Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 21, 2010

2012 Terengganu Dalam Dakapan UMNO

Reactions: 
NOTA EDITOR: Dibawah adalah satu artikel saya ambil dari Laman Tranungkite. Intipati artikel ini adalah menunjukkan bahawa peluang PAS untuk menawan semula Terengganu amat tipis. Mengikut penulis, mohdnoorawang, bilangan kerusi maksima yang boleh dimenangi PAS pilihanraya depan adalah dalam 8-10 kerusi.

Mengikut kajian saya sendiri pun, kemenangan Terengganu banyak dipengaruhi oleh pengundi-pengundi atas pagar yang tidak besar jumlah mereka. Estimasi saya adalah sekitar 10% pengundi sahaja.

Namun, pengundi atas pagar Terengganu ni kumpulan yang pelik kerana:
a. mereka biasa mengundi BN.
b. Mereka mengundi mengikut kelompok. Dengan kata lain, pecahan undi mereka amat kecil (biasanya 80%-20%). Ertinya mereka mengundi mengikut blok.
Kita lihat sekali yang PAS menang 1999 adalah lantaran majoriti pengundi atas pagar ini pergi ke PAS atas isu Anwar Ibrahim. Pada 2004, mereka kembali ke UMNO. Mereka ini walaupun terus menerus mengundi BN, namun mereka masih dikira atas pagar kerana mereka boleh berubah, seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya 1999 dan PRK Kuala Terengganu.

Pada 2012, harapan PAS untuk menawan pengundi-pengundi atas pagar ini amat tipis kerana PAS Terengganu masih dipimpin oleh mereka-mereka yang telah ditolak dan dibenci oleh pengundi2 atas pagar ini.

Maklumat dari Wisma Darul Imam saya menyatakan pegawai-pegawai kerajaan negeri(yang menjadi kumpulan "core" atas pagar ini) merasa kecewa sangat apabila PJ Terengganu yang ada sekarang dilantik.

Tidak hairanlah Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang ini pernah di "boo" di Kemaman dalam satu ceramah bersama Anwar Ibrahim. Begitulah tidak popular PJ Terengganu yang ada sekarang ini.

Bagaimanakah harapan PAS Terengganu hendak menawan Terengganu sedangkan pegawai-pegawai kerajaan negeri sendiri masing-masing menolak PJ PAS yang ada sekarang ini? Minta Songkok Putih dan orang2 PAS Terengganu tolong jawab. Kalau mereka lantik Yahya Ali jadi PJ ada harapan lagi cerah berbanding sekarang.

Di Terengganu, kumpulan "atas pagar" ini dipacu dan dipimpin oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri. Kalau mereka tidak berubah, maka keseluruhan pengundi2 atas pagar tidak akan berubah.

Pada 1999 mereka berubah sepenuhnya, maka UMNO tersungkur dgn hilang 2/3. Begitu juga 2004 bila mereka kembali ke UMNO, PAS tersunggkur dengan hilang 2/3. Di Terengganu, senario menang majoriti mudah itu susah hendak berlaku kerana dengan swing 5% sahaja sudah cukup untuk menghilangkan majoriti 2/3. Dengan kata lain, parti mana menang di Terengganu, mesti dengan 2/3. Susunan pengundi di Terengganu adalah begitu, apa nak buat?

Maka, kalau PAS Terengganu ikhlas hendak menang Terengganu, mesti mula dengan perubahan pimpinan. KAlau saya, ambil Ustaz Wang Hassang DUngun pun dah kira harapan PAS cerah. Setakat hari ini, pegawai-pegawai kerajaan negeri masih kekal hati mereka bersama UMNO.

Ohhh, sebelum saya lupa, ada orang akan tanya bagaimana dengan PRK Kuala Terengganu? Saya jawab, kalau UMNO kelmarin pilih Cikgu Zuber jadi calon, nescaya PAS akan kalah. Dari sebuk-sebuk kacau PAS Pusat lebih baik mereka tumpu bagaimana hendak menang semula Terengganu.

Tulang Besi
2012 Terengganu dalam dakapan UMNO.
Posted on Saturday, February 20 @ 03:33:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti
Rencah Oleh: mohdnoorawang


"Terengganu bakal menjadi pertaruahan yang hebat dalam dalam pilihanraya umum ke 13.

