Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 17, 2010

Royalti Minyak Kelantan: 3 Batu Nautika?

Reactions: 

Sambung en-3 sebelum ni... rujuk sini.

27 tahun dulu, Menteri Besar Kelantan Datuk Haji Mohamad Yaacob (UMNgOk/Beer eNd)bagitau:

"Kerajaan Negeri Kelantan berharap dapat menikmati hasil sebanyak 5% dari perusahaan telaga gas antara Kerajaan Persekutuan dengan Thailand bila projek itu dilaksanakan kelak.

Menteri Besar Kelantan Datuk Haji Mohamad Yaacob berkata, telaga gas itu terdapat di sempadan Kelantan dengan Thailand dan bla bla bla bla bla...
Masa tu Perdana Menteri Malaysia ialah Che'Det...

Apasal 27 tahun dulu bila MB Kelantan dengan selambanya dok cerita pasal hasil 5% dari perusahaan telaga gas yang terdapat di "sempadan Kelantan dengan Thailand" UMNgOk/Beer eNd tak kecoh-kecoh cakap Kelantan tak layak..?

Sebab Kelantan dibawah UMNgOk/Beer eNd kan..?

Telaga Gas yang dekat sempadan Kelantan Thailand tu jaraknya berapa jauh..? kurang dari 3 batu nautika ya..?

1-1 aku bongkar cukup-cukup..!

UMNO lagi hina dari Babi..!

Royalti Minyak: GEGAR Anjur Konvoi 10,000 Kenderaan

Reactions: 
GERAKAN BERTINDAK KEMBALIKAN ROYALTI RAKYAT (GEGAR)
TERENGGANU:

No. 109,
Taman Pusu 3,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No. Tel: 013-932 8685
Web: http://www.mampat.blogspot.com/

KELANTAN:

No. 314,
Lorong Merican Off Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
No. Tel: +609-747 8054/+6013-219 9643
No. Faks: +609-7676389/+609-9765280
Web: http://www.royaltirakyat.blogspot.com/

KENYATAAN MEDIA GEGAR

HIMPUNAN 10 000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATAN PULANG DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI.


Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.

Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.

KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA.

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.

Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah sempena warna bendera negeri Kelantan.

Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.

Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.

GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.

Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.

Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:
13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.
Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.

“ROYALTI HAK RAKYAT”


Terima kasih.

Dr Abdul Halim Bin Yusof,
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah.
Pengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

SU Politik Presiden Terlibat Dalam Konspirasi Jatuhkan MB Selangor?

Reactions: 
Semalam Tulang Besi ada bertemu dengan beberapa kawan lama Tulang Besi dalam PAS. Antara topik yang diperbincangkan adalah aduan Abdullah Karim yang menjadi topik hangat satu masa dahulu.

Kawan Tulang Besi memberitahu bahawa 3 nama telah diadukan oleh Abdullah Karim kepada JK Disiplin dan SU Agung. Nama2 ini adalah berkaitan dengan konspirasi menjatuhkan MB Selangor dalam isu pemberian lembu korban serta pengurusan kereta pribadi MB Selangor. Laporan berkenaan kes tersebut boleh di baca di sini.

Nama2 itu adalah:
1.0 - Suwardi Yaakob - Pembantu PJ Selangor.

2.0 - Roslan SMS - Ketua Penerangan PAS Selangor.

3.0 - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - SU Politik Presiden PAS Pusat.
Mengikut kawan saya, kesah ini tengah heboh di kalangan mereka yang rapat dengan Pejabat Agong PAS Pusat.

Mengikut kawan saya ini, Nazlee GERAK telah sanggup untuk mengadap Dewan Harian PAS Pusat serta mendedahkan segala dokumen berkaitan dengan keterlibatan ketiga-tiga tokoh ini.

Kawan saya itu hairan mengapa Tuan Ibrahim Tuan Man mahu melindungi tokoh-tokoh konspirasi ini seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam blog beliau:
"Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti."
Si Nazree tu secara sukarela menawarkan diri untuk memberi keterangan. Tak payah panggil pun.

DR SHAMSURI DILANTIK ATAS PERANCANGAN DR KAYU

Perlantikan Dr Shamsuri sebagai SU Politik Presiden adalah sebahagian dari perancangan Dr Kayu (bekas SU Dewan Ulama PAS Pusat) di dalam mengusai portfolio2 yang berkaitan dengan Presiden.

Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau, seperti juga Suhaimi Embong, Mohd Adram, Dr Khazani dsbnya.

Perlu juga disiasat samada Ustaz Kayu dan Usrah Bangi ini juga terlibat dalam konspirasi ini.

DALAM POLITIK MALAYSIA, KHABAR ANGIN SELALUNYA BENAR

Saya sudah mendengar khabar angin di atas keterlibatan Dr Shamsuri ni sudah lebih setahun. Akhirnya terdedah juga kebenarannya.

Contoh lain adalah khabar angin Rahim Nor pukul Anwar Ibrahim. Akhirnya terbukti khabar angin benar.

Jadi, apabila ada exco Kerajaan KElantan menafikan khabar angin adanya rombakan exco di Kelantan, saya rasa lebih baik kita jangan tolak khabar angin tersebut.

PENUTUP

Kalau PAS tidak membersihkan anasir-anasir ini dengan kadar segera, saya yakin imej dan pandangan masyarakat terhadap PAS dan Presiden PAS akan memburuk.

Tulang Besi

Sidang Akhbar Tulang Besi Berkaitan Pertemuan Dgn SU Agung PAS

Reactions: 
Selamat menonton...

Royalti Minyak Kelantan: 27 Tahun Dulu...

Reactions: 
"Sejarah Tak Pernah Berbohong"...

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22hb. November, 1983...
Macam biasa...

Komen dulu...

Jangan lupa... tahun 1983, Menteri Besar Kelantan ialah Mohamad Yaacob, ahli UMNgOk, Beer eNd...

UMNO lagi hina dari Babi... betul kan..?