Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 22, 2010

Inilah Sebab Muhyiddin Begitu Lega Dengan Kenyataan Presiden PAS

Reactions: 
Akhirnya terdedah juga. pelaburan ke Malaysia semakin menguncup angkara kes Liwat II Anwar Ibrahim. Tindakan MP2 Australia itu cuma sebahagian kecil sahaja dari impak keseluruhan kes Liwat II terhadap negara Malaysia.

Ahmad Husni Hanadzlah mengeluarkan kenyataan mengakui pelaburan ke Malaysia terjejas lantaran kes Liwat II Anwar Ibrahim. Beliau pula mengambil keputusan untuk menyalahkan pembangkang di atas fenomena ini.

Biasalah, siapa nak mengaku salah sendiri. Yang penting nafsu serakah sendiri mesti dipertahankan. Hakikatnya, hanya orang gila sahaja yang akan mahu melabur di Malaysia berdasarkan kes Liwat II ini.

Kes ini membuktikan bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah sistem yang rosak dan setaraf dengan negara-negara ketiga di Afrika. Cuba kita lihat Afrika, berapa banyak pelabur asing yang mahu melabur di sana?

Salah siapakah yang menyebabkan sistem kehakiman kita jatuh ke tahap setara dengan negara seperti Zimbabwe? Salah Anwar kah, pembangkang kah atau salah UMNO kah? Minta Ahmad Husni Hanadzlah memberi jawapan yang jitu.

Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Kalau nak penjarakan Anwar pun, carilah modal lain. Ni guna modal sama yang telah ditolak orang Melayu Islam masa PRU 1999 dahulu. Sekarang ni, bukan setakat Melayu Islam menolak, Cina dan India pun tolak sama. Saya pun tak paham kenapa UMNO bodoh sangat?

Sudahlah idea pun idea bodoh, guna pulak Saiful yang tak cerdik. Pergi buat laporan kesihatan di dua hospital dan kedua-dua hospital mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat. Di Kuala Lumpur ni, mana ada doktor yang sokong UMNO (kecuali Dr Novadri je)? Tak sampai 2 jam buat laporan kesihatan, laporan tu dah sampai Segambut. Hahahahaha

Sapa dalam dunia yang waras nak percaya liwat berlaku tanpa penetrasi? Hanya orang gila dan sewel sahaja yang mempercayai liwat tanpa penetrasi. Orang yang waras dan sehat akal mereka tak mampu untuk mempercayai cerita bodoh ni. Hasilnya, hanya orang-orang UMNO sahaja yang percaya cerita dongeng ni.

Maka, bukan setakat orang Malaysia tak percaya, satu dunia tak percaya. Hanya spesis penyokong UMNO sahaja dalam dunia ini yang percaya cerita liwat tanpa penetrasi ini. Hahahaha

Oleh kerana itulah kita nampak hikmah hukuman Qazaf dalam Islam. Bukan sahaja ia melindungi mangsa fitnah, ia juga melindungi “kewarasan” rakyat umum supaya mereka terlindung dari mempercayai khabar-khabar yang bodoh lagi sewel seperti ini.

Tulang Besi
Opposition's ploy affects investments
Ahmad Husni
Feb 21, 10 11:08pm


The opposition is garnering the support of the international community towards its cause by creating a bad perception of the country, said Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah.

He said the ploy indirectly dented investors' confidence in Malaysia, adding that in other countries, the opposition did not rally the support of the international community to support its cause.

"But why does the opposition here tarnish the image of the country by creating the wrong perception?," he asked at a news conference after opening the 1st branch of the Tambun Umno division in Perak today.

He was commenting on a note handed by 50 Australian MPs to the Malaysian High Commission in Canberra, calling for Anwar Ibrahim's sodomy trial to be dropped.
"This turn of event occurred as a result of relations forged by opposition leaders with the international community, persuading them to interfere in the domestic affairs of the country," said Ahmad Husni.

He said, however, the people could read the opposition's ploy.
Ahmad Husni, who is also MP for Tambun, said the people's support for the government had soared as they were confident of the leadership of Prime Minister Najib Abdul Razak.

- Bernama

AUSTRALIA TIDAK CAMPURTANGAN. MEREKA CUMA MAHU MELINDUNGI PELABURAN MEREKA.

Reactions: 
Dari Harakahdaily, Presiden PAS dilaporkan berkata:
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.
Jelas Presiden PAS mengandaikan sokongan Australia itu satu bentuk campurtangan asing. Izinkan saya memberi penjelasan.

Australia mengambil sikap keras dalam isu ini kerana Australia mempunyai kepentingan ekonomi dengan Malaysia. Mengikut laman web Kerajaan Australia:
Malaysia is an important economic partner and regional neighbour for Australia. It ranks as our third largest trading partner in ASEAN and our eleventh largest trading partner overall. Two-way goods and services trade between our two countries has grown steadily in recent years and in 2008–09 stood at $14.7 billion.
Ertinya jumlah dagangan antara Malaysia pada tahun 2008-2009 dua hala adalah dalam jumlah USD$14.7 billion bersamaan RM51.45 billion. Sekiranya kehakiman kita berada dalam taraf sama dengan negara Afrika Dunia Ketiga, apakah jaminan Australia yang dagangan dan pelaburan mereka selamat di masa hadapan? Minta Presiden PAS menjawab soalan ini terlebih dahulu.

Kalau nak tahu betapa besar jumlah dagangan Australia, ianya hampir 50 kali ganda dari pendapatan Negeri Terengganu.

Lagi satu, oleh kerana Australia adalah Negara Demokratik. Isu seperti “membantu kezaliman di luar negara” adalah isu sensitif di sana. Parti politik yang memerintah boleh hilang sokongan atau hilang Kerajaan disebabkan isu sebegini.

Lihatkan Kerajaan Paul Keating boleh jatuh kerana sokongan beliau kepada Perang di Iraq sedangkan waktu itu keadaan ekonomi amat baik di Australia. Isu sebegini bakal menyebabkan Kerajaan yang ada sekarang jatuh kalau mereka tidak bersuara.

Misal yang lebih mudah untuki kita faham adalah: Kita selalu simpan duit di Bank X. Tiba-tiba kita dengar Bank X menzalimi dan memfitnah CFO mereka. Dan kita ada bukti Bank X memfitnah CFO mereka. Adakah kita hendak mempercayai Bank X dengan wang kita di masa hadapan?

Kalau mereka boleh fitnah pekerja mereka sendiri, mengapa mereka tidak boleh berbohong apabila mengendalikan wang kita? Apa jaminan wang kita akan selamat dengan orang-orang yang biasa membohong?

Itulah faktor sebenar mengapa Australia mengambil pusing berkenaan kes Liwat II ini. Ia bukan campur tangan asing. Ia adalah satu bentuk kerisauan terhadap wang2 Australia yang berjumlah ribuan juta ringgit yang mengalir keluar masuk Malaysia. Apakah jaminan keselamatan wang2 Australia itu?

Ataupun, adakah Presiden PAS mahu mengatakan dagangan Australia dengan Malaysia pun satu bentuk campur tangan asing?

Inilah masalahnya apabila Presiden PAS melantik SU Politik yang tak reti ekonomi dan politik antarabangsa. Maklumlah dia hanya lulus kejuruteraan roket dan asal pun dari Terengganu.

Nasihat yang Presiden dapat dalam isu ini menjatuhkan taraf Presiden ke tahap Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali.

Masanya kita membersihkan PAS sudah tiba.

Tulang Besi

p/s - Mengapa sampai hari ini Presiden tak melawat Anwar di mahkamah? Ada sesiapa boleh tolong jawab?