Dalam kita membicarakan hal-hal umno yang dianggap korup dan tidak bermaruah malah cukup sekular malah dianggap umno DAN KERAJAAN SEKARANG BERWAJAH "NAJIBROSMAHMIYAH". Kita terlupa atau buat lepas pandang sejauh mana kekuatan PAS di Terengganu atau dapatkah PAS menawan semula dan memerintah pada tahun 2012?.

Kami ajukan persoalan ni bagi menjawap pandangan pemimpin PAS peringkat negeri yang disiarkan dalam akhbar harakah dan buliten online serta paparan dalam akhbar Sinar. Kami mengambil petikan dari Haji Hanafiah (penolong setia usaha PAS negeri Terengganu merangkap pengurus DUN Chukai) meramalkan PAS berpeluang menawan semuala Terengganu pada 2012, Beliau menambah 8 DUN dalam kedaan selamat dan PAS memerlukan 8 kerusi DUN dapat ditawan dengan mudah, namun bila ditanyat oleh wartawan beliau tidak menyatakan DUN yang dikatakan peluang untuk menang.

Kami tidak menidakkan kekuatan PAS Terengganu. Malah pehak PAS Terengganu banyak mengaturkan program kesedaran politik di semua bahagaian. Perlu diingat Terengganu dan rakyat Terengganu amat sukar untuk berpindah parti terutama parti lawan. Kemenangan PAS pada pilihanraya umum yang lalu tidak boleh dijadikan sandaran atau rujukan. Rakyat telah jemu pemerintahan regim Wan Mukhtar(Tan Seri) selama 22 tahun. Sekarang Terengganu diperintah oleh nahkoda umno yang baru Dato' Ahmad Said. Umum pemerintahan Ahmad Said sekadar mengyiarkan dan menyambung apa yang dibuat oleh bekas menteri besar yang lalu Dato' Idris Jusoh. Satu ketika Ahmad Said marah apa yang dibuat oleh Idris Jusuh pada masa yang Ahmad Said menyambung apa yang dibuat oleh Idris Jusoh. Contuh piala monsoon cup.

Walaupun zaman Ahmad Said zaman bangunan runtuh, atau terengganu darul runtuh. perlu diingat yang runtuh adalah bangunan yang dibuat dan dan dibina era Idris jusuh menjadi menteri besar. Dalam hal ini ahmad Said dapat saham yang terbesar. Saham dan lonjakkan sokongan kepada umno dan Ahmad Said cukup tinggi. Walaupun Ahmad Said cukup lemah memerintah Terengganu.Tiada yang boleh dibangkakan oleh rakyat Terengganu era Ahmad Said menjadi menteri besar.

JESTERU ITU Terengganu sukar untuk berubah kuasa pemerintah dalam pilihanraya umum yang ke 13/ 2012. Rakyat terengganu kekal sayang dan patuh pada umn0 dulu kini dan selamanya. Bukan salah ibu mengadung, yang salah pemikiran dan cara serta pendekatan yang diambil oleh PAS dan UMNO.

Cuba kita renung seketika. Terengganu ada 8 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. Parlimen Kuala Terengganu kurang selamat untuk PAS. DUN Ladang, DUN Bandar, bakal milik BN/UMNO. DUN Batu Buruk dan DUN Wakaf Mempelam milik PAS. Parlimen Marang masih milik PAS. Namun DUN Pengkalan Berangan, DUN Serada, DUN Bukit Payong masih dapat ditawan oleh UMNO/BN. Hanya DUN Rhu Rendang masih kekal dalam dakapan PAS. Namun DUN Rhu Rendang peluang UMNO masih ada.

Kawasan Parlimen Dungun masih kekal milik UMNO/BN. DUN Bukit Besi, DUN Paka, DUN Rantau Abang kekal milik UMNO/BN. Hanya DUN Sura masih milik PAS. Kawasan Parlimen Kemaman masih milik UMNO/BN. Untuk kedudukkan DUN Kijal, DUN Air Putih, DUN Kemasikl kekal milik UMNO/BN. Namun DUN Chukai ada perlawanan yang cukup hebat, peluang untuk PAS menang tipis.

