yang berkenaan.

Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.

"Ya, saya tahu," jawab saya.

"Awak ada dapat duit daripada mereka?" soal Pawanchik.

"Satu sen pun tak ada," jawab saya.

"Mmm… dah agak dah," kata Pawanchik. "Saya diberitahu bahawa mereka menggunakan nama awak untuk mengutip jutaan ringgit dan bahawa mereka tidak memberikan satu sen pun kepada awak. Kenapa awak tak tutup saja Free Anwar Campaign? Kalau dibiarkan, puak-puak ni akan memperalatkannya bagi mengutip derma."

Isteri saya yang berada di situ sependapat dengan Pawanchik. "Saya dah lama suruh tapi dia ni degil sangat," isteri saya menambah.

"Saya takkan meninggalkan Anwar separuh jalan," kata saya kepada Pawanchik. "Saya akan tutup Free Anwar Campaign apabila Anwar dibebaskan."

"Bagaimana jika dia tak dibebaskan? Bagaimana kalau dia meringkuk selama 15 tahun di penjara? Awak nak ke teruskan Free Anwar Campaign untuk lagi sembilan tahun tanpa dibayar gaji dan terus membiarkan mereka memperalatkannya bagi mengumpul kekayaan?"

"Yelah kot," jawab saya. "Tapi hari ni, Anwar akan dibebaskan. Jadi, saya boleh tutup Free Anwar Campaign hari ni juga."

"Tak ada seorang peguam pun yang sependapat dengan awak," kata Pawanchik. Saya hanya mengangkat bahu saya. Dua jam kemudian, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dan saya pulang ke rumah untuk membuat entri terakhir saya, 'Alhamdulillah, Anwar is now free' (Alhamdulillah, Anwar kini bebas) dan seterusnya menutup Free Anwar Campaign.

Ya, itulah cerita tentang Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari dan ya… saya juga tahu identiti dua orang lain yang juga pergi ke AS serta 'orang kelima', iaitu lelaki yang saya telefon. Saya juga tahu nama pemimpin kanan parti yang memberitahu saya bahawa puluhan juta ringgit tu datang daripada Soros. Selain tu, saya juga semestinya tahu nama orang hubungan saya di AS yang menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penyaluran wang tu. Tapi selagi mereka tak kacau saya, maka saya takkan bocorkan rahsia mereka. Tetapi kalau mereka sengaja cari fasal dengan saya, maka saya akan dedahkan nama mereka.

Rosmah Kecewa Ibu-Bapa Abaikan Anak Dirumah Kebajikan...

Reactions: 
Utusan Malaysia Online lapor:
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kecewa dengan ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu perkembangan anak mereka setelah dihantar ke rumah kebajikan.

Malah, katanya, mereka dengan mudah menyerahkan segala tanggungjawab memelihara anak kepada penjaga di rumah kebajikan.

"Kita tahu mereka ada masalah sehingga tidak mahu membela anak sendiri tetapi jangan terlalu mudah melepaskan tanggungjawab.

"Saya merayu ibu bapa berkenaan supaya datanglah menjenguk anak mereka yang begitu memerlukan kasih sayang daripada keluarga sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sungguh besar sifat "keIBUan"... terserlah sungguh...

Yang ni pulak saja aku letak sebagai penyedap cerita..?:
Azrene dan Dr. Fazley…Sah berkahwin…Dr. Fazley bila ditanya, dengan tersenyum memberitahu wartawan bahawa Azrene Soraya (anak Datin Seri Paduka Rosmah Mansor) adalah isterinya - sumber berita lama disini.
Apa khabar anak-anak..?
*gambar sekadar hiasan...

SOLAH HAJAT & CERAMAH PERDANA SELANGOR

Reactions: 
Nota Editor: Rekod Tok Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 20 tahun menunjukkan bahawa senjata ampuh beliau menentang kezaliman UMNO adalah dengan mengadu kembali kepada Allah SWT.

Kerajaan negeri Selangor sekarang ini sedang diserang dalam dan luar. Maklumat saya dapat dari dalaman UMNO, pihak atasan UMNO masih belum berpuas hati selagi Selangor belum jatuh kembali ke UMNO.

