Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 11, 2010

UMNO SENYAP SUNYI WAKTU NATRAH DIMURTADKAN

Reactions: 
UMNO sudah liberal semenjak 1950 lagi, wahai Ibrahim Ali Al Kataki.. Natrah dilaporkan:
# 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

# Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu."
Ertinya sewaktu Natrah tiba di Belanda, beliau masih lagi beramal dengan Islam serta solat lima waktu.
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Dr Burhanuddin Al Helmi dilaporkan:
“Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.”
Yang mempertahankan Natrah di mahkamah adalah Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim:
“19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura”.
Walaupun setelah berpuluh tahun berlalu, diberitakan Prof Ahmad Ibrahim akan mengalirkan air mata setiap kali beliau bercerita berkenaan Natrah.

Siapa lagi terlibat:
"Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committee' ditubuhkan di Singapura".
Siapa Karim Ghani?
"Pas leader Dr Burhanuddin Helmi formed the Nadrah Action Committee. He picked Karim Ghani, an Indian Muslim from Rangoon, Burma, as the committee chairman.

Karim, on Burhanuddin’s orders, was to organise a rally to protest against the court decision".
Karim dan Dr Burhanuddin adalah orang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi besar-besaran memprotes “Permurtadan Natrah”.

Hanifa Maidin ni mungkin ada bau-bau bacang dengan hero Islam dan Melayu bernama Karim Ghani ini.

DIMANA UMNO!!!!!!!!!!

Waktu itu, UMNO sudah wujud di Singapura. Malahan UMNO sudah wujud di seluruh Malaya. Namun, UMNO membisu seribu bahasa. UMNO senyap sunyi. UMNO hanya duduk melangut melihat Natrah dimurtadkan oleh penjajah British yang celaka itu.

Tak heranlah berbondong-bondong ulama masa itu “fed up” dengan UMNO lantas keluar dan menubuhkan Partai Islam SeTanahMelayu (PAS).

Dr Burhanuddin adalah HERO MELAYU TULIN, bukan UMNO dan bukan pemimpin2 UMNO yang bachul itu.

Mulai dari hari ini, bila kita ingat UMNO, kita ingat NATRAH.

UMNO ada saham dalam permurtadan Natrah. Kamu memilih untuk membisu seribu bahasa sedangkan Natrah dimurtadkan dihadapan mata kamu sendiri. Kamu memang bachul wahai UMNO. Dosa kamu kami tidak akan maafkan sehingga hari kiamat.

Nyahlah kamu wahai UMNO, wahai pengkhianat Islam, wahai pengkhianat Bangsa. Kalau UMNO benar-benar pejuang bangsa dan agama, nescaya UMNO tidak akan berdiam diri sewaktu Natrah dimurtadkan.

Tulang Besi

Demi Perpaduang, Taik dan Mentega Kita Gaulkan

Reactions: 
NOTA EDITOR: Ikutilah artikel yang benar-benar menyentuh jiwa dari Bakaq@Penarik Beca, pengunjung setia Restoran Amjal Lembah Pantai.
Kaedah dakwah (silap, tajuk sepatutnya ialah fiqhus-siyasi)

Silap tajuk. Tadi tulis berebut-rebut. Nak kena keluaq tadi. Nak santai-santai sambil menulis pun, kesian pulak anak nak ambik result SPM dia. Sepatutnya tajuk dia bukan kaedah da'wah tetapi fiqhus-siyasi.

Posting asal

Untuk menghalang perpecahan, hendaklah digaulkan mentega dengan taik. Taik dan mentega bila digaulkan akan menghasilkan suatu kesatuan. Kesatuan lebih afdal dari perpecahan.

Jika terlalu susah hendak membasuh tong taik dengan menembak air dari jauh, hendaklah masuk ke dalam tong taik itu.

Tidak mengapa membantu kaummu yang melakukan kezaliman seperti menjadi barua Yahudi, melantak rasuah, menyalahgunakan kuasa, menggasak harta rakyat dan pembunuhan demi kesatuan ummah. Ia tidak termasuk dalam 'asabiyyah dan tidak bertentangan dengan Nabi Muhammad s.'a.w. riwayat Abu Daud: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman".

Tidak mengapa berbohong dalam muktamar, sidang akhbar dan di mana-mana pun bagi mencapai maslahat kesatuan ummah.

Boleh mengkhianati amanah dan kepercayaan para pengundi termasuk golongan mustadh'afin demi mencapai maslahat yang lebih besar demi kepentingan perpaduan ummah.

Tidak perlu ditakrifkan dengan jujur dan tulus apakah sebenarnya mudharat yang lebih besar asal pandai sebut istilah akhafud-darurain yang diajar dalam kaedah fiqh.

