Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 04, 2010

UMNO Singapura Pun Bergaduh Sesama Sendiri

Reactions: 
NOTA EDITOR: Rupanya bukan setakat UMNO di Malaysia sahaja yang bergasak sesama sendiri, budaya tersebut ada di UMNO Singapura juga. Sepatutnya UMNO Singapura berjuang melawan PAP dan Lee Kuan Yew, mereka ambik keputusan berlawan sesama sendiri.

Perebutan Presiden PKMS (UMNO Singapura) adalah kerena sesiapa mengawal PKMS akan mengawal bangunan PKMS di Singapura.

Oleh kerana bangunan PKMS berada di tempat yang strategik, maka mereka mendapat banyak wang dari sewa yang diberikan kepada peniaga2 di bangunan tersebut. Bangunan tersebut adalah bangunan yang dibina oleh UMNO Singapura sewaktu UMNO ditubuhkan dahulu di sana.

Juga, ada khabar angin, pemegang jawatan PKMS ini mendapat elaun dari UMNO Malaysia. Jadi, sekarang ini keseluruhan perjuangan UMNO Singapura adalah untuk menguasai kepimpinan PKMS. Ini suapaya mereka dapat mengawal pentadbiran bangunan PKMS yang berada di kawasan yang strategik di Singapura

Sebelum ini, saya pernah menulis berkenaan betapa Melayu telah pupus di Riau, sekarang ini UMNO Singapura pun tak lebih dari sebuah pertubuhan untuk berebut kekayaan sesama sendiri.

Padahal hak istimewa orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura. Seharusnya PKMS berjuang untuk hak2 orang Melayu yang termaktub itu. Bukan sebuk bergaduh sesama sendiri. Pada waktu yang sama, PAP telah mengupah beberapa "ekor" orang Melayu Singapura untuk bercakap mewakili orang Melayu dalam PAP.

"Boneka2" MP Singapura ini lah yang telah bangkit "menentang" segala usaha untuk mengembalikan hak istimewa orang Melayu di Singapura seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Singapura.

Pokoknya, perjuangan Melayu adalah perjuangan sia-sia. Mereka yang menjadi "pejuang" Melayu lebih suka berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri semata-mata. Inikah perjuangan yang PAS hendak "berpadu?

Tulang Besi
Barisan kepimpinan PKMS perjelas pucuk pimpinan yang sah
By Azahar Mohd

BARISAN kepimpinan Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) yang kini diketuai presidennya, Encik Osman Hassan, dan timbalannya, Encik Ali Asjadi, adalah pucuk pimpinan yang sah.

Malah Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi telah menolak tindakan guaman dengan kos yang diambil mantan presiden, Haji Borhan Ariffin; Encik Ramli Mohamad dan Cik Nor Lella Mardiiiah Mohamed terhadap pucuk pimpinan sekarang.

Barisan kepimpinan PKMS yang diketuai Encik Osman, Encik Ali dan Setiausaha Agung PKMS, Encik Malik Ismail, berkata demikian sewaktu sidang akhbar yang diadakan di PKMS bagi menjelaskan laporan akhbar tentang pergaduhan kelmarin dan laporan tentang perebutan kuasa dalam pucuk pimpinan parti.

Menurut Encik Malik, tidak timbul isu mengenai dua pasukan - pasukan baru atau pasukan lama - dalam PKMS.

'Laporan akhbar adalah tidak benar. Kepimpinan PKMS sekarang ialah pucuk pimpinan yang sah. Malah Mahkamah Rendah telah menolak tindakan guaman yang dikemukakan Haji Borhan, Encik Ramli dan Cik Nor Lella dan mengarahkan mereka membayar ganti rugi sebanyak $800 kepada kami.

'Namun mereka masih tidak berpuas hati dan mengemukakannya di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi juga telah menolak saman mereka dan telah mengarahkan mereka membayar kos kepada kami sebanyak $2,500 dan pembayaran $575.40 pada Julai lalu kepada PKMS. Sehingga kini kami belum menerima sesen pun daripada mereka,' ujar Encik Malik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pergaduhan di luar bangunan PKMS yang mengakibatkan empat orang dirawat di hospital, dengan salah seorang dirawat di unit jagaan rapi kerana keretakan di kepala.

Polis juga memberkas 21 orang, termasuk dua wanita, kerana merusuh dengan senjata merbahaya.

Keempat-empat yang yang cedera itu ialah Encik Ramlan Mohamad (retak di kepala), Mohamed Salleh Mohamed Said, Encik Mohamad Yusof Jaffar dan Encik Azhar Ali.

Dalam pada itu Encik Malik turut mempertikaikan dakwaan Cik Nor Lella bahawa pihaknya menggajikan pendatang haram.

'Itu tidak benar sama sekali. Malah keanggotaan Cik Nor Lella telah digantung kerana dia pernah mengubah kepala surat untuk membekukan akaun PKMS,' dakwa Encik Malik pula.

Mengenai insiden pergaduhan yang berlaku kelmarin, Encik Malik berkata hanya sembilan anggota PKMS yang terlibat - bukan 15 hingga 20 seperti yang dilaporkan beberapa akhbar.

'Di pihak kami, kami amat menyesali kejadian yang berlaku. Kami juga sedih dengan kecederaan yang dialami Encik Ramlan, terutama dalam bulan Ramadan ini.

'Kami difahamkan dua kereta ronda polis sedang berada dekat dengan bangunan PKMS. Sepatutnya mereka menghentikan pergaduhan berdarah itu,' dakwanya lagi.