Alhamdulillah, setiap percubaan mereka gagal dan makan tuan. pembunuhan Teoh Beng Hock. Penggunaan SPRM untuk melemahkan serta mensabotaj Kerajaan Negeri juga gagal. Percubaan Suwardi Yaakob untuk menjatuhkan MB juga menemui kegagalan yang luhur sehingga ke tahap Nazlee GERAK masuk PKR. Namun, segalanya adalah ketentuan Allah SWT dan bukan kerana kekuatan kita.

Solat hajat ini WAJIB dihadiri oleh SELURUH RAKYAT MALAYSIA tidak kira agama atau bangsa. Saya berharap untuk melihat Stadium Melawati dipenuhi bukan sahaja dengan orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

Dicadangkan keseluruhan Kepimpinan DAP dan PKR yang bukan Islam juga turut hadir menunjukkan sokongan. Pakatan Rakyat adalah lemah dan hanya bergantung kepada kekuatan Allah SWT. Biarlah Allah SWT melindungi kita dari kezaliman dan kejahatan UMNO dan Barisan Nasional

Tulang Besi
PROGRAM : SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA BERSAMA MURSYIDUL AM PAS - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, PENASIHAT UMUM PKR - DATO' SERI ANWAR IBRAHIM & MENTERI BESAR SELANGOR - TAN SRI KHALID IBRAHIM

HARI/WAKTU : SABTU MALAM AHAD, 20HB. FEBRUARI, 2010, 7 MALAM

TEMPAT : STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR

ANJURAN BERSAMA : PAKATAN RAKYAT SHAH ALAM

Demonstrasi Protes Guan Eng Demonstrasi Haram???

Reactions: 
Nampaknya macam demonstrasi anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) adalah Demonstrasi Haram kerana ia tidak diiktiraf oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sendiri. Buktinya adalah Setiausaha Agung DPMM telah dikasari oleh Rizal Faris Mohideen di Lapangan Terbang Penang semalam.

Ia menyebabkan Datuk Abdul Rahim Abu Bakar sendiri terpaksa membuat laporan polis terhadap Rizal Faris Mohideen, yang juga penganjur demonstrasi tersebut. Di dalam demo tempohari, gambar Guan Eng telah dibakar oleh wakil-wakil DPMPP, pertubuhan yang dipimpin oleh Rizal Faris Mohideen. (Buat malu bapak dia aje, Haji Mohideen Kadeer, bekas calon PSRM di Balik Pulau tahun 1986).

Dengan peristiwa ini menunjukkan tindakan DPMPP tidak mendapat sokongan dari DPMM sendiri sehingga Rizal Faris telah memaki dan mencarut terhadap Setiausaha Agung beliau sendiri.

Dari maklumat yang saya dapat dari sumber saya di Penang, puak2 yang demo tempohari tu marah sebab mereka tak dapat projek juta2 macam masa zaman Koh Tsu Koon dulu. Mereka mengamuk sebab masa zaman Tsu Koon mereka ni mudah dapat projek. Mereka ni ada hubungan dengan Tan Sri Nor Mat Yaakob yang menjadikan mereka mudah dapat projek.

Tapi, zaman Guan Eng, mereka susah dapat projek macam masa dulu. Jadi, mereka pun demo lah. Tuhan tu Maha Kaya, tak sampai sebulan lepas demo, turun petunjuk dari Nya. Rupanya, tindakan DPMPP ni tak dapat restu pun dari DPMM, pertubuhan induk mereka. Patutnya, bila SU Agung DPMM turun ke Penang, mestilah diiringi oleh wakil-wakil DPMPP.

Tapi, DPMM pun tak minat nak dilihat duduk semeja dengan DPMPP ni. Takut nanti DPMM akan jatuh taraf paria macam DPMPP.

Tu yang si Rizal ni mengamuk macam orang gila kat SU Agung DPMM di airport Penang. Rizal ni sedar tindakan demo tu takdak sapa sokong. Ni kita dengar SU Politik Tan Sri Nor pun dah kena tangkap dengan SPRM sampai terpaksa resign. SU Politik macam mana ada duit sampai RM2 juta saya pun tak tu.

Lepas ni tak tau sapa lagi yang kena tangkap.

