Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 05, 2010

Tuanku Ismail Petra mohon maaf tidak dapat temui rakyat

Reactions: 
Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra memohon maaf kepada rakyat jelata kerana tidak dapat bersama mereka sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dari Singapura tengah hari ini.

Titah tersebut disampaikan melalui anakanda ketiga Baginda, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika ditemui di pekarangan Istana Mahkota di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, Baginda terpaksa dibawa pulang ke Istana Mahkota dengan segera atas arahan doktor memandangkan keadaan Baginda yang belum pulih sepenuhnya dan terpaksa melalui perjalanan jauh dari Singapura.

Mufti Perak "Munafiq"..!

Reactions: 
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Za'aba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama UMNO membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan UMNO satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan Mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham Anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak 7 atau 8 tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap Anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran Jawatan Menteri Besar dan EXCO kepada PAS dalam Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang Wakil Rakyat yang mewakili Ketua Badan Perhubungan UMNO Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas Mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (Perdana Menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi Kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan UMNO. Macam mana nak berpakat?" katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sumber - Malaysiakini

Munafiq

Munāfiq atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab: منافق, plural munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.
QS (63:1-3) (1)Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.(2)Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.(3)Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti.
Ciri-ciri orang munafik

Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad SAW mengatakan :"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).

Mufti Perak Meroyan Lagi….

Reactions: 
Mufti Perak, Harussani, dilaporkan berkata:
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini".
Saya ingin bertanya kepada kepada Mufti Perak, apa bezanya UMNO dengan DAP kalau kita lihat ayat ini:
05:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat didalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir (QS. 5:44).
Saya merujuk kepada Tafseer Ibnu Katseer bagi ayat ini yang boleh dibaca di akhir artikel ini. Ia memberitahu bahawa:
1.0 - Ibnu Katseer menyatakan bahawa ayat ini tidak terhad kepada kaum Bani Israel semata tetapi juga tertakluk kepada orang Islam.

2.0 - Sesiapa yang menolak hukum Allah hukumnya kafir. Sesiapa yang menerima hukum Allah tetapi tidak melaksanakannya, dia adalah zalim dan fasiq.
Bukankah UMNO yang telah memberi amaran kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu, sekiranya dilaksanakan hukum “hudud”, nescaya akan dikenakan tindakan yang keras?

Jadi, saya nak tanya Harussani, apa bezanya UMNO dengan DAP? MAlahan DAP lebih baik kerana DAP tidak pernah menghalang aktiviti agama dan Islam di Perak , Penang ataupun Selangor. UMNO biasa tangkap ulama dan ustaz sewaktu mereka memerintah.

DAP menolak hukum Islam kerana mereka jahil dan tidak mengerti hukum Islam. Apa alasan UMNO untuk menolak hukum Islam?

HARUSSANI TAK KOMEN PASAL PEMBUNUHAN IBRAHIM LIBYA

Harussani juga dilaporkan berkata:
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".
Saya nak tanya Harussani, masa Ustaz Ibrahim Libya dibunuh dengan kejam dahulu, apa yang Harussani buat?

Bukan kah Harussani yang keluar fatwa (bersama rakan2) pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya adalah harus dan sah dari segi syarak?

Jadi, sebagai Ustaz Ahmad Awang, bolehkah beliau bersetuju dengan Harussani bila Harussani keluar fatwa untuk PAS tubuh kerajaan dengan UMNO di Perak?

HARUSSANI DAN TUAN GURU HAJI HADI

Harussani kata lagi:
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu".
Saya telah diberitahu oleh orang-orang UMNO sewaktu saya aktif berdebat dalam MyKMU net Forum, bahawa Harussani pernah mengeluarkan fatwa bahawa Tuan Guru Haji Hadi adalah sesat kerana mengeluarkan “Amanat Haji Hadi”. Malahan, ada laporan dari Utusan Malaysia yang menyatakan tentang fatwa Harussani terhadap Tuan Guru Presiden.

Maka, sebab itulah dia tidak berapa rapat dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana dahulunya dia pernah keluar fatwa akan kesesatan Presiden PAS.