KEMBALI pula Parlimen Hulu Terengganu masih milik UMNO/BN. Jesteru itu DUN Kuala Brang, DUN Tanggol, DUN Ajil masik kekal milik UMNO/BN. Hanaya DUN Manir maseh menjadi pertaruhan pada PAS. Bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus hanya satu DUN Bukit Tunggal milik PAS. Ketiga DUN dalam Parlimen masih kekal milik UMNO dan BN.

Bagi percaturan Parlimen Besut dan Parlimen Setiu dan semua lapan DUN dalam parlimen tersebut peluang umno cukup terang dan menang mudah. Hanya satu DUN sahaja PAS dapat peluang untuk menang. Dari pengamatan kami PAS hanya dapat pelunag untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 hanya sekitar angka 8 dan kurang dari angka sepuluh.

Pada pembaca artikal ini bukan merendah kekutan PAS Terengganu. Ini adalah satu analisa serta mood orang Terangganu yang sebenar. Dengan ini kami meminta pehak PAS mengambil tindakan yang jujur dan iklas serta mencari satu pendekatan agar rakyat Terangganu menyokong PAS pada tahun 2012. Kami mahu PAS memerintah semula Terangganu pada pilihanraya umum yang ke 13."

Pembangkang Perlu Contohi Hadi - Muhyiddin Yaasin

Reactions: 
NOTA EDITOR: No komen. Nanti orang kata saya tak wala'. Kenyataan Presiden itu boleh dibaca di sini. Mungkinkah ini satu sebab Presiden tidak pernah meluangkan waktu melawat Anwar Ibrahim di mahkamah sepanjang perbicaraan beliau. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja.

Lagi satu, kalau macam ni kita wajib TOLAK pertolongan George Galloway dan MP2 parti beliau yang telah cuba membantu Gaza baru-baru ini.

Bayangkan kalau Presiden PAS difitnah Liwat seperti Anwar, dan tiba2 MP2 dari Australia, New Zealand, Britain dsbnya bangun menyokong Presiden. Adakah ahli PAS mahu menolak sokongan mereka?

TIndakan MP2 Australia itu adalah tindakan menentang kezaliman. Walaupun tampak seperti campur tangan, tapi dari segi moralnya, tindakan mereka itu patut disokong. Mengapa? kerana dahulu Tok Guru Haji Hadi sendiri mengajar saya bahawa kezaliman patut ditentang dengan apa cara sekalipun.

UMNO kepananasan. Tekanan internasional ini terlampau besar ke atas UMNO sehingga mereka terpaksa menangguhkan kes ini selama sebulan. Ingat atau tidak sewaktu Najib pulang dari lawatan ke Timur Tengah, tiba-tiba sahaja kes Anwar ditangguh sebulan. Ini kerana boleh dikatakan kesemua pimpinan negara Timur Tengah telah memaki Najib dan mendesak Najib melepaskan Anwar Ibrahim. Pemimpin Timur Tengah paling lantang adalah Erdogan. Saya dapat cerita HAMAS pun maki Najib pasal isu Anwar dan maki Zahid Hamidi pasal jumpa Presiden Yahudi.

Itu yang Muhyiddin LEGAAAA bila Presiden PAS berkata begini. Saya berharap sangat Presiden PAS menukar pendirian ataupun memberi keterangan baru kepada penerangan ini sebagai melindungi imej PAS itu sendiri di mata rakyat Malaysia.

Tulang Besi
Pembangkang perlu contohi Hadi - Muhyiddin Yaasin
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
http://www.blogger.com/mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 20 Feb. – Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak sebarang campur tangan asing termasuk perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pucuk pimpinan parti itu tidak sehaluan dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap yang sama sepatutnya ditonjolkan oleh pemimpin pembangkang lain apabila sesuatu isu itu menyentuh mengenai kedaulatan negara.

“Pendirian sebegitu harus menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang yang lain. Jangan dalam soal berkaitan kedaulatan negara pun ia mahu dipolitikkan sehingga timbul tanggapan yang ketara berbeza.

“Sepatutnya apabila berkait dengan kepentingan nasional, pendirian yang sama perlu diambil dan ia sesuatu yang kita hormati jika pemimpin bersikap begitu (tolak campur tangan asing),’’ katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Abdul Hadi yang menentang campur tangan asing termasuk dalam perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Semalam Abdul Hadi menegaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu, Pas akan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Mengulas lanjut Muhyiddin memberitahu, sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing.