Petugas PR Kecewa Sikap Zul Noordin - Harakahdaily

Reactions: 
NOTA EDITOR: Artikel adalah atas ehsan Harakahdaily. Ia mendedahkan kepada kita siapa Zul Noordin sebenarnya. Kawasan dan akar umbi beliau sendiri pun tak suka dengan beliau. Sebab itulah apabila beliau dipecat hampir tiada siapa dari Parlimen Kulim Bandhar Baru yang keluar menyokong Zul Noordin secara terbuka.

Zul Noordin ni, GERAKAN pun tak hingin nak tengok muka dia. Ke sana tak boleh, ke sini tak boleh. Kesian jugak tengok mamat ni. Tapi orang tua2 kata terlajak perahu boleh undur....

Petugas PR kecewa sikap Zulkifli Noordin
Mohd Sabri Said

KULIM-BANDAR BAHARU, 11 Mac: Rata-rata mereka yang pernah bertungkus lumus bekerja memenangkan Zulkifli Noordin pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, yang sering dilihat menentang pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Seorang petugas, Mohd Halizal Alias iaitu bekas Setiausaha PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mendedahkan, Zulkifli sewaktu menjadi calon atas tiket PKR semasa PRU-12 lalu hanya datang sehelai sepinggang.

Zulkifli, tegasnya perlu mengingat kembali, siapa yang telah bertungkus lumus memenangkan beliau pada pilihan raya itu.

"Beberapa orang termasuk saya adalah orang yang bertanggungjawab berkempen untuknya.

"Kami melakukan apa sahaja demi rakyat yang bersepakat menolak BN, " katanya dengan nada kecewa.

Kekecewaan terhadap Zulkifli, jelasnya bukan baru kerana ahli parlimen itu juga tidak memberi kerjasama sewajarnya dalam usaha menangani masalah di kawasan beliau.

"Zulkifli tidak pernah turun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soon Nee dan Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husein ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Kulim (MDK)," katanya lagi.

Selain itu, Zulkifli juga didakwa jarang dilihat melakukan tinjauan ke kawasan apatah lagi bersama orang kampung dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan.

"Jika turun pun beliau sering melakukanya secara persendirian atau senyap tanpa melibatkan kepimpinan PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat cabang dan ranting," tambahnya lagi.

Malah jelas Halizal, pejabat ahli parlimen itu di Taman Kota Kenari, Kulim pun telah lama ditutup kerana kerani atau pembantu yang ditugaskan dikatakan tidak dibayar elaun.

Zulkifli juga, katanya pernah berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin sebagai Ahli Parlimen semasa berucap di majlis meraikan kemenangan PR di Dewan Datuk Fadzil Noor, Serdang dahulu.

"Beliau kena ingat kemenangan yang dikecapi atas tiket PKR pada pilihan raya ke 12 lalu merupakan amanah dari Allah SWT bagi mengajar BN yang angkuh dan zalim, bukan untuk bersuka ria atau melanggari amanah dengan bertindak memporak perandakan parti yang memberinya peluang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, " ujarnya.

Pada PRU ke-12 lalu, Zulkifli menang dengan majoriti 5,583 undi.

Beliau mendapatkan 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Kemenangannya kemudian dipertikaikan calon Umno/BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang mengemukakan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Alor Star.

Namun pada 13 Oktober 2008, Abdul Aziz secara mengejut telah menarik balik petisyen pilihan raya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.

Ekoran itu, timbul spekulasi Zulkifli akan menyertai Umno pada waktu itu.

Nama Husam Tiada Dalam Rombakan Exco Kelantan Yang Baru

Reactions: 
Malam semalam saya bercakap dengan sahabat saya yang biasa saya bertanya berkenaan dengan kes dan permasaalahan politik di Kelantan. Beliau mendengar khabar berkenaan dengan kemungkinan berlaku rombakan EXCO dalam bulan Mac ini.

Khabarnya, MB Kelantan yang ada sekarang akan dipaksa untuk meletak jawatan serta bersara dan MB baru akan ditabal di Kelantan. Calon MB baru adalah Dato' Ahmad Ya'akob, TMB yang ada sekarang.

Khabarnya, MB yang bakal angkat sumpah ini akan memberikan senarai EXCO yang baru dan dalam senarai ini nama Husam Musa tiada. Sahabat saya memberitahu mereka merancang untuk menjalankan tindakan ini dalam bulan Mac 2010.

Mengikut sahabat saya ini, perlantikan TMB sekarang menjadi MB baru serta pembuangan nama Husam Musa dari menjadi EXCO Kelantan telah mendapat restu dari Presiden PAS sendiri.

Namun, mengikut sahabat saya ini juga, perancangan mereka ini setakat ini gagal dengan kembalinya Tuanku Sultan Kelantan menduduki takhta Kelantan semula.

Saya tak paksa para pembaca mempercayai khabar ini, namun sahabat saya ini tidak pernah salah atau berbohong kepada saya.