Namun, saya masa itu mempertahankan Presiden dan mencabar puak2 UMNO mendakwa Presiden PAS di Mahkamah Syariah secara terbuka.

Saya kemudiannya berkata , mereka semua bachul sebab kalau Tuan Guru Presiden didakwa, maka Mahkamah Syariah akan mengkonfirmasi akan kekufuran UMNO.

Maka, Tuan Guru Presiden TIDAK PERNAH didakwa di mana mana mahkamah walaupun sudah dekat 30 tahun isu “Amanat Haji Hadi” dimainkan oleh UMNO laknatullah.

PENUTUP

Syukurlah Ustaz Ahmad Awang menolak ajakan Haramsani. Selama PAS lemah, dimana Harussani? Apabila Tuan Guru Presiden dan Tok Guru Nik Aziz dimaki dan dinista UMNO selama ini, di mana Harussani?

Kenapa baru sekarang Harussani nak tunjuk baik pada PAS, nak offer jawatan MB konon, nak bincang pasal orang Islam dan persaudaraan Islam.

Sehingga Harussani tidak pergi dan minta maaf pada balu Memali, sehingga itulah kita tidak boleh percaya kepada manusia ini.

Telunjuk lurus kelingking berkait.

Tulang Besi

p/s - Tafseer Ibnu Katseer:
“Al-Bara' bin `Azib, Hudhayfah bin Al-Yaman, Ibn `Abbas, Abu Mijlaz, Abu Raja' Al-`Utaridi, `Ikrimah, `Ubaydullah bin `Abdullah, Al-Hasan Al-Basri and others said that this Ayah was revealed about the People of the Book. Al-Hasan Al-Basri added that this Ayah also applies to us. `Abdur-Razzaq said that Ath-Thawri said that Mansur said that Ibrahim said that these Ayat, "Were revealed about the Children of Israel, and Allah accepted them for this Ummah.'' Ibn Jarir recorded this statement. `Ali bin Abi Talhah also stated that Ibn `Abbas commented on Allah's statement,

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ

(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "Whoever rejects what Allah has revealed, will have committed Kufr, and whoever accepts what Allah has revealed, but did not rule by it, is a Zalim (unjust) and a Fasiq (rebellious) and a sinner.'' Ibn Jarir recorded this statement. `Abdur-Razzaq said, "Ma`mar narrated to us that Tawus said that Ibn `Abbas was asked about Allah's statement,

وَمَن لَّمْ يَحْكُم

(And whosoever does not judge...) He said, `It is an act of Kufr.' Ibn Tawus added, `It is not like those who disbelieve in Allah, His angels, His Books and His Messengers.' Ath-Thawri narrated that Ibn Jurayj said that `Ata' said, `There is Kufr and Kufr less than Kufr, Zulm and Zulm less than Zulm, Fisq and Fisq less than Fisq.''' Waki` said that Sa`id Al-Makki said that Tawus said that,

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ

(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "This is not the Kufr that annuls one's religion.
p/s - Laporan The Malaysian Insider:
Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.

Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.

Ia digulingkan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.

Wajah Sebenar Mufti Perak, Tan Sri Harussani

Reactions: 
Lepas hampir 2 tahun PRU-12 selesai dan kecoh isu Kerajaan Perpaduan atau lebih dikenali dengan nama UG (Unity Government) wajah sebenar Mufti Perak, Tan Sri Harussani semakin terserlah.

Dalam kenyataan terbarunya dalam 1 program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mufti Perak itu jelas memaparkan wajah sebenar beliau yang bolehlah dianggap sebagai "Racist".

Jelas beliau dalam dialog tersebut:
"Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk Kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100% Melayu memerintah?"
Memang jelas dan teramat jelas bahawa Mufti Petak ini datang dari baka "Racist".

Sepatutnya sebagai seorang Mufti yang tugasnya ialah memikul apa yang telah dijelaskan didalam Al-Qur'an dan Hadis, soal "bangsa" tidak perlu wujud lagi didalam apa sahaja kenyataan dan perlakuannya sebab didalam Islam, tidak pernah kita diajar supaya membeza-bezakan sesama kaum, agama dan juga bangsa.

