Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 16, 2010

Laporan ZainulFaqar Berkenaan Pertemuan Tulang Besi dgn SU Agung

Reactions: 
Terima Kasih Zainul Faqar atas laporan yang baik ini.

Tulang Besi: Layanan Mustafa Ali profesional!

Salahuddin Ayub seperti memperkatakan sesuatu supaya niat baik blogger Tulang Besi untuk melihat PAS terus dipercayai bakal berbuah hasil.

SEKiAN lama mengkritik PAS secara terbuka dalam internet, Abdul Rahman Talib, 36, petang tadi menyuarakan rasa berpuas hati dengan maklum balas Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berhubung aduan salah laku disiplin beliau yang membabitkan beberapa pemimpin tertinggi dalam PAS.

“Setakat ini, saya tengok segalanya mengikut prosedur, jadi tiada sebab untuk saya tidak berpuas hati,” jelas beliau petang tadi di lobi Pejabat Agong, di sini.

Beliau yang juga dikenali sebagai blogger ‘Tulang Besi’ berkata, tindakan Mustafa untuk mengetengahkan aduan-aduan tersebut pada Dewan Mesyuarat Harian membuktikan Mustafa seorang pemimpin PAS yang profesional.

“Datuk Mustafa (Setiausaha) member jaminan bahawa kes ini akan dibuka dan diserahkan pada Dewan Mesyuarat Harian untuk meneruskan (perbicaraan) atau tidak.”

“Bagi saya, (Mustafa) seorang pemimpin PAS yang begitu terbuka, tidak seperti pemimpin PAS tertentu yang selalu marah kepada blogger-blogger seperti saya,”jelasnya.

Menurut pemilik blog Malaysia Waves, http://www.malaysiawaves.com itu lagi, selama lebih 45 minit berdepan dengan Mustafa bersama-sama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Setiausaha Kerja I PAS Haji Abdul Rahim Saidin, beliau diminta menjelaskan motif di sebalik aduan-aduan yang dibuatnya itu.

Menjawab pertanyaan tersebut, beliau menegaskan bahawa tujuan beliau membuat beberapa aduan-aduan tersebut demi memelihara nama baik Islam dan PAS sendiri.

“Tujuan saya buat laporan ini bukan (bersifat) peribadi, tapi semata-mata kerana sayang parti (PAS),” jelasnya.

“Yang penting adalah jangan PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai (dan) jika PAS mula tidak dipercayai, imej PAS hancur dan imej Islam juga hancur.”

Sehubungan itu, beliau meminta Jawatankuasa Disiplin PAS supaya melaksanakan hak-hak keadilan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan PAS.

Tambahnya lagi, dengan melaksanakan hukuman secara adil kepada pemimpin-pemimpin yang sah didapati bersalah, secara automatik mampu menjadi pengajaran kepada ahli-ahli PAS yang lain.

12 Februari lalu, Abdul Rahman mendakwa Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Islam dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Mohd Hassan Ali mendedahkan ‘bai’ah taalik’, yang dianggap rahsia parti.

Dr. Hassan juga didakwa mendedahkan rahsia-rahsia tertentu tentang PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam suatu majlis pertemuan blogger, termasuk blogger-blogger pro Umno.

Manakala, Timbalan Presiden PAS pula didakwa membelakangkan ketetapan PAS yang membenarkan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan menyertai perhimpunan ‘anti kalimah’ bersama-sama 64 badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat pro Umno.

Di samping itu, anggota Majis Syura Ulama turut diminta memberi penjelasan berhubung kertas kerja ‘tahalluf siyasi’ yang menghalalkan PAS bergabung dengan Umno dua tahun yang lalu. -END

Laporan Pertemuan Dengan SU Agung....

Reactions: 
NOTA EDITOR: Salam pada kesemua pembaca. Tulang Besi baru sampai ke rumah dan dalam keadaan penat lagi. Jadi, Tulang Besi akan memakan masa sikit di dalam memberi laporan berkaitan pertemuan dengan SU Agung berkaitan aduan dan laporan Tulang Besi.

Buat masa ini, Tulang Besi cuma ingin mengatakan:
a. Pujian pada SU Agung kerana sanggup berjumpa TUlang Besi dan nanti dengan Abdullah Karim berkaitan aduan2 kami walaupun ada pendapat dalam Dewan Harian hanya Kawasan dan Cawangan sahaja yang boleh melaporkan.

b. Cikgu Pa serta YB Salahuddin memberi jaminan bahawa kes ini akan di bawa ke DEwan Harian PAS Pusat untuk diputuskan samada akan diteruskan ke JK Disiplin atau tidak.

c. Ertinya aduan Tulang Besi tidak ditolak oleh SU Agung mahupun aduan Abdullah Karim. Cumanya, Abdullah KArim kena book tiket siap2 untuk pulang ke Malaysia bertemu SU agung.

d. Tulang Besi ingin meminta maaf pada YB SAlahuddin, Cikgu Pa serta Akhi Khairul sewaktu isu "Loci Standi" Tulang Besi dibahaskan. Tulang Besi tidak marah pada Cikgu Pa mahupun YB Salahuddin. Tulang Besi cuma marah dengan beberapa "lawyer cabuk" seperti di
sini yang mentafsir Perlembagaan PAS macam kanak-kanak Ribena. Lawyer2 cabuk ni kemudiannya "meracun" pemikiran beberapa ahli Dewan Harian.