‘’Kita ada sistem yang menjadi tonggak kepada amalan demokrasi dan para pemimpin (tempatan) juga perlu mengikut prinsip yang sama,’’ jelasnya.

Baru-baru ini, seramai 50 Ahli Parlimen Australia meminta supaya kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar atas alasan kononnya pendakwaan itu memalukan sistem demokrasi negara.

Desakan itu dibuat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datuk Salman Ahmad melalui sepucuk surat rasmi bertarikh 11 Februari lalu sambil menyatakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

Hot..!: Ceramah YB Dato'Husam & YB Ustaz Nasa...!!!???

Reactions: 
Ceramah malam ni memang hot..! aku ingat kalau bagi promosi lebih-lebih, mesti penuh melimpah ruah audience yang datang. bukan apa beb... selama ni aku tak pernah tengok lagi 2 individu kontroversi ni dok berceramah atas 1 pentas (seingat aku la... mungkin jugak aku banyak terlepas..?).

Jadi nak bagi hot lagi la ni. malam ni dekat Pasar Jelawat, Bachok, Kelantan, akan diadakan 1 ceramah penerangan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan dan yang bestnya ialah antara barisan penceramah jemputan yang dijemput ialah:
1) YB Dato'Paduka Husam Musa (ADUN Salor dan juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan).
2) YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok).
3) YB Dato'Omar (ADUN Perupok).
Dato'Husam dengan Ustaz Nasa atas 1 pentas..? pergh...! ni nak kena ajak Aduka Taruna neh... sebelum jalan Projek Langgar TGHH, nak kena buat Projek Menyendeng Ustaz Nasa dulu..!

Kita try tengok gagap tak gagap Mat Nogoghi neh..!

Kalau aku jadik organizer ceramah malam ni, aku letak 2 tajuk:
1) Royalty Minyak.
2) Ganyang UG..!
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!

Laksanakan Hak-Hak Dalam "Perlembagaan" PAS..!

Reactions: 
Oleh: Zainulfaqar Yaacob
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan jangan sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum (pihak), mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa. Bertaqwalah kepada Allah (yang) Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [5:8]
Masuk hari yang kesembilan blogger Tulang Besi membuat aduan salah laku yang membabitkan beberapa pemimpin PAS di Ibu Negara, Setiausaha Agong, PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan turut menyuarakan hasrat meminda Perlembagaan PAS bagi membolehkan Jawatankuasa Disiplinnya diPengerusikan oleh seorang yang bebas dari memegang sebarang Jawatan Penting dalam parti itu.

Saya tidak berfikir bahawa tindak-tanduk Mustafa itu ekoran kritikan terbuka oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dr. Hamzah Jaafar, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini. Sekiranya Mustafa berniat jujur, sudah tentu beliau akan menyuarakan hasrat tersebut lebih awal lagi iaitu sewaktu banyak pihak mula mempertikaikan ketetapan Jawatankuasa Tatatertib PAS ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Mohd Hassan Ali dan Yang DiPertua PAS Kawasan Shah Alam Khalid Samad.

Jika dicermati, Mustafa dilihat seolah-olah seperti tidak percaya bahawa blogger Tulang Besi atau nama sebenanya Abdul Rahman Abdul Talib akan membuat aduan secara konvensional di Pejabat Agong PAS.

Mustafa juga dilihat seolah-olah seperti tidak pernah menduga bahawa pemilik blog MalaysiaWave itu akan melancarkan dana guaman serta membuat persiapan awal untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah sekiranya aduan yang dibuat oleh Tulang Besi itu turut diketepikan.

Selepas membaca entri aduan Abdullah ditolak, Dr. Haron Din dimaafkan, saya nampak Mustafa seperti mahu memainkan peranan penting sama seperti Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, iaitu sewenang-wenangnya berkuasa sama ada untuk mengenepikan satu-satu kertas pendakwaan atau sebaliknya.

Sekiranya anggapan ini tidak keterlaluan, elok PAS berpeluk tubuh dan tidak menentang Konspirasi Mem"bonsai"kan Mahkamah seperti yang sama-sama kita sedari sedang berlaku di Malaysia angkara Abdul Ghani Patail dan ianya dilihat sedang berputik di dalam Jawatankuasa Disiplin PAS.

