Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 18, 2010

Zaid Untuk Rakyat - Pilihan terbaik Hulu Selangor

Reactions: 
Selain kempen secara bersemuka, calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim turut tidak ketinggalan daripada menggunakan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat untuk mendampingi pengundi-pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagi tujuan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membangunkan laman web khas Zaid Untuk Rakyat.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, pihaknya juga akan melancarkan talian telefon khas untuk mendampingi pengundi Hulu Selangor.

Langkah itu dilihat sebagai saluran tambahan untuk berkempen.

Zaid juga mempunyai blog beliau selain berkomunikasi dengan orang ramai menerusi twitter dari semasa ke semasa.

Semalam beliau turut berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter ketika urusan penamaan calon sedang berlangsung di Kuala Kubu Baru.

Fuziah juga berkata, PKR akan cuba untuk memujuk 15,000 pengundi Hulu Selangor yang kini tinggal di kawasan luar termasuk di Kuala Lumpur agar pulang untuk mengundi pada 25 April ini.

“Kami akan cuba untuk akses kepada menerusi panggilan telefon, SMS, surat dan juga bercakap dengan ibu bapa mereka di sini. Mereka wajar kembali Ahad ini untuk menjalankan hak demokratik mereka,” katanya.

Tak Sempat Nak Update...

Reactions: 
Gambar-gambar penamaan calon kelmarin banyak... Tapi tak sempat nak upload dekat sini... Cuba jenguk dekat Facebook Pages... Carik Pages Topeng Perak Unmasked Fan... Mekasih...

Di Mana Fairus Dapat RM100k+ Secara Tunai?

Reactions: 
NOTA EDITOR: Semenjak Fairus masuk UMNO, tetiba dia boleh dapat duit tunai RM100k+ untuk bayar kereta Mercedez? Herannya mana dia dapat duit sebanyak sebegitu semata-mata untuk bayar duit kereta? Apa kerja beliau? Apa bisnes beliau? MAJORITI rakyat Malaysia nak tengok RM10k pun susah. Tetiba si Fairus yang berhenti kerja sebagai TImbalan Ketua Menteri dan ADUN boleh ada wang tunai RM100k. Heran heran.

Kalau SPRM professional, sudah tentu si Fairus ni akan dipanggik untuk disiasat. Rupanya melompat parti ni boleh jadi kaya dengan sekelip mata, ye. Hmmmmm...

Sekian
Fairuz selesai pinjaman kereta

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti

Presiden PAS Bela Zaid Ibrahim

Reactions: 
NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan terbaru Presiden berkenaan dengan Zaid Ibrahim, calon PKR Hulu Selangor.

Sekian
Abdul Hadi bela Zaid

HULU SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelaskan calon Pakatan Rakyat (PR) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sekarang sudah berubah semenjak pulang dari Mekah.

Katanya, dakwaan mengaitkan calon PR itu sebagai individu yang kerap bersosial dan 'kaki minum' adalah tidak adil kerana ia berbentuk tuduhan semata-mata tanpa memberi ruang kepadanya membuat penjelasan.

“Saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu, tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bertanya dengan tuan badan sendiri, bukannya mempercayai blogger,” katanya ditanya media di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, semalam.

Beliau mengulas dakwaan banyak blogger yang mendakwa Zaid seorang yang kuat bersosial dan 'kaki minum' serta tidak sesuai dijadikan calon PR untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

Mengenai tindakan Zaid, yang pernah menyaman Kerajaan Kelantan kerana mahu mewujudkan hukum hudud, Hadi berkata, perkara itu sudah diselesaikan.

“Zaid telah tarik balik saman tersebut, jadi sekarang perkara itu bukan lagi menjadi isu,” katanya.

Hadi, yang juga Ahli Parlimen Machang, menyatakan keyakinannya bahawa PKR mampu memenangi PRK itu kerana sokongan kuat penduduk.

“Kita boleh membuat kejutan di sini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menegaskan isu minum arak tidak perlu diperbesar-besarkan dan menjelaskan ada dalam kalangan pemimpin terdahulu yang peminum.:

“Apapun, Zaid sekarang sudah berubah dan kita nampak perubahannya,” katanya.

PRK Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semalam sebagai hari penamaan calon dan 25 April sebagai hari mengundi.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional, PR dan dua bebas.