Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, April 15, 2010

Siapa Kamal..? Siapa Kamalanathan..?

Reactions: 
En.Kamal...??? erk... PERKASA...??? UMNO...??? erk... kompiyus neh...

Di mana Palanivel?

Reactions: 
Kegagalan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel untuk hadir di majlis pengumuman calon BN P Kamalanathan mencetuskan persoalan sama ada beliau kecewa kerana tidak terpilih mewakili BN.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mengakui bahawa Palanivel mungkin "sedikit kecewa".

Keh keh keh keh keh... mesti ramai yang ikut kecewa neh... tak kan kecewa sorang-sorang kan..?

Bukan senang nak "kawtim" dengan 18 cawangan beb...

Pergolakan Dalaman UMNO/BN Selesai: Calon Ditemui

Reactions: 
Ketua penerangan MIC, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.

Dah... selesai... CyBeruk UMNO/Beer eNd boleh start kerja balik...

Rakyat Kelantan Gemar Belanja & Bayar Tunai

Reactions: 
Sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja dan membuat pembayaran secara tunai adalah antara faktor utama syarikat pelancongan Bumiputera, Al-Quds Travel Sdn.Bhd. terus maju dan mampu berdiri kukuh dengan menyaksikan peningkatan pendapatan setiap tahun.

Pengarah Urusan Al-Quds Travel Sdn.Bhd. Wan Mohd Zamri Wan Salleh berkata sikap rakyat Kelantan itu disifatkan satu keistimewaan yang secara tidak langsung telah membantu mengukuhkan kewangan dan pendapatan syarikat berkenaan.

"Sehingga kini, sejak sepuluh tahun penubuhan syarikat ini bermula tahun 2000, pihak kita belum pernah mengalami masalah kekurangan pendapatan dan mencatatkan peningkatan membabitkan pelbagai jualan pakej pelancongan ditawarkan sesuai dengan kehendak pelanggan."

"Bermula dengan pendapatan sebanyak RM1 juta pada tahun 2000, Al-Quds pada tahun lepas memperolehi pendapatan RM17 juta dan yang uniknya pendapatan itu disumbangkan 100% oleh rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran agen Yang Dilantik MAS di sini Rabu.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan MAS Datuk Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz.

Wan Mohd Zamri berkata sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja secara tunai meskipun dalam jumlah yang besar juga mendorong syarikat terbabit mencatatkan keuntungan setiap tahun.

"Orang Kelantan memang suka berbelanja secara tunai dan ada yang bayar tunai RM50,000 terus di atas meja... itulah sikap dan keistimewaan rakyat Kelantan menyebabkan kita di Kelantan boleh berjaya kerana mereka mempunyai kuasa berbelanja yang hebat," katanya.

Selain itu, beliau berkata rakyat kelantan juga dilihat kerap melancong ke luar negara terutama menunaikan haji dan umrah.

"Rakyat Kelantan kerap menunaikan umrah dan pada suku pertama tahun ini juga Al-Quds Travel telah menghantar kira-kira 600 orang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

"Dalam tempoh yang sama juga, lebih 400 orang rakyat Kelantan lagi telah ke negara China selain destinasi pilihan lain di seluruh dunia termasuklah negara Eropah dan juga Jepun," katanya.

Wan Mohd Zamri berkata, pemilihan destinasi itu bagaimana pun berdasarkan kepada dua faktor iaitu membabitkan acara peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan juga tanggungjawab pada agama.

"Setiap orang Islam akan mempunyai hasrat untuk pergi umrah dan bilangannya sentiasa bertambah, mereka akan pergi ke sana (menunaikan umrah) meski pun terpaksa berdepan peningkatan harga tiket (penerbangan), tetapi permintaan sentiasa ada," katanya.

Wan Mohd Zamri berkata Al Quds Travel melantik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai agen bagi membolehkannya menikmati keutamaan dalam tempahan tiket pelanggan danm menerima diskaun lebih murah bagi destinasi yang dilalui syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, Datuk Tengku Azmil Zahruddin berkata jalinan kerjasama antara MAS sebagai agen yang dilantik Syarikat Al-Quds Travel Sdn Bhd merupakan satu usaha untuk memajukan bidang pelancongan di Kelantan dan Kota Baharu khususnya.

Menurutnya, pengalaman Al Quds Travel yang telah berfungsi sebagai agen pelancongan selama hampir sepuluh tahun menjadikan pihaknya yakin untuk bekerjasama dan memberikan keistimewaan kepada pelanggan syarikat itu.

Al-Quds Travel Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2000 dengan tumpuan awal membabitkan pakej umrah dan sehingga kini mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuantan, Pahang.

Selain itu, selain menyediakan kemudahan pelancongan, Al-Quds Travel turut menyediakan kemudahan penginapan iaitu Al-Quds Hotel & Resort, yang kini sudah beroperasi di Wisma Al-Quds di sini.

Malikul Sembab Buat Lawak: Jom Baca Zikir UMNO

Reactions: 
Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya dan dalam masa yang sama mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.

Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.

Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

"Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa," katanya.

Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.

Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.

"Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya," soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.

Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengana ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia.

"Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya," katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

"Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain," katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.

Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.

"Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat," kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.

"Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan," tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin.

TPU - Aku suka ayat TPM yang lasy skali tuh - "Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan"... keh keh keh keh keh... "Klasik" gila beb ayat tu...

Hari ni aku ajar korang 3 zikir UMNgOk/Beer eNd...

Zikir Utama - RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM (baca 50 kali sebelum keluar rumah).

Zikir ke-2 - MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU (baca 50 kali sebelum keluar rumah).

Zikir ke-3 - Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan (baca sampai meroyan).

Eh... sebelum tahun 2008 sape pegang Parlimen Hulu Selangor..? Patutla maju sangat Hulu Selangor...

Sokong UMNO/BN - Sokong APCO/Yahudi

Reactions: 
Kawan-kawan di Hulu Selangor, saksikanlah video di bawah untuk melihat sendiri bagaimana jahat dan kejamnya Yahudi Zionis membunuh dan memangsakan rakyat Palestin yang dijajah (paparan lebih jelas di sini).

Demi kemanusiaan, sanggupkah anda memberikan undi anda kepada parti kawan APCO International dan Asisoft yang didominasi Zionis Israel? Janganlah lupa, satu undi kepada kawan APCO dan Asiasoft bermakna satu undi kepada kejahatan dan kekejaman Yahudi Zionis - ia bagaikan merobek-robek kejam tubuh rakyat Palestin yang dizalimi.