Saya tidak tahu, mengapa Mustafa Ali boleh menolak aduan Abdullah sewenang-wenangnya kerana Fasal 75 (khususnya merujuk pada Ceraian 2) dari Perlembagaan PAS hanya memberi hak kepada Mustafa selaku Setiausaha Agong yang dilantik untuk menerima mana-mana Aduan Tatatertib.

Perlembagaan tidak memberikan hak kepada beliau untuk sewenang-wenangnya menilai satu-satu Aduan yang diterima. untuk menilai aduan pun Mustafa tidak diberikan hak menurut Perlembagaan PAS, bermakna - mengenepikan sesuatu Aduan begitu sahaja sesuatu yang lebih-lebih lagi tidak dibenarkan. Sekiranya ada pihak menganggap Mustafa melakukan perlanggaran Perlembagaan pun pada tahapan ini, anggapan tersebut tidak salah dan dianggap munasabah.

Tidak cukup dengan itu, Fasal 75(7) menjelaskan hak yang lebih jelas iaitu Majlis Syura Ulama’ berhak tidak menghiraukan ketetapan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan, mengikut Fasal 75(2) dan ketetapan Majlis Syura Ulama adalah muktamad.
"MAJLIS SYURA ULAMAK dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan 'MAJLIS SYURA ULAMAK' itu adalah muktamad". [dipetik dari Fasal 75(7) Perlembagaan Pas (Pindaan 2001)]
Berasaskan pada Fasal 75(7), sekali lagi perlu dipersoal tentang locus standi Mustafa yang hakiki dalam mengenepikan aduan Abdullah kerana beliau bukanlah Ahli Majlis Syura Ulama’. Apabila Perlembagaan PAS tidak memberikan tafsiran yang lain selain Fasal yang ada, memberi isyarat bahawa Mustafa melalukan sesuatu yang tidak mengikut lunas-lunas yang ada.
"Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa seperti dipetik dari Malaysiakini.
Seperti pada sikap Mustafa Ali yang dianggap tidak layak untuk mengenepikan aduan Abdullah, Mustafa juga sebenarnya tidak layak untuk mengeluarkan ketetapan "maaf" ke atas Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din begitu sahaja hanya kerana beliau bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana parti PAS ada Perlembagaan dan bukannya milik "mutlak" seorang Presiden.

Pada tahap ini, ada pihak boleh mendakwa bertemu Presiden atau Persetujuan melalui Jawatankuasa sudah memadai untuk mengenepikan satu-satu dakwaan. Suka saya katakan bahawa apabila Perlembagaan tidak mentafsirkan sedemikian, maka sekurang-kurangnya ia perlu dirujuk pada ROS dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikuasamutlakkan oleh sesiapa sahaja.

Dari perspeksi bukan perlembagaan, apabila Harun dimaafkan, tentu memberi isyarat bahawa Harun telah pun dianggap bersalah atau dibuktikan bersalah kerana seseorang itu tidak sewenang-wenangnya dianggap bersalah atau didapati bersalah.

Pada tahap ini, sekali lagi ianya menimbulkan tanda tanya tentang motif di sebalik tindak-tanduk Mustafa dan kedudukan sebenar Haron sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini (18/9) seperti di bawah.
Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian Jawatankuasa Disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat Jawankuasa Pusat.

"Pas pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti", katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula "dimaafkan" kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah Program Penerangan Parti.
Begitu juga dengan kedudukan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa dan Hassan yang turut didakwa oleh Abdullah. Dakwaan Abdullah ke atas Nasharuddin dan Hassan bukan suatu dakwaan yang baru.

Dakwaan Abdullah itu adalah tindak balas pada ketetapan Jawatankuasa Tatatertib yang dianggap tidak adil dan saksama sebelum ini. Tindakan Abdullah tidak salah kalau dianggap seperti suatu semakan kehakiman (judicial review) seperti amalan biasa di mahkamah.

Dengan erti kata yang lain, adalah elok sesuatu kesulitan seperti pertikaian ke atas ketetapan Jawatankuasa Tatatertib mesti diselesaikan melalui Jawatankuasa Tatatertib juga, bukan sewenang-wenangnya diselesaikan di luar Jawatankuasa Tatatertib tersebut (maksud: lampu hijau daripada Hadi atau Mustafa atau Ajk Pas Pusat).