Dalam Al-Qur'an surah Al-Hujurat ayat ke-13 ada menyebut:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Kumpulan Rock Dewa pun ada ambik petikan surah dekat atas tu dan dijadikan lirik dalam lagu "femes" Kumpulan Rock tu. kalau tak silap aku tajuk lagu tu "Laskar Cinta". Bunyinya lebih kuran gini:
BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA, SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA. BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
Sedap lagu tu untuk peringatan. jauh lari dari tajuk asal dah ni. tapi sekadar untuk pencerahan. apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak ni amat bercanggah dengan apa yang sepatutnya diamalkan sesuai dengan tarafnya sebagai seorang Mufti. Mufti ni tugasnya ialah mengangkat Agama Islam setinggi-tinggi tempat dimana dia (Mufti) berada dan bukannya menakut-nakutkan panganut agama lain dengan kenyataan-kenyataan yang bukan kearah mengimarahkan institusi agama Islam.

Kenyataan Mufti Perak ni lebih kearah mangangkat semangat "kebangsaan". kalau ikut sejarah awal Islam sampai sekarang, bangsa yang taksub dengan semangat "kebangsaan" dan juga tercatit didalam Al-Qur'an hanyalah bangsa "Yahudi'. tak kanlah sorang Mufti yang sepatutnya bersikap terbuka dalam hal "kebangsaan" nak mengikut jejak bangsa Yahudi..?

Ini bukan apa yang termaktub dalam Al-Qur'an, Sunnah dan Hadis.

Tak cukup dengan kenyataan berbau "perkauman/racist" tadi, Mufti Perak menambah lagi kenyataannya"
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat".
Jelas dekat sini Mufti Perak tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk mengangkat Agama Islam yang suci ketempat yang sepatutnya tetapi lebih kepada cuba untuk melaga-lagakan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia.

Mufti Perak yang sepatutnya lebih kedepan sebagai seorang "pendamai' antara mana-mana kaum, bangsa dan agama di Malaysia lebih berminat untuk melaga-lagakan sesama kaum, bangsa dan agama. semangat kebangsaan ala-ala "Yahudi" terlalu menebal dalam diri seorang manusia bernama Harussani yang memegang jawatan sebagai seorang "Mufti".

Dari kenyataannya aku dapat faham bahawa "jiwa" Harussani ni lebih kearah memartabatkan "bangsa" sahaja. pada pandangan Harussani, bangsa lain selain daripada bangsa Melayu adalah bukan Islam agaknya padahal Islam itu untuk semua.

Sebab itu Harussani tanpa segan silu merendahkan bangsa lain yang bukan Melayu bila dia dia mempersoalkan:
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah?"
Nampak sangat bangsa lain diperlekehkan seolah-olah hanya bangsa Melayu sahaja yang layak dan bagus dalam mentadbir. Harussani agaknya lupa bahawa selama ini Negara China yang menjadi Pusat Perkembangan Agama Islam di Asia pemerintahnya bukan bangsa Melayu.

Rasulullah s.a.w sendiri sebelum wafat telah mengutus sahabat Baginda untuk bekerjasama dengan Pemerintah China dan setelah sahabat Baginda Rasulullah s.a.w berhijrah ke China dalam misi tersebut, Pemerintah China bukan sahaja memberikan kerjasama bahkan memberi kedudukan-kedudukan istimewa dalam Pemerintahan Empayar China kepada para sahabat.

Malu kita pada Pemerintah China yang berbangsa China yang langsung tidak merendah-rendahkan para sahabat Baginda padahal sahabat Baginda itu bukan keturunan Melayu atau China jauh sekali seagama..!

Yang lebih memalukan ialah berhijrahnya sahabat Baginda Rasulullah ke China adalah atas niat mengembangkan Agama Islam. dalam hal ni Harussani patut malu pada Nenek Moyang orang-orang China di Malaysia kerana pada zaman sahabat Rasulullah berhijrah dulu, tidak pulak Nenek Moyang orang-orang hina yang dipandang Hina oleh Harussani ini menghalau atau menghalang niat para sahabat Baginda.