Cukup Tulang Besi tanya: Apa "Loci Standi" Dewan Harian PAS Negeri Selangor untuk membuat laporan terhadap Khalid Samad tempohari yang membawa kepada hukuman pergantunggan 6 bulan?
Sila jawab wahai lawyer2 cabuk sekelian. Malunya saya kalau saya jadi Universiti yang mengeluarkan ijazah kepada lawyer2 cabuk seperti ini.

Cukuplah setakat ini. Tulang Besi akan mula memberi laporan sejurus selepas penat Tulang Besi hilang nanti, inshaalah.

Tulang Besi
Tulang Besi dipanggil beri penjelasan
Salhan K Ahmad
Mac 15, 10
4:50pm

Penulis blog PAS Abdul Rahman Talib dipanggil memberikan penjelasan berhubung aduan salah laku terhadap tiga pemimpin kanan parti itu yang dilaporkannya sebelum ini.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi tampil di pejabat agung PAS di ibu negara kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau sebelum ini membuat laporan laporan salah laku itu terhadap timbalan mursyidul am, Datuk Haron Din, timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Bercakap kepada media hari ini, Abdul Rahman berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan proses merakam kenyataan yang dijalankan oleh setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali.

"Setakat ini saya tengok semuanya ikut prosedur, tak ada sebab untuk saya tidak puas hati. Saya beri justifikasi kepada aduan saya dan (Mustafa) ambil nota dan beri komen beliau.

"(Mustafa) beri jaminan untuk putuskan sama ada aduan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat, sama ada akan diambil tindakan atau tidak," katanya.

Tambahnya lagi, keputusan sama ada aduan itu mempunyai merit untuk diketengahkan sebagai kes, hanya boleh diputuskan oleh Mustafa Ali.

"(Mustafa) beritahu, ini berdasarkan pindaan baru dalam perlembagaan parti tahun 2008. Jadi setiausaha agung bertindak seperti peguam negara dan dia berhak buat keputusan.

"Saya sedang cuba dapatkan apa kandungan pindaan ini dan akan dapatkan pandangan peguam," katanya lagi.

Tambahnya, beliau membuat aduan tersebut bukan atas dasar peribadi tetapi untuk menyelamatkan PAS.

Beliau dalam pada itu, juga menuntut supaya ketiga-tiga orang yang dinamakan dalam aduannya itu meminta maaf secara terbuka kepada ahli parti kerana didakwanya telah memburuk-burukkan parti dengan tindakan 'tikam belakang' mereka.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, katanya, beliau bimbang akan ada kesan lebih buruk kepada parti dan juga Pakatan.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah seorang naib presidennya Salahuddin Ayub.

Royalti Minyak Kelantan: Lawan "Fuck-ta" dengan "Fakta"

Reactions: 
Hilang aku 4-5 hari lepas sebab sibuk dok carik fakta-fakta sejarah utuk lawan balik "fuck-ta"-"fuck-ta" pencacai-pencacai UMNgOk/Beer eNd dalam isu Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan.

Setakat ni apa yang ada dekat aku pada aku, cukup untuk "membelasah" geng-geng "Pengkhianat" Negeri Kelantan. Mulai hari ni, aku akan en-3kan 1 persatu. 1 post isu Royalti sekurang-kurangnya setiap hari.

Untuk hari ni, aku hilitekan keratan akhbar yang aku post mula-mula dekat sini. baca...
"Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan menerima bayaran royalti lima peratus dari Kerajaan Persekutuan melalui perlombongan telaga gas asli di kawasan yang bersempadan dengan pantai Kelantan dengan pantai Thailand".
Siapa yang cakap tu..? bukan aku, bukan Dato' Husam, bukan Saifuddin Nasution, bukan Tok Guru, bukan Dato' Kamarudin Jaafar... yang cakap tu ialah Menteri Besar Kelantan masa tu (tahun 1983).

Siapa Menteri Besar Kelantan masa tu..?

Datuk Haji Mohamad Yaakob. ahli UMNO.

Kenapa masa tu tak timbul soal kene tindih..? kenapa tak timbul soal sempadan..? kenapa tak timbul soal JDA..? kenapa tak timbul soal 3 batu nautika..? kenapa tak timbul soal "ordinan darurat 1969"..?

Sebabnya... masa tu Kerajaan Negeri Kelantan ialah - UMNgOk/Beer eNd. ini "fakta" bukan "fuck-ta"..!

Banyak lagi lepas ni... tunggu je aku publish 1 persatu.

Jadi jangan marah kalau aku panggil UMNO - BABI.