Dari segi yang lain juga, saya melihat inisiatif Haron menyertai beberapa pihak melarang kalimah "Allah" dari digunakan oleh masyarakat bukan Islam pada 12 Januari lalu sebagai sesuatu yang membelakangkan Ajaran Islam sendiri [rujuk Fasal 75(1)(a)] dan merugikan PAS [rujuk Fasal 75(c), (d) dan (g)] kerana Lajnah Politik Pas telah pun membuat ketetapan membenarkan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" dalam suatu mesyuarat pada 5 Januari lagi.

Bertitik tolak pada anggapan bahawa Haron bersalah menurut Fasal 75(1) Perlembagaan PAS, saya sekali lagi ingin mempersoalkan sumber ketetapan "memaafkan" yang digunakan Mustafa ke atas Haron kerana Fasal 75(5) Perlembagaan PAS memberikan kuasa (hanya kepada Jawatankuasa Tatatertib) untuk memilih salah satu atau lebih (a) - memberi amaran, (b)- melucutkan hak-hak dalam parti, (c) - menggantung keahlian dan (d) - memecat dari menjadi ahli.

Dalam Islam, seseorang yang dituduh bersalah mesti dibebaskan dari pertuduhan tersebut secara adil, bebas dan saksama – al-Aslu bara’atu az-zimmah.

Manakala maqosid diadakan satu-satu hukum tidak kira ditetapkan menurut ajaran Islam hatta perlembagaan PAS sendiri adalah untuk (1) al-zaajiroh, iaitu memelihara masyarakat yang sejahtera/solih terus dengan aktiviti kebaikan/maslahah dan (2) al-Rodhi’ah (iaitu menyekat orang-orang yang tidak baik/fasad dari terus melakukan aktiviti yang mengakibatkan mafsadah)

Sekiranya Haron dimaafkan begitu sahaja tanpa dibicarakan menurut Perlembagaan dan Keadilan Hak menurut Islam, ketetapan yang dikenakan ke atas Haron tidak boleh memberi pengajaran kepadanya dan ahli-ahli PAS yang lain.

Sekiranya seseorang melakukan perbuatan yang sama seperti Haron, mereka boleh menggunakan alasan, "kalau Dr. Haron pun boleh membelakangkan PAS, takkan kita tak boleh buat benda yang sama?"

Begitu juga dengan aduan ke atas Nasharuddin dan Hassan, iaitu didakwa mendedahkan Bai'ah Ta'lik dalam satu pertemuan bersama-sama blogger UMNO.

Mereka juga didakwa mengkhianati Tahalluf Siasi bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dengan pergi mengadakan "rundingan dalam gelap" bersama-sama UMNO.

Disebabkan maqosid al-zaajiroh dan al-rodhi’ah tidak ditegakkan secara adil dan saksama menurut Islam dan Perlembagaan PAS, esok lusa sesiapa pun bebas mengkhianati PAS dan Ajaran Islam dengan pergi berpeluk bersama-sama UMNO kerana inisiatif tersebut tidak mustahil akan dilindungi oleh seseorang yang dianggap zalim di kalangan kepemimpinan dalam PAS.

Sesungguhnya saya benci dengan Sang Penzalim dan Sang Pengkhianat jika mereka yang terbabit ternyata ada di dalam PAS.

Bertitik-tolak atas nas ayat 8 dari Surah al-Maidah, saya menyeru semua ahli PAS dan kepemimpinan PAS yang masih bermaruah supaya bertadabbur ayat tersebut, menilai entri ini, lalu bersama-sama memperbaiki jamaah Islam PAS.

Demi menegakkan keadilan hak (4:58) sebagaimana yang dituntut dalam Islam, sekiranya aduan Tulang Besi diketepikan mentah-mentah dalam masa terdekat, saya mengumumkan untuk membantu blogger Tulang Besi untuk mendapatkan khidmat guaman secara profesional supaya kes ini boleh dibawa ke Mahkamah kelak. Lawan!

KEFAHAMAN ASAS PERUBAHAN SEMARAKKAN DEMOKRASI BERPOLITIK DALAM PAS!

Zainulfaqar Yaacob