Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 04, 2010

Ribuan Sambut Kepulangan Baginda Sultan Kelantan

Reactions: 
Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra berangkat pulang Ke Kota Bharu hari ini setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth di Republik itu.

Tuanku Baginda, yang ditemani Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid, kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum kepada para Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Kerabat di Raja yang hadir menyambut kepulangan Tuanku Baginda.

Sultan Ismail Petra, yang berpakaian baju lengan panjang dan berseluar hitam dan berkerusi roda, kemudiannya dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Baginda dan Raja Perempuan menaiki Pesawat Khas Kerajaan Malaysia dari Lapangan Terbang Changi, Singapur ke Kota Bharu sementara Tengku Mahkota Mengiringi Baginda Tuanku dengan Pesawat berasingan.

Turut menghantar Tuanku Baginda di Lapangan Terbang Changi, Singapur ialah Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Kerabat di Raja Kelantan.

Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung.

Hampir 3,000 rakyat jelata berpakaian T.Shirt kuning, biru dan Putih,orang perseorangan, Pertubuhan termasuk rombongan Persatuan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Kelantan menyambut kepulangan Tuanku Baginda di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dengan berbagai banner dan kain rentang.

Baginda dan rombongan Istana tiba pada pukul 12.30 tengah hari yang disambut Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Ya'akob, semua EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa Pimpinan Pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak sihat dan tidak dapat hadir sama menyambut keberangkatan pulang itu.

Lompatan Politik Terkini Atas Dasar Wang Ringgit - Latheefa Koya

Reactions: 
Kenyataan akhbar: Lompatan politik terkini atas dasar wang ringgit (4 Mac 2010)

Pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menuruti jejak songsang MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng dengan meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti dan mahu membina "barisan indipenden" bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, PKR tidak mampu bersaing dengan BN apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan. Rancangan dasyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini (krisis di Perak menjadi kes jelas manipulasi kewangan). Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya.

Malangnya, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini. Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN. Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik adalah tidak mengejutkan. Selepas perletakan jawatannya sebagai Setiausaha AGung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah. Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China. Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya. Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini. Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Semenjak pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

Kami menyeru Rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik.
__________________________________________________________
Press statement: Recent political defections due to dollar and cents (4 March 2010)

The recent announcement of Bagan Serai MP Mohsin Fadzli Samsuri joining Bayan Baru MP Zahrain Hashim and Nibong Tebal MP Tan Bee Beng in quitting the party is part of a plan by the Barisan Nasional (BN) to undermine the will of the people and destroy PKR.

It is not coincidental that all of a sudden, the stated MPs profess losing confidence with the party and wanting to build "an independent block" when the plain fact is that the defectors are driven by monetary rewards. The truth is PKR cannot compete with the BN when it comes to monetary rewards. The BN’s grand design would include using certain tycoons to help alleviate these debt-ridden and opportunistic MPs (the Perak crisis being a clear case of such manipulation). It is simple common sense when suddenly some of them have now been cleared from their debts and are enriched.

Unfortunately, former PKR Secretary General Sallehuddin Hashim has facilitated these defections and manipulated the weak-willed and fickle MPs who are pliable enough to be lured into the BN's trap. It is therefore of no surprise that Sallehuddin has been present at the last few defector’s press conference. After his resignation as PKR Secretary General, Sallehuddin has actively engaged with BN leaders including the Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah. Sallehuddin himself revealed to several PKR leaders that he had meetings with both of them two days before Chinese New Year. It is odd and dubious when someone who has once held a key position in PKR has suddenly found confidence in the BN and its leaders. He will continue to spin the myth that he was disappointed with the party and other assorted lies and half truths, but the truth is it all due to dollars and cents.

As the BN and Sallehuddin continue this vicious campaign, Pakatan Rakyat and PKR will remain steadfast and will not be cowed by such acts. We know these attempts are calculated to cripple or destroy PKR as it poses a real threat to the BN. After all in the last general election and most subsequent by-elections, the BN has lost many mixed seats to PKR. The party is nonetheless confident that these defections will only make us stronger.

We urge the Rakyat to help us do the right thing - to break away from the current corrupt, unjust and abusive system to one that is truly just, clean and democratic system of governance.

Latheefa Koya
Information Chief
Parti KeADILan Rakyat

Harapan Baru Untuk Mat Usin....