Saya kalau ada bukti Guan Eng ni zalim, sila bawa kedepan. Kita lawan sebab kita tak pernah sokong kezaliman dan korupsi.

Tulang Besi
National Malay chamber sec-gen lodges report against Penang President
Written by Regina William, The Edge

The Malay Chamber of Commerce Malaysia secretary-general Datuk Abdul Rahim Abu Bakar has lodged a police report against Penang Malay Chamber of Commerce (DPMPP) president Rizal Faris Mohideen for allegedly threatening him and attempting to assault him at the Penang International Airport last Wednesday.

Abdul Rahim lodged the report at the Selayang police station on Feb 12.

According to the report, Abdul Rahim said that at about 10am on Feb 10, he was with Melaka Malay chamber chairman Datuk Md Ramli Mohamad and Terengganu Malay chamber deputy president Abdul Razak Yaacob at the airport when they bumped into Rizal.

Abdul Rahim said Rizal shouted at them and also used harsh words including "babi, sial, binatang, barua, kurang ajar".

Rizal allegedly warned them to be careful as he was "after them" and tried to hit Abdul Rahim with his hand but was prevented from doing so by Ramli.

"I left the place immediately as I did not want to entertain him, but he told Razak that he would shoot me and throw his shoes at me at the forthcoming meeting," Abdul Rahim stated.

He said he lodged the report for fear of his, his family's and friends' safety.

Hardly two hours after the alleged incident, Rizal lambasted Abdul Rahim for meeting up with Chief Minister Lim Guan Eng behind his back the night before.

At a press conference on Feb 10, Rizal said he had written a strongly-worded letter to the headquarters and to the president, and distanced himself from Abdul Rahim.

He said Abdul Rahim had never set foot in Penang to check out what was actually happening here or the situation of the Malays in Penang.

He also accused Abdul Rahim of seeking cheap publicity for himself and playing politics.

At the conference, Rizal also called Lim a liar, dictator, political reject and hypocrite, among other names.

The national delegation had met Lim for a dialogue following a flare-up between the DPMPP and Lim's administration.

The DPMPP had accused the state government of neglecting the Malays in the state, including intensifying enforcement action against Malay traders.

The DPMPP had also mobilised other Malay and Muslim non-governmental organisations to stage a demonstration against Lim's administration after Friday prayers on Feb 5.

Waspada Dominasi "Geng Gganu" - Tulang Besi

Reactions: 
PAS perlu bimbang terhadap dominasi pemimpinnya dari Terengganu yang lebih dikenali sebagai "Geng Gganu" yang didakwa mengawal tindakan politik Presidennya Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, kata seorang penulis blog popular.

Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS berkata kumpulan tersebut mampu menguasai parti ekoran kedudukan "strategik" mereka.

"Ini luahan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS yang saya kenal, idea (Kerajaan Perpaduan) ini dipersetujui oleh mereka-mereka yang dulunya menjadi pemimpin PAS Terengganu, atau saya panggil "Geng Gganu".

"Nama-nama seperti Ustaz Abu Bakar Chick, Haron Taib, Idea Perpaduan, Muzakarah (PAS-UMNO) ini disokong mereka dan yang saya risau akan Presiden PAS yang lebih suka menyokong kehendak-kehendak "Geng Gganu" daripada kehendak majoriti Ahli Jawatankuasa, Ahli-Ahli PAS dan juga para penyokong Pakatan Rakyat yang mengundi PAS" katanya.

Abdul Rahman berkata, beliau difahamkan bahawa, dalam kes tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali yang dikritik Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah", hanya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin Terengganu yang mempertahankannya (Dr Hasan Ali dan beberapa nama yang disebut).

"Jadi Presiden hanya melebihkan "Geng Gganu". Sebab itulah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan dibuat sebulat suara. Kalau dibuat pengundian, saya yakin agenda kumpulan Terengganu pasti akan ditolak,” katanya.

Abdul Rahman yang konsisten menentang keras idea Kerajaan Perpaduan dan Muzakarah PAS-UMNO berkata, penguasaan kumpulan tersebut berleluasa terutamanya di Pejabat Presiden PAS.