PETANDA-PETANDA DARI KHABAR INI

Sekiranya maklumat ini benar:
a. Ia bermakna kumpulan "Fraksi UMNO" di Kelantan masih terus aktif di dalam percubaan membuang Husam Musa dalam tong sampah.
b. Agenda "Kerajaang Perpaduang" masih aktif dan kuat berjalan.
c. Gerakan "Kerajaang Perpaduang" berjalan dalam senyap. Mereka dalam fasa membuang 'tokoh-tokoh" yang mereka anggap boleh membahayakan agenda mereka.
d. Kepentingan parti sudah tidak menjadi kepentingan lagi bagi kumpulan "Fraksi UMNO" ini.
e. Percubaan untuk membuang Tok Guru sedang berjalan lancar dan rapi.
PERLU BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA PAS DISELAMATKAN

Dengan kembalinya Tuanku Sultan Kelantan ke takhta beliau adalah petanda bahawa Allah SWT membantu melindungi PAS dari mereka yang mahu menjadikan PAS kuda tunggangan mereka.

Tugas seluruh penyokong serta pendokong PAS adalah berdoa supaya Allah SWT menurunkan bala dan bencana kepada puak2 yang kemaruk nak duduk sekelambu dengan UMNO ini sebagaimana Allah SWT menurunkan bala kepada kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Lut.

AMINNNNN

Tulang Besi

Natrah: TP dan KP PAS Buta Sejarah Parti?

Reactions: 

Baru-baru ini Ustaz Idris Ahmad serta Ustaz Nasa, masing-masing Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden PAS Pusat telah menghadiri Majlis Pelancaran buku bertajuk "Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata" oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya diberitahu kehadiran Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan itu tidak mendapat apa-apa persetujuan dari Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mahupun Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS dilaporkan berkata:
KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.

"Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata".

"Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini", katanya.
Kepada sesiapa yang mengatakan "Agenda Kerajaang Perpaduang" telah tamat, dia itu sedang bermimpi dengan mimpi yang indah. Sesungguhnya ini membuktikan betapa agenda "Kerajaang Perpaduang" masih segar bugar di dalam minda pemimpin-pemimpin Fraksi UMNO.

KEHADIRAN DALAM MAJLIS INI ADALAH SATU PENGHINAAN PADA PAS

Izinkan saya menaqal dari Laman Rasmi Parti Islam Semalaysia:
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Hairan saya bagaimana Ketua Penerangan PAS Pusat tidak sedar akan kandungan di dalam Laman Web PAS sendiri. Antara isu utama mengapa PAS ditubuhkan adalah kerana sikap UMNO mengabaikan permurtadan Natrah.

Kalau UMNO boleh menganjurkan demonstrasi seluruh Malaya memprotes Malayan Union (1946), mengapa UMNO tidak mengambil tindakan yang sama apabila Natrah dimurtadkan (1951)?

Malahan, antara yang ditangkap dan dipenjarakan ekoran protes besar-besaran Natrah di Singapura adalah Presiden PAS yang ketiga, yakni Dr. Burhanuddin Al Helmi sendiri.
"Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini".
Ertinya, dengan adanya pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis itu sudah menjadi satu bentuk penghinaan kepada kepimpinan-kepimpinan PAS yang terawal. Ia juga menghina sebab mengapa PAS ditubuhkan serta menghina aktivis-aktivis PAS yang ditangkap ekoran protes dan demonstrasi protes terhadap permurtadan Natrah.

Sehingga hari ini UMNO tidak pernah memohon maaf terhadap sikap mereka membiarkan Natrah dimurtadkan tanpa mengambil tindakan yang tegas dan keras demi menghalang Natrah dimurtadkan.

KENAPA PEMIMPIN PAS BERSIKAP TERLEBIH KUAH DARI SUDU

Herannya saya. Peristiwa Natrah menandakan sikap UMNO yang sebenar terhadap amalan murtad. UMNO amat bertoleransi terhadap amalan murtad sehingga mereka membiarkan Natrah dimurtadkan.

Dengan pemimpin-pemimpin PAS meraikan pelancaran buku ini, bererti segala pengorbanan mereka yang memprotes permurtadan Natrah tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin PAS ini.

Bagi saya, dari pemimpin2 ini menghina perjuangan menentang murtad, baik mereka semua letak jawatan mereka dan isytihar masuk UMNO.

Tulang Besi

p/s - UMNO ada juga buat sedikit sumbangan. Tunku, selepas jadi Presiden UMNO, telah meminta 5 orang yang telah dihukum mati oleh Mahkamah British supaya diringankan hukuman. Hasilnya, 5 orang itu diringankan hukuman mereka kepada penjara seumur hidup. Ertinya, keringanan hukuman itu lebih membantu British serta membantu imej UMNO yang pada masa itu menjadi barua British.