Reactions: 
Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Sumber: Malaysiakini

Mohsin Banyak Hutang. Projek Banyak Gagal

Reactions: 
NOTA EDITOR: Ini adalah satu artikel melaporkan kenyataan Ketua Keadilan Cabang Bagan Serai berkaitan dengan MP BAgan Serai, Mohsin Fadzil yang baru keluar dari PKR. Haii, kenapa la Bagan Serai ni banyak katak. Dulu Dato' Zainal, sekarang Mohsin.

Selamat membaca.
Mohsin Jumpa Najib, Pak Lah, Zahid Sebelum Keluar Parti

BAGAN SERAI 3 Mac - Parti KEADILAN Cabang Bagan Serai sudah lama menjangka akan berlakunya episod keluar parti oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil Samsuri setelah melihat reaksi beliau yang degil walaupun setelah ditegur berkali-kali mengenai sikapnya yang banyak membelakangi parti.

Melihat kepada prestasi beliau yang tidak memberangsangkan Ahli Parlimen kawasan itu, kepimpinan parti banyak memberi nasihat dan menegur berhubung sikapnya namun tiada perubahan positif yang ditunjukkannya.

Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengambil keputusan yang sama.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat PKR Bagan Serai.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno dan BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Namun beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawaran harga yang akan diberikan oleh BN sekiranya beliau keluar dari PKR.

"Saya mendesak dan mencabar ahli Parlimen yang khianat ini meletakkan semua jawatannya termasuk Ahli Parlimen bagi memberi ruang dan kuasa kepada rakyat memilih wakil rakyat yang betul-betul diperlukan dan dengan mengadakan semula pilihan raya dan beliau boleh melihat adakah beliau akan diterima lagi atau tidak oleh rakyat," tegas Nasib lagi.

Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng Sebab Ahli-Ahli Parlimen Lari

Reactions: 
Bukan kah itu sebab utama puak-puak ni lari. Tan Tee Beng terus terang berkata beliau marah sebab tak dapat peruntukan untuk Parlimen beliau. Salehuddin Hashim marah sebab permohonan jawatan CEO Perangsang ditolak mentah-mentah. Zaharain bengang sebab permohonan projek RM40 juta tidak diluluskan oleh Lim Guan Eng.

Kita mesti sedar, selepas Pakatan Rakyat menang, ada di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong bercadang untuk membina kekayaan kembali setelah lama berjuang. Dan mereka sedar Selangor adalah negeri terkaya di Perseketuan Malaysia.

Maka, mereka menjadi tukang lobby projek kepada ramai ahli perniagaan yang mahukan Kerajaan Selangor berbelanja wang rakyat mengkayakan mereka.

Namun, MB seperti Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu berbuat perkara sedemikian. Saya diberitahu MB Tan Sri Khalid dengan tegas mengatakan Pakatan Rakyat mesti memerintah dengan cara yang lain dari UMNO dahulu.

KETEGASAN DUA MB MEMBAWA PADAH KEPADA PAKATAN RAKYAT?

Saya dapat maklumat ada sekelompok dalam Pakatan Rakyat sekarang ini yang sedang marah dengan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng. Mereka ini dahulunya penyokong dan pendokong kita. Namun, selepas Penang dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, mereka telah menjadi “dealers” kepada beberapa tokoh korporat.

Dan menjadi “dealer” projek akan menjanjikan wang yang cukup banyak sebagai upah. Ertinya, mereka hendak membawa kembali budaya UMNO dalam Pakatan Rakyat dan PKR.

Namun, Guan Eng dan Tan Sri Khalid sudah menyatakan bahawa pemerintahan mereka adalah pemerintahan “Tender Terbuka”. Mereka tiada kompromi dalam prinsip ini dan tender terbuka dikenakan kepada semua kontrak hatta kontrak Kelas F yang terhad pada Bumiputra sahaja.

Hasil dari ketegasan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng, puak2 dalam PKR ini sedang mengubah arah dan tujuan mereka. Mereka sudah mula menghentam PKR dan mereka secara tegas mahukan PAS menubuhkan kerajaan bersama UMNO.

Sehingga di Penang mereka sanggup mengadakan demonstrasi menentang Lim Guan Eng. Bukan sebab mereka hendak membela orang Melayu tapi sebab Lim Guan Eng tidak mahu beri mereka projek “Direct Award”.

Begitu juga permusuhan puak2 ini dengan Khalid Ibrahim. Semuanya kerana Khalid Ibrahim tidak mahu memberi projek “Direct Award” lagi dan mewajibkan semua projek melalui proses tender terbuka.

Malahan, Tan Sri Khalid lebih tegas dan menghalang Salehuddin menjadi CEO Kumpulan Perangsang. Saudara/ri cuba fikir, adakah RM50k sebulan itu yang dipandang oleh Salehuddin? Sudah tentu tidak. Kumpulan Perangsang boleh jadi lubuk duit untuk beliau. Percayalah.

Yang jelasnya, segala persengketaan dalam PKR sekarang berpunca pada satu sebab: WANG. Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng tegas, maka raaamaaaiiii lah yang mengamuk. Ketegasan mereka menentang korupsi menyebabkan mereka mengambil jalan lain, yakni kembali semula pada UMNO.

Saya sendiri tahu terdapat beberapa “penyokong” PKR dan DSAI yang sedang menghimpit DSAI dengan harapan DSAI akan memujuk Tan Sri Khalid memberikan mereka projek. Tapi nak buat macamana kalau Tan Sri Khalid ni tegas dalam bab ni. Dan DSAI menyokong polisi Khalid dan Guan Eng.

Kawasan Khalid sendiri dia lawan angkara tidak mahu beri projek. Bagi saya, protes-protes sebegini akan berterusan sehinggalah PRU yang akan datang. Apabila duit jadi bahan sembahan, maka problem dalam Keadilan tidak akan berhenti.

BAIAAH TAKLIK JUGA TIDAK MENJAMIN…..

Dalam PAS, telah diinstitusikan “Baiaah Taklik” yang setakat ini berjaya menghalang wakil-wakil rakyat PAS dari melompat. Tapi, kita belajar dari British dan bagaimana mereka menundukkan kebangkitan suku kaum Mau Mau di Kenya, tidak mustahil UMNO akan menggunakan ulama-ulama ayam daging mereka (seperti Haramsani) untuk mengeluar fatwa kononnya Baiaah Taklik PAS itu TIDAK SAH dari segi syara’.

Saya tidak terkejut kalau sudah ada kertas yang telah ditulis supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang menyatakan “Baiaah Taklik” tidak sah dari sudut syarak. Di kala itu, kita lihat pula wakil-wakil rakyat PAS akan melompat.

Nauzubillah.

Apa pun, PKR wajib menganjurkan “SOLAT HAJAT” dan “QUNUT NAZILAH” untuk menentang usaha-usaha jahat UMNO dan Salehuddin Hashim.

Silap Anwar pergi percaya orang yang kaki minum, tak puasa, tak solat macam mamat tu. Sekarang siapa yang susah?

TULANG BESI

Hang Memang PENGKHIANAT..!!

Reactions: 
Pagi ni aku dimaklumkan akan diadakan satu 'Demo' bantahan sebagai mendesak PENGKHIANAT 'Kulaan' Bagan Serai,iaitu Yb Mohsin Fadli Samsuri meletak jawatan yang mana telah membongokkan pengundi dengan keputusan keluar Parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuatkuasa serta merta.

Aku akan berada di lokasi dirancang (Hadapan Pusat Khidmat MP ni...?Pernah ke berkhidmat..?) untuk mengetahui aman ke tak aman 'Demo' ni....Sebab orang Bagan Serai jarang ber'Demo'..

Insyaallah gambar-gambar akan Dimuat naik bila sekembalinya dari lokasi....

1.5 juta...?takde hal la....ciput!!

Senarai MP PKR Yang Dijangka Isytihar Keluar Parti

Reactions: 
Sumber - Dalaman Parti KeADILan Rakyat (PKR).

1) YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)

2) YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)

3) YB Mohsin Fadzli (Ahli Parlimen Bagan Serai)

4) YB Ab Aziz Ab Kadir (Ahli Parlimen Ketereh)

5) YB Ahmad b Kassim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)

6) YB Rashid b Din (Ahli Parlimen Merbok)

7) YB Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor)

8) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Teluk Kemang)

9) Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

Esok Pimpinan parti dan jugak media ada banyak kerja. pimpinan parti kena siasat benar atau tidak, media pulak ada 9 berita hot. kalau nak surat khabar atau portal "hot"... kejar semua Ahli Parlimen dekat atas tu, dapatkan berita dari diorang.

Yang mana tak dapat dihubungi tu... paham-paham la...