"Tengok dalam Pejabat Presiden, semua orang Terengganu, Setiausaha Politik, Dr Samsuri Mokhtar, Setiausaha itu, Setiausaha ini semuanya orang Terengganu", katanya yang mengaku adalah seorang Ahli PAS kawasan Lembah Pantai.

Penguasaan pemimpin-pemimpin Terengganu di peringkat pusat PAS, antaranya di kerusi Presiden, Setiausaha Agung, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, akhbar organ parti (Harakah) dan unit IT PAS, sentiasa disebut-sebut dikalangan mereka-mereka yang tidak bersetuju dengan "Geng Gganu".

Kumpulan tersebut yang sering dikaitkan dengan idea Kerajaan Perpaduan dengan UMNO sering diperolokkan di blog-blog "anti UG" sebagai geng "Kerajaang Perpaduang" (sebutan mengikut loghat Terengganu).

Nama Tulang Besi atau Abdul Rahman, seorang Perunding Perniagaan di luar negara mula menjadi perhatian banyak pihak selepas dia bertindak mendedahkan beberapa siri pertemuan antara PAS-UMNO selepas pilihan raya umum lalu ke pengetahuan umum melalui laman web TKO dan juga lama web peribadinya MalaysianWaves.com.

Beliau yang sering menyerang Dr Hasan kerana tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat pernah berkhidmat sebagai orang kanan penceramah motivasi tersebut selama dua tahun sehingga 2007 yang menjadikannya (Tulang Besi) sebagai "orang dalam".

"Perarakan Maulidur Rasul" Pulau Pinang: KeBANGANGan UMNO Terserlah...

Reactions: 
Sekiranya benar Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini, ia bukan satu yang pelik. Ini kerana dalam Rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak pernah menganjurkan sebarang Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Dari tahun 2003-2005 (zaman pemerintahan Barisan Nasional), rekod Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah menganjurkan sebarang Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul dizaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Rekod Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menunjukkan bahawa:
Pada tahun 2003 (Kerajaan BN), sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa Perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 (Kerajaan BN), sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa Perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2005 (Kerajaan BN), sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa Perarakan Maulidur Rasul.
Kenapa sekarang bila Kerajaan Negeri tidak menganjurkan Perarakan jadi isu pulak sedangkan pada zaman BN memerintah Pulau Pinang, perkara ini tidak pernah berbangkit..?

Bagi aku perkara ni sikit pun tak pelik sebab sekarang UMNO, tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Daripada isu perkauman kepada isu penggunaan nama Allah hinggalah kepada isu "Perarakan" semuanya digembar-gemburkan sedemikian rupa. apa tujuannya..? bagi aku tak lain tak bukan sekadar nak membangkitkan suasana yang tidak baik di Malaysia.

Menatang UMNO/BN ni makin hari makin tersepit. apa-apa isu pun akan dimainkan walaupun tak de fakta yang menyokong hujah mereka.

Yang penting, RAKYAT MESTI DIBODOHKAN..! kenapa rakyat mesti diBODOHkan..?

Standard la beb... menatang bodoh kalau nak perintah Negara, kena la bodohkan rakyat dulu... kalau rakyat lagi cerdik dari menatang pemerintah yang bodoh, alamat lingkup la KERAjaan BODOH.

Lepas ni pencacai-pencacai BODOH geromBODOHland akan tinggal macam-macam komen yang tak de kena mengena dengan artikel ni. fakta dekat atas tu diorang buat-buat macam tak wujud... tapi tak pe... aku paham "tugas" pencacai-pencacai BODOH geromBODOHland.

Teruskan menonjolkan keBODOHan diri sendiri terutamanya pada Awang Dogol. korang layan je... lagi banyak dia komen, lagi banyak duit dia masyuuuk... Halal-Haram tolak tepi, yang penting... "BODOH didahulukan, MENCACAI diutamakan".

Video Anak TGHH Selamatkan Mangsa Lemas...

Reactions: 
Yang berenang selamatkan mangsa tu, anak Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang.

Herman dapat cerita dari mana aku tak tau sampai Ali marah-marah... mungkin dia dapat dari Utusan Malaysia...

p/s - sape nak belajar ilmu kipas-kipas boleh hubungi Herman Samsudeen.