Tak pulak Nenek Moyang orang-orang China ni risau kununnya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ini akan menjadikan orang-orang China sebagai "Boneka"..!

Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Hasrussani yang sepatutnya menjadi "penyambung" kepada perjuangan Baginda Rasulullah telah bertindak membelakangkan Rasulullah dengan menghina dan merendah-rendahkan bangsa China yang 1 masa dulu telah memberikan seluas-luasnya ruang untuk Rasulullah melalui para sahabatnya berdakwah mengembangkan Agama Islam sehingga Agama Islam sampai ke Asia dan Malaysia (pada masa tu lebih dikenali dengan nama "Tanah Melayu" kalau tak silap aku, aku tak berapa reti sejarah "Melayu" ni...).

Pada pendapat aku, Mufti Perak langsung tak layak memegang jawatan dia sekarang sebab Harussani ni taksub pada "bangsa'... mereka-mereka yang taksub pada "bangsa" ni tempatnya didalam Neraka Jahanam di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (’asabiyah), atau menyeru ke arah ‘asabiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah" (sahih Muslim).

"Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang di atas panji Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati di atas Asabiyah" (Sunan Abu Dawud).
Kenapa diakhir-akhir "umur" ini Harussani memilih untuk berada diatas jalan yang "diiktiraf" oleh bangsa Yahudi iaitu "Kebangsaan"..?

Sindrom “Jawatan Mahu, Tanggungjawab Tak Nak”.

Reactions: 
Sebenarnya, yang kecoh sangat pasal wala’, thisqah, adab jemaah etc ni bukan apa. Ia nak lindung beberapa pemimpin2 PAS yang lapar jawatan tapi tanggungjawab tak nak. Dengan kata lain, mereka tak sanggup dikritik kerana mereka pegang jawatan atas dasar mahukan prestij dari jawatan tersebut. Mereka tak berminat untuk bertanggungjawab ke atas jawatan tersebut.

Orang yang bertanggungjawab atas jawatan yang dia pegang, mereka terbuka kepada kritikan. Mereka tidak mudah membalas dengan alasan wala’ dan thiqah. Mereka menerima kritikan sebab kritikan membantu mereka menjalankan kerja dengan lebih baik. Kerja mereka akhirnya menjadi kualiti kerana mereka mampu mengambil idea yang bernas dari orang-orang yang mengkritik.

Adapun, “kayu-kayu” reput yang hanya mahu kedudukan dan mahu terus dalam kedudukan itu, mereka tentunya amat marah dengan kritikan. Kritikan hanya akan mendedahkan kelemahan mereka sebagai pemegang jawatan menjadikan kedudukan mereka terancam.

Lantaran untuk melindungi diri dari kritikan-kritikan yang bakal menjatuhkan mereka, digunakanlah alasan seperti “wala”, “Thisqah” dan sebagainya bagi menutup mulut ahli.

Juga dimarahi para Bloggers, kononnya mereka tidak mengikut saluran dan tidak mengikut adab berjemaah. Yang sebetulnya masing-masing mahu jaga kedudukan masing-masing, takut orang tahu dia jenis tak buat kerja tapi jawatan nak.

Alasan lagi satu adalah “mengikut saluran” yang mana saluran2 tersebut dikawal oleh mereka. Contoh terbaik adalah usul-usul Muktamar PAS Pusat. Segala usul dari Kawasan-Kawasan akan ditapis oleh pemegang-pemegang jawatan ini. Maka sudah tentu usul-usul yang merugikan mereka akan “ditapis” dan di “bakul sampahkan”.

Sebab itulah kita tengok galak betul mereka menyuruh kita mengikut saluran itu dan saluran ini. Saluran itu bermaksud “hantar kritikan hanya kepada mereka supaya mereka boleh bakul sampahkan kritikan dan teguran itu”.

AJK2 PAS Pusat majoriti mahu Hasan Ali dipecat. Tapi, kenapa teguran itu DITOLAK mentah-mentah? Sedangkan hujjah dan sebab musabab jelas diberikan pada malam mesyuarat Khas itu. Jadi, apa guna ikut saluran kalau macam tu? Ikut saluran akan membolehkan mereka menjahanamkan kita.

Dan disiplin jemaah ni hanya untuk orang-orang yang kecil sahaja. Bila Dato Harun Din terbuka menentang pendirian PAS, iya boleh dimaafkan.

Bila Khalid Samad mendedahkan rahsia yang bukan rahsia, terus digantung enam bulan jawatan beliau. Bila Abdullah Karim menghantar aduan, ditolak mentah-mentah. Itukah dia kelebihan ikut saluran?

Buat apa buat kerja sia-sia. Tegur ikut saluran tapi tak pernah sampai. Tengok Terengganu 2004 sudahlah. Segala teguran disalurkan ikut saluran. Kemudian teguran dibakul sampahkan.

Apabila semua teguran tidak didengari, maka akhirnya rakyat dan pengundi akan menegur dengan undi mereka. 2004 kita tengok, jatuh tergolek PAS di Terengganu sampai sekarang.

Kalau dalam PRU2012 nanti, Najib arah Mat Said bertanding Parlimen, kesemua atas pagar Terengganu akan mengundi BN, PAS akan tinggal antara 6-8 kerusi DUN. Silap2 Manir pun kita kalah.

Biarlah ahli menegur secara berdepan. Biar pimpinan PAS terpaksa menjawab teguran-teguran ahli secara terbuka. Ia akan lebih mematangkan PAS bukan melingkupkan PAS.

Itulah dia alasan yang orang suka bagi. Yang penting kita tidak mudah tertipu dengan sandiwara ini. Semuanya berkisar kepada beberapa pemimpin yang mahu jawatan tapi tak mahu tanggungjawab (dan kerja).

Islam tak pernah ajar umatnya jadi bodoh!!!!. Nabi tak pernah ajat umatnya jadi bodoh!!!!.

Tulang Besi

Mufti Dakwa PAS Angkuh Tolak UG di Perak

Reactions: 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk Kerajaan Campuran (UG) di Negeri itu pada 2008.

Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh Kepimpinan Tertinggi Parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan Kerajaan Campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan Kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi EXCO bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata Al-Qur'an menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

Rujuk -
MalaysianInsider
Hah...!!! seruan UG dah kembali..! maknanya..? UMNO dah desperate... tahun 1999 bila PAS berjaya ambik alih Kerajaan Negeri Terangganu dan tahun 2004 bila UMNO berjaya ambik balik Terengganu, Pimpinan Tertinggi PAS dah ajak UMNO untuk bincang pasal UG, kenapa UMNO tolak masa tu..? sebabnya - UMNO rasa dia tengah kuat.

2008 bila UMNO kalah di 4 Negeri dan gagal tawan Kelantan, UMNO pulak ajak bincang pasal UG... sebab apa UMNO ajak bincang..? sebab UMNO tengah lembik hilang sokongan, lemau, busuk...

Bila dah lembik, baru nak ingat Hadis, baru nak ingat Al-Qur'an... bila dah kuat, Hadis kau perli-perli, Al-Qur'an kau Muziumkan..!

Ni bukan setakat "Kafir"... ni dah tahap "Kufur", "Kafir Lakhnat"..!

Tok Peti ni pulak "Boneka"... jadi alat penzalim... tu je ke tahap sorang Tok Peti..?

Melayu Penang Mundur Kerana UMNO, Bukan DAP

Reactions: 
NOTA EDITOR: Di bawah adalah artikel yang saya ambil dari Harakahdaily berkaitan dengan usaha UMNO menyalahkan DAP di atas kemunduran Melayu Pulau Pinang.

Soalnya, DAP baru memerintah 2 tahun sahaja. Apakah yang DAP boleh buat yang mampu menyebabkan orang Melayu mundur di Pulau Pinang? Hakikatnya, Melayu Penang telah mundur semenjak Merdeka lagi, sepanjang-panjang UMNO memerintah Penang.

Kedudukan orang Melayu Penang yang terpinggir adalah HASIL KERJA TANGAN UMNO yang selama ini mengabaikan serta tidak mampu membangun orang Melayu di Penang. Kejayaan UMNO Penang hanyalah di dalam mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA sahaja.

Majoriti orang Melayu Penang hidup merempat di bumi sendiri sehingga mereka terhalau dari Pulau dan terpaksa duduk di Seberang. Ada Melayu Penang terpaksa lari duduk di Mahang, Kedah. Satu-satunya jasa UMNO pada orang Melayu Penang adalah “BORIA”. UMNO telah berjaya mempopularkan BORIA kepada orang Melayu Penang.

Dalam dok berboria, berlori-lori orang Melayu di Pulau telah terpaksa melarikan diri dan duduk di Seberang ataupun di Mahang, Kedah.

Lain dari Boria, jasa UMNO hanyalah kepada kroni dan UMNOPUTRA. Orang Melayu Penang kekal merempat di bumi sendiri.

Tulang Besi

Rencana BH kena batang hidung pemimpin Umno.
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 4 Mac: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir' ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.

"Apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.

“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN," tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Katanya, penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.

“Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,” katanya.

Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong cuba sekadar mengheret tangan-tangan yang rapat dengan kroni sahaja.

"Umno hanya berjaya meningkatkan tahap sosial ekonomi Melayu Umno sahaja bukan rata-rata bangsa Melayu yang berada di bawah, " katanya.

Bercakap tentang tiga projek besar di Pulau Pinang kononnya kerajaan sekarang sengaja menghakis kedudukan Melayu, beliau berkata, tidak pernah Kerajaan Pakatan Rakyat berbuat demikian kerana semua projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Penang Global City Centre (PGCC) merupakan projek Kerajaan Pusat dan dilaksanakan pada era pemerintahan BN.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sambungnya, langkah pertama ialah membatalkan projek PGCC yang bukan sahaja menguntungkan koporat tertentu bahkan merugikan kerajaan.

Begitu juga dengan NCER yang sampai kini sunyi bersesuaian dengan pengasasnya yang kini tidak berbisa lagi iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut menjelaskan projek Tanjung Pinang di Tanjung Tokong juga dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menghalau orang Melayu dari situ secara halus.

"Sebenarnya projek besar dibuat oleh Kerajaan BN dan menyerahkan kepada Syarikat Uda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuma masuk campur mendesak Uda membina 'Kampung Warisan' seperti mana yang diinginkan oleh penduduk asal Tanjung Tokong," ujarnya.

Apa yang diperkatakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim, semua bermatlamat fitnah untuk mengais simpati terhadap perjuangan menegakkan benang yang basah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak pernah menghalau penduduk Melayu dengan tujuan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal orang Cina serta menaikkan taraf dan mempromosi pulau yang terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara untuk didiami oleh penduduk yang kaya sahaja.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man ketika ditemui membidas kenyataan Jais Karim dengan menggelarkan golongan terbabit sebagai 'hero tua' kerana apa yang mereka perkatakan telah lama diperjuangkan oleh PAS ketika menjadi pembangkang di Dun Pulau Pinang.

Katanya, PAS waktu itu diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah beberapa kali membangkitkan ke mana arah orang Melayu di Tanjung Tokong jika projek mewah dilaksanakan di situ.

Tetapi, isu berkenaan tidak mendapat reaksi daripada Umno malahan acap kali mempersendakan ucapan beliau yang menggangap ucapan itu melalut ekoran PAS tiada sokongan di Pulau Pinang.

"Apa yang diperjuangkan oleh GPMS semuanya ada dalam kocek PAS kerana selama ini kami bersuara pada BN tetapi malangnya tidak diberi perhatian," tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Soalnya, kenapa tiba-tiba Jais menjadi hero dalam soal itu.

“Dulu ke mana beliau menghilang seolah-olah tiada dalam negara ketika projek tersebut mendapat bantahan penduduk,